Walaupun tak confident sangat boleh dapat full marks untuk exam induksi semalam, tapi kebarangkalian untuk lulus tu insyallah ada.. Soalan objective susah giler..tapi since ada multiple choices of answer, kita tembak je lah..Soalan esei memang masuk semua yang di'spot' tapi saya pulak boleh buat slack terlupa sikit-sikit. It's the pregnancy I think, that caused the forgetfulness (alasan)hehe. Sebab kalau ikut www.whattoexpect.com , dia cakap,
" ....believe it or not, your brain-cell volume actually decreases during the third trimester of pregnancy (which could explain why you can't remember what you just read about in that last paragraph). Not to worry, your brain will plump back up a few months after delivery."
So, betullah kan? Memang perempuan mengandung cepat lupa sebab sel otak dah berkurang. Bukan sebab saya malas ke apa.hehe=)
Sebagai rujukan untuk sape-sape yang bakal menjadi calon Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia, meh nak bocorkan soalan disini..(sebab hari tu before exam, saya gigih gile search soalan past year, ada 2-3 blog je yang ada. Itupun saya dah rasa sangat berguna. So here we go, sharing is caring kan?
1. Encik X adalah Pegawai Pembantu Tadbir Gred N27, telah berkhidmat selma 4 tahun dan mempunyai baki cuti tahunan sebanyak 20 hari. Bolehkah beliau mohon cuti haji? Nyatakan syarat-syarat permohonan beliau.
2. Satu mesyuarat bulanan Unit Sukan Kementerian Belia dan Sukan telah diadakan pada 17 Mei 2011. Sebgai urusetia, apakah tindakan yang perlu dilakukan Encik Y selepas mesyuarat tersebut, sebelum mesyuarat bulanan yang akan datang.
3. Nyatakan Prosedur Penerimaan Dokumen Terperingkat.
4. Nyatakan dan huraikan 5 cabaran Wawasan 2020.
5. a) Kenapakah Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja dianggap satu dokumen penting?
b) Nyatakan perbezaan MPK dan FM.
c) Nyatakan kebaikan MPK dan FM.
6. Nyatakan dan huraikan 5 aktiviti politik yang dilarang bagi penjawat awam kategori Pengurusan dan Profesional mengikut Peraturan Tatatertib.
*Ada lagi 2 soalan, tapi saya tak ingat.
*Saya jawab soalan 1, 2, 5, dan 6.
*Doakan saya lulus ye..~
No comments:
Post a Comment