I was scrolling on my FB news feed when I saw a Saiful Nang's post. It's an advertisement of Sarcasteek tote bag. A very cute bag with "Cikgu Baik" design printed on it...I read the comments..ada 2-3 orang perempuan tagged their husband's name. So I was like.."Best jugak ni kalau ada orang bagi hadiah.."
Instead of tagging Mr Hasnul's name, I showed him the post..
Papa..mama nak ni.. *sambil senyum sipu-sipu penuh pengharapan*
Apa ni?
Beg.
Beg apa? Nak buat apa?
Alah..beg lah.
Berapa??
70.. *senyum lagi*
Mahalnyaaa..
Duuhh.. Terus drop mood saya. Being a working woman. I have become very independent. I buy most of my things by myself. I hardly asked for a gift, or even money. But today sesaja lah gatal nak manja..teringin pulak kalau ada orang bagi hadiah. So I directly asked him. Bila dia query banyak-banyak tu..i memang dah rasa tak nak pun. Merajuk. If I really want it..nak beli seratus bijik pun boleh. But you know lah..hmm..saja je I nak rasa fefeeling dapat hadiah.
Kalau masa bercinta dulu kemain lah..jeling sket je kat mall..sah-sah dah dapat surpise gift.. But now dah nak masuk 6 tahun kawen..what do you expect kan?huhu.. But I don't blame my husband. I know him well..my husband..he is very realistic..benda kalau tak nampak sangat keperluan tu..memang dia tak tunjuk minat..Sebab tu dia suka soal.. "Nak buat apa?" or "Bukan dah ada ke?". Tapi kalau benda yang memang dah planned nak beli,dan ada keperluannya..sedaya upaya dia akan cari.. Don't get me wrong..this is not about the money..Mr Hasnul adalah orang paling pemurah..cuma dia tak suka benda tak da tujuan..totally opposite of me..heeehe..
Menghampiri 30 tahun ni, I think I've become very sensitive. Asyik terasa je. Rasa orang tak sayang, rasa failed, rasa macam tak cukup baik, rasa insecure. Tapi yang lawaknya, dia tak perasan pun.haha. Macam sekarang, I am actually sulking, but he just act normal.. Adalah jugak dia tanya, "Ada yang tak kena ke eh?".. Maybe sebab dia perasan saya tetiba tak banyak cakap.. Merajuk takkan nak jadi ramah tamah lak kan. Mestilah tunjuk jugak rebel tu. Tapi takkan sampai nak mengaku cakap merajuk kan..huhu.. Dah tua ni, sendiri merajuk, sendiri lah pujuk. Gitu hah kekdahnya...huhuhu. Aihetttccyuuu!!
March 20, 2015
March 12, 2015
What if....?
What if...today is my last day?
What if...I don't wake up tomorrow?
What if...you'll never see me anymore?
Will you be happy?
Will you be okay?
Entah. I don't know.
What if...I don't wake up tomorrow?
What if...you'll never see me anymore?
Will you be happy?
Will you be okay?
Entah. I don't know.
March 1, 2015
Abah.
Ini adalah satu catatan penuh rasa.. Ada rasa sedih......dan ada banyak rasa sedih...
Tanggal 18.02.2015..pagi Rabu yang dingin..abah mertua saya telah dijemput pulang oleh penciptanya. Sungguh mudah..sungguh cepat. Baru sahaja kami bertemu Ahad sebelumnya..Ahad tu lepas sesi sekolah..Mr Hasnul jemput saya di sekolah dan dia ajak lunch di rumah mertua..saya memang penat tapi saya tak menolak..hati saya mmg terasa nak ke sana..sampai sahaja di pintu rumah..Tok Abah dah standby belakang pintu..nak mengacah Yim..benda biasa dia buat..sepanjang petang kami berbual dengan abah macam biasa. Abah tanya jadual kelas saya sebab nak plan untuk makan-makan sempena cuti raya cina. Memang selalu abahlah yang beriya plan untuk gather kami anak beranak. Tok Abah beriya layan Yim.. Mula-mula dia basuh tempat wudhuk dengan Yim..selesai basuh dia ajak pulak Yim kutip sayur di laman rumah dia..abang Yim memang happy main dengan Tok Abah..naik moto sama2..siram pokok sama2..tengok fish sama2.. sebelum balik kami minta diri nak pulang..saya salam cium tangan Abah..memang saya ingat..ayat yang saya ucap ..terima kasih abah.. ( sebab jagakan anak-anak saya)
Kami melambai dan berlalu pergi..tanpa kami ketahui..itulah gurau senda, bual bicara dan gelak ketawa terakhir kami.. :'(
Pagi Selasa. Mr Hasnul call maklumkan dia dalan perjalanan pulang sebab abah ada di ward emergency..nak buat ecg sebab dia sakit dada..saya minta izin nak ikut sama..tapi Mr Hasnul kata tak payahlah..Mungkin check up biasa saja..saya pun sambung kerja macam biasa..tapi setengah jam kemudiannya Mr Hasnul cal lagi..Dalam esak dia minta saya datang hospital segera. Saya tinggalkan semua urusan di tempat kerja..rasa lemah lutut..tapi pantas saya ke kereta. Sampai di hospital semua dah menangis. Abah kena heart attack.Abah yang selalu saya lihat sihat pertama kalinya diserang sakit jantung. Doktor tanpa selindung memaklumkan keadaan abah yang kritikal..tekanan darah terlalu rendah dan nadi terlalu lemah. Terbaring lesu di zon merah..
Seharianlah kami disitu. Berdoa mohon Allah berikan keajaiban..berikan lebih masa untuk kami bersama. Kali pertamalah juga disitu saya lihat kesedihan Mr Hasnul. Anak sulung yang sentiasa patuh pada ayahnya. Berkali-kali Mr Hasnil titipkan doa yang sungguh syahdu untuk kami aminkan.. Surah Yasin tak henti dibacakan..
Petangnya..saya masuk bertemu abah di ward CCU. Nurse sedang sedut darah dari mulut abah..badan abah bergerak..mungkin tahan sakit..kaki abah juga terangkat mungkin tak selesa..mungkin refleks sebab nurse sedang masukkan tiub.Nurse cuba tenangkan Abah. Saya pegang tangan abah.. "Abah..yus datang ni..abah kena kuat.."... dan ayat-ayat berikut hanya penuh sendu tangis..tapi saya nampak abah jatuhkan kaki..seolah-olah abah dengar cakap saya..Sebaknya tuhan sahajalah yang tahu. Saya terpaksa pulang maghrib tu .Sebab anak2 ditinggal di rumah mama..sebelum tamat masa melawat..Mr Hasnul kumpulkan kami semua dalam ward CCU tu. Bilik nombor satu. Mr Hasnul minta semua dari kami agar memaafkan salah abah andai ada..dan redha dengan takdir Allah. Di atur seorang-seorang dari kami agar mengucup abah dan bisikkan kalimah syahadah..Matang suami saya petang itu...Serta merta menjadi ketua keluarga .Ruang bilik nombor satu hanya penuh dengan duka..Syahdu hanya tuhanlah yang tahu. Surah Yasin dibacakan sekali lagi..Cukup masa..saya minta undur diri..terpaksa tinggalkan abah dengan mereka yang lain.
Pagi Rabu.
Saya dirumah mama menguruskan anak-anak. Cadangnya lepas selesai sarapan saya nak ke hospital melawat Abah lagi.
10.20 pagi.. saya terima panggilan paling sayu dari Mr. Hasnul.. "Yus..abah dah takde..kita redha ye.."
Airmata saya mengalir laju. Pergi sudah bapa mertua saya. Menjadi menantu hampir enam tahun,terasa saya sungguh rapat dengan abah. Saya kenal Abah sebelum saya dan Mr Hasnul bercinta lagi. Abah adalah kenalan baba..sebelum apa-apa lagi Abah dah banyak berhubung dengan mama baba.
Selepas berkahwin dan balik dari Germany, kami berjumpa hampir setiap minggu,sebab memang destinasi wajib hujung minggu adalah rumah mertua saya. Dan saya selaku menantu yang peramah, semua benda saya akan cerita pada Abah. Dari hal anak-anak, ataupun hal kerja. Dan Abah selalu layan saja cerita saya. Terbayang sekali sekala bila rindu cucu-cucu, abah akan whatsapp minta saya post gambar anak-anak. Atau setiap kali Mr Hasnul outstation abah akan mesej tanya saya dan anak-anak ok tak. Satu-satu bayangan bermain semula difikiran..dan tentunya diiringi dengan sedu sedan.
Abah disemadikan selepas Asar hari Rabu, bersebelahan kubur ayahandanya selepas solat jenazah berimamkan anak sulungnya, iaitu suami saya. Syukur tuhan permudahkan Mr Hasnul untuk menunaikan tanggungjawab akhir seorang anak, sebelum menghantar Abah ke taman syurga. Abah meninggalkan Mr Hasnul pada hari yang sama sepatutnya dia meraikan ulang tahun genapnya usia dia 30 tahun. Saya dah sediakan kejutan untuk Mr Hasnul, tapi Allah lebih berkuasa membuat kejutan untuk kami semua. Mr Hasnul di'hadiah'kan dengan amanah yang besar dan berat.. Subhanallah..moga Allah bantu kami semua..
Selamat tinggal abah..Terima kasih atas segala yang Abah curahkan selama ini. Insya Allah, Allah akan balas kebaikan Abah dengan kebaikan..tenanglah disana, kami akan selamanya merindui Abah..
Al-Fatihah.

![]() |
| January 2015, Aqil's first birthday- our humble celebration with Tok Abah. |
![]() |
| March 2014, Langkawi. |
Subscribe to:
Posts (Atom)