Dalam kereta,
Me : Abang...abang rasa nak anak berapa orang?
He : Entahlah..abang tak kisah..
Me : Tapi kalau ramai best kan..nanti tak la sunyi bila dah tua..
He : Aaah.. abang rasa sekarang ni baik kita beranak banyak-banyak siap-siap.. Nanti kita fokus bab nak
besarkan anak je..senang sikit macam tu..
Me : Hah??? Senang??
Waaaaah..bukan main dia..cara dia cakap "beranak siap-siap banyak-banyak" tu macam senang sangat je mengandung, bersalin, mengandung, bersalin..haha. Ni baru nak masuk dua. MasyaAllah..rasa besar dah dugaan. Yang sorang tengah ligat berlari, melompat kat luar, yang sorang lagi pun tak kurang hebat kat dalam perut ni.hehe. Dah macam funfair pun ada perut mommy ni. Bukan main ligat dia pusing-pusing, tendang-tendang, cucuk-cucuk..
Despite all the chaos, I am seriously a happy woman. Thank u Allah.
Insyallah ada rezeki, sihat tubuh badan, boleh je ikut plan papa tu.."beranak siap-siap banyak-banyak"..hehe~
Showing posts with label cerita hari-hari. Show all posts

October 21, 2013
March 6, 2013
Adik tahfiz
Bukan kali pertama saya berjumpa dengan adik ni. Pernah di lihat di hadapan bank, pernah nampak di pintu masuk Domino Pizza, pernah jugak nampak kelibat sedang melintas jalan. Kalau pun bukan adik yang sama, tapi dari kumpulan yang sama. Adik-adik yang sama juga.
Semalam, tengah nak order makan, adik ni datang, tak cakap apa-apa, cuma tunjuk botol "Ubat Herba" ditangan dia, dan resit "Derma Tahfiz Amal". Fahamlah kan apa yang dia nak. Benda ni dah common sangat dalam masyarakat kita. Orang minta derma. Atau lagi tepat, budak minta derma.Mr Hasnul selit beberapa keping duit untuk adik tu. Then dia tanya, "Dah makan ke dik?". Adik tak menjawab, cuma geleng, mata terpaku pada skrin besar di kedai makan tu.
Mr Hasnul tanya lagi, " Nak makan tak?" . Dia geleng lagi, tapi mata dia dah pandang arah kami. Mr Hasnul tanya sekali lagi, " Nak makan tak? Kalau nak order lah. Duduk sini." Sambil mengunjuk pada kerusi kosong di meja kami.
Dia duduk. Budak yang amik order terus berseloroh tanya " Hari ni ustaz suruh makan apa?"
Saya pulak tanya, "Adik nak apa? Burger boleh?"
"Nak burger bakar."
Haha. Demanding betul. Atau mungkin dah lama teringin kot. Tapi sayangnya kat situ tak ada burger bakar, so ganti dengan burger ayam je.
Sambil tunggu order, mata dia tak pandang langsung muka kami.. Straight mata mengadap skrin tv. Tapi Mr Hasnul tetap jugak ajak dia bersembang. Lebih kepada soal siasat jugak.
Ayah dan mak masih ada. Adik beradik ada 11, dia yang kelima. Ayah kerja buat rawatan bekam. Dia dihantar masuk pusat tahfiz.Dia kata dia darjah 6, tapi lihatkan gaya, saya rasa dia lebih muda dari tu. Mungkin darjah 3 atau 4. Saya tanya dah hafal berapa juzuk di tempat tahfiz, baru Juzu' Amma. Dan dia tak segan bacakan Surah Al- Insyirah bila saya minta. Katanya setiap hari akan dihantar kutip derma dari pukul 4petang hingga 10 malam.
Sayu pulak rasa. Saya terbayang anak-anak buah di rumah. Anak-anak kakak dan abang-abang saya yang sebaya dengan adik ni. Waktu malam tentunya ada di rumah bersantai menonton tv. Ataupun mungkin sedang sibuk di pusat tuisyen. Tapi adik didepan saya, dibiar berkeliaran seorang diri, dibiar berhadapan dengan pelbagai macam jenis orang. Pelbagai bentuk bahaya.
Masa makan, beberapa kali jugak saya tengok dia pegang bibir dan berkerut muka. Saya tanya "Sakit ke? "
Dia jawab " Bibir ada lubang.Pedih".
Saya cakap "Jadi ulser la tu, adik kena minum air banyak sikit. Badan kurang air, tu yang jadi gitu".
Dia angguk je, sambil teruskan hirup milo suam dalam gelas.
Selesai makan, saya dengar Mr Hasnul pesan, " Adik belajar rajin-rajin ye. Hafal quran betul-betul."
Adik tu minta diri, dan ucap terima kasih. Berlalu pergi di sebalik celah-celah kedai. Dalam hati saya berdoa semoga Tuhan permudahkan urusan hidup adik-adik itu. Moga dilindungi, moga membesar menjadi seseorang. Moga berubah nasib menjadi lebih baik.
Haih la. Sedihnya budak sekecil tu dibiar membesar dengan memori tak seperti orang lain. Budak sekecil tu, selayaknya waktu malam dibiar berehat, mengulangkaji pelajaran, diberi kasih sayang, di lindungi dari bahaya jalanan. Entahlah salah siapa, yang pastinya yang dewasa ni lah yang kena fikirkan kebajikan budak sekecil tu. Tak akan tak ada cara lain memohon dana selain dari menggunakan tenaga adik sekecil tu.
Rasa nak buat sesuatu. Tapi tak tahu nak buat apa. Kalau nak report, nak report pada siapa? Kalau nak tolong, nak tolong bagaimana? huhu.
Tiba-tiba terasa 'useless'. huhu. * nangis*
March 3, 2013
Impian bulan 3
Ada 5 benda perkara saya rasa nak sekarang.
1. Kereta baru.
2. Honeymoon.
3. Kunci rumah.
4. Nak lari jauh-jauh. *Tapi kaki pendek, stamina tak de, kasut soprt pun dah buruk. Cane tu?.sobs*
5. Nak pee pee.. Bye!
January 5, 2013
Omnomnom
Food summary on what we had during our stay in KL last week.
![]() |
| Subway sandwich. |
![]() |
| Breakfast set from KFC. Kena amik dua set baru kenyang. |
![]() |
| Omelette set from The Norwegian Sandwich. |
![]() |
| Macaron, Petit Sucre Isetan. Manis. |
![]() |
| Sushi King. We are really not a fan of Japanese food. |
![]() |
| Nasi lemak dan nasi ayam, at Kopi Time KLIA |
![]() |
| Delicious popcorn from Garret. |
![]() |
| Mini muffins, Famous Amos. Budak kecik punya feveret. |
p/s: ini entry takde kerja namanya.=)
December 5, 2012
Istanbul, nanti kami datang lagi.
Ada dua movie yang saya kepingin sangat nak tengok kat wayang masa baru keluar; Taken 2 dan Istanbul Aku Datang. Memang reason dia tak ada lain sebab dua-dua movie tu berbackgroundkan Istanbul. Bajet-bajet kalau dah pernah pegi, lebih feel la kan nak tengok..
Tapi hajat nak pegi wayang memang terbantut bila TERsedar kami dah anak lelaki yang super cerdik, super energetic. Tempat gelap, ruang sempit, dan ramai orang macam tu rasanya tak sesuai kot untuk dia. Silap-silap kena halau pulak kalau anak buat bising..hehe~
Last-last tengok je lah online.huhu. Best cite tu. Comel je. Dan Istanbul memang sangat cantik. Saya suka Istanbul. Bila tengok movie secara automatik mengimbas kenangan masa kat Istanbul tahun lepas. Even singgah kejap je, tetap juga ada kenangannya. Dalam cite tu, part saya paling suka is part Maggi Asam Laksa tu. Teringat masa duk Germany dulu, macam tu lah kami. Sayang sangat takut stok barang Malaysia habis. Kadang-kadang Mr Hasnul akan "sembunyi" makanan favourite kat tempat rahsia. Barang favourite tu biasanya maggi dengan Nescafe 3in1. Sembunyi atas kabinet, so that nanti bila stok dah habis, boleh keluarkan stok dari tempat persembunyian tu. Masa tu Ya Allah, indahnya kalau tengah-tengah lapar makanan Malaysia, patu tba-tiba teringat/terjumpa barang yang dah disembunyikan tu.haha~
Mr Hasnul pun tengok jugak movie tu. Dia memang fan Lisa Surihani. Walaupun dia tak pernah mengaku tapi saya memang perasan lama dah, kalau cite yang Lisa berlakon dia sanggup je tengok even cite cintan cintun. Alah, bajet macho konon tak layan cite camtu padahal dia suka je. Laki kita, kita kenallah kan..huh.
Lepas tengok, Mr Hasnul yang lebih-lebih. Cakap apa-apa sikit, lepas tu mesti nak tiru ayat Lisa bila nak publish blog dia tu.
" XOXO, publish!"..hehe~

| Lisa Surihani berbackgroundkan Aya Sophia. Memanglah comel haih! |
![]() |
| Background sama dah, tinggal lagi model tu je lain. Tapi comel jugak kan? hahahaktuihh |
Lepas tengok, Mr Hasnul yang lebih-lebih. Cakap apa-apa sikit, lepas tu mesti nak tiru ayat Lisa bila nak publish blog dia tu.
" XOXO, publish!"..hehe~
November 28, 2012
sebulan lagi.
Cuti saya ada sebulan lagi.haha.Silalah jangan jeles. Kerja tak glemer, tak dapat lot parking sendiri, jarang ditulis oleh budak2 kat ruang Cita-cita, dan selalu kena tuduh makan gaji buta..tapi inilah hakikatnya. Cuti banyak! hehehe
Banyak plan nak buat masa cuti ni. Entah nak jadi ke tidak tak tahulah.
#1: nak failkan semua dokumen dengan teratur
#2: nak study physics sampai terer gileer..(read: bila budak suh solve probwlem boleh buat on da spot dengan hebatnya)-next year saya akan jadi cikgu physics sepenuhnya. wehuuu..no more PJ!
#3: nak pegi bank simpan duit
#4: nak bawak mama baba jalan.
#5: dan banyak lagi.....(tiba-tiba malas nak sambung.boleh?)
p/s: tak best tengok Mr Hasnul stressed keja skang. pegi keja pukul 7.30, balik pukul 10. waktu pegi anak tidor, balik pun anak tidor.siannya..huhu
p/s/s: hanis zalikha cakap STRESSED lawannya DESSERTS.maybe i should bake something.kan?

November 25, 2012
Surihotel.
I woke up as early as 6 and the newspaper was already hang outside our door.
After a warm decent shower, buatkan coffee untuk kami berdua, then hantar mr hasnul pegi keja...
![]() |
| Two cups of coffee for us..and a bottle of milk for our anak teruna. Perfect! |
![]() |
| Scene2 dari drama "Papa,jangan tinggal daku..." |
Next, is our super quality time .hehe.. Tinggal mommy berdua dengan Qayyim. So layan dia je la sepanjang hari. Nak tau kami buat apa??hehe..
![]() |
| Dulu kecik lagi, belum bole mandi macam ni. Sekarang dah pandai.Asyik tarik tangan ajak masuk bathroom. Sehari dua kali berendam dlm tub, tunggu menggigil sejuk baru reti nak keluar..hehe |
![]() |
| Dah pandai woh..pakai kasut sendiri, ajak mama keluar. |
![]() |
| .....sampai penat!haha |
Tengaharinya pulak, Mr Hasnul akan balik jemput kami pegi lunch. Lunch kat mana lagi kalu bukan kat Suria KLCC tu kan..lepas lunch jalan-jalan jap dalam tu..pastu balik hotel..sambung balik lah aktiviti kat hotel.huhu..
Tapi yang bestnya jadi suri hotel ni..memang tak yah buat kerja apa..sebelum keluar lunch, panggil housekeeping, balik je bilik..tadaaa..dah kemas semua.haha. Dasar pemalas..
![]() |
| Wah..seronoknya takyah buat keja. |
November 20, 2012
Here we are...again.
Mr Hasnul sekali lagi kena attend training kat KLCC. Elok pulak saya tengah cuti, takkan tak ikut kan?
Dan sekali lagi Mr Hasnul request hotel yang sama.
Saya dah bayangkan dapat room yang sama macam sebelum ni, mengadap klcc..bilik besar etc. Tapi upon check in, dapat tahu bilik almost full. Yang tinggal cuma yang mengadap jalan je.huhu.. Katil pulak tak ada yang king size. Tinggal twin bed je.Takpe takde hal. Boleh combine je 2 katil tu. Lagi besar dapat..*pujuk diri*
So sepanjang minggu ni saya akan jadi suri
![]() |
| Kalau bukan company bayar, memang xduduk la hotel ni..haha |
![]() |
| Kanan tu hotel, kiri tu Suria KLCC. Macam mana tak tergoda nak shopping kan? Dekat sangat.. |
![]() |
| After dinner ni. Cheapskate macam kami haruslah dinner foodcourt je.hehe |
![]() |
| Sebagai pelengkap, Aniq Qayyim yang super brilliant. |
November 7, 2012
hilang.
I am not in a good mood. I started the day today with muka muncung. Merajuk dengan roommate a.k.a Mr Hasnul.huhu.. Awal-awal pagi dah mula dengan benda tak best..memang the whole day rasa tak best.
Dua hari lagi nak cuti panjang. Timbunan kerja yang tak surut-surut membuatkan hilang rasa teruja. Itu tak kira lagi nanti dalam cuti panjang pun kena datang kerja..huhu. Kalau ada yang gatal mulut cakap " Bestnya jadi cikgu...kerja senang..cuti banyak..." Hah meh sini nak tunjuk betapa senangnya kerja...haih!
Nak menambahkan lagi mood tak baik untuk hari ni. Tengah-tengah duk khusyuk buat modul untuk student buat waktu cuti, datangla sorang cikgu ni.. "Hi Yus..do you by any chance, took the Math teaching aids? I'm collecting all those stuffs to keep them in Math locker, and I need to do the stock bla bla bla.... " Saya terus teringat segala ruler, giant protractor dan compasses yang saya pinjam. Protractor tu nasib baik memang ada bawah meja. Yang compass tu puas cari tak jumpa pulak. Aduh! Time-time camni lah hilang. Padahal before ni saya duk nampak je benda tu ada bawah meja..huhuhuhu. Compass tu memang yang untuk mengajar punya. Besar, then boleh pasang marker pen kat hujung compass tu.. Kalau tak silap dorang order tu..bukan boleh main beli je..huhu.. Dah la semalam budak datang jumpa bagitau textbook hilang kat lab. Nak jadi cerita, text book tu dipinjam atas nama saya. So sayalah yang nak kena ganti..
Memang bulan ni bulan hilang barang agaknya. Hari tu buku Tabung Haji (luckily dah jumpa semalam..ada dalam fail family saya...) ..ini barang-barang keja pulak hilang.. Tapi yang menjuarai carta kehilangan yang paling melampau ialah....huhu...sob..sob.....................cincin tunang! Huwaaaaaaaaaaaa!!!
Ya Allah..mintak-mintak jumpalah cincin tu. As far as I could remember, the last time I wore the ring was during my pregnancy Then jari jadi gemok..tak muat pakai cincin. Tapi selama ni saya ingatkan saya dah mintak mama tolong simpan cincin tu. Last week tiba-tiba teringat nak pakai cincin (lama gila baru teringat kan?)..saya tanya mama..then mama cakap saya tak pernah suruh dia simpan pun..yang ada dalam simpanan dia cuma bracelet je..huhu. Mana saya letak hah? Sedih gila. Kami bertunang pada usia sangat muda. Masing-masing baru umur 21 tahun. Mr Hasnul belum kerja.Belum dapat tawaran untuk fly ke Germany. Belum ada duit kepuk kepuk.. Cincin tu dia beli guna duit simpanan and duit dia kerja part time.. Cincin tu lah jadi penanda yang dia dah 'ikat' saya sebelum dia terbang. Cincin tu lah yang saya tenung setiap kali merindu masa duk jauh-jauh dulu. Walaupun bukan cincin paling mahal (cincin nikah lagi mahal)..tapi tinggi sangat nilai sentimental pada cincin tu.....huwaaaaaaaaa..!!!
Abang, I am truly sorry...harap-harap alasan terpaksa buka cincin sebab pregnant dulu tu bolehlah cairkan hati abang..bukan yus sengaja taknak pakai..dah gemuk masa tu..gemuk pun sebab mengandung anak abang jugak kan? kan?heeee.. Yus sayang sangat cincin tu..but I wouldn't mind if you want to replace it with the new one. Well, you can propose again, and I will definitely say yes....haha.. Jom tunang sekali lagi..! *alasan nak cincin lagi satu..haha*

| Ini cincin nikah.. puas godek, even gambar cincin tu pun tak jumpa...sob..sob..~ |
Abang, I am truly sorry...harap-harap alasan terpaksa buka cincin sebab pregnant dulu tu bolehlah cairkan hati abang..bukan yus sengaja taknak pakai..dah gemuk masa tu..gemuk pun sebab mengandung anak abang jugak kan? kan?heeee.. Yus sayang sangat cincin tu..but I wouldn't mind if you want to replace it with the new one. Well, you can propose again, and I will definitely say yes....haha.. Jom tunang sekali lagi..! *alasan nak cincin lagi satu..haha*
October 29, 2012
Shopaholic mommy, energetic baby
Happy Eiduladha. Tapi gambar lembu kambing semua belum ready. Ini cerita sehari sebelum raya haji. Our usual groceries shopping with our energetic son yang baru dapat walking license .haha. Tesco tu dah nampak macam ' kecik' sangat untuk dia explore.
p/s: Boleh bayang tak betapa 'senangnya' mommy nak shopping sekarang?huhu~
![]() |
| "Imma big boyy..I can do shopping all by myself..hehe" |
![]() |
| "Oh mommy, this trolley looks so heavy, let me push it for you..Oh wait, the handle is quite high. It's OK though, I can do it my way." |
![]() |
| "See mommy, I can do this..It's eaaasyyy!" |
![]() |
| "Done picking things, lemme pay for you mommy." |
![]() |
| Sibuk sangat nak buat semua benda sendiri. Hah, papa angkat masuk dalam trolley diam terus. |
![]() |
| Mama sambung shopping sikiiitt je lagi. Papa duduk tepi cermin, cepat-cepat dia pun nak duduk jugak. |
![]() |
| Menjerit-jerit nak duduk kat driver seat. Papa turutkan jua walaupun sepanjang dua minit tu mama memanjang je bising..=) |
p/s: Boleh bayang tak betapa 'senangnya' mommy nak shopping sekarang?huhu~
October 22, 2012
Guling-guling.
Bencinya. Dah 2.30 pagi. Tapi still tak boleh lelapkan mata.
Tadi kuar pegi shopping. Then otw balik Mr Hasnul cakap dia lapar. So singgah beli burger tepi jalan. Saya pulak tiba-tiba boleh gatal order nescafe ais. Dan memang dah jadi adat penggila kopi macam saya, rasa rugi sangat if tak habiskan nescafe ais tu. Padahal dah pukul 11 lebih masa tu. Dah tau mesti takleh tidor.. So sekarang memang segar je mata.huhuhuhu
Esok mesti liat nak bangun pagi. Pastu time jaga exam tersengguk-sengguk tahan mengantuk. Hilang kredibiliti kalau tertidor dalam kelas ni. Haih.
Mata. Tolonglah pejam rapat.
Perut. Janganlah lapar masa-masa camni.huhu. Esok je la kita makan eh?
p/s:waaaa..agak berkesan nih. dah agak kalau buat 'karangan' mesti cepat rasa mengantuk...zzzzzZzzzZZZZZZ

October 21, 2012
rambles (lost count)
#1
Most of my friends and families, who were pregnant and gave birth on the same year as I was, are getting pregnant AGAIN! Oh my, I miss the joy of feeling the soft kicks from inside my tummy. I miss the newborn smell. Tapi Qayyim kecik lagi. Berjalan pun tak kuat lagi. Apa lagi nak faham istilah adik-abang kan?hehe. Paling teruk, hutang puasa bersalinkan Qayyim pun ada lagi berbaki tak habis ganti. Takkan nak fidyah sekali lagi?Cane tu?hahahaha..
*Mission : Habiskan ganti puasa sebelum launch mission yang lain. hahahahahhahahaa..
#2
In most four seasons countries, now is the middle of autumn season. I love autumn. No hot dry air, no icy slippy roads. Everything were just nice. Tengok orang post gambar autumn. Rasa nak menjerit. Jealous!haha..
I remember how happy I was to step on those crunchy dead leaves. Kriuk..kriuk.. I remember my excitements to see the leaves turn yellow. I could remember almost everything. *thanks to blog and thousands of photos.*.
Damn, I miss Germany. I miss Europe. I miss those happy-jalan-jalan-makan-angin days.
#3
Esok hari gaji. Yay! Need to spare some money for Qurban. Apparently, harga lembu dah mahal seiring dengan kenaikan harga gula. Also need to spare some money to pay the lawyer. Duit yang selebihnya akan di'korban'kan untuk memenuhi tuntutan hati.Wakakaka..yang tu paling best.
#4
My husband will be an emcee tomorrow. Good luck dear, I know you can do it. So tahun ni tahun kita berjemaah jadi emcee ye.hehe..Chayok!

| *Is it too much, if I secretly wish that I could experience living in four seasons country once again?=) |
#3
Esok hari gaji. Yay! Need to spare some money for Qurban. Apparently, harga lembu dah mahal seiring dengan kenaikan harga gula. Also need to spare some money to pay the lawyer. Duit yang selebihnya akan di'korban'kan untuk memenuhi tuntutan hati.Wakakaka..yang tu paling best.
#4
My husband will be an emcee tomorrow. Good luck dear, I know you can do it. So tahun ni tahun kita berjemaah jadi emcee ye.hehe..Chayok!
October 14, 2012
Hemsem jugak.
Rasanya dah penah cita kat sini. I love his hair. Lembut, lurus.. Best boleh usap-usap rambut sambil dia baring atas riba. Tunggulah 2 bulan lagi panjang balik la rambut tu...
p/s: baru reti buat screenshot sebenarnya. tak habis kagum lagi ni. puas godek nak klik apa, rupa-rupanya main swipe palm je. hebat! #budakbarudapatsmartphone
October 9, 2012
Maybe not.
Tidur lewat lagi malam ni. Bukan mengemas seperti yang dirancang, tapi buat kek pulak. Ada orang order kek. Wahahaha. Ketaq nih. Kek masih dalam fridge. Belum angkat masuk bekas. What if, lepas dapat kek tu akak tu cakap tak sedap langsung? What if masa dia potong, kek tu lembik ke,? Kalau spongecake cake bolehlah cucuk2 untuk cek. Ini cheesecake. Memang tawakal je la.
Maybe inilah pertama dan terakhir ambil order. Tak bestlah buat untuk orang. Rasa cam terikat, mesti nak dapat output yang baik. Sebab orang bayar.huhuhu. Dah la tengah pening taktau nak letak harga berapa. Modal untuk cheesecake dah memang sah- sah mahal. Tapi nak letak harga kek mahal cam tak sampai hati je. Rasa nak bagi free pun ada.haha.
Kisahnya saya buat cheesecake untuk potluck hari tu. Segan jugak selalu potluck makan free tak bawak apa-apa. Tak sangka-sangka cepat je cheesecake saya licin. Pastu akak yang sorang ni cakap boleh tak buatkan untuk dia. Anak-anak dia suka cheesecake. Nak tolak rasa cam tak tergamak. So setujulah jugak. Hah padan muka gatal sangat setuju. Tak pasal- pasal ketaq dorang-sorang. Spesies tak confident cam saya memang tak sesuai buat bisnes kot. Elok buat untuk suka-suka je. Kan?

October 2, 2012
A lesson learnt.
Ceritanya pada satu petang Ahad, saya baru balik dari tempat kerja. Sampai rumah saya disambut oleh Mr Hasnul (dia tak kerja Ahad) dan Aniq yang sangat ceria. Dua-dua dah siap tunggu saya di luar rumah. Indahnya rasa.
Masuk rumah, rehat-rehat atas sofa dengan anak dan suami. Baru je nak rasa rileks sikit, terdengar ada orang tekan loceng. Saya jenguk ke luar, nampak ada dua orang makcik sedang tunggu kat depan. Saya kenal salah sorang makcik tu. Bulan lepas dia dah datang, mintak some sort of 'bantuan'. Mama saya memang tak pernah jemu layan orang, even strangers. Macam makcik tu, mama dah layan dia sejak bertahun-tahun yang lalu. Setiap kali mintak bantuan, mama akan bagi.No, don't get me wrong. Bukanlah kami ni orang kaya or something pun. Cuma mungkin lebih bernasib baik dari mereka.
Since saya rasa baru je makcik tu datang bulan lepas, this time pulak siap bawak kawan, saya rasa macam 'rimas'. Saya dukung Aniq, ajak Mr Hasnul masuk bilik. Saya biar mama layan mereka. Saya lebih selesa baring dalam bilik, menikmati dinginnya aircond.
Lebih kurang setengah jam lepas tu, makcik-makcik tu dah balik. Saya tanya mama, "Awat pulak makcik tu mai?" Mama kata, " Biasalah, dia saja ziarah. Kawan dia tu datang promote ikan pekasam. Mama beli la jugak sikit walaupun ikan pekasam ada lagi. Pastu mama sedekah sikit duit kat anak dia." Saya diam. Agaknya mama tahu saya tak 'selesa'. Terus mama sambung. "Alah, kesian pulak mama tengok, depa mai tengah-tengah panas. Depa bukan orang senang. Ni mama saja suruh kakcik hidang guna set cawan yang cantik sikit." Saya rasa panas muka. Saya tenung set cawan teh atas coffee table. Tinggal sisa teh je yang ada. Set itulah yang mama guna masa sambut keluarga Mr Hasnul datang merisik dulu. Set paling cantik yang ada kat rumah kami. Mama sambung lagi. " Kita ni, kalau kawan-kawan baba, ataupun sedara mara kita, tak pun orang-orang tertentu, kita layan bukan main lagi. Hidang guna pinggan yang cantik, cawan cantik. Kita layan baik-baik. Bila orang susah datang, patut kita kena buat benda yang sama. Tak boleh beza-bezakan. Kita ni sama saja." Saya diam. Tunduk. Serius rasa malu yang amat.
Saya cakap kat mama "Baiknya mama. Bilalah Dik Na nak jadi macam mama kan?". Mama senyum je. "Bukanlah baik sangat pun. Mama buat benda biasa je.Tapi nak baik pun ada had jugak. Kena sentiasa hati-hati sebab kita tak kenal. Tadi sepanjang dia ada, mama tak henti-henti baca doa. Yelah sekarang ni macam- macam cerita".
Satu pengajaran. Patutlah dah lama saya perhati, rumah saya selalu jadi destinasi pilihan pakcik jual baja, makcik jual keropok, budak jual jeli kelapa. Peminta derma tu benda biasalah kan.Kadang-kadang rumah orang lain dorang tak singgah pun. Memang datang terus tuju rumah saya. Ada perempuan berhati besar di sini. Malu rasa, mama tak bekerja, tak ada gaji empat angka. Tapi sentiasa 'ada' untuk dikongsi dengan mereka.Saya? Isk3..
Semoga berbalas kebaikan mama dengan yang lebih baik. Dan moga-moga terkenalah tempiasnya pada kami yang...entahlah...hmm...

September 30, 2012
Samurai.
Tak penting sangat pun. Tapi saja gatal nak post sementara ingat.
Alkisahnya tadi kami sekeluarga pegi McD. Sebagai rakyat Malaysia yang menerima pelbagai kemudahan seperti yang dibentangkan dalam Bajet semalam, memang wajib la pegi try burger baru. Bila makan burger, kena bayar tax. Bila dah bayar tax, bajet tahun depan boleh la goverment lambakkan duit banyak lagi. Burger tu setakat 'boleeeh' je. Takla best sangat sebab sos dia manis. Tapi Katsu Curry fries tu not bad. MSG banyak, memang patutla sedap.
Eh, panjang pulak review makanan.
Masa tengah tunggu Mr Hasnul belikan burger. Saya chup meja sambil temankan Aniq main-main kertas. Then datanglah satu group gadis manis duk meja sebelah. Elok je Mr Hasnul datang dengan dua biji burger kat atas tray. Salah sorang dari perempuan dalam
group tu asyiklah duk toleh-toleh kat meja saya sambil buat cubaan nak agah Aniq.
Saya ni bukanlah tak suka sangat. Tapi rasa macam tak sesuailah. Cukuplah kami bertiga.
Bila dia agah Aniq, secara tak langsung kami kena bagi perhatian kat dia. Dia turut sama terheret dalam makan malam kami.
Samalah jugak bila Mr Hasnul tengah dukung anak, then ada perempuan datang dekat, buat muka geram tengok Aniq sambil cubit-cubit pipi Aniq. Berbulu je saya rasa. Tambah berbulu kalau perempuan tu hot. Eh itu bukan berbulu, itu cemburu.haha.
Tapi betullah. Kau siapa nak datang dekat suami orang yang bukan mahram kau. Lagi pulak tangan tu bersih ke pandai- pandai cubit pipi anak orang. Lainlah kalau kita ni kawan-kawan ataupun sedara mara. Bolehlah nak tolak ansur kan.
Ok. Tu je nak cakap.

| Tapi kan, muka debab, pipi labuh camni sapa boleh tahan tak cubit kan? |
September 22, 2012
Berkarat.
Esok. Saya kena attend satu seminar. Seminar, kalau sekadar pegi attend, dengar orang cakap-cakap, cukup waktu pegi makan, pastu petang balik rumah, memanglah best. Tapi esok langsung tak best. Sebab kena attend, sekali dengan present.huhu~
Ceritanya esok saya kena present 'something' depan orang ramai. 60 presentors, dan audience yang lain tak tahulah berapa orang.ish2.. Last present zaman undergrad dulu. Lama dah tu..memang dah berkarat sangat dah rasa..
Cadang asalnya, nak present bodoh-bodoh je. Tapi last week, big boss dah datang tepuk-tepuk bahu, "You kena perform tau..you bawak nama kami semua ni..Saya percaya you boleh buat.." Haih..! Camna nih? Benci betul orang duk bagi high expectation ni..Stress! Stress!~
Mintak-mintak esok semua ayat-ayat, segala kosa kata, keluar dengan lancar. Janganlah sekat-sekat. Janganlah jadi bahan gurau orang lain nanti. Perform tak perform lain cerita. Asal selesai tugas dah la.huhu. Serius dah lama tak rasa gigil macam ni..huwaaaa!!
Wish me luck!

September 16, 2012
A step forward.
On a side note, we the parents are also taking a step forward in our life. We signed for one big deal recently and we are really hoping that this decision will be the best for our future and our family.
Well, emm..we are in a process to buy a house. Insyallah, a house to be called as 'home'. The first moment we saw the house, we both were so in love with it. We just can't let it go. Siap mimpi-mimpi lagi.. After looking for so many show houses, we finally agreed that "This is it!".. Now let's pray for the best.huhu..
InsyaAllah..by next year we can move into that house. But moving to a new place, will never be easy.huhuhuhu~
Maybe we should start saving from now on. No more vacations, no more handbags, no more shoes, no more baju comel for Aniq Qayyim. All the money will go for kitchen cabinets, house grills, my dream-walk-in-wardrobe, furniture, et cetera..et cetera..et cetera..hehe~
![]() |
| Haha..dreamy sangat nih.. |
![]() |
| Waaahahaha..bestnya berangan..~ |
Ok. Stop the crap.
Once again, let's pray for our best.* sambung berangan*
September 3, 2012
So long.
Aaachom! Banyaknya habuk kat sini..hehe
Sejak dapat hadiah anniversary tu (ehem), memang dah jarang sangat la on laptop ni. Semua guna SIII tu je.hehe. Try jugak nak update blog guna SIII tu, tapi macam tak best. Kecik, leceh nak tap huruf satu-satu. Guna keyboard baru best. Baru puas tengok tangan menari-nari macam main piano.hehe
Ok. Biarlah dah basi pun, nak jugak cerita pasal raya kami.
Sebelum tu, "Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin" (cliche). Tahun ni turn pagi raya rumah Mr Hasnul. Tak ada rasa beza apa pun, even tak raya rumah mak sendiri. Maybe sebab dah ada anak. Asalkan cukup ada suami, ada anak raya kat mana pun sama je. Kan? *Tapi tahun depan tetap kena raya sebelah family saya pulak.hehe*
Kami beli baju ready-made je semua. Yang syoknya memang last minute baru beli. Last minute sangat dah baru decide nak tema warna apa. Sudahnya padan muka, malam raya kelam kabut alter baju raya anak dengan skill menjahit yang sangat minimum. Tu kalau nak tahu, baju Aniq Qayyim tu size budak 2 tahun punya. Size kecik semua dah abis. Terpaksalah saya jahit balik tangan baju dengan kaki seluar tu bagi jadi kecik. Sampin pun saya lipat, then jahit sampai boleh muat dia pakai. Hebat woh jadi mak orang, daripada tak reti terus jadi reti jahit baju.haha.. Mr Hasnul dah serik, next year dia cakap nak tempah semua baju. Senang tak payah redah crowd cari baju raya tengah-tengah bulan puasa. Oklah bang, asalkan semua baju-baju tu you sponsor. I ikutkan aje..=)
Petang raya dah gerak ke rumah kakak saya, sebab mama baba saya beraya kat situ hari tu.
Second Syawal raya rumah saya pulak. Rumah saya tu maksudnya ruma mama-baba saya lah. Kami kan duduk dengan parents. Kami buat open house versi Korea. Menu utama open house kami, Bulgogi dan steamboat. Best! Berasap-asap rumah, meriah betul..
................................
16 Syawal 1433H.

| Sempurna. Insyallah. |

| Merah pulak. Habis duit bonus kat baju raya anak beranak je. |
3 Syawal, balik kampung baba saya. Ziarah makcik pakcik yang mana masih ada. Malamnya pergi reunion sekolah after 10 tahun keluar sekolah. Seronok tengok ramai datang kelek anak. Tak sangka lepas 10 tahun, ada kawan-kawan kita jadi doktor, engineer, hakim, peguam. Semua ada. Dulu kat sekolah masing-masing selekeh je. Tak sangka dah besar jadi orang jugak.hehe~
![]() |
| Masuk dinner reunion, dah 3 kali naik Menara Alor Setar tu tahun ni. |
![]() |
| Budak kecik yg belum boleh jalan sendiri, tapi sibuk nak mommy pegang tangan, round-round dalam tu. |
4 Syawal, patah balik rumah Mr Hasnul. Ni lah untung kahwin orang dekat-dekat. Takdelah nak rebut-rebut, gaduh-gaduh nak balik umah mana. Cuma letih la jugak sepanjang minggu ulang-alik macam tu. Tapi takpe, raya setahun sekali je.
5 Syawal Mr Hasnul dah masuk kerja. So cerita raya habis setakat tu je. Eh, tak. Tak habis sangat sebab saya sempat jugak pergi beraya rumah best buddy. Bawak Aniq Qayyim and paksu. Rindu lama tak jumpa best buddy even umah dekat je.huhu.
Ok. Done on cerita raya.
16 Syawal 1433H.
August 7, 2012
Tiga
Dah tiga tahun. Or should I say, "Baru tiga tahun?" =)
Alhamdulillah.
Tiga tahun yang ada turun naik, ada sedih gembira, ada gelak ketawa, ada segala-gala. Jujurnya saya tak tahu apa petanda perkahwinan atau hidup yang bahagia. Mungkin rumah yang besar? Kerjaya hebat? Hadiah mewah? Anak yang ramai? Entahlah.. Cukuplah saya tahu saya bahagia pada benda-benda ringkas yang kami lalui setiap hari. Saya bahagia bila tanpa sebab, dia cium dahi dan ucap terima kasih. Saya bahagia setiap kali bersalam peluk cium sebelum pergi kerja. Saya bahagia bila dia genggam tangan bila berjalan. Saya bahagia bila nampak dua jejaka saya bergurau senda. Saya bahagia bila dengar dia alunkan ayat suci. Lebih bahagia bila saya di belakang menjadi makmum solat kami. Itu bahagia saya. Bahagia kerana saya tahu, saya tidak keseorangan di sini.
Semoga perkahwinan ini menjadi pemudahcara untuk kami ke syurga. Semoga setiap langkah, setiap nafas, setiap perbuatan diberkati dan diredhai Tuhan. Saya nak bahagia di sana. Saya nak jadi bidadari dia. Harap-harap dia sudi. InsyaAllah.
Dear darling, happy 3rd anniversary. I love you.
p/s : Jimat tahun ni sebab Mr Hasnul kena outstation time anniversary. So tak ada card, tak ada hadiah, tak ada celebration. Cukup sms dan phone call je. Saya pun dah makin matang agaknya, sebab tak rasa nak merajuk pun bila dia lambat wish (as always). =)
p/s/s : Takpelah tak ada hadiah pun. Janji duit raya kena lebih sikit ye. Sesuai dengan tema merdeka. Janji ditepati! hehe.

| 2009. Muda remaja lagi. *duk layan album kawen sorang-sorang* |
p/s : Jimat tahun ni sebab Mr Hasnul kena outstation time anniversary. So tak ada card, tak ada hadiah, tak ada celebration. Cukup sms dan phone call je. Saya pun dah makin matang agaknya, sebab tak rasa nak merajuk pun bila dia lambat wish (as always). =)
p/s/s : Takpelah tak ada hadiah pun. Janji duit raya kena lebih sikit ye. Sesuai dengan tema merdeka. Janji ditepati! hehe.
Subscribe to:
Posts (Atom)