Showing posts with label cerita Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label cerita Ramadhan. Show all posts

August 3, 2012

1 Jahr alt!

Alhamdulillah.

Dah setahun usia hero kesayangan hati tu.

Syukur Ya Allah. Besarnya hadiah yang Kau bagi ni. Tak ada satu pun yang boleh lawan perasaan bahagia bila tengok anak sendiri membesar depan mata.

Saya masih ingat betapa kecilnya Muhammad Aniq Qayyim setahun yang lalu. Nak peluk pun tak berani, sebab rasa tangan saya lebih berat dari badan dia. Sekarang, dia pulak yang peluk kita. Siap tepuk-tepuk kita macamkan dia yang nak dodoi kita tidor. Dah besar dah. Tapi satu yang tak berubah, tetap jugak tidor atas lengan, tak pun celah ketiak mommy.hehe..~

Sejak lahirnya Aniq Qayyim, memang berubah kehidupan saya dan Mr Hasnul. Tumpuan hidup kami beralih sepenuhnya untuk dia. Dialah yang utama, dialah obsessi, dialah segalanya. Dan Mr Hasnul, adalah bapa terbaik yang  pernah saya jumpa. Syukur saya tak keseorangan membesarkan anak. Syukur ada yang meneman bangun tengah malam, ada yang bergilir mandi dan tukar lampin, ada yang membantu bila perlu.Tak semua bapa kat dunia ni rajin kan?hehe..~

Saya pula, sedaya mungkin cuba untuk menjadi ibu yang baik. Masih banyak usaha yang perlu untuk ke arah tu. Semakin anak membesar, makin berat rasanya amanah yang digalas. Sebab saya yakin, mendidik anak tak semudah menyusu atau menukar lampin.huhu. Takutnya..~

Kepada anak mama yang dikasihi sepenuh hati (melimpah ruah), selamat hari lahir sayang. Semoga membesar dengan sihat dan kuat, menjadi lelaki beriman dan tentunya menjadi ahli jannah. Mama, papa sayang Qayyim sangat-sangat.

Birthday boy bangun tidor dengan senyuman, As always.

p/s : No birthday party (cause it's Ramadhan..huhu..), but there's gonna be 'something' special tomorrow. Let's hope for a bright and sunny day! =)





August 1, 2011

week 40 : That widget makes me laugh-------------->

Elok je masuk blog pagi ni, widget sebelah tu cakap 'Congratulations'..LOL! Ikut weekly calendar tu patutnya saya dah bersalin, since saya masukkan due date 01.08.2011 masa sign in untuk week-by week updates tu. 1 Ogos tu EDD dari doctor kat Germany dulu, tapi EDD yang doctor kat Malaysia bagi 03.08.2011. Tak sangka, dah cukup 40 minggu, saya dengan komitednya akan baca weekly updates untuk baby progress tu. Dari size baby sebesar biji nasi, sampailah sebesar watermelon. Memang sepanjang pregnant, saya tak pernah missed untuk check apa yang berlaku pada baby dan diri saya setiap minggu. Walaupun saya tak beli apa-apa buku tentang pregnancy, rasanya bahan bacaan di internet ni dah lebih dari cukup. Search je apa-apa keywords yang rasa perlu..pastu bacalah sebanyak mana yang mahu..=)

Aishh..kenapa tak rasa sakit pun lagi ni.. Cuma sakit belakang+ pinggang + tulang punggung.Tambah sakit sebab sembelit 2-3 hari ni.huhu.. Minor contraction cuma berlaku waktu malam dan menjelang subuh, itupun kejap-kejap pastu hilang. Isk3.. Sabar..sabar...Insyallah tak lama dah. Anak-anak buah saya dah tak sabar-sabar tanya bila cousin baru dorang nak kuar. 2 orang anak buah saya sambut birthday hari ni, so dorang memang harap saya bersalin hari ni, nak share birthday ramai-ramai.hehe. Takpelah, 'kun fayakun' kan...kalau dah memang sampai masanya, kejap lagi pun boleh jadi.. Lepas buka puasa hari ni mungkin? hehehehe..~

July 31, 2011

Ahlan Ya Ramadhan Karim 1432H

Syukur. Macam cepat je dah Ramadhan semula kan? Duk terbayang-bayang lagi tahun lepas berpuasa kat Germany dengan penuh cabaran. Mana dengan homesicknya, dengan panasnya, dah tu kena puasa berbelas jam.hehe. Syukur Tuhan panjnagkan umur kita untuk bertemu lagi dengan Ramdhan yang penuh barakah ni.

Pagi tadi saya rasa down gila. First sebab sakit belakang yang amat sangat, second sebab saya harap sangat saya dah bersalin, but still, I am pregnant!huhu.. Sepanjang hari kat rumah MIL, saya duduk dalam bilik je, baring-baring sementara tunggu Mr Hasnul basuh 3 bijik kereta. Dah jadi rutin mingguan kot, hujung minggu je dia mesti basuh kereta. Petangnya memang dah cadang nak pegi jumpa doctor.

Macam biasa, saya memang berharap doctor akan bagi good news (read: dah boleh beranak), tapi apa yang doctor cakap adalah " come again next week.."..huhu. Apapun, syukurlah..semua ok je. Doctor cakap since semua ok, memang takde sebab untuk dia induce saya, kecuali saya request atas sebab tak larat sangat-sangat dah. Itupun dia cuma akan induce kalau keadaan cervix 'friendly'.hehe. Saya pun memang kalau boleh tak nak kena induce ni. So saya cakap, selagi mampu, saya akan tunggu. Insyallah. Oh, and one good thing is doctor tak bagi saya pegi keja dah. Dia cakap, dia nampak saya dah sarat sangat, dari gaya saya jalan pun dia rasa saya memang tak mampu dah.So, dia suggest suh saya amik cuti. Tapi saya bagitau dia saya dah tak boleh amik cuti, dah terlepas tarikh memohon..so dia cakap takpe, dia akan bagi MC sampailah saya bersalin. Yay! Basically takyah p sekolah dah la..Sukanya.. Terus tak jadi nak down..hehe.

Bila balik rumah, dah tenang-tenang saya fikir balik. Tentu ada hikmah. Walaupun saya beriya-iya harap nak bersalin awal, tapi kita tak tahu apa yang tuhan dah rancang untuk saya kan. So sekarang saya berserah sepenuhnya kepada Allah. Insyaallah ada perancangan yang terbaik untuk kami yang Dia dah aturkan. Dan bila memikirkan sekarang dah masuk Ramadhan, rasa syahdu sangat. Insyallah anak kami akan lahir dalam bulan yang penuh barakah ni..bulan seribu rahmat, bulan di mana syaitan-syaitan dah diikat.. Bukan selalu boleh dapat peluang ni.. Dan tadi, bila saya masih mampu berterawih, saya rasa syukur yang berganda-ganda.. Tak sangka merasa jugak berterawih tahun ni... Betullah, bulan Ramadhan ni sangat berkat. Macam ajaib je, tiba-tiba saya rasa tenang sangat-sangat malam ni. Terima kasih ya Allah.

Selamat menyambut Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu rahmat buat kita semua. Mohon ampun kalau ada salah silap. 0-0 ye..~

pic taken from here

September 18, 2010

rindu bertandang lagi..

saya sangat rindu pada sesuatu*bukan seseorang*
rindu pada suatu keadaan
rindu pada suatu ketenangan
rindu pada suatu kegembiraan
rindu pada riang tawa
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
saya rindukan Ramadhan
Ramadhan yang sangat menenangkan jiwa kami
Ramadhan yang sangat mendamaikan
yang mendekatkan kami pada Pencipta
yang memberi harapan dan gembira
sekarang baru saya faham, kenapa bulan keramat itu lebih baik dari seribu bulan....
moga ketemu lagi tahun hadapan..

p/s:mode jiwa kacau baru ingat Tuhan..huhu~

September 6, 2010

Ucapan Selamat~

Mesia raya hari jumaat eh? sini raya khamis..puasa sama-sama, tapi sini raya dulu..hehe..still tak datang mood hari raya..bukan mood je, feeling sedih-sedih pun takde lagi.Pelik kan?


Saya dah plan, memandangkan sini raya dulu, bolehlah saya skype dengan bonda dan keluarga tersayang di pagi raya tu..kalau sini pukul 8, Malaysia pukul 2, elok-elok la tu..boleh tengok mama kacau rendang, Hisan pasang langsir, dik an buat kuih, baba isi duit dalam sampul..agak-agak sedih ke tak masa tu? Nak nangis ke tak payah eh?..


Saya memang terer untuk tidak menangis pada saat-saat yang sepatutnya menangis. Contoh, masa hantar mr hasnul dulu, Bang Jad punya semangat tunggu nak shoot gambar saya nangis, tapi mana ada nangis pun, walaupun masa tu tak tau bila akan bertemu lagi..saya senyum je sampai balik rumah..Tapi bila dalam bilik..hehehe..mana orang nampak kan?


Sama jugak masa family hantar saya kat airport..mula-mula saya ok je..tak nangis pun..tapi sebab semua orang (mama, mak tok, tok wan ,abah) nangis, barulah saya rasa nak nangis..tapi itupun dorang tak nampak..sebab saya nangis dalam flight..2-3 orang stewardess tegur tanya ok ke tak..maybe dorang ingat saya ada penyakit fobia naik kapalterbang..takpe, stewardess tu tak kenal saya..


So, nak nangis ke tak payah nanti? Ke nak buat-buat gelak kuat-kuat, bukak cerita lawak-lawak supaya semua orang hepi?..Hmm..Kita tunggulah macam mana nanti...takleh over-confident..Eh, sebenarnya tak payah buat-buat hepi, sebab saya memang tengah hepi..Ramadhan kali ni sangat bermakna, sebab telah meninggalkan kesan dalam diri saya..syukur, termakbul juga doa saya, insan yang hina dina ini..


Masih tak mampu untuk mengucapkan 'Selamat Hari Raya'..hati belum sedia nak meninggalkan Ramadhan bagi permission..




Selamaat..ha..haaar..haaaaari.........
Selamat Hari Isnin!!!!..


pic from here

September 4, 2010

dab.dib.dub..

Debar la pulak..teringat kata-kata nazanursaad, "Jantung, jangan degup kuat sangat, nanti orang sebelah dengar.."
Ok.Takde orang kat sebelah, boleh la degup kuat pun..


Rasa macam tengah tunggu nak masuk interview dengan tiga orang pegawai besar kerajaan yang ada title 'Datuk' kat depan..dan kalau tak lulus interview kena tangguh posting satu tahun, akan menganggur dan takde duit nak bayar kereta.


Rasa macam nak selubung dalam comforter, tutup muka dengan bantal, pastu tertidor..bila kita tidor jantung degup macam biasa, no more debar-debar..(kecuali kalau mimpi kena kejar hantu).


Hmmm...

Jom mandi, kot2 hilang sikit debar tu..~


Eh, layan video ni jap..


Lawak gila, krismas dengan hari raya pun dah takleh beza..nak sangat 1Malaysia kan??







soalan.

1. Pernah rasa naaaaaaaaaaakkk sangat share cerita dengan orang, tapi tak boleh, sebab cerita tu kena simpan sorang2?..Makanya gigil-gigil sorang diri sebab tak puas hati nak gak cerita kat orang ni..haha.

2. Kenapa semua orang dalam mood hari raya dan mood bercuti, tapi aku tak rasa apa-apa pun?..in fact orang tag nama kat 'kad raya' facebook tu, series takde perasaan apa-apa..nak taip komen tulis 'selamat hari raya' pun rasa macam susah giler..

September 3, 2010

puasa tak.tak puasa.puasa tak.

hari ni pegi tour bini-bini..eh, by tour bini-bini means, jalan-jalan dengan bini-bini orang..takde laki/suami yang diizinkan join tour bini-bini..tapi laki/suami perlu meng-support sepenuhnya perbelanjaan tour bini-bini..
*apa aku merapu nih?*


pusing satu shoping complex..tengok baju, tengok kasut, tengok boot, tengok jacket, pusing-pusing belek buku, terai-terai pakai boot tinggi sampai lutut, bajet hot macam minah saleh..pastu tengok cermin baru sedar, kaki pendek je..pastu jalan lagi..masuk semua kedai bila nampak macam best..pusing je tengok apa yang ada..gelak-gelak, komen-komen barang..pastu blah..


lepas sejam, perut rasa pedih.dengan rasa tak bersalah dan hepi senang hati, masuk kedai sushi..first time nih nak makan sushi..mula-mula rasa segan sebab bulan  september puasa kan?..kalau kat mesia mesti dah kena pandang slack..kat sini lantaklah..bukan orang kesah pun..bak kata mr hasnul, buat apa nak tahan-tahan lapar, bukan dapat apa pun..hehe~


bayar 10€, all-you-can-eat untuk setengah jam..mula-mula kekok sebab tak pernah kan..tapi lepas 3 plate dah jadi seronok..lupa dah sekarang bulan apa..amik tempura, amik ketam, amik kepah, amik buah, amik jugak sushi tapi makan isi ikan je, pulut buang..makan-makan sampai kenyang.cukup setengah jam pegi bayar dekat kaunter, then keluar kedai sambil goyang-goyang tangan senang hati..tup-tup elok-elok depan kedai tengah-tengah nak simpan wallet dalam handbag, tiba-tiba nampak muka budak melayu..junior mr hasnul..adooii..2 kali dia toleh pandang..banyak-banyak hari, hari ni la pulak nak terserempak budak melayu dekat negara yang jarang gila nak jumpa muka melayu ni kan..elok-elok pulak depan kedai camtu..takpelah, dah besar-besar gini, tak segan sangat dah...kalau dulu, nak tapau kfc balik rumah pun rasa macam kena pakai purdah..eh, jgnkan kfc, nak makan dalam rumah pun, tunggu baba kuar pegi mesjid dulu..hmm--dulu lain, skang lain..~


gambar encik google.tadi tak sempat snap.







August 30, 2010

shhh..it's a secret..~

Last night, he'd told me something I've always wanted to hear..and I found myself smiling and grinning all night long..hehe..*not that I look at the mirror all da time, but I can feel the muscles around my face were working very hard..*

May God be with us, shower us with His barakah..in every step that we take, and in every move that we make..~





20 Ramadhan 1431
Regensburg,Germany.

August 25, 2010

Menangis di rembang Ramadhan.~

Uhuk...uhuk..uhuk....
Jap..bagi masa nak kesat hingus dulu ek..sedih ni...uhuk..uhuk..*sila baca dengan tone sedu sedan*
Uhuk..uhuk..*tak boleh lagi nak stop nangis..uhuk*

Kenapa saya menangis?uhuk..uhuk..
Sebab sedih..uhuk..uhuk..sedih tengok satu cerita Samarinda..korang dah tengok?uhuk..uhuk..
wajib tengok ni..uhuk..

Kalau dulu setiap malam jumaat kita tak lepas tengok Nur Kasih..sekarang wajib tengok cerita ni....

Nur Kasih dah habis..kita layan drama lain pulak..~

Tajuk cerita, Syurgamu Ramadan, slot Samarinda TV3, setiap selasa hingga khamis, 10.30 malam..tengok streaming kat website Tv3 sudah..senang..~
*TV3 sila bayar ek, saya bagi promo free ni..=)*



great casts, great story...a must watch.

August 19, 2010

hati yang terpujuk

Sebuah  sebiji  sebuah kotak..(ooh, apa penjodoh bilangan untuk kotak?)
Penuh dengan kasih sayang, dan sampai di saat saya perlukan ubat rindu yang paling kuat..~

gembira sampai menangis-nangis

Isi dalamnya..sila baca label satu persatu..klik gambar untuk paparan lebih jelas.saya dah besarkan imej..~


can u feel the love?


Nikmat..segelas nescafe 3 in1 regular..seriusly sedap dan tak sama macam sini punya..dan sekotak kuih raya..~


*walaupun semperit tu tak berjaya untuk cair di lidah, tapi tetap rasa nikmat*


Ye, hati saya dah terpujuk untuk terima hakikat akan berhari raya disini.. (macam budak kecik kena bagi coklat untuk diam, version org besar, kena bagi baju raya)..
Sebab macam malu lah kalau balik, penat je mama dan konco2 susah payah hantar parcel..hehe
Tapi........saya bukan nak balik untuk beraya, saya nak balik peluk cium mama n baba...huhuhuhu~



Last call ngan mama sebelum parcel di hantar ke post office, mama tanya nak apa-apa lagi tak, and i made a stupid joke(which then i regret cos that joke also made my mom cry..)..
I said : nak mama........*macam budak2 sangat kan?*




August 17, 2010

days before today.

Dah 3 hari tak menyonteng di sini..

I noticed that mr hasnul didn't read my previous entry. sebab selalunya, lepas dia baca mana-mana entry, he will make fun of me..ejek-ejek ayat i sambil buat muka tak bersalah..
so i asked him : ' abg baca ke yang ayg tulis hari tu?'
he replied : ' tak..'
me : 'sebab apa?'...
he : 'nampak macam series je..ada tulis nama abang ke tak? kalau takde, malas la abang nak baca'

Hoh!!..baru tau..selama ni, encik sorang ni suka kalau saya mempopularkan nama dan cerita dia dalam blog ni..baiklah..lepas ni kena tulis nama dia banyak-banyak...mr hasnul, mr hasnul, mr hasnul, mr hasnul, mr hasnul......

Sabtu lepas saya buat jamuan buka puasa. Undangannya cuma 3 keluarga kecil(kawan-kawan mr hasnul yang dah kawen)..tak sampai sepuluh orang pun..walaupun maghrib masuk 8.30 pm, tapi seawal 1 pm saya dah start memasak..nervous gak buat jamuan dalam bulan puasa, sebab kita boleh masak, tapi tak boleh rasa..semua buat ikut kata hati..bila hati cakap, 'tambah garam', tangan pun dengan senang hati akan cedok garam sebanyak yang disarankan oleh hati..menunya adalah daging masak dinding, ayam goreng rempah, sup gearbox, sayur goreng, papaadom, kuih lopes, dan agar-agar cocktail..dan nak tau apa jadi dengan semua lauk-pauk yang saya masak tu?...huhuhuhuhuhu..semua sedap.!..*hehe..sukahatila nak perasan pun*

Rasa terubat sikit rindu untuk buka puasa ramai-ramai, solat terawih jemaah..walaupun tak sama dengan suasana di rumah, tapi ok la..at least rasa ada juga 'keluarga' disini..esok akan buat lagi sekali jamuan, kali ni undangannya adalah dari golongan bujang-bujang yang tak balik Malaysia..rasa macam nak kopi pes je menu yang sama macam hari tu..hehe~

sesi mengopi dan mengesup setelah  semua kebongkangkenyangan

dah habis makan baru tak nervous untuk snap gambar


hoho..gearbox

Lagi satu, datuk bandar Regensburg telah berkenan menambah tempoh permit saya untuk setahun lagi..boleh keluar masuk europe dengan amannya..sebab, kalau kita pemegang permit menetap di mana-mana negara Kesatuan Eropah, kita boleh bebas keluar masuk negara eropah yang lain selama tempoh permit kita tu..best kan?hehe..Terima kasih Frau Franke sebab sangat baik hati dan tak banyak soal..syukur alhamdulillah..
Saya cal mama untuk cakap visa saya dah disambung lagi setahun..i was expecting her to be excited and happy..but guess what was her replied?..
'Alhamduliillah dah sambung..tapi visa je yang setahun kan, dikna tak akan duduk sana sampai setahun kan?'..
Hehe..yes mom..insyallah lagi 6-7 bulan kami balik.....~


p/s: hari ni nak buat apam balik..takpe xde bazar pun..~

August 13, 2010

salam perantau

Dulu, dari masa zaman sekolah rendah..kalau masuk bulan puasa je, feveret saya adalah baca ucapan-ucapan salam perantau kat paper..(kalau bulan lain, feveret saya adalah ruang hiburan, tajuk-tajuk yang kontroversi dan ruang soal jawab, ruang sukan akan di skip)..padahal masa tu, takde pun abang ke kakak ke sepupu ke pakcik ke yang duk oversea..tapi macam best je tengok gambar orang kat oversea, pastu hantar salam perantau kat paper..lagi-lagi yang hantar tu pasangan suami isteri..bila dah sekolah menengah memang asik berangan je,
 'Bestnya duk oversea, pastu kawen, pastu ada anak..boleh amik gambar kat atas salji, hantar salam perantau'<-----bukan best sbb nak belajar, best nak kawen je ye..hehe~

Bila dah duk oversea, (eh, aku duk oversea eh?)..memang rasa best, cuma bila bulan puasa, rasa nak lari balik Malaysia..nak pergi Bazar Ramadhan, nak buka puasa ramai-ramai, nak pegi try buffet kat hotel..huhu. Since takleh nak lari balik Malaysia..saya cuba memujuk hati dengan berkata, 'Best la duk oversea, boleh hantar salam perantau..' ..So saya awal-awal lagi dah hantar..dan kalau nak tau, seminggu sebelum puasa dah kuar kat Berita Harian..datin siap simpan keratan salam perantau tu..nak buat frame kot..tapi macam tak feel la kan, sebab awal sangat lagi..~

Eh, eh..sebenarnya dah 3 paper saya hantar..BH, Utusan, Metro..semangat gila kot..hehe..bajet-bajet macam saya yang belajar oversea kan..padahal jadi housewife je kat sini..cuma sayang, sebab takde gambar dukung anak dan baring-baring atas salji..rasa sangat tak puas hati, kenapa tak da satu pun scene baring-baring atas salji eh?..Semalam saya cakap kat mr hasnul, nanti kita kena gak amik gambar baring, meniarap, tak pun guling-guling atas salji.. Macam biasa, dia selambe jawab..'Ala, nanti sejuk..mesti tak sanggup nak buat macam tu pun.'.................






sejukbeku, tapi saya suka..ini je pose main salji yang ada..~










p/s: tak sabar tunggu parcel dari Malaysia sampai..nak makan megi..
p/s/s : harap-harap parcel tu sampai dengan selamat, sian datin penat-penat pegi tempah baju

August 11, 2010

fasting; episode 1

Baru pukul 1, tapi rasa cam tak sabar-sabar nak masuk dapur memasak..semangat gila ni..baru lepas surf resepi-resepi menarek kat internet..dan tiba-tiba macam banyak giler resepi menarek,

  • rendang sotong sumbat
  • ayam madu bakar
  • kari ketam dengan nenas
  • ikan masak asam tumis
  • ikan bawal sweet sour
  • ayam goreng rempah
  • rendang ayam
  • red bean swirl bun
  • charkoey teow
  • apam balik
  • buah melaka
  • apam seri ayu
  • caramel puding
  • kuih lapis
  • puding jagung
  • errrrrrrrrrrrrrrhhhhh...enuff!!!!
Setelah di-shortlisted-kan, cuma 3 resepi yang akan direalisasikan petang nanti..rendang sotong sumbat, ayam madu dan buah melaka..itu pun kalau kadar tenaga tidak merundum pada tahap paling rendah..hehe..kalau tak kita buka puasa makan nasi dengan telur goreng mata je la ye..

7 hours, 18 minutes to go.....bestnya kalau boleh pegi bazar ramadhan..~



August 10, 2010

Ramadhan in Germany.

Ahlan wasahlan ya Ramadhan..
Syukur kita diberi peluan untuk bertemu sekali lagi dengan bulan mulia ini..dan ini kali kedua saya bakal menjalani ibadah puasa Ramadhan sebagai seorang isteri..cuma bezanya, kali ini jauh dari keluarga dan tanah air..huhu..

Belum pun terbenam matahari 30 Syaaban(hari ni)..yang terbayang di fikiran saya adalah suasana meriah di rumah..biasanya malam 1 Ramadhan, kami sembahyang Maghrib berjemaah, baba akan kumpulkan semua anak cucu, dan diberi sedikit tazkirah sempena Ramadhan.. walaupun anak-anak dah besar, tetap baba buat revision untuk ibadah puasa.. Contohnya, ajar sekali lagi cara berniat puasa, hukum puasa, perkara yang batalkan puasa etc.. dan bagusnya baba adalah, bila ajar niat puasa tu, baba akan suruh sorang-sorang baca lafaz niat puasa tu..semua tak terlepas, walaupun anak yang dah 30 tahun..lepas tu semua akan ke masjid untuk berterawih..huhu..bestnya..semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik untuk baba tahun ni.

Teringat tahun lepas, baba awal-awal dah cakap, dia berazam nak terawih 20 rakaat di Masjid Zahir setiap hari di bulan ramadhan..tapi kita hanya mampu merancang, malam 1 Ramdhan tu, baba terjatuh dekat pintu kedai, dan kaki terpaksa disimen..sudahnya, sepanjang bulan baba kena sembahyang duduk di rumah..Hikmah disebalik kejadian tu, sepanjang bulan Ramadhan tu, anak-anak lelaki (termasuk menantu) terpaksa bergilir-gilir jadi imam di rumah.Kalau sebelum tu, masing-masing asik mengelak je jadi Imam, bila baba dah injured tu, takda alasan lagi..Mama kata, 'Cuba tengok hikmah yang Tuhan dah tetapkan..kalau bukan sebab baba sakit, mesti baba tak bleh nak jadi makmum anak-anak menantu..'..Mr hasnul pun tak lepas giliran jadi Imam, dah la masa tu baru kawen je..sekali bapak mertua suruh jadi Imam, mana boleh kata 'tak nak'..mesti kena tunjuk bakat..dan kali pertama Mr Hasnul imamkan solat kat rumah, terkedu mama dan kakak sebab tak sangka menantu yang duk oversea ni punya suara yang sungguh lunak tatkala mengimamkan solat..hehe..kalau tak, takkan lah mama sampai menangis waktu dengar mr hasnul jadi imam, pastu cakap..''nanti mesti mama rindu dengar sora hasnul..''...lepas je mama cakap camtu, saya pulak yang sambung nangis..hehe~

Akhirul kalam, (tiba-tiba jadi baik lak..hehe) semoga kita melipatgandakan amalan di bulan puasa ni..banyak-banyakkan bersedekah, tingkatkan kesabaran, dan ikhlas dalam beribadah..*pesanan untuk diri sendiri juga*..

Sambil2 hafal niat puasa tu, meh layan video ni dulu..