November 29, 2010

travel note : Paris, France

Bonjour, Mesdames et Messieurs..hehe


Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat pulang dari France. Kami bertolak hari Khamis , 25.11.2010 pukul 7.30pm dari Regensburg. Kami sampai di Paris Main Train Station (Gare de l'Est) pukul 9.30am hari Jumaat. Tak payah tanya, memang rasa keras punggung duduk dalam train tu. Nasib baik ada peha mr hasnul buat alas kepala.hehe. *takde segan-segan, depan mak mertua pun bantai tidor atas ribaan jugak.haha*


Sampai je di Paris, macam biasa, terus pegi kaunter info, mintak map. Then berpandukan map dan jugak info-info yang dah di survey sebelum pegi, terus cari metro, pegi brekfast then pegi hotel. Alhamdulillah, walaupun tak pernah sampai lagi, dan ada sikit masalah language, semua tempat yang kami aim nak pergi, boleh je sampai tanpa ada masalah.


depan hotel




Petang tu kami keluar semula ke Arc de Triomphe, terletak dekat Champ Elysees..Ala, benda alah yang macam gerbang tu. Tak pegi dekat pun, amik gambar dari jauh je.Asal sampai kan?hehe. Tengah syok-syok amik gambar, tiba-tiba je salji turun mencurah-curah. Lebat gila. Tak sempat nak lari cari tempat teduh pun. Sejuk tak payah cakap la kan. Then, kami jumpa kedai apa ntah, masuk tumpang panas dalam tu kejap. Pastu keluar balik sebab nak meronda kawasan shopping kat situ. Champ Elysees ni memang terkenal dengan boutique untuk brang-barang branded. Merasa la jugak masuk Louis Vuitton walaupun dah sah-sah tahu duit dalam wallet tak cukup nak beli apa-apa yang ada jual kat situ. hehe. Masuk je la kan, pusing-pusing tengok orang kaya shopping. Mostly adalah apek and amoi cina. Banyak betul duit dorang ni eh, beli pulak bukan sket-sket. Kalau kat Mesia, masuk tempat-tempat camni tapi pakai selekeh-selekeh mesti promoter dia buat muka kerek tak nak layan kan. Tapi kat sini ok je. At least dia senyum je kat semua orang yang masuk, dan dia tak lorat pun tengok kita buat cubaan nak sentuh-sentuh beg ribuan Euro..
Arc de Triomphe-berani mati amik gambar tengah jalan.




heavy snow


selekeh tapi masuk LV.haha






Kami tak shopping apa pun. Beli souvenir je. MIL dengan FIL mengangkut souvenir banyak gila. Beli souvenir je dah habis berapa ratus. Saya cuma beli sket-sket buat kenangan. *sebab duit saya takde banyak macam dorang.huhu*
Settle beli-beli semua, kami pegi dinner, pastu pegi Musee de Lourve. Kat dalam museum ni katanya terletak potret Monalisa. Tapi macam biasa, saya dengan mr hasnul bukan layan museum2 ni. Kami amik gambar kat luar je. Petanda dah sampai.hehe. Kira aci la tu. Then, masing-masing heret kaki (sebab dah letih gila jalan) balik ke hotel. Ikut tentatif asal, ingat nak kuar tengok view Eiffel Tower waktu malam. Tapi mengenangkan kaki dan badan yang dah tak bermaya tu, cukuplah tengok Eiffel Tower dari tingkap hotel je.


Musee de Lourve. Cantik kan?




Esoknya, kami check-out awal, simpan beg di loker hotel dengan harga 5€ satu hari then gerak ke Eiffel Tower. Sepanjang jalan ke tower base, penuh orang-orang kulit hitam jual souvenir. Murah gila pulak tu. Banding harga dengan souvenir yang kami beli semalam, memang tepuk dahi banyak kali. Terkena! Replika menara yang kami beli dengan harga 6€ dekat kedai souvenir, tepi jalan tu jual 2.50€ je. Dekat 3 kali ganda murah tu. So ingat ek, sapa-sapa nak beli souvenir kat Paris, jangan beli dekat kedai. Pegi cari orang-orang tepi jalan sudah. Murah dan berbaloi-baloi. 


Penjaja souvenir. Boleh cakap Melayu dorang ni.




Nasib baik dah book ticket tower online, so tak payah queue boleh terus naik tower. Sejuk gila kat atas tu. Sejuk-sejuk pun orang ramai jugak. Kalau summer mesti lagi ramai. Syukur sebab masa kami naik atas, ada matahari. Boleh nampak view kota Paris dari atas. Kalau mendung atau foggy, mesti tak nampak apa-apa.Tiket untuk ke tower summit cuma 13€ seorang. Kira ok lah tu. Alang-alang dah pegi paris kan, biarlah sampai puncak.hehe.


The view of Paris from Eiffel Tower.


Lepas sejam dekat atas, kami turun amik gambar kat bawah. Ini je yang menarik pasal Paris rasanya. Personally, saya tak rasa Paris ni special sangat, negara Eropah sbenarnya lebih kurang je semua. So, kalau dah sampai satu negara Eropah sebenarnya dah cukup. Tapi kalau ada rezeki pegi lah jalan banyak tempat. Kata orang, jauh berjalan luas pengalaman kan. Tapi jangan lupa, mana-mana tempat kita sampai pun, cantik mana pun pemandangan yang kita lihat,  apa pun monument hebat yang kita lawat, tetap pujian itu kembali kepada Allah. Semua tu kan datang dari Allah?..Paling tidak pun, Allah yang kurniakan akal untuk bolehkan manusia mereka menara besi macam tu dari kurun ke -18 dulu.


Summit.





Paris bagi saya adalah satu bandar yang sebenarnya cantik, tapi jadi serabut, kotor dan busuk. Lebih kurang macam London. Rasa tak secure, tak macam dekat Germany. Dengan peminta sedekah ramai, pendatang, homeless merata-rata, sampah-sarap banyak.Eii..tak taulah kat part mana yang orang cakap romantik tu..Pegi bercinta dekat Pantai Cenang lagi romantik kot.hehe. Oh, ada satu part romantik. Dekat Paris merata-rata ada orang buat music show. Be it dekat metro station, dekat tepi jalan or even dalam metro pun! Saya suka part yang ni. Best gile kot, naik metro sambil dengar pak cik gesek violin main lagu Beethoven.hehe. Nah, ini satu contoh. Tapi bukan gesek violin, ape ntah nama alat muzik tu. Video henfon je. Enjoy!






Tengah hari tu, kami lunch di kedai yang sama yang kami breakfast semalam. Sedap dan puas hati makan dekat situ.hehe. Lepas tu pegi cari Grand Mosque. Lawak jugak, elok-elok sampai station Place Monge, saya dengan mr hasnul baru nak bukak map nak cari jalan pegi masjid tu. tiba-tiba je ada mamat French ni datang, "Mahu saya tolong??"..sekali dia cakap Melayu beb. Saya tanya "Can you speak Malay?".." Boleh, sikit-sikit.."(sila baca dengan slang mat salleh ye.) Apa lagi kan, terus tanya dia mana arah masjid, dia pun bagi direction, siap recommend suh pegi minum mint tea dekat masjid lagi. Rupa-rupanya dia kawen dengan cina Malaysia. Sebab tu dia pandai cakap melayu.hehe. Masjid tu subhanallah. Besar. Selesa. Orang pun ramai. Sampai MIL saya cakap dia rasa macam duduk kat Mekah.hehe. Kami duduk masjid sampai Maghrib, settle solat semua, terus gerak balik hotel amik beg, then pegi train station. Pukul 8.30pm bertolak balik Regensburg. Dalam compartment kami tu ada 6 seats, satu seat tu ada pak cik Jepun masuk. then dia tanya, we all ni family ke. Terus dia rasa uninvited. Elok je train bergerak, dia pegi cari compartment lain. Dasat jugak pakcik Jepun ni. Dia cerita, dia round the world. Dari US, Mexico, pegi semua Europe Country, then nanti nak pegi, Vietnam, Beijing, Korea semua. Dasat! Dah la travel sorang. Jenis-jenis orang macam ni lah agaknya yang selalu jadi penulis buku kan? Macam Eat. Pray. Love tu..hmm..


Ok. Habis cerita Paris. Tiket Air Asia sekarang dah murah pegi Paris kan, simpan duit, dan pergilah tengok sendiri.hehe~


Ada lebih kurang 400 keping gambar yang saya sempat ambil di Paris, tapi dalam banyak-banyak..ada satu yang saya PALING SUKA. Akan ingat sampai mati kot.Insyallah. Gambar apa?hehe.. nantilah, kita buat tajuk lain untuk gambar tu je..*terus senyum sampai telinga bila terkenangkan gambar yang satu itu*









November 25, 2010

Bonjour..

Saya tengah siap-siap sekarang. Lagi dua jam nak gerak ke salah satu tempat yang pernah jadi dream destination. Saya kena iring family mr hasnul ke train station, dan jumpa dia kat sana since dia direct pergi lepas kelas. Kami akan naik train untuk 12 jam.Mak aih. Lama gila. Kalau naik MAS dah sampai Malaysia buah hatiku. Saya takde plan apa-apa, cadangnya nak tidor je. Teringat dulu naik train 12 jam dengan Nazanursaad dari KL balik Alor Setar. Saja gedik nak rasa naik train kononnya. hehe. Indahlah zaman dulu-dulu.


Anyways, doakan perjalanan kami selamat, mudah dan gembira. Nanti balik saya wat travel note eh. *macam lah ada orang minat nak baca ko tayang jalan-jalan europe tu yus.haha*


Mungkin kepulangan saya nanti akan mampu tukarkan gloomy kepada glowy. Siapa tahu kan?








p/s: nak tengok, apalah yang ada pada besi buruk yang di agung-agungkan sangat tu..



November 24, 2010

Sonata Musim Salju

Kesiannya bilik bacaan kecik ni, dah berapa hari bersawang-sawang. Sempat masuk, tapi tak sempat nak kemas-kemas. Lagipun memang tak ada feeling nak tulis apa-apa. Kalau ada pun, mesti jadi mangsa CTRL A, CTRL X.

I'm doing good..a lot better, I guess. Lepas 2-3 hari bergloomy sorang-sorang, sekarang saya lebih tenang, lebih gembira.Dah boleh adapt dengan keadaan rasanya. Dah boleh bangun awal pagi, dan buat apa yang sesuai dengan keadaan keluarga mr hasnul. Awal gila kot bangun sekarang ni. Sebab mother-in-law(MIL) saya bangun awal masak nasik segala bagai. Ye lah, dorang punya jet lag pun tak hilang lagi, perut pun still ikut waktu makan kat Malaysia. Pukul 7.30pagi dah brekfes dengan nasik, dan lauk 2-3 jenis. Saya bangun je dah siap semua. Saya tolong hidang-hidang je sambil buat-buat sibuk.haha.. Biarlah, minggu ni kita kasi can mr hasnul makan mak dia masak. *alasan orang malas*. 

Semalam bawak family mr hasnul pegi Munich. Kira destinasi wajib la kan memandangkan dorang dah datang sini. Munich ni ibu negeri Bavaria (Bayern), sejam setengah perjalanan dengan train dari Regensburg. Petang masa tengah jalan-jalan nak menuju ke tempat shopping, tiba-tiba salji turun. Subhanallah. Syahdu je rasa bila nampak debu-debu putih terbang dari langit. Terus saya jadi happy. (Eh, sebelum tu pun hepi je..hehe)..

Saya suka snow. Saya suka winter. Saya suka sejuk-sejuk. Saya suka Germany.




Tapi, saya lagi suka Malaysia.

November 20, 2010

Gloomy

Terima kasih kepada yang concern. Nazanursaad, Ell, dan Huda..komen dan mesej ringkas dari anda telah mampu buat saya tersenyum..

Keluarga mr hasnul dah selamat sampai. Alhamdulillah. Saya gembira masa ternampak mereka di balai ketibaan Munich Airport. Dan syukur jugak sebab semua barang-barang yang di angkut dari Malaysia terlepas dari kawalan kastam. Maka rumah saya sekarang berubah menjadi gedung makanan. Ada berpuluh-puluh bungkus megi, sekampit besar minuman 3 in 1 pelbagai perisa, ulam, rempah, cili kering, segala spesis ikan kering, kerepek, kuih muih dan segala macam lagi.Sapa-sapa rasa nak makanan free meh la datang rumah, saya nak buat agihan makanan. hehe.

Masa memunggah barang-barang dari beg. Saya terus jadi sensitif tahap dewa dewi. Especially bila saya nampak barang-barang yang dikirim oleh bonda tersayang. Mula lah hati saya terfikir. Alangkah indahnya jika dia yang ada bersama saya sekarang. Bila tengok betapa gembira mr hasnul dalam layanan ibu dan ayahnya. Saya terbayang jika bonda dan ayahanda saya yang ada di sini sekarang. Bila terdengar mereka bergelak ketawa dengan 'jenaka keluarga' yang tidak saya faham, saya terasa saya sendiri dalam hemisfera keras saya. Diam-diam saya lari bersembunyi ke 'bilik' kecil saya, dan saya menangis tanpa melodi sambil memeluk baju yang dikirim oleh mama. Jahat kan saya? Patutnya saya kenalah gembira dan lebih ikhlas terima kehadiran keluarga mertua, bukan hidup dalam bayangan 'Kalaulah'.. Eh, tak payah lah cakap pasal ikhlas. Itu dalam hati. Rahsia kita dengan Tuhan.Rindu saya pada keluarga, juga Tuhan sahaja yang mampu nyatakan nilainya.

Doakan saya lebih kuat. Doakan saya jadi seorang isteri dan menantu yang baik. Yang mampu balas kebaikan keluarga mertua saya. Doakan juga agar tuhan kurniakan umur dan rezeki agar dapat saya bertemu dengan wajah-wajah yang saya rindu.

p/s : Cukuplah dengan entry gloomy. Bukan senang nak menaip dengan mata yang kabur memandang skrin.

November 19, 2010

surat dari Qalbi

Dear useryna yang sangat fragile,

Sila senyum dan jadi kuat. Sila pendam semua rasa. Sila jangan rapuh. Tuhan kan ada. Bukankah Dia penyembuh paling baik? Bukankah Dia pelindung paling gagah?


Salam sayang,
Qalbi.

Bukan blackberry.

Ini bukan blackberry. Strawberry pun bukan. Tapi ini hanyalah hp sony ericsson model W. Saya testing post entry guna henfon. Saya sekarang dkt rumah membe mr hasnul. Lepak sini jap sebab nak ambil train paling awal pegi airport. Rumah dorang dekat dengn hauptbahnhof (train station). Saya dah kemas rumah cuci calat. Dah masak lauk untuk lunch esok. Tinggal nak tunggu orang sampai je. Eh, eksaited pulak rasa. Ok sekian laporan saya.
Seriyes susah tulis entry dgn henfon.
Kalau ada iPad kan best..
Kalau keluar tulisan sanskrit,salahkan henfon ni ek..

November 18, 2010

fragile

Orang perempuan memang macam ni. Sebulan sekali akan jadi cengeng tak boleh blah. 

Semalam saya kemas rumah (tak tahulah kemas apa yang tak siap-siap tu..macamlah duduk rumah bungalow 4 tingkat), pastu mr hasnul suruh kosongkan ruang baju saya untuk bagi dekat family dia isi barang. Tengah-tengah kemas, tiba-tiba rasa hati kena cucuk..sedih sebab feeling-feeling kemas baju kena buang negeri. So, saya nangis. Haha. Macam ngok jugak lah. Tapi takpe, hasil dari menangis, dapat secawan kopi pekat dan sebungkus megi goreng. Mr hasnul offer untuk masak in attempt to pujuk saya. Hehe.

Hari ni pulak, saya cal rumah. Mengenangkan nanti mungkin susah sket nak calling mengadu-domba dengan mama, so hajat di hati nak lah cal and cakap puas-puas. Cal rumah tak berjawab, cal adik tak angkat, cal kakak pun tak jawab. Sampai satu tahap rasa fed-up dan merajuk sorang-sorang. Last-last baru dapat courage untuk cal henfon baba. Saya malas nak cal baba sebab saya sangat sensitif bila cakap dengan baba. Air mata asyik bergenang je kalau dengar suara dia. Tak tahu atas sebab apa. Penyakit dalaman kot. Fortunately, berjawab jugak dan saya berjaya untuk tahan air mata. Rupa-rupanya dorang pegi rumah kakak. Gather abis satu kaum keluarga. That's why semua orang tak jawab phone. Sibuk dan tak perasan. Ok, fine. Saya nangis lagi. Sedih. Lepas tu cakap dengan mama, rasa ok dah. Saya cerita pasal semalam saya nangis. Pastu mama pujuk-pujuk.  Mama kata, takleh lah nak kecik hati macam tu, mr hasnul tu kan anak lelaki, ,mesti kena lebihkan family. Pastu mama kata, "Kalau hasnul lebihkan mak dia, insyallah dia akan diberkati, kalau dia diberkati, insyallah dikna juga akan diberkati." Ye, betul. Then sebelum end cal, saya cakap, "Nanti dikna cal lagi..sori la, semua benda nak cerita dekat mama.". Mama kata, "Lah..mama kan mak, memang lah kena cerita semua..mama sedia dengar semua..ceritalah, tak apa..". Saya nangis lagi. 

Ini namanya penyakit. Penyakit yang datang sebulan sekali. Bila kita crack over a very small amount of pressure. Kita nangis untuk benda paling bodoh dalam dunia. Sebab kita adalah perempuan. Perempuan memang fragile.

Jom lekat sticker dekat dahi. Biar semua orang tahu.





November 15, 2010

Aidiladha 1431 H~

Selamat menyambut Aidiladha semua.

Orang kita selalu lebihkan Aidilfitri daripada Aidiladha, sedangkan dalam Islam, Aidiladha itu lebih tinggi kedudukannya berbanding Aidilfitri. Sebab tu, masa untuk bertakbir bagi Aidiladha lebih lama daripada Aidilfitri. Kalau Aidiladha kita boleh bertakbir sehingga hari raya keempat (13 Zulhijjah) sedangkan Aidilfitri kita cuma bertakbir bermula maghrib 30 Ramadhan hingga sebelum Zuhur 1 Syawal. Saya ingat ini, sebab baba banyak kali ajar. Tapi nak baca banyak lagi, sila baca di sini.

Takpelah, yang penting dua-dua sambutan ni, adalah hari perayaan untuk meraikan kemenangan dan pengorbanan kita. Saya cuma berharap, Tuhan luaskan pintu rezeki dan terima kami suami isteri untuk menjadi tetamuNya suatu hari nanti. Teringin sangat nak buat haji. Kalau boleh nak buat masa muda. Sebab kita tak tahu, kalau kita sempat tua atau tak. Sesiapapun yang pernah dijemput sebagai tetamu Allah di Tanah Haram, mesti akan terasa terpanggil-panggil untuk datang lagi. Rasa tenang, sayu, dan indah yang pernah kita rasa di Tanah Haram tak akan sama dengan perasaan di mana-mana tempat lain. Alhamdulillah saya dah sampai banyak tempat, tapi saya tahu, tak ada satu tempat pun yang boleh menandingi pengalaman di Tanah Suci.

Semalam dengar video Ustaz Kazim pasal haji mabrur ni. Dia ada cakap, even if daftar sekarang dengan Tabung Haji, giliran kita akan sampai tahun 2028 nanti..Huhu..Camne ni, Tak daftar lagi pun. Balik Mesia nanti wajib pegi daftar. Ingatkan saya kalau saya lupa eh. (Benda baik-baik ni memang selalu sangat lupa kan?)..Jom, kita ramai-ramai daftar. Duit boleh cari. Mana tau lepas je daftar kita dimurahkan rezeki. Kalau ada yang nak pergi Tanah Suci dalam masa terdekat, doa-doakan lah semoga mudah untuk orang lain jugak sampai sana.


2007- unforgettable and syukur yang amat sangat.

Ini pulak pagi Aidiladha 2007, sebab tahun tu
tahun pergi umrah, semua cucu-cucu datin beraya pakai jubah.
Semua dah besar sekarang. 



p/s: Kami kat germany akan sambut raya esok (sehari awal dari Malaysia), tapi sadly mr hasnul ada kelas. harap-harap sempat solat raya. Sejuk-sejuk ni pakai kebaya boleh?haha..~

November 14, 2010

meet the parents-in-law part II

"Gedik. Tiba-tiba nak buat entri bersekuel-sekuel ni apehal." ,monolog si pemilik blog dalam hati.

Lagi 5 hari my parents-in-law a.k.a abah n mama nak sampai sini. Dan si adik bongsu mr hasnul sekali. Saya dah bertambah gelabah. Tak tau la apa yang nak gelabah sangat. So weken ni, kami dah buat sikit renovation dalam rumah 25m² ni..haha. Dengan jayanya dah buat penghadang supaya ada 'bilik kecik'  sebagai ruang privacy untuk tempoh sebulan ni. So far, saya rasa puas hati. At least kalau tidor meleleh air liur basi pun dorang tak nampak. Tapi kalau berdengkur for sure dorang boleh dengar. Takpe, boleh cakap mr hasnul yang dengkur.*btw, kami bukan pendengkur*

Barang yang mama saya nak kirim, dah lebih 10kg rasanya. Daripada rempah segala bagai, sampailah ke kuih raya, serunding homemade, baju etc. Padahal ada lagi lebih kurang 5 bulan je nak duduk sini *Insyallah*. Tak sabar nak tunggu dorang datang, dan tak sabar nak punggah barang yang mama kirim tu.hehe. Dekat lidah ni dah terasa-rasa keenakan serunding mama + nescafe 3 in 1 regular peket merah. Sekurang-kurangnya boleh lah ubat rindu dekat mama. Mr hasnul boleh lah berlagak sekarang, family dia dah nak datang. Boleh peluk mak ayah dia, boleh jalan sama-sama. Jeles!.

Tengok dekat atas ada calendar? Ha, tu sebab gelabah la tu. Mr hasnul pulak memang dah lantik saya jadi travel organiser dia. Saya yang kena search tempat-tempat nak travel, timing, bajet etc. Dia book transport dengan hotel je. Ingatkan lepas ni, saya nak tambah slot dekat calender tu. Nak letak cadangan menu untuk masak setiap hari dalam sebulan. Apa barang jamu mertua makan nasi dengan telur goreng je kan..haha.

Dah tulis entri, tapi tak hilang jugak gelabah.

November 11, 2010

Pillow talk

Dah tengok P Ramlee Biography documentary?. Kalau dah tengok bagus. Kalau belum sila ke youtube sekarang. Sedih gila bila tahu kisah sebenar hidup seorang lagenda. Dan sepanjang tengok dokumentari tu, rasa sayu yang amat sangat. *menangis 3-4 round*

Dan lepas dah habis tengok, satu benda yang boleh dikonklusikan adalah, orang Melayu ni memang dari dulu ada satu attitude yang tak baik. Suka sangat jatuhkan bangsa sendiri dan terlalu ego untuk angkat bangsa sendiri menjadi hero. Selain dari perjalanan seni arwah yang berliku penuh onak duri tu, kisah cinta arwah sangat menyentuh hati. Sekarang baru tahu, lagu-lagu hebat yang arwah hasilkan mostly adalah interpretasi jiwa dia sendiri. Contoh : Berkorban Apa Saja, Dimana Kan Ku Cari Ganti, Anakku Sazali, etc.

Ini mukadimah. Yang saya nak cerita adalah apa yang berlaku lepas kami suami isteri tengok documentary tu. Saya pasang video lagu Dimana Kan Ku Cari Ganti nyanyian Allahyarhamah Saloma  dua tahun sebelum dia meninggal. For sure dia menyanyi dengan penuh perasaan mengenangkan arwah suaminya yang dah tiada. (P Ramlee died 10 years before Saloma. Al- Fatihah to both of them). Saya cakap dekat mr hasnul, "Nanti kalau yus mati, bolehlah abang nyanyi lagu ni..". Mr hasnul diam. Masa ni kami memang dah baring-baring nak tidor. Kira pillow talk lah ni. hehe. Pastu saya tiba-tiba tertanya sesuatu yang mungkin tak patut saya tanya. 
"Kalau yus mati dulu, lepas tu abang kawen lain, nanti dekat syurga boleh ke yus jumpa abang?."
I felt a sudden sorrow after asking that question. Dia diam lagi. Lepas tu dia cakap, "Dah. Tidorlah." That kind of reaction is unpredictable. I thought he would laugh and make a joke or something. But I was wrong. Yes, now I know, there's a limit in making joke. My bad.


I know this young man can not live without me. Sama macam saya tak boleh hidup tanpa dia. Biarlah macam mana pun kami mungkin bergaduh *biasalah kan suami isteri gaduh-gaduh manja ni*, kami sangat memerlukan satu sama lain. The worst day of my entire life would be better with you by my side. So I made a promise to myself, I won't ask that kind of stupid question anymore. I'm so sorry abang. I know I hurt your feeling. Again, soo sorry. 


By the way, yus publish entry ni, abang tak kesah kan? hehehe. I love you too sayang. I want to grow old with you, dan bercinta sampai ke syurga. Insyallah.



backspace

"Cry for your love one doesn't make any harm, and doesn't make you less a man. It just proved how much you love them."









It's much easier to press the single 'backspace' key than to press all those 88 alphabet keys. 

November 9, 2010

Teka





Hint : Ada orang kata, muka budak techik tomey bushuk masham ni sama macam muka saya..*yay! Saya comel*


So, cuba teka..yang mana satu adalah saya?..

.
.
.
.


Betul ke ada iras muka budak techik tomey bushuk masham tu?



p/s: Arrghhh..tak sabar nak ada anak ni..mesti comel macam mak dia..bapak dia pun kecik-kecik comel jugak..*sebab budak kecik memang semua comel.haha*

Kenapa Bahasa Melayu susah?

Kalau nak bercakap bahasa pasar, takde nak kira betul salah memanglah senang. Tapi kalau betul-betul nak ikut setiap nahu bahasa..fuuhhh..seriyes susah. Oh, by da way ni tengah mode cikgu Bahasa Melayu. Ingat tak saya kan home tutor serba boleh. Haha. Konon semua benda boleh ajar. Sekali tengok macam senang je nak ajar kan, pastu bila bagi ujian, nak tanda karangan barulah terasa pening. Like, sekali baca rasa macam betul, dua kali baca rasa macam salah. Sudahnya saya tanda ikut instinct je. haha. Syukur sangat sebab saya cikgu Sains. Semua benda atas dasar fakta. Semua benda boleh direlate dengan logik akal, boleh refer hukum-hukum dan eksperimen-eksperimen yang ada. Takde nak kena 'agak-agak'. Dah la sekarang ni rasa bebal gila nak tulis satu ayat dengan tatabahasa yang lengkap. I blame sms and facebook for that. Kita dah biasa guna short form dan tulis ikut cara kita bercakap, bila nak tulis ayat yang proper terus rasa fail. English lagi lah. Macam apa ntah sekarang ni. See? Cuba baca balik dua ayat sebelum ni, kalau Cikgu Tajudin baca mesti dia frust. Penat dia ajar dulu.




p/s : pandai pulak semangat ni datang.

semangat yang hilang

Don't ask. I just have nothing to be published here.







*semangat blooggg....datanglaaah~~~~~*

November 7, 2010

Luncheon







This is not http://userynakitchen.blogspot.com/ , but it feels so great when you walked out of shower and saw your husband tungging terbalik semata-mata nak siapkan lunch..hehe..saya tukang snap gambar dengan susun salad je..yang lain semua mr hasnul buat. Sedap. Restoran makanan Thai pun kalah.

November 4, 2010

lelaki baik

Pernah dengar tak orang cakap, seorang lelaki yang baik, adalah lelaki yang sayang emak dia? I think I've found one.

Alkisahnya..ada satu tempat, saya naaaakk sangat pegi dengan mr hasnul. *Dasar tak reti bersyukur, dah banyak tempat penah sampai, tetap ada jugak tempat idaman hati kononnya.huhu* So, plan dulu-dulu..kami nak pegi bercinta kat tempat ni. Tapi since family mr hasnul nak datang, dia cakap nak pegi dengan family dia. Mula-mula saya tarik muncung jugak. Sebab kalau pegi dengan family, macam mana nak bercinta..hehe. Pastu bila saya renung-renungkan dan selamat beramal  balik, kenapalah nak susahkan benda yang senang. Pegi ramai-ramai pun boleh jugak bercinta, sebab cinta tu ada dalam hati. Betul tak?hehe. Lagipun saya patut bersyukur mr hasnul nak bawak saya. Kalau dia cakap dia nak bawak family dia je, saya kena tinggal kat rumah, tak ke naya tu. haha.

So, saya pun setuju je dengan cadangan dia. Dan bertambah setuju bila semalam, dia cakap dia dah beli tiket nak pergi tempat tu. Saya tanya, nak pegi berapa haribulan. Dia kata, "Kita p masa besday mama". Sweet giler kan?. Saya pun terus excited, saya cakap "Kita buat surprise lah kat mama. Nanti dekat-dekat nak p baru kita habaq kat mama.."..*saya pun tak kurang sweet jugak.hehe*

All in all, saya rasa bersyukur bila tengok betapa dia berusaha untuk bahagiakan wanita terpenting dalam hidup dia, yang lahirkan dia ke dunia ni. Tanpa wanita tu, tak mungkin sekarang saya boleh bahagia dalam pelukan seorang lelaki bernama suami..


p/s : non chiedete dove è il luogo, è un segreto.haha!

November 3, 2010

tok kura

Jika hemisfera keras itu milik aku.
Mahu saja aku tenggelamkan jiwa aku.
Sembunyi dari dunia.
Sembunyi dari manusia.
Biar tak ku lihat mereka.
Biar aku bina dunia lain di sana.


November 2, 2010

a housewife rambles II ~

Dalam entri setahun sebulan, saya ada komen pasal baju baby..hehe

Walaupun saya tak pernah buat entri ceritakan tentang keinginan saya untuk menjadi seorang ibu. Tapi saya selalu 'cerita' dengan cara yang tak langsung kan?. Koman-koman pun saya ada tulis nota kaki kan?..

Saya tak pernah cerita sebab sayaaa..mmmmm..sebaaab..mm..entahlah..

Mungkin rasa tak selesa nak bincang tentang ini. Tapi normallah kan kalau dah namanya perempuan, sifat keibuan tu adalah semulajadi. Lebih-lebih lagi bila dah kawin untuk setahun lebih ni. Setiap kali bila jalan-jalan dan ternampak orang tolak stroller baby, mesti saya akan jeling jugak tengok anak dia dalam stroller tu. And almost each time pegi window shopping, saya akan tarik tangan mr hasnul ajak pegi bahagian baby. Saje..tengok-tengok. Yang latest, weken hari tu kami pegi window shopping, dan saya nampak baju kecik tertulis 'Daddy's Little Hero'. Siyes comel giler..mr hasnul cakap, beli lah kalau nak. Kebetulan tengah sale. Mula-mula rasa nak beli, tapi lepas tu rasa tak jadi. Saya sangkut balik baju tu, terus ajak mr hasnul keluar dari kedai tu. Tapi bila balik rumah, saya asyik teringat je..

Benda ni buat saya terimbas kembali kenangan 4 tahun dulu. Sebelum bertunang dengan mr hasnul. Masa tu kami tak bagitau family pun lagi yang kami nak bertunang sebelum mr hasnul fly (2006). Tapi mr hasnul buat tindakan berani, hadiahkan saya baju kurung satin beralas lace warna peach untuk pakai hari bertunang. Macam kerja gila kan?. Masa tu saya cakap dekat dia, "Kalau tak jadi bertunang, baju ni yus buat lap air mata lah.."
Syukur, lebih kurang sebulan lepas tu, saya boleh sarung baju tu hari kami bertunang. Dan saya akan tersenyum setiap kali teringat kisah 'gila' zaman sebelum kawen dulu. So samalah macam baju baby ni. Benda tak ada lagi, tapi beli siap-siap. Either benda tu akan 'hantui' kita, atau akan buat kita senyum satu hari nanti.

Ini contoh yang buat saya senyum.

muda remaja berbaju peach

Okaylah. Nanti kalau pegi lagi and jumpak lagi baju tu. Nak beli lah. tapi mr hasnul asyik cakap pasal baby girl. So macam tak adil kalau beli 'Daddy's Little Hero', mesti kena cari 'Daddy's Little Princess' jugak. =)




Please, doakan kami cepat dimurahkan rezeki yang satu ini. Saya selalu berdoa, semoga Tuhan letakkan rezeki pada masa yang terbaik, dalam keadaan yang terbaik, dengan cara yang terbaik. Insyaallah. Kami dah mula berkun-yah dengan panggilan 'Abu' dan 'Ummu'. Tapi tak nak lah cakap apa specific nama kun-yah tu..hehe. Malu. Kata orang, kun-yah ni adalah satu bentuk doa jugak. Insyallah.
*Tak tahu apa tu kun-yah? Boleh baca disini. Saya pun baru je tahu.hehe*

Once again. Do pray for us eh?. Ingat tak sekali kita doakan kebaikan orang, Malaikat doakan 10 kali kebaikan untuk kita.hehe. For all of you, I pray that you get the best in your life. Only the best.

Eat. Pray. Love.

This is a kind of review..In my own way.


Actually hari ni baru habis tengok. Hari tu elok-elok dah loading, laptop mr hasnul ran out of battery. Charger pulak ngok ngek. Memang cari pasal betul.


Back to the movie review. Saya tak baca novel dari Elizabeth Gilbert ni. So sebagai seorang yang tak baca novel, dan hanya tengok filem..I find the film as interesting and worth watching. Julia Robert is so damn good. Selalunya filem-filem yang diadaptasi dari novel, versi film akan jadi kurang 'kick' kalau kita dah baca novelnya sebelum tu. Tak percaya cuba try dengan P.S I Love You, The Confession of a Shopaholic, Dear John, or even Ayat-ayat Cinta. Bila tengok movie lepas dah baca novel kita akan cakap..'eh, dalam novel dia ada cerita pasal ni, pasal tu'..*sorry saya tak layan twilight*


Eh. Dah dua perenggan tapi still tak review lagi. hehe. Movie ni pasal Liz, a writer and a divorcee who is not happy with her life. So she decide to travel for a year to find herself back. She spent 4 months in Italy (Rome) , 4 months in India and another 4 months in Bali. Read more :here.


Saya paling suka part Italy, sebab masa tu adalah fasa dia 'EAT'. Enjoy jalan, makan, berkawan. Nampak sangat heaven lah. Dan bahasa Italy kedengaran sangat sexy.hehe..L'amor che move il sole e l'altre stelle.. hehe~


Di India, adalah fasa 'PRAY', Liz bermeditasi dan cuba mencari diri dia. Not bad. Dan fasa Bali adalah untuk 'LOVE'. Dia mencari 'balance' dan balance itu datang dengan pakej seorang duda Brasil yang sangat menawan. Sekali tengok Bali nampak macam Malaysia je. I bet lepas ni mesti bertambah pelancong ke Bali lepas tengok movie ni. Kalau lah dorang buat movie ni kat Malaysia, mesti Julia Robert dah jadi Datuk Julia Robert. haha. Not funny.


Here are some of my favourite quotes:
"Ruin is a gift. Ruin is a road to transformation. "*merujuk kepada keruntuhan kota Rome*


"To lose balance sometimes for love is part of living a balanced 
life"




November 1, 2010

setahun sebulan

Bukan umur anak..tapi umur belog. Dah setahun lebih rupa-rupanya. Masa awal-awal dulu, saya buat belog untuk diri sendiri. Sebab sedih kena tinggal 2 bulan lepas kawen  bila mr hasnul balik german. Masa tu saya tulis entri, saya publish. Tapi takde sapa-sapa pun tau saya ada blog.. Mr hasnul pun tak tau. Betul. Tak tipu. Nazanursaad pun tak tau. Tapi lepas tu baru saya cakap dengan nazanursaad, pastu cakap kat mr hasnul. Dia kata dia terharu gila (maybe terharu adalah ayat lain bagi *menangis* hehe) masa baca entri ini. Bila saya baca sekarang, rasa nak uwek uwek pun ada.Geli..heee..Bila kita sedih, kita jadi jiwang, bila kita jiwang, kita mula lah cuba nak jadi puitis untuk luahkan semua elegi melankolik kita. Saya bukan orang puisi, jadi sangat buruk rasanya bila cuba untuk jadi puitis.

Sekarang saya tak tahu siapa yang baca blog saya. Tapi sesiapapun anda, saya nak tabik toing toing sebab anda sanggup baca karutan saya selama ini.

Blog adalah satu bentuk terapi yang sangat baik. Bila kita sunyi, kita tulis. Bila kita sedih, kita tulis. Bila kita hepi, pun kita tulis. Bila kita tulis, kita dah meluahkan perasaan. Perasaan tak elok dipendam, nanti makan dalam.

Di sini juga kita simpan memori sebab kotak otak kita tak mampu simpan setiap inci pengalaman kita. Jadi kita patut simpan di suatu 'tempat' yang boleh kita refer semula di kemudian hari. Dah berapa ramai blogger yang kembali bertemu Al- Khaliq *fatihah kepada mereka* dan blog mereka menjadi tempat rakan-rakan dan keluarga melepas rindu untuk merasa mereka sentiasa 'hidup'. Mungkin nanti disini boleh jadi tempat seseorang melepaskan rindu pada saya. Mungkin.




So long as men can breathe or eyes can see,
So long lives this and this gives life to thee.

                                                                                Sonnet 18, William Shakespeare.





p/s: how I wish tajuk post adalah untuk umur anak. Sabar.