Kami pergi Istanbul lebih kurang sebulan yang lalu. Singgah on da way balik dari Germany ke Malaysia. Kami ambil flight Turkish Airlines dari Munich, dan transit di Istanbul selama 2 malam sebelum ambil flight Malaysia Airlines ke KL. Kira menyelam minum air la..Alang-alang nak transit, biar lama sket, bole jalan-jalan.hehe. Kalau nak buat, masa book flight ticket tu, pilih 'multiple stopover', then isi tarikh untuk transit. Jangan bimbang, harga dia sama je macam kita ambil option transit sekejap.
Hari first tu, sampai Istanbul dah petang (around 4pm local time). Salji pulak tu. Saya punyalah berangan nak berpanas-panas di Istanbul. Sekali kat sana lagi sejuk dari Regensburg. Sepatutnya ada transit service dari airport ke hotel, tapi orang hotel tu tak datang pulak, (actually dia datang, tapi tak jumpa kami..huhu). So terpaksa la ambil taxi untuk ke hotel. Bermulalah pengalaman tak berapa nak best dengan turkish people ni. Driver taxi tu, mula-mula cakap dia tau alamat hotel. Sekali bila sampai area Masjid Biru, dia macam sesat. Tapi taknak mengaku yang dia sesat. Saya dengan Mr Hasnul dah cuak tengok meter taxi duk bertambah, tapi bayang hotel tak nampak pun. Sudahnya, driver tu turunkan kami dekat belakang Blue Mosque, lepas tu dia cakap, ada construction dekat jalan ke hotel, dia tak boleh nak masuk (which was a lie!). Paling teruk, harga tambang taxi cuma 37 Lira, Mr hasnul bagi 40 Lira, dia tak bagi baki, dengan alasan dia tak ada duit kecil. Boleh selamba je jawab macam tu, then blah. Like wt*?? Bukannya dia nak usaha pergi tukar duit dekat kedai area-area tu ke. Eiii..memalukan umat Islam je. Tak jujur! Kalau Deutsche mesti tak buat macam tu...
Dalam salji yang lebat tu, terpaksalah Mr Hasnul meronda sorang-sorang cari hotel. Saya pulak kena duduk bawah pokok tunggu beg dalam sejukbeku.huhu. Bila ingat balik rasa macam drama pulak.(please..imagine hero berlari-lari cari tempat berteduh, heroin pulak dengan 'naive'nya tunggu bawah pokokhehe). Last-last dengan bantuan sorang budak sekolah, barulah kami dapat jumpa hotel. Nasib baik budak tu tolong call manager hotel, kalau tak memang tak jumpa lah hotel tu. Tindakan berhati mulia budak tu juga memadamkan persepsi negatif saya pada orang Turki, tak semua yang teruk. Ada je yang baik.hehe. The hotel room was superb! Macam honeymoon suite gitu.hehe. Kalau tengok dari luar hotel, memang x percaya bilik dalam dia macam ni..Paling lawak, dalam satu bangunan hotel tu, kami berdua je yang duduk. Sebabnya memang hotel tu consist of 5 room je. No wonder la dapat rate yang sangat murah, 35€ satu malam for two persons, breakfast included.
Lepas rehat-rehat petang tu, we both went out for a walk near Blue Mosque. Lebih kurang 3 minit je kot berjalan dari hotel ke Blue Mosque. Snapped a few pictures, then pergi cari tempat makan. Kedai makan memang banyak, sampai tak tau nak buat pilihan. Last-last Mr Hasnul cakap, jom pegi makan dekat area Bosphorus (tepi pantai). Nak pergi sana, kena naik tram. Sistem tram dekat Istanbul ni simple je. Memang ada 2 line je. Dan mana-mana destinasi kita nak turun pun, bayaran dia sama je, 1.70 Turkish Lira (TL). Sampai je kat Bosphorus, memang dah tak larat nak ronda-ronda cari kedai. terus masuk satu restoren betul-betul depan jalan tram. Tengok depan kedai ada ayam golek, Mr Hasnul memang tergoda dah. Cuaca masa tu memang sejuk, ada salji turun renyai-renyai. Kedai tu pulak adalah berkonsep terbuka.huhu. Nasib baik ada heater, dan teh panas yang super sedap! =)
Lepas dah makan barulah bertenaga dan mood jadi baik (both of us, kalau lapar muncung je muka..pantang salah sket boleh jadi gaduh..haha..dah kenyang baru bole senyum..it's a fact! haha). Kami jalan-jalan kejap depan Bosphorus tu, ambil gambar sambil tengok gelagat Turkish. Tapi sayang tak boleh nak spend masa lama kat situ since salji masih turun (ditambah dengan angin laut yang sepoi-sepoi bahasa) dan saya memang tak tahan sejuk.huhu.Terus ambil tram, dan balik ke hotel.
![]() |
| New Mosque |
![]() |
| Food stalls @ Bosphorus seaside |
![]() |
| It's snowing..... |
![]() |
| Best kan kalau rumah ada rooftop dengan view mengadap laut macam ni kan? |
We have listed a few places to visit in Istanbul. Dalam keadaan mak buyung yang cepat penat dan kuat makan ni, kami memang dah plan nak melawat dalam keadaan santai. Pergi mana yang sempat je, tapi mesti makan(juga shopping) dengan puas.hehe. So we started our visit with Grand Bazaar..hahaha.itu memang idea saya. Saya dah cakap ngan Mr Hasnul, apa-apa hal pun, Grand Bazaar mesti jadi priority. Tapi sebelum pergi Grand Bazaar, kami sempat jugak singgah University of Istanbul. Dah alang-alang tak jauh dari situ kan. Masuk je Grand Bazaar, mata mak buyung mula bersinar-sinar..dah rambang mata tengok semua barang-barang yang dijual kat situ. From souvenirs, fancy lamps to the various types of scarfs, shawls and clothes. Semua benda ada. Siapkan duit je. Walaupun dah spare duit untuk shopping, saya tetap cari tempat yang offer harga paling murah, sebab saya nak beli banyak barang as souvenirs untuk sedara-mara. Memang dah plan sejak dari Germany lagi, souvenirs untuk sedara-mara kitorang nak beli kat Turkey. Grand Bazaar ni konsep dia sama macam kat Pasar Siti Khadijah (penah pergi sekali je..hehe). Kena pandai tawar, dan ikut luck kita juga untuk dapat lowest price. Contoh macam T-Shirt Istanbul, dia letak harga 10TL, lepas susah payah tawar harga dapatlah 6TL..tapi, lepas tu jalan-jalan jumpa kedai yang offer 5TL untuk T-shirt yang sama pattern, tanpa perlu bargain..mesti hangin kan?hehe.. Saya beli T-shirt dengan shawl je..itu pun shawl yang murah..tak beli pun segala Pashmina ke, Cashmere ke.. Lampu-lampu fancy tu pun tak beli walaupun sangat berkenan. Susah nak bawak balik..lagipun belum ada rumah sendiri. Buat apa nak beli hiasan-hiasan gitu kan..
![]() |
| Fancy lamp |
![]() |
| muka bersinar-sinar nampak perkataan 'bazaar' |
Dari Grand Bazaar, kami balik ke Sultanahmet, simpan barang kat hotel and bersiap-siap utnuk solat Jumaat. Cadang asal, saya pun nak solat Jumaat. Tapi tak jadi sebab crowd sangat. Lepas Mr Hasnul siap solat, kami ke Bosphorus sekali lagi untuk lunch. Kali ni nak merasa makan ikan pulak. Kat sepanjang Bosphorus tu, memang banyak restoran yang offer seafood. Dan orang Turki ni memang suka approach customer kat luar kedai (dengan ayat-ayat manis beserta sumpah), pastu dia akan promote kedai dia sampai kita tertarik. That was what happened to us. Entah macam mana, boleh terpengarauh dengan one of this waiter untuk masuk dalam restaurant yang boleh dikatakan 'class' jugak. Waiter dia siap bawak satu troli berisi ikan, then dia explain satu persatu jenis ikan tu, apa keistimewaan ikan tu, dan sajian apa yang paling best. Most of ikan yang dia tunjuk tu, harga 1kg dalam 100TL, kalau convert dalam Euro, kira almost 50€ jugak sekilo.Erk..itu macam, kalau amik, kena telan dengan tulang-tulang ikan baru berbaloi.hahaha. So, taknak menghampakan waiter tu, kami order jugak satu meal yang ada ikan. Tapi mestila yang murah punya. 28TL per meal. Mr Hasnul opted for a chicken meal. Dia cakap kenyang sket.hehe. Ikan yang saya amik tu, seriously sedap. Walaupun simple fried je, tapi rasa ikan dia memang superb ah. Fresh, manis and takde rasa hanyir langsung.Teringat lagi sampai sekarang.hehe
Lepas makan, kami gerak ke next destination. Spice Bazaar plak..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Letihla plak..next time la kita sambung ek ..cekiddaaaaut.. (like ada orang kesah nak baca je kan...hehe)~










