I'm getting ready for my 3-days induction course. Ready lah sangat kan. Baru baca 2 bab daripada 8 bab untuk exam induksi hari Khamis ni.
Kalau dulu, semua penjawat awam kena attend kursus induksi sampai 2 bulan. Lepas tu dia nak cut cost, tinggal 2 minggu je. Sekarang dah jadi 3 hari je..Bagus. Memang tak best pun kalau kena kursus lama-lama, buat homesick je. Hopefully kejap lagi bila daftar, dorang tak timbulkan isu pregnant2 ni. Memang dalam surat panggilan kursus dia ada mention "......peserta yang mengandung 6 bulan dan ke atas, tidak digalakkan mengikuti kursus ini.." Siap bold lagi dekat ayat tidak digalakkan tu.huhu. Saya dah cuba cari baju yang besar-besar dengan harapan boleh cover perut walaupun dah sah-sah payah nak cover perut di kala usia kandungan dah cecah 35 minggu ni.huhu. Tapi kalau tak pegi sekarang, nanti lagi susah nak pegi if dah ada baby. So, lets hope hari ni semua berjalan lancar je.
Semangat ni, jom kita baca buku, supaya lulus exam, then boleh sah jawatan cepat-cepat, boleh apply cuti belajar, boleh sambung master, boleh pergi haji (syarat nak dapat cuti haji kena sah jawatan dulu tau tak?)..dan macam-macam lagi yang boleh if dah sah jawatan. Wish me luck!
No comments:
Post a Comment