Beberapa perkara yang saya rasa penting untuk di ceritakan di sini (ayat skema tak boleh blah)...
Saya dah dapat transfer balik Alor Setar. Yay! Babai pulau..babai laut..babai feri..hehe.. Lega sangat rasa bila dapat transfer ke sekolah dekat rumah. Bukanlah Langkawi tu teruk sangat, memang best duduk pulau pelancongan tu..tapi kalau dah kena duduk sorang-sorang(since Mr Hasnul dah dapat keja) dan ada harapan untuk beranak sorang-sorang tanpa mak ayah mahupun suami, memang masa tu jugak rasa nak meraung hentak-hentak kaki..huhu. Apapun, syukur banyak-banyak. Dah cantik sangat aturan Tuhan. Elok-elok saya dapat transfer masa Mr Hasnul dapat keja. Itulah rezeki namanya.Tapi tak faham kenapa sesetengah orang susah betul nak terima konsep 'rezeki' ni. Kecoh sangat bila orang dapat tukar, cakap guna kabel besar la, apa la.. Zaman dah wireless lah kak, tak main ah kabel-kabel..
Second thing, my dearest kak cik (my elder sis) dah selamat jadi isteri orang minggu lepas. (That'll explain why I don't even have time to visit my own blog.huhu. Susah nak urus kerja kawen ni. Lebih-lebih lagi bila melibatkan saudara dekat kita.) Tak sangka cubaan sebagai match-maker kali ni menjadi. Semoga mereka berdua bahagia dan kekal bercinta hingga ke syurga. Still tak boleh bayang, apa perasaan kawen dengan lelaki yang direkomen oleh orang lain, then berhubung through phone, sms, facebook semata-mata dan berjumpa 2 kali sahaja sebelum jadi isteri orang tu..apa dorang rasa eh? But still, nampak sweet je dorang malu-malu hari kawen tu. Suci gila nampak! =)
![]() |
| sama cantik sama padan..=) |
![]() |
| and both are good in front of camera..walaupun baru jumpa, boleh je dorang pose cantik-cantik..~ |
![]() |
| I just love my pregnancy...hehe |



1 comment:
salam kenal.. rajin2, jemput singgah blog AKU SEBUTIR PASIR hamba kalau berminat nak baca my travelling experiences ke 46 buah negara.. :)
Post a Comment