December 31, 2009

2009 - in memories

a lot of things happened in 2009.
and i want to always remember all those things.
so, in case something happen to me in the future (hilang ingatan ke), i always can read this. to regain my memories.=)

jan 2009 - my first posting

sangat hepi sebab dapat keja, but sangat xbest sebab kena rentas laut n duduk jauh dari rumah (langkawi-alor setar, jauh ke?)
so, dalam jan bnyk sgt la kenangan n experience, semua yg involve benda 'baru'..tempat baru, kawan baru, cerita baru etc..

feb 2009 - kenapa x igt pe2 ek??

hehe..dah puas perah otak..all i can think is, my fiance's birthday, tu je yg bleh ingt utk feb..and on his bday, he just returned from italy..i sent him a book as a birthday gift..
*abang, hebat tak my memory?hehe..sila cari semula buku tersebut ye..hehe~

march/ april 2009 - wedding preps

sepanjang march and april, dah mula buat persiapan kahwin, survey itu ini, tempah baju, curtains etc. pindah masuk kuartes guru in april after having some issues with ex-housemate..housemate paling tak best di muka bumi, hopefully itulah yang terakhir tinggal sebumbung dengan makhluk yg sebegitu..huhuhu. and also in april, dapat housemate baru yg best..boleh buat kawan even baru kenal..

may 2009 - birthday girl

may always reminds me of my birthday..i'm not the type of person who can forget their own birthday..and sometimes it makes me feel that those who said they forgot their birthday, they actually are lying..haha
for my birthday, i received a parcel from germany, for sure it's from my fiance..isi dalam xboleh dinyatakan di sini..it's kinda personal..and that sweet memories should be safely kept between us both..

june 2009 - busy, stressed-out

sama macam march/april, in june banyak masa tertumpu pada wedding preps..dan selalu stress bila melibatkan hal2 kawen..(sebenarnye x igt sgt detail utk june..hehe)


july 2009 - the homecoming

end of july, kepulangan yg ditunggu..


august 2009 - the big day

yeah..this is the most memorable..and unforgettable..of cos,my wedding..after 6 years of knowing each other, and 3 years of engagement, Hasnul Munir and Yusrina finally become a husband and wife..sangat indah rasanya, bila ikatan hati dan rasa sayang antara 2 insan, disatukan dalam satu ikatan suci, yang sah..dan menjadi yang halal..dengan restu keluarga, dan sokongan dari semua, alhamdulillah majlis berjalan lancar dengan kenangan2 yang sangat manis..
august juga membawa dua manusia ini berjalan2..bulan madu..huhu..i like that memories so much..no wonder semua orang cakap kawen tu best..hehe

sep 2009 - the new life begins

sambut ramadhan dan menjalani ibadah puasa with a great new experience. as a wife. kalau sebelum ni tak penah bangun awal sediakan sahur,dengan title 'wife' yg dipegang,dapatla merasa buat semua tu..also celebrated hari raya as a wife. 1st time tak sambut pagi syawal dengan mama, baba n family sendiri.but beraya dengan seorang suami, dan keluarga baru.wlaupun sedikit janggal, especially bab2 kena mengunjung rumah saudara yang baru kenal, tetap akan dikenang sbg pengalamn yg indah.dapat cium tangan suami pagi raya, pakai baju sedondon, dan ada potrait hari raya sama2..~

oct 2009 - they were leaving

bulan yang sedih dan sunyi..my husband and my sister.. both were leaving the country.hisan dapat offer buat medic kat egypt(all the best for her), and mr. hasnul munir went back to germany..
setelah dua bulan berkepit dengan lelaki itu, dia pulang bagi meneruskan perjuangan utk masa depan (actually dia berlepas hjung sep, tapi kesannya dalam oct)..
sunyi dan terpaksa menyesuaikan kembali hidup seorang diri..banyak air mata rindu yang tertumpah dlm bulan ni, banyak juga aktiviti dalam cubaan menghilangkan rindu, seminggu satu novel. main rubic cube.and start on blog.

nov 2009 - drama kanak2

selain dari kesibukan menguruskan pemergian utk berjumpa suami terchenta, yg paling dikenang adalah, kanak2 di tempat kerja..budak form 5 exam. dan slot2 drama dengan mereka..boleh rujuk entry yg lepas2..hehe
in nov also, the best part is..the year-end school holiday..yieehaa..!!

dec 2009 - holiday and hope

spend cuti kat rumah..seronok..bangun pagi mengadap muka2 yang memberi ketenangan, dekat dengan keluarga..dan relax serelax2nya..bulan orang kawen, bertunang etc. bulan yang penuh pengharapan..setiap hari menunggu perkhabaran kelulusan visa dan cuti..bulan yg banyak mengajar untuk bersabar, redha , dan berusaha..bulan yang memberi ruang untuk bermuhasabah dan berdoa..dan bulan yang banyak menguji diri..
bulan penutup untuk tahun yang indah, sebelum membuka lembaran baru untuk tahun yang lebih baik.insyallah.

December 16, 2009

dalam tangis..

entry ini ditulis dengan air mata yg xhenti2..hampir2 x boleh nampak skrin..kabur..penuh air mata..teresak2 tahan sendu..i am crying..just like a little baby..

kenapa susah sangat? apa saya nak buat lepas ni?apa keputusan paling baik utk saya..dan dia?..

saya budak jahat..mungkin sebab tu..banyak benda susah untuk saya..xbaik cakap macam tu..sbb banyak juga yg senang..saya patut bersyukur..tapi mmg saya jahat..saya suka meminta..dan selalu lupa untuk bersyukur dengan apa yg saya ada..ya tuhan..ampunkan aku..

saya rindu dia..(lagi kuat saya nangis)..dah 3 bulan..3 bulan..

3 bulan saya cuba yakinkan diri..saya mampu hadapi semua ni..tapi hari ni..saya rasa..saya sgt perlu dia..hari yg susah..mungkin lebih senang kalau ada dia..ada di sini..

i need him..to hug me..to kiss me..and hold me tightly..and tell me..that this is going to be ok soon..that it is ok for me to cry like this..like a baby..and wipe out all my tears..and i will sleep in his arms..warm..safe..secure..

apa patut saya buat?..i just don't know..for whom should i ask?..mama faham semua ni..tapi x sanggup rasanya nak luah,mesti mama sedih,risau,bimbang..cukupla hal2 lain yg patut mama risau..

abang?..abang paling pham..tapi x boleh nangis macam ni dengan abg skang..cukup la susahkan hati abang..bnyk dah masalah abg..duk sorg2..jumpa org..asssignment, project..saya tau..macam mana pun dia akan baca semua ni..mmg saya nk dia baca..tapi saya xnak dia dengar saya nangis sedu2 macam ni..xboleh..saya xsanggup nak tambah beban fikiran dia..cukupla apa yg dia hadapi hari ni..

abang..kita doa ek..kita cuma doa bila ada hajat yg kita nak minta..waktu lain..kita selalu leka..mungkin itu silap kita..dugaan ni..orang mungkin akan anggap biasa..tapi kita saja yang tahu betapa susahnya untuk kita..cuma kita yang faham..abang, u r absolutely my strength..all these years, u r the one who keep me strong..so..please be strong as u always be..cos i need that..

saya dah berhenti nangis..mata saya pedih..hidung saya tersumbat..dan haus..


bila dia call..saya akan ketawa..~

December 12, 2009

G O O D N E W S . . .

At this moment.I just need to hear a good news...any from this list will do..~


~my visa is approved
~so as my work-leave
~he got that job
~he suddenly decides to fly back home just to see me..*daydream*
~I am pregnant.hahaha
~the year-end holiday is extended for another month

December 5, 2009

lagu yg meniti di bibir saya sejak 2-3 hari ni~

Mereka meragui
Wujudnya cinta yang sejati
Tidak hati ini
Semenjak dari mula
Ku yakin ada cinta
Cintalah yang memungkinkan segala

Ku rela..
Biar betapapun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya..
Tidak sia-sia aku diuji
Demi cinta..
Tersembunyi hikmahnya pasti

Pandang-pandang alam ini
Sambil pandang difikiri
Mana bumbung langit tinggi
Mana lantai bumi
Tiap satu yang terjadi
Tidak mungkin tersendiri

Cuba cari jawapannya andai meragui
Ku rela
Biar betapa pun perit tertusuk duri
Jalan berliku tiada bertepi
Ku percaya
Tidak sia-sia aku duji
Ada hikmahnya pasti
Sejak mula ku percaya ada cinta
Cinta itu memungkinkan segalanya
Cinta suci
Dan abadi….

to abang..memetik kata2 abang..ujian ni..pasti ada hikmah untuk kita..luv u too~

November 26, 2009

Selamat Hari Raya Sayang..

Kita pernah berharap..dan membayangkan..hari ini akan kita sambut berdua..sambutan sederhana,yang pasti bermakna..tapi..apakan daya..bukan kuasa kita yang menentukannya..

Kerana kita pernah berharap dan membayangkan..maka harapan dan bayangan itulah yang berlegar-legar dalam fikiran pada waktu ini...yang menjadi penyebab mata ini masih terbuka luas..dan air mata terus mengalir deras..

Isteri abang tak boleh lelapkan mata..kerana terlalu membayangkan suaminya ada disini....ada dengannya waktu ini..sedang menghiburkan hatinya..merawat duka laranya..memeluk erat tubuhnya..menggenggam padu jemarinya...

Mohon ampun dari kejauhan..
Mohon dihalalkan segalanya..

Salam sayang,
Isteri Abang.


November 4, 2009

abang.......

yus rindu abg..
rindu sgt2...
yus nak abang..
dah tak da ayat nak xplain..
betapa yus rindu abang...
bila kita boleh jadi macam dulu?........

Cerita Cikgu Yus Dan Kanak-Kanak- Part I

Mungkin ini cerita lawak.

Mungkin juga cerita motivasi.

Mungkin ini cerita cikgu yang terasa hati.

Ceritanya…semalam, hari selasa 27 oktober 2009..(oops..post ni dipublish lewat seminggu)..cikgu yus ada klas math, 5 sastera 6..(klas yg cikgu yus pegang, kelas paling akhir dalam sekolah dan mungkin yang paling banyak masalah)..lagi sebulan menghampiri spm..dah nampak banyak perubahan pada kanak2 itu..ya..kanak2 17 tahun..badan semua besar..lagi besar n tinggi dari cikgu yus..tapi akal?...sangat tidak matang..sebab itu cikgu yus kenalkan mereka sebagai kanak2..kanak2 itu..dah banyak berubah..daripada daftar 25 org pada januari..dah menyusut tinggal 16 orang pada oktober..yang selebihnya dah dibuang sekolah atau berhenti sekolah..16 orang yang tinggal..masing2 dah dapat kesedaran..dah boleh duduk dan dengar apa ajaran cikgu yus..dah nampak ada batang pen di tangan, dan dah mula berminat untuk menelaah..itupun setelah cikgu yus berhempas pulas..menahan sabar..memendam sakit hati dan yg sewaktu dengannya..

Kanak2 itu..sudah pandai plot graf..sudah kenal paksi-x dan paksi-y..cikgu yus dah ajar..paksi-x..paksi yang tidur(mengufuk?...jgn harap kanak2 tu boleh faham)..paksi-y..paksi yang berdiri..sudut tegak..90 darjah..bukan 120 seperti yang diteka..banyak lagi..tapi dah memang amanah untuk cikgu yus..bantu sebolehnya utk kanak2 itu..

Ringkaskan cerita..dalam kelas semalam..cikgu yus nak ajar cara nak cari sudut bagi polygon..lepas dah puas bagi maklumat.bagi ciri2 sudut..dan tunjuk contoh pengiraan untuk sudut..kanak2 tu dah mula berkerut..mula nak komplen..

5s6: “awat susah sangat cikgu..ajarla cara yang senang sikit..”
c.y : “memang la susah..sebab semua benda awak baru nak tau..”
5s6: “cikgu tunjuk la cara yang senang..cikgu X ajar kami selalu senang ja..”

* cikgu X tu..cikgu baru masuk bulan 8..kami sama2 ajar klas tu,dgn jadual yg berbeza..cikgu X stat ajar klas tu..lepas dah banyak yg cikgu yus ajar..cikgu X gamti sorang cikgu perempuan yang drop kelas tu sebab x tahan dengan perangai kanak-kanak tu*

c.y : amboi..cikgu X baru ajar..dah mula nak komplen cikgu?selama ni sapa yang banyak
sabar dengan awak?

Tersentap hati cikgu yus..bila ada sorang yang kata:

“ cikgu patut kaji dulu soalan tu..tengok cara mana yang senang..macam cikgu X..”

Chait..baru pandai sket..dah menyombong..cikgu yus nak nangis sebab rasa marah sangat2.rasa kecik hati..makan dalam..rasa semua usaha tak dihargai..

Dengan muka yang terasa panas..dan hujung2 mata yang pedih..cikgu yus kata:

"ok la..kalau dah cikgu X ajar senang..awak faham..soalan2 lain,nanti bincang dengan dia..selama ni cikgu yang tahan dengan awak, xdrop kelas macam cikgu sebelum ni buat..tapi xpala.."

terdengar suara sorang kanak2..
"ala, tu pun nak merajuk ka cikgu..orang melawak ja.."

Cikgu yus senyap..tiada lagi ayat untuk diucap..cukup..hati dah tersentap..cikgu yus mintak balik calculator yang dipinjam..kemas buku..dan cikgu yus melangkah penuh dendam keluar dari pintu belakang kelas..

End of Part I.To be continued...

October 26, 2009

.suara hati yang gelisah.

Susah hati.

Saya sangat susah hati..banyak sangat benda..yang mengganggu ketenteraman fikiran..

Pertama..
saya rindu suami saya...sangat2 rindu..nak lihat dia.nak sentuh dia..nak melalui hari2 dengan dia...perkahwinan jarak jauh..bukan seperti yang boleh dibayangkan@digambarkan dengan kata2..hanya orang yang melaluinya boleh faham apa saya rsa waktu ni..i mean..ni jarak jauh yang memang jauh..beribu-ribu kilometer..merentas benua-benua..dan sekurang-kurangnya 15 jam perjalanan di udara..so bagi sapa2..yang berjauhan dengan pasangan..setakat langkawi-alor setar atau mungkin alor setar-kl..shut up ur f****** mouth..keadaan kita tak akan pernah sama..jgn nak pura2 mcam faham..menyakitkan hati je kalau setakat nak buat ayat…:
”senasib la kita kan…suami duk jauh…tapi yus mesti lagi sedih kan..payah nak jumpa..nasib baik la suami saya duk alor setar ja..hujung minggu bleh jumpa..p la ikut suami..kesian tengok yus..”..wt*??..lu igt senang gua nk p sana?..i’m a working woman oke?..i got so many things to be settled before I can go there..i hve 2 apply for the cuti-tanpa-gaji, being approve for the residence permit by the german embassy, n being allowed by Malaysia government to visit other country..urusannya senang ja..isi borang..dan hantar..pihak atasan akan uruskan..but..yang masalah skang..sebelum sampai ke pihak atasan..banyak sgt prosedur2 bodoh..yang akan melambatkan penerimaan pihak atasan.. dan untuk waktu ini..saat ini ditulis..urusan bodoh yang menjadi penghalang..hanya kerana sekeping surat..dan untuk dapatkan surat tu..terpaksala menebal muka..bertanya itu ini pada orang2 yang x semuanya ikhlas membantu..berkali2 di ‘hold’ kan di talian..menunggu untuk disambungkan kepada rantaian org2 berkenaan..i’m kinda sick of it..kalau bleh muntah..nak ja muntah kat corong phone tu..

But that’s ok..mungkin rezeki tuhan..sampai masa akan settle smua tu..

Hal kedua..belum pun saya confirmkan penghijrahan saya yang sebenarnya masih dalam status sulit a.k.a ‘private and confidential...dah ramai yang sibuk buat andaian segala..manusia yang terlebih rajin untuk mencongak rencana hidup orang..lagi teruk..dah ada yang menunjukkan riak2 mahu mengambil alih tempat saya..nak ganti kelas2 yg saya ajar..nak duduk rumah saya..amik la..tapi tunggu aku blah dulu...bleh?...

Saya buntu..xtau nk buat apa..saya sgt2 berharap..dan sgt2 takut kalau harapan tu xmenjadi seperti yang diharapkan.. saya nak tinggalkan org2 yang penyibuk itu..nak tinggalkan kepenatan saya..saya dah penat..hidup dalam penafian..penat menafikan ketidak-ok-an saya di depan semua org..bila org tanya..
“yus, ok ke..?”
“dikna ok ke hasnul takda ni?”
“camna husband duk jauh..ok ke x?”
jawapan markah penuh mengikut skema yang akan saya jawab.
“ala..ok je..”
Itu je jawapan yang senang..yang akan menenangkan hati insan2 yang bertanya kerana bimbangkan saya..dan jawapan itu juga yang akan menutup pertanyaan selanjutnya dari orang2 yang sememangnya bertanya sekadar mengharapkan ketidak-ok-an saya di zahirkan depan org ramai…

Lagi 2 hari..cukup sebulan abang pegi..so sakit rindu yang terpendam ni..mungkin dah melebihi batas kemampuan diri untuk menahan…I need him sooo badly….i just need my husband…that is all i want..i just need to be with him..

Oh hati,tabahlah kamu.…
Oh mata, bendunglah air mata itu..

Oh Tuhan..bantulah aku.........................

October 12, 2009

dedicated to my only superb man..~

i was skpe-ing with abg just now..n lps sehari x tgk..nampak cam abg sedikit kurus..bila tanya..abg selamba jawab.."kurus rindukan isteri"..hehe..jawapan berbunyi lawak..tapi terselit syahdu kat situ..sian abang..rindu isteri..sampai x lalu makan..abang dah 3 hari puasa..buka puasa pun mesti x meriah sorg2..kan?
itu cerita abang..isteri abang kat sini??...lagi rindu..lagi syahdu..


pejam celik..dah 2 minggu..hari isnin 2 minggu lepas..abang ada lagi kat sini..so dah 2 minggu abang balik..kita pun dah bleh adapt dengan life camni..tu lah..kdg2..terasa sgt..dua bulan hidup dengan abang..macam mimpi indah yang panjang..skang ni..cam dah dikejutkan dari mimpi tu..hidup dah jadi sama cam sebelum mimpi..macam sebelum kawen..sorg2..makan sorg..tidur sorg..solat sorg..semua sorg2..

abang..ayg nak sambung lagi mimpi 2..tapi kali ni..nak mimpi tu..berterusan.........~

October 2, 2009

hari-hari indah seperti selalu......

Hidup dalam rumah kuarters yang complicated ni..terlalu banyak benda untuk terbayangkan abang..dan untuk menghadapi kenyataan..yang abang takda di sini di ketika ini..kadang-kadang menghakis kewarasan dan kematangan akal fikiran..

Sepanjang lebih kurang dua bulan hidup dengan abang di langkawi..banyak sangat perkara2 simple yang menjadi rutin,…

Selalunya, bangun pagi dalam keadaan malas..dalam pelukan abang..abang akan mula bising..suruh bangun,mandi dan bersiap utk kerja..abang pula…akan ambil bantal..tutup muka sebelum sempat lampu dibuka..dan abang cuma akan bangun bila bunyi bising motosikal student masuk sekolah..

Selalunya,lepas je bersiap..abang akan bangun..dan yus akan bersalam,cium dan peluk abang..bekalan untuk menanggung rindu di tempat kerja..abang akan bangun bukakan pintu..menghantar isteri comel ni(cumel ker??) di muka pintu..

Selalunya, abis waktu sekolah..abang awal2 lagi akan sms..suruh balik cepat…dan yus akan balik on time..6 jam di tempat kerja..rasanya terlalu lama..terlalu lama untuk tidak menatap wajah abang..

Selalunya..sampai je kawasan rumah,yus akan ke bahagian tingkap,ketuk tingkap 2-3 kali..bagi signal yg isteri cumel abang dh sampai..dan akan terdengar tapak kaki abang bergegas ke depan untuk buka pintu..abang akan berlindung balik pintu..dan menyambut isteri abang dengan penuh rasa rindu…

Selalunya,kami akan solat jemaah..terdengar2 merdu suara abang mengalunkan ayat suci..dan terbayang-bayang riak muka abang ketika membacakan doa..indahnya saat itu…

Selalunya, dapur kecil itu..riuh dengan suara kami..suara abang yang akan komplen cara isteri dia wat keja..suara abang yang tak habis2 ucap terima kasih sebab sudi memasak untuk dia..dan suara riang gelak ketawa, gurau senda pasangan muda ini..bahagianya..

Selalunya, siang hari di hari cuti begini...kami dah keluar..berjalan2 menghirup udara segar..melihat indahnya alam bumi tuhan..melihat laut..pokok..awan..semuanya indah dengan abang..berjalan2..berpegang tangan....

Terlalu banyak 'selalunya' untuk terkenangkan abang..dan untuk merasakan..betapa sakitnya hidup tanpa abang..sesaat hidup sorang diri..terasa sakitnya menikam dalam hati..semalam abang berpesan..banyak2 baca quran..dan jangan terlalu ikut perasaan..bukan yus sengaja..tapi yus terlalu rindukan abang...2 bulan..kita tunggu lagi dua bulan..tuhan uji kita..dengan perpisahan sementara ni..mesti ada hikmah indah disebaliknya..semestinya ada...

September 29, 2009

~how i'll survive my day~

tajuk tu patut disambung lagi sket..."how i'll survive my day...without abang by my side.."huhu...abang departed last night..he went back to germany..and leave me here for the first time since we get married..huhu... 2bulan lepas kawen..xpernah langsung jauh dgn abang..paling lama msa x jumpa pun..cuma 6 jam..masa kena kerja..n..in this two month..xpenah lagi tidor..n bangun tidor sorg2..semuanya ada abang..so..today,it's like a new day..semuanya berbeza..

at this moment..abang shud be on his flight..mayb lagi 2-3 jam abang sampai dubai..n probably..he is sleeping on his seat..n dreaming of his wife..just like i dreamed of him last night..lepas hantar abang kat airport..n lepas bang jad belanja makan..(mayb nak pujuk adik dia yg kena tinggal ni)..i went straight to my bedroom..n trus tdor..xsalin baju..x semayang isyak,xgosok gigi..x cuci muka..n xsempat tutup lampu pun..sebab?

1)xnak melayan perasaan
2)benci tengok ruang kosong atas katil tu..ruang abang..
3)letih..letih layan sedara mara yg datang rumah utk jumpa abang..letih tahan mata dari nangis..n letih berpura2 cam tada papa kat airpot tadi...

dah 4 kali..hantar abang kat airport..3 kali sebagai tunang..n sekali sebagai isteri..tapi..xda sekali pun..air mata yusrina tumpah d airpot..how strong i am..hehe..yeah..depan org..mungkin nampak cam kuat..bleh gelak..bleh wat lawak..tapi..dalam hati..tuhan je yang tau..dan semalam..satu2nya masa air mata tertumpah juga..pukul4.30 am..bila terjaga dari tidor..n dengan x sedar..tercari2 abang kat sebelah..seriously..terlupa..abang takda..n..bila dah tersedar..baru rasa sedih..rasa rindu kat abang..rindu...rindu yang amat sangat....
teringat abang pesan..nak tak nak..kena kuat jugak..kena tahankan hati..n keep on living..bangun semayang isyak..n mengadu pada Dia..Dia selalu mendengar utk kita..selalu ada..

abang....i miss u damn much.....

September 2, 2009

how do i begin~~~

at last..setelah beberapa kali tertangguh..setelah lama bermain2 dlm fikiran..dan stelah banyak kali mengarang entry di atas angin..finally..i'm launching my new blog..haha..so i think..i shall begin with..

"bismillahirrahmanirrahim.."

enjoy ur ride to my little reading room...~