Showing posts with label i am a housewife..ahaks. Show all posts
Showing posts with label i am a housewife..ahaks. Show all posts

November 25, 2012

Surihotel.

I woke up as early as 6 and the newspaper was already hang outside our door.


After a warm decent shower, buatkan coffee untuk kami berdua, then hantar mr hasnul pegi keja...

Two cups of coffee for us..and a bottle of milk for our anak teruna. Perfect!

Scene2 dari drama "Papa,jangan tinggal daku..."

Next, is our super quality time .hehe.. Tinggal mommy berdua dengan Qayyim. So layan dia je la sepanjang hari. Nak tau kami buat apa??hehe..

Dulu kecik lagi, belum bole mandi macam ni. Sekarang dah pandai.Asyik tarik tangan ajak masuk bathroom. Sehari dua kali berendam dlm tub, tunggu menggigil sejuk baru reti nak keluar..hehe


Dah pandai woh..pakai kasut sendiri, ajak mama keluar.

Breakfast-his style.

Main..main..dan main..
.....sampai penat!haha
Tengaharinya pulak, Mr Hasnul akan balik jemput kami pegi lunch. Lunch kat mana lagi kalu bukan kat Suria KLCC tu kan..lepas lunch jalan-jalan jap dalam tu..pastu balik hotel..sambung balik lah aktiviti kat hotel.huhu..



Tapi yang bestnya jadi suri hotel ni..memang tak yah buat kerja apa..sebelum keluar lunch,  panggil housekeeping, balik je bilik..tadaaa..dah kemas semua.haha. Dasar pemalas..

Wah..seronoknya takyah buat keja.





March 27, 2011

A bless.

Susah nak digambarkan. Tapi perasaan bila terasa ada tendangan kecil dari dalam perut adalah 1000 kali lebih bermakna daripada dapat Dean List..(sebab memang tak pernah dpat dean list pun, so berani lah cakap centu.haha)..

Tapi seriously, rasa bahagia sangat. Setiap hari, saya memang tertunggu baby gerak. Walaupun dah tahu sekarang dia tidor lebih 12 jam sehari, tetap jugak saya tunggu dia gerak. Ye lah, masa tidor pun mesti boleh gerak-gerak kan?.Selalunya waktu petang. Dan pergerakan dia sekarang kuat. Even Mr Hasnul pun dah boleh rasa bila dia letak tangan atas perut. Best. Best sangat. Tak tau nak cakap camna. Pregnant lah sendiri, nanti rasa..

Lagi 3 hari je nak bercuti ni.. By Sunday next week, saya sepatutnya dah mula bekerja. Tapi tak taula dapat mana.huhu. Susah hati, tapi saja buat-buat macam rilex. Malas nak fikir sangat. Semoga apa yang Tuhan tetapkan, adalah yang terbaik, untuk semua..

Rindu sangat nak aktif berblogging macam dulu, walaupun tahu takde sapa yang tunggu pun. Tetap rasa macam tak lengkap sebab banyak benda tak sempat nak luah dalam ni. Contohnya, macam mana saya spend 2 minggu kat Malaysia, apa cerita trip kami kat Istanbul hari tu, dan macam mana suka duka bila berada dekat dengan keluarga. Itu baru contoh, banyak lagi. Tapi tak sempat nak cerita. Nak baca blog orang lain pun tak sempat. Menci betul..

Eh. Daripada cerita baby gerak, dah jadi cerita rindu blog pulak.

March 23, 2011

week 20 - my first pregnancy check-up in Malaysia

Sebelum balik dari Deutschland, saya memang plan nak buat pregnancy check-up dekat sana siap-siap. Tapi Dr tu tak free pulak..tak boleh nak cepatkan appointment ke tarikh yang sesuai..So terlepaslah check-up dekat sana..rugi..kalau buat kat sana dah sah-sah F.O.C..huhu

Sejak sampai kat Malaysia, memang ramailah yang bertanyakan pasal baby kan..sihat ke tak, boy ke girl, bla bla bla..saya tak taulah apa sebabnya, tapi saya macam rasa malu bila orang tegur perut saya dah besar..rasa macam nak lari sembunyi perut tu..Nak guna teknik tarik nafas dan tahan pun memang dah tak jadi..Tarik nafas macam mana pun, perut tetap seketul terjojol..hehe..Padahal sebelum ni, saya punya excited kalau ada orang perasan tumbesaran perut tu..isk..perempuan memang macam tu. Susah nak faham kan?

So last week, sempatlah jugak saya dengan Mr hasnul pergi buat check-up untuk yang pertama kali di Malaysia. Saya pergi Poliklinik Pakar Puteri, biarlah kena bayar mahal pun..yang penting rasa yakin sket pergi yang swasta ni. Insyallah kalau ada masa kita try yang government pulak. Since Dr kat Pakar Puteri tu dah jadi Dr saya sejak dari zaman saya sekolah lagi, dia memang dah tahu semua rekod-rekod kesihatan saya dan family. Bersembang pun dah gaya-gaya macam dengan kawan-kawan je. Masa masuk jumpa dia, dia tanya saya, nak buat pregnancy test ke? Saya memang tergelak besar masa tu. Macam mana Dr tu tak perasan perut saya yang dah 5 bulan ni.hehe.. Then saya pun explain la, saya baru balik Germany, nak sambung check-up kat dia, bla..bla.tunjuk Mutterpass yang dalam bahasa German tu..nasib baik medical term sama je, tak susah sangat Dr tu nak semak apa yang dah saya buat kat Germany dulu. Rupa-rupanya, memang tak sama prosedur pregnancy check-up dekat Germany dengan Malaysia. Dekat Germany, memang Dr tak suntik untuk Hepatitis, sebab benda tu dah tak ada kat sana. So untuk mengikut prosedur kat Malaysia, merasa jugaklah saya disuntik petang tu. Lagi satu, kat German, Dr tak pernah kira paras Hemoglobin. Saya pun pernah rasa pelik jugak. Tapi takpelah, petang tu dah buat semua. Alhamdulillah. Ok je semua, except paras gula dalam air kencing terlebih sikit dari yang sepatutnya. Dr cakap,takde apa yang nak dibimbangkan. Memang saya baru lepas minum air cendol super manis sebelum pergi buat check-up tu. Dr pesan suruh kawal makan manis, itu je.

Dah setel semua-semua tu, dia buat ultrasound scan. Macam biasa, memang excited.. Mr Hasnul awal-awal lagi dah cakap dengan Dr, dia nak tahu gender anak kalau boleh. Alhamdulillah. our baby is healthy and active. Masa Dr scan tu, dia tengah dalam posisi bersujud. Punggung tertonggek keluar. Patutlah selalu rasa perut kena tekan-tekan dari dalam.hehe. Tak sampai 2 minit scan, Dr tu siap terjerit lagi.."Dr dah tau dah..nampak dah dia punya dot dot ni.." Pastu dr capture gambar dekat bahagian tu. Then dia tunjuk dan explain pasal jantina baby..Alhamdulillah.. Saya memang tak kisah pun boy ke girl, yang penting sihat je. Tapi best lah dah tau, senang mommy dengan daddy nak pilih baju..ehehe.

Kalau pandai interpret ultrasound scan ni, tahulah anda apakah jantinanya..hehe..agak2?

Ini kepala dan sebahagian badan dalam posisi bersujud. nampak tulang kaki terlipat tu? Bagus anak mommy..rajin beribadat..=)

Alhamdulillah..semuanya ok. Harap-harap kekal baik macam ni. Susah pulak nak kawal makan sejak balik Malaysia ni.Everything was so tempting..you name it.. Cendol, ABC, pasembor, roti canai, rojak, kuey teow kerang, kerang bakar, even buah potong tabur asam pun adalah sangat menggugat iman..dan semuanya terlalu mudah untuk dapat..duduk dalam keta, pastu buat ayat dalam nada lemah lembut, "Petang-petang ni kalau dapat pasembor sedap kan...". Confirm masa tu jugak mr hasnul drive menuju ke tempat yang ada makanan yang saya nak tu..Best kan?hehe

Mama cakap, takde masalah nak makan, cuma jangan berlebihan. Kena bersederhana. Dah cukup waktu makan ni, jom godek apa ada bawah tudung saji.hehe..


p/s : susah gila nak berblog sekarang. 24 jam sehari rasa macam tak cukup..banyak sangat benda nak buat (read: banyak sangat makanan nak dimakan..hehe)

March 8, 2011

Billets doux

Hari tu masa kemas-kemas barang, saya jumpa satu plastik surat dan kad-kad cinta yang saya hantar dekat Mr Hasnul. Dari zaman suka-suka, bercinta, bertunang..semua ada. Kira koleksi tu dia dah simpan almost 10 years, sebab kad yang paling lama, bertarikh 2002. Lama gila kan? Tapi rasa macam baru je..hehe. Semalam bila dah letih kemas-kemas barang, kami take five kejap sambil sama-sama baca kad-kad tu sebelum masukkan dalam kotak untuk ship balik. Malu ok. Saya jenis tak reti tulis pendek-pendek. Dalam kad pun berjela-jela saya tulis walaupun niat hantar kad sebenarnya cuma nak wish birthday.=) *that explains why it's always hard for me to post a short entry.hehe*


Revealing, the secret collection of mommy's and daddy's billets doux...*sila sediakan baldi untuk muntah*

Semua comel-comel, ada love-love.hehe
Birthday card 6 tahun lepas. Mahal kad ni.
Wakakaka..tak bleh blah duk ber'hugs n kisses' segala..
Siap berangan jadi mat saleh lagi, bercanda di tepian pantai.haha
Tak kreatif tapi ada hati nak buat kerastangan. Cinta punya pasal.
Ini paling legend. Saya pun tak sedar ada kad ni. Kad raya tahun 2002, ada sign naza sekali.
Alamat pun tulisan naza. Masa ni baru duk minat-minat je kat Mr Hasnul. tak couple lagi, baru nak amik SPM.
Bila kita duk hantaq kad ni weh?

Kenangan kan? Boleh dikatakan, saya akan hantar kad kat Mr Hasnul setiap kali birthday, anniversary, hari raya (kad raya wajib ada music), dan kadang-kadang good luck card bila time dia nak exam. Ada jugak kadang-kadang kad yang saya bagi masa takda apa-apa special event. Saja bagi kad sebab rindu. Biasalah, cinta jarak jauh kan? Memang cintan habis la masa tu agaknya. haha. Eh, sekarang pun cintan-cintan lagi tau. Actually, saya pun ada simpan satu kotak barang-barang and card yang Mr Hasnul bagi dulu. Ada kat rumah mama. Nanti boring-boring boleh godek koleksi yang tu pulak.hehe. bagus jugak sekali sekala mengimbau kenangan lama. Baru kita sedar, betapa suatu masa dulu kita adalah sepasang kekasih yang penuh dengan harapan, impian dan cinta. Eceh. Alhamdulillah, sekarang Tuhan  mudahkan kita untuk bercinta tanpa perlu libatkan posmen lagi. 

Nak sambung kemas rumah. Bye.


March 3, 2011

Less than a week..ewww..~

Perasaan adalah bercampur-campur. Seronok pun ye, sedih pun ada jugak. Alhamdulillah. Kami dah book flight untuk pulang untuk kebaikan (read : back for good) ke Malaysia next week. Isk3.. Excited, sebab akhirnya dapat bertemu semua kesayangan dan kerinduan di Malaysia. Tapi sedih dan syahdu pulak untuk tinggalkan bumi Germany yang indah dan banyak simpan kenangan ni. (Walaupun setahun lebih je duduk)

Hari ni kami start kemas rumah and packing barang sikit-sikit. Baru perasan, banyak jugak barang saya.hehe. Dasar tak reti hidup dengan barang sikit dan tabiat membeli yang sukar dikawal.hehe. Asalnya kami dah ship 1 kotak dengan Putra Venture. Tapi lepas tengok barang macam banyak je lagi, and leceh nak usung pegi airport, we decided to ship another box. Balik nak melenggang kangkung je kalau boleh.wahahaha.

Ini longgokan barang yang nak bagi as ole-ole untuk family and closed friends, ini je pun dah penuh 1 beg.haha.. Barang baby pun ada sket. Mommy punya banyak.haha lagi..
Saya ada beli dompet baru, so alang-alang nak balik dah, dompet lama tu nak buang. Then tadi masa kemas-kemas dompet untuk susun dalam dompet baru..saya jumpa ini..


Tiket bas sepanjang duduk sini..kenangan nih..huhu
Lepas tu godek-godek lagi..jumpa ini pulak..waaaaaaaaaaaaaaaa...~


Sape cakap housewife xde duit? Simpan sket-sket lama-lama jadi banyak.hehe~
Itu sebahagian je tu..haha..takleh tunjuk banyak-banyak,kang jadi macam website Login Facebook Hari-hari Dapat 100 pulak..haha..Saya jenis yang suka simpan duit banyak tempat. Celah-celah beg, dalam poket, laci, almari semualah..so bila kemas-kemas, mesti seronok bila jumpa duit yang kita pun dah lupa kita ada.hehe. Duit dollar kat atas tu, yang baba bagi masa saya nak fly datang sini dulu. Tak pakai pun. Banyak jugak duit yang orang sedekah sebelum fly. Terharu sangat rasa. And terbayang lagi macam mana Tok Wan senyap-senyap selit duit RM50 kat tangan saya bila saya salam dengan dia kat airport dulu. Duit tu pun ada lagi.. Saya memang sentimental sket kalau duit-duit or barang yang orang bagi..Sayang nak guna..huhu.Kecuali duit Mr Hasnul bagi je. yang tu memang cepat je guna..haha..~

Doakan semuanya mudah dan selamat..banyak lagi nak kena kemas ni..and sorry tak mampu beli souvenir untuk semua. Walaupun tak dapat souvenir, anda tetap di hati.Eceh..~



February 28, 2011

takde motif

Ini cerita minggu lepas. Hari jumaat lepas. Disebabkan Mr Hasnul dah selamat present projek, dan untuk membolehkan saya pijak tanah (read: keluar rumah) lepas seminggu tak keluar, dia ajak kami keluar petang tu. Saja keluar takde sebab. Ronda-ronda altstadt je. Tapi haruslah dah ronda-ronda tu nak jugak usya barang kan. Kalau bukan barang untuk saya, untuk orang lain pun takpe. Banyak jugak la kedai saya masuk, tengok-tengok handbag, baju, cardigan, baju baby, etc. Masuk Mango untuk kesekian kalinya, dengan harapan, ada lagi beg murah after sale tu. Dan seperti yang dijangka, sale season dah lama habis sejak saya terperuk kat rumah ni. Semua beg mahal. Baju pun mahal. Tapi...dalam mahal-mahal tu, sempat jugak saya menerai satu baju ni. Konon-konon love at first sight la. Tambah 'love' bila Mr Hasnul cakap, "P la try..kalau padan elok..ambillah, abang bayar.."..

Yeeehuu..orang offer nak bayar beb..haruslah semangat berkobar-kobar menuju ke fitting room kan. Seriyes saya berkenan baju tu. Dan memang padan elok je saiz S tu. Cumanya..bila tengok cermin, baru perasan. Ada boncit plak kat perut.huhu. Macam mana boleh lupa tengah pregnant ni? Siap ada hati p try baju ikat-ikat kat pinggang. Cis!!!.. Frust mak tau...huhu. Saya panggil Mr Hasnul, tanya dia, boleh ke pakai kalau dah ketat kat perut camtu. Dia cakap rugi la..perut cepat besar skang. Kang sempat pakai berapa kali je..huhu. Terpaksalah sangkut balik baju tu...Babai baju best..~

Saya jarang ambil gambar dalam fitting room. Tapi hari tu macam semangat sket.hehe. Boncit!


Keluar dari Mango, masuk Zara. Ada lagi seminggu dua je nak duduk sini kan. Baik masuk kedai-kedai ni puas-puas. Nanti kat Kedah takde kedai-kedai branded ni. Ada butik Clarks satu tu, kira dah besar rahmat. (Ke dah ada Zara sekarang? Kedah Maju 2010 katanya kan?haha).. Tak ada apa yang menarik pun. Beli sehelai baju dekat anak buah, and sepasang jeans untuk Mr Hasnul. Tu je. Tak menarik sangat sebab takde pun yang sesuai dengan saya.huhu. 

Malamnya lapar, pegi makan. Tiba-tiba gedik rasa nak makan ikan. Mr Hasnul bawak pergi Nordsee. We had this for dinner.


Fish fillet with champignon and cheese sauce. Not bad.

Mix box. Feveret nih.

Walaupun pulang dengan tangan kosong, tapi perut kenyang. hehe. Dan takde la frust sangat bila pagi-pagi sabtu, Mr Hasnul belikan sesuatu. Beli online je. Nanti pegi collect dekat kedai.hehe..macam mana lah kita tak sayang dekat buchuk macham yang sorang tu kan..hehe..*orang buat baik kita kena ambil hati dia, penting tu.haha* ~

February 26, 2011

petang yang damai

Di suatu petang,

Me : Yus ada baca kat satu blog ni, dia cakap cara nak rasa baby gerak, kita kena tekan perut. Kalau ada 'blup..blup' maksudnya baby tengah bagi respons la tu..tapi yus dah tekan, takda pun blup blup tu. Cuba abang plak tekan..

*instead of 'tekan' dia cuma usap-usap je..memang takde la blup-blup tu kan*


He  : Baby tengah rehat kot..biaqla kat dia..nanti dia gerak la tu..
Me : *tak puas hati, cepat-cepat tepuk perut*..Bangun..bangun..siang-siang jangan tidor..cepatla gerak, mommy nak rasa ni..

Nak tau apa Mr Hasnul balas?
He : Ish..apa buat macam tu..kesian baby tengah tidoq tu..terkejut dia satgi..*sambil tepis-tepis tangan saya*

Taktau apa yang lawak, tapi saya tak boleh stop gelak. Sweet jugak Mr Hasnul ni kadang-kadang. Macam tak logik je baby nak terkejut bila mommy tepuk-tepuk perut. Tapi cara dia marah saya tu memang bersungguh-sungguh. Risau sangat kat baby dia tu..=)

Kalau gini gayanya..rasanya nanti, macam Mr Hasnul akan sayang baby lebih dari sayang saya je.huhu.

February 23, 2011

Getting better

Alhamdulillah. Pembedahan baba selesai dengan jayanya. Masa saya cal tadi, baba dah sedar, dan dah boleh makan. Alhamdulillah. Leganya hati tak terkata.

Semalam, sepanjang malam saya gelisah. Buat apa pun serba tak kena. tidor pun, asyik terjaga je..sekali terjaga dalam esak2 tangis..mimpi!.. Kerap sangat saya menangis dalam mimpi kan? Rasa macam benda dalam mimpi tu betul-betul jadi, dan bila sedar, memang tengah menangis atau meracau-racau..Kesian orang sebelah.hehe

Syukur, semoga baba cepat pulih sepenuhnya. mesti terus berdoa kan..

On the other note, esok Mr Hasnul akan present untuk final project dia. Rasa macam nak ikut pergi tengok dia present, tapi takut dia cuak pulak kalau ada bini jadi observer.hehe. Good luck sayang!

February 20, 2011

tiga dalam satu

The jamuan-makan-kecil-kecilan was a success. Entah dari mana tenaga saya datang hari tu, that I managed to do things on my own, dan tak rasa penat. Masak satu periuk besar kuah kari, rebus almost 3 kilo spaghetti, sebiji cheesecake, sebiji tiramisu, kemas-kemas rumah, basuh toilet etc. I guess, semangat nak sambut birthday Mr Hasnul, dan teringat kesanggupan mereka untuk datang baca yasin kat baba buat saya jadi kuat. Seronok sangat bila orang datang rumah kecik ni, semayang jemaah sama-sama walaupun kena berhimpit-himpit, dan sama-sama baca Yasin. Tetamu datang bawa rahmat kan?..Tapiiiiiiiii, hehe ada tapinya..lepas je semua orang balik, Tuhan je yang tahu macam mana sakitnya peha dan punggung saya. Tak pernah rasa sakit camtu. Maybe sebab lama sangat berdiri hari tu. Isk3.. Mungkin jugak sebab baby dah membesar, the lower part of my body dah ter'efek dengan pembesaran dia.hehe=)

This is my favourite shot. Walaupun ada pantulan lilin kena baju.hehe~

Mr Hasnul almost cry in excitement (exxagerated) bila balik lab dan nampak kek dia dah siap.

Tiramisu seriyes sedap. Saya sempat makan 1 suap je..
Saya tak belikan apa-apa hadiah pun untuk dia. Tak sempat lagi. Nantilah. Tahun depan pun boleh..haha  Ini pun entah berapa kali dia cakap "Terima kasih..susah-susah untuk abang.."=)

Sekian laporan dari saya.

Dan...sebagai penyeri entry yang tak semenggah ni..terimalah untuk pertama kalinya, gambar ekslusif mommy at 17 weeks of pregnancy. Mr Hasnul cakap, "Letak kat blog bleh, kat fesbuk tak payah.."hehe..
.
.
.
.
.
.
.
.

Takde beza sangat pun kan? Boncit sket je..tapi mommy sukeeeeee..~






February 17, 2011

Daddy's turning 26..

Saya ada kurang 24 jam, untuk merasa jadi rakan sebaya Mr Hasnul.hehe. Esok dia dah 'tua'.=)

A few days before, I asked him,
"Dulu, abang pernah tak berangan, dalam umur 26 tahun abang dah ada bini dan anak?"
Macam biasa, jawapan tak semenggah dari Mr Hasnul, "Ntah..."
Menci tau,  bukan boleh nak ajak small talk sikit..payah betul nak layan orang..huhu

Tapi ada satu yang buat saya senyum, bila saya tanya dia.
"Abang nak yus bagi hadiah apa tahun ni?.."
"Abang nak anak...."
"Ni, dah ada dalam perut, kira dah ada la hadiah abang ni..."
"Mmm..jaga diri, and jaga anak kita elok-elok..itu ja..."

Tak tau la part mana yang sweetnya, tapi saya suka jawapan dia tu....rasa bahagia. Sama macam mana saya rasa bahagia bila dia marah saya basuh kaki kat sinki masa amik wudhuk. Takut jatuh katanya. Biarpun kena marah tetap rasa bahagia, sebab tahu ada yang sayang. Eceh..~

Saya plan nak buat makan-makan esok. 3 dalam 1. Sempena birthday Mr Hasnul, mini farewell, dan sekali dengan bacaan Yasin untuk baba. Rabu depan baba akan buat operation tu. Doakan semua ok.








Happy birthday daddy. We both love you...~

February 5, 2011

Can I feel you now?

Saya baca di sini, sini dan sini. Katanya, seawal minggu ke 16, dah boleh rasa baby's movement. Wahaha..bestnya. Tapi bila saya baca dekat forum-forum, kebanyakan first-timer mother tak perasan pun movement tu, sebab dia sama je dengan pergerakan angin dalam perut. Ye, bila pregnant, memang banyak angin dalam perut. Sebab tu kentut pun kerap. Eh, malu plak cakap pasal kentut.hehe. Tapi itulah kenyataannya. Cumanya saya pandai cover kalau depan orang.hehehehehe...~

Lagi satu, masuk minggu 16, dah boleh cek baby's gender. Minggu ni saya baru 15 minggu, next week baru 16, dan next week memang ada check-up. Hopefully boleh lah tengok, our kesayangan hati ni lelaki atau perempuan. Dah tak sabar nak panggil dia dengan nama dia. Dan dah tak sabar jugak nak beli baju-baju baby ni. Sebenarnya sejak minggu ke-6 pregnant dah beli pun.haha. Semangat gila. Mr Hasnul lagi semangat dari saya sekarang ni. Each time masuk kedai, mesti dia nak jugak tengok baju baby. Pastu dia yang beriya-iya nak beli.hehe. Tapi yang saya dah beli tu, semua warna untuk unisex macam putih and gray. Takde specific untuk baby boy or girl. Dan baju yang saya pernah cakap dalam entri merapu dulu-dulu, saya dah beli yang lebih kurang macam tu..hehehe..sekarang ni hajat hati nak cari baju yang ada ciri-ciri Deutschland kat baju tu untuk baby, sebagai kenangan that she/he was made here.haha.

Selamat Hari Sabtu.

.
.
.
.
.
.
.

p/s: mee kari yang saya masak hari ini adalah seriyes sangat sedap. tak percaya tanya baby..=)

February 4, 2011

Setahun di perantauan

04.02.2010 - 04.02.2011

Hari ni cukup setahun. Cukup setahun saya tinggalkan Malaysia, dan cukup setahun saya menetap di Germany. Pagi tadi, Mr Hasnul buat soalan quiz, "Cuba teka, apa yang special dengan date hari ni?", saya cakap, "Entah."
Pastu dia sengih-sengih, "Cukup setahun dah..." Saya tanya, "Abang set kat reminder ke?".. Dengan muka berlagak tak boleh blah, dia cakap "Ni ha, orang pasang reminder kat sini.." Sambil jari telunjuk tekan-tekan dekat kepala.. Eceh, macam tak percaya je dia boleh ingat.hehe

So, apa yang saya dapat sepanjang setahun ni?

  • Menikmati kehidupan rumahtangga yang penuh warna warni, dan sentiasa dekat dengan suami. Rasanya, bila kita hidup jauh dari keluarga, lebih tinggi peluang untuk kita mengenali pasangan dengan lebih dekat. Semua masalah kena settlekan sendiri, semua benda kena bergantung sesama sendiri. Contoh, kalau gaduh-gaduh pun, tetap muka tu jugak yang kita kena hadap, tak boleh nak lari-lari balik rumah mak..hehe.
  • Travel ke 7 negara eropah dengan jayanya. Wow, 7 negara dalam setahun?? How lucky I am..Alhamdulillah..hehe. Dalam list ada lagi 2 negara, tapi kita tengok keadaan kewangan macam mana dulu.=)
  • Dari dinginnya salju, ke indahnya musim bunga, dibawa ke bahang musim panas, dan syahdunya musim luruh..semua saya dah rasa..cukup empat musim!
  • Pertama kali saya berjauhan dengan family dan kawan-kawan untuk tempoh yang lama macam ni. Homesick tak payah cakap la kan...itu semua orang dah lebih dari tau..
  • Menambah bilangan kawan-kawan baru di sini. Kata orang berkawan biar seribu..
  • Menjadi suri rumah sepenuh masa. Tak sangka dalam setahun saya boleh berubah daripada anak mama yang boleh buat dua-tiga jenis lauk je (dan yang paling kerap kena komplen dengan Bang Jad n Bang Id), kepada isteri Hasnul yang boleh masak almost everything. You name it, you got it..Haha..ada nada perasan di situ ye tuan-tuan..
  • Setahun dah tak pegang stereng kereta. Tak sabar nak balik drift dengan KCG hitam tu..
  • Setahun jugak tak pegang duit gaji sendiri. Berapa gaji saya sebulan pun saya dah tak ingat..huhu. Tapi takpe, duit nafkah tetap dapat tiap-tiap bulan. (Mmm abang, ni dah masuk bulan 2 ni...dah gatal-gatal tangan I)hehehe..
Banyak lagi sebenarnya. Tapi cukuplah kot yang ni je dulu. Apa-apa pun, setahun ini adalah tempoh setahun yang sangat bermakna. Bukan semua orang boleh merasa apa yang saya rasa. Bukan semua orang dapat, apa yang saya dapat. Untuk itu, meh lah kita bersyukur. *tadah tangan ke langit*

Oh. Lagi satu, sebelum pegi lab pagi tadi, Mr Hasnul cakap.."Kalau rasa nak kemas barang, kemaslah.."
Yeeayy!!! Dah dapat green light nak kemas barang. Mr Hasnul dah abis paper semalam. Tinggal nak siapkan project je. So, kalau saya packing-packing pun, takdelah dia nak tertekan sangat kan..hehe.~

p/s: bila buat list macam ni, teringat pulak entry Wishlist saya dulu..banyak je yang tak buat-buat sampai sekarang..*sigh*~

February 1, 2011

Bercanda dalam salju.

 Tajuk tak menahan. Sila muntah beramai-ramai.hehe~

Ini cerita hari jumaat minggu lepas. Saya cancelkan kelas, sebab..mmm..kami ada hal..haha. Ye, tak tipu, memang ada hal di malam jumaat yang syahdu itu. Best woh kalau keja nanti bole buat camni. Agak ada hal je, cancel kelas. Agak tak sihat je, cancel kelas. Tak yah amik cuti, tak yah jumpa doktor mintak MC. =)

Ok. Kembali pada cerita kita. Pagi Jumaat tu langit cerah gila. Matahari memancar-mancar dengan galaknya (segalak ayat ini) walaupun suhu dibawah paras negatif. Dan untuk menjawab soalan pada entri Is winter over yet? , winter memang tak habis lagi. Saja je dia acah-acah panas kejap hari tu, sekarang dah sejuk balik.huhu..Walaupun dah tak se-ekstrem masa awal winter hari tu, still ada lagi salji yang turun pada hari-hari tertentu. Saya memang dah plan dengan Mr Hasnul, kalau ada matahari, kami nak kuar pegi main salji sambil berphoto-shoot dan melunaskan impian saya untuk berguling-guling dalam salji sebelum pulang ke Malaysia, nanti tak tahu bila pulak lah boleh jumpa salji ni kan. So pagi tu lepas dah setel-setel, kami keluar. Pegi tempat biasa, tepi sungai dekat area rumah saya. Alah, tempat yang sama yang  saya pergi amik gambar masa musim luruh hari tu. Entahlah sebab apa, dah jadi tempat feveret plak kat situ. View cantik, orang tak ramai (senang nak buat gila tengah-tengah hari), dan dekat dengan rumah.

Cakap banyak tak guna, tengok je la gambar-gambar nih..(sama je macam gambar yang dah uplod kat fesbuk, kalau menyampah nak tengok banyak kali, bole pegi main jauh-jauh..hehe)






ce tengok gambar kat header n tepi sidebar blog ni,
walaupun takde yang tanya, saja nak cakap, tu gambar kat pokok yang sama. musim je lain.
kira dah chop pokok tu jadi 'pohon cinta'..memang bajet hindustan abis..hahaha~
Tak tahulah macam mana saya boleh jadi kalis sejuk hari tu. Rasa macam ok je guling-guling dalam snow walaupun jeans dah basah. Kesian Mr Hasnul plak yang tak tahan. Tapi dia layankan jugak saya main-main sampai puas.(memang macam budak kecik kan?).hehe. Alhamdulillah, rasa puas hati dah sampai hajat. Sekarang anytime nak balik Malaysia pun boleh dah.

Balik dari main salji tu, baru rasa letih. Biasalah kan, mak buyung kan memang cepat letih. Saya tidor je lepas balik tu. Petang tu, Mr Hasnul balik dari solat Jumaat dengan rambut baru. Pendek!! Saya dah la baru bangun tidor masa dia sampai rumah, hampir-hampir tak kenal masa dia masuk rumah tu. Ingatkan mamat mana lah masuk rumah kan.hehe. Rasa lain sangat bila tengok dia rambut pendek. Nampak muda pun ada. Tapi mestilah tetap hensem di mata saya.hehe. Sedihlah pulak, dah tak boleh nak ikatkan rambut dia pagi-pagi sebelum dia pegi kelas. Tak boleh nak main-main dandankan rambut dia, tak boleh buat fesyen pelik-pelik masa hari boring lagi dah.huhu..

January 19, 2011

perangai pelik seorang lelaki

Nak tahu satu perangai pelik seorang lelaki bernama suami? Tak tahulah kalau lelaki lain tak macam tu, tapi dekat sini ada sorang perangai macam ni.

Perbuatan pelik ni memang simple je. Tapi tetap boleh jadi penyebab ber'perang'.haha. Semalam, saya tengok video Chori Chori Chupke Chupke. Lepas tengok sambil bergoyang-goyang ikut nyanyi lagu tu, tiba-tiba je rasa teringin nak tengok cerita hindustan sambil feeling-feeling. So saya ajak Mr Hasnul layan Kabhi Kushi Kabhi Gham sama-sama. Sebelum start movie saya dah bagi sinopsis cerita tu kat dia, sebab nanti malas nak layan kalau dia duk tanya-tanya masa tengah feeling.

Then, kami pun sma-sama  start tengok. Mula-mula ok. Especially part-part happy tu, best je kami siap nanyi sama-sama.(Mr Hasnul tak reti pun nak nanyi, tapi sebagai tanda support dia buat bunyi ala-ala beat box tu je, kira ok la tu..). Dalam lebih setengah jam duk enjoy tu, soalan-soalan yang dia asyik tanya saya, "Eh, yang ni sapa nama dia, Kajol eh? Ke yang ni Kareena? Abang konfiusla, muka sama je.." Watak mak Rahul dengan nenek Rahul tu pun, berapa kali dia duk tertukar. Haishhh...

Abg, sila namakan dua perempuan dia atas..tak kenal lagi?

 Pastu bila masuk scene-scene sedih, perangai pelik dia dah mula datang. Cerita Shah Rukh Khan kan, even 18 juta kali (eksejeret melampau) tengok pun mesti akan tetap sedih ok. So, bila saya mula nak feeling tu, masa tu lah dia sibuk nak buat lawak (yang memang tak lawak pun), dan start komen yang menyakitkan hati. Contoh, masa yang mak Rahul tu pergi London and terserempak Rahul dalam shopping complex tu, kan tiba-tiba je jadi slow motion, pastu siap ada angin lagi tiup2 sebelah Rahul, walaupun masa tu dalam shopping complex.. Standard la kan, efek angin-angin dalam cite hindustan ni. Mr Hasnul boleh pulak nak komen, "Fuuuhhh...tiba-tiba ada angin la pulak..."..Ok takpe sabar lagi. Pastu scene Shah Rukh Khan tengah confront ngan bapak dia a.k.a. Amitabh Bachan tu. Kan setiap kali dorang cakap, mesti keluar bunyi petir guruh semua. Siap langsir terbang-terbang walaupun tingkap nampak macam tutup je. Mr Hasnul duk bagi komen "Eh, takde hujan tiba-tiba ada pettiiiir plak.." Sambil dia gelak terkekek-kekek. Sakit hati tau. Hilang feeling. Dari rasa nak nangis, terus rasa nak marah. Saya cakap ngan dia, masa tengok Inception apesal tak komen banyak plak, even cerita tu pun sah-sah tak logik. Bila tengok hindustan sibuk je nak komplen itu ini. Itu tak cukup dengan tu, sesekali dia akan tepuk-tepuk tangan tanpa sebab masa scene sedih. Saya memang hangin betul.


huuuuusssss...angin pun datang tiup-tiup rambut..haha

Lepas saya mengamuk and cakap, tak nak dah tengok cite hindustan dengan dia pasni, Mr Hasnul mintak maaf. Dia cakap dia tak suka tengok cita sedih. Sebab tu dia buat perangai. Lagipun cerita hindustan kan 2 jam lebih. Dah boring la kot, lama sangat. Okla, Saya pun sejuk balik. Then sambung tengok babak-babak last tu sambil baring and membelakangkan Mr Hasnul. Tup-tup kan, dekat-dekat nak habis cerita tu, saya dengar dari belakang ada suara orang tengah tahan nafas. Alah, tahan nafas sebab hidung sumbat, nak hembus malu takut bini dengar.hahahahaha. Bila saya nak pusing mengadap dia, dia tahan badan saya siap tolak-tolak lagi. Ok, sekarang giliran saya pulak nak tepuk tangan kuat-kuat.hahahahahaha..


Ok now mengaku je la, u pun feeling scene ni kan? haha

p/s: Malam ni kita tengok Kal Ho Naa Ho pulak ek? hahaha..

January 12, 2011

beng

Facebook bengong. (ke saya yang bengong?)..Nak taip message kat Mr Hasnul tiba-tiba dia pegi hantar dekat orang lain. Nasib baik tak tulis yang pelik-pelik. Dan nasib baik 'orang lain' tu cuma adik bongsu saya. 

Mr Hasnul kat lab sekarang. Saya memang pantang nampak dia online, mesti nak ajak chat. Even kalau dia online kat rumah pun, kami memang selalu chatting. So dah nampak dia online, saya klik la butang nak chat tu, then cepat-cepat taip 'Daddy..'. Sekali baru perasan, mesej tu dihantar kat adik saya. Tak pasal-pasal dia balas tanya, "apa tu?"..haha. Tapi takpe la kan, budak kecik senang nak goreng. Saya reply, "Tak ada apa, saja". 
Tergelak sorang-sorang. Rasa bodoh pun ada. Macam mana boleh tak perasan kan. Nasib baik hari ni tak buat gedik hantar mesej geli-geli. Sebab selalu kalau nak chat ni, kami suka guna panggilan pelik-pelik (tak payah la cakap panggilan apa.Kang ada yang muntah plak baca.hehe)

Moral of the story, lain kali bangun tidor pergi mandi dulu baru bukak facebook. Ini mata pun tak celik betul-betul, tapi tangan dah gigih klik itu ini. 

December 10, 2010

meet the parents-in-law part III

Tiba-tiba rasa nak buat lagi sambungan siri berjumpa dengan mertua ni..

Masuk hari ni dan 23 hari mereka ada di sini. Wow! Dalam saya duk terketar-ketar nak sambut, merungut-rungut segala macam, now dan hampir sebulan pun berkongsi ruang sempit dalam rumah ni. Hari tu sebelum dorang datang bukan main lagi saya punya berdebar nak buat jadual menu masak setiap hari segala bagai kan..Sekali bila dorang ada kat sini, seingat saya baru 3-4 kali je saya masak. Itupun bukan lah main menu. Dua kali goreng spaghetti, sekali buat kek, dan sekali buat sup ayam. Wakakakakakaka..Hari lain siapa yang masak??..Mestilah my mother in law..haha. Macam kena timing pulak kan saya disahkan pregnant time dorang datang, so dalam saya pening-pening duk baring tu, MIL masak macam-macam, saya tahu bangun hidang pinggan, senduk nasi, pastu duduk selambak menghadap makanan. Boleh pulak buat muka tak bersalah kan. Teruk gila menantu sorang ni.hehe. Bukan saya taknak masak, tapi dalam keadaan macam ni (sila baca dengan nada orang sakit) my taste buds do not working very well. Saya jadi tak reti nak rasa makanan tu cukup garam ke tak. Kang masak tak sedap kesian pulak dorang nak makan.huhu.. (haha)

Ok. Itu pasal masak-masak. Pasal tidor pun satu haru. Almost everyday MIL dengan FIL yang bangun dulu, dekat-dekat hujung waktu dah, barulah saya dengar MIL kejut mr hasnul. Automatik saya akan jadi termalu sendiri dan cepat-cepat bangun.hehe. Tapi, dalam keadaan sekarang (nada sakit sekali lagi) manalah saya mampu untuk melawan morning sickness kan.. Makanya, lepas solat subuh, terpaksalah saya baring semula untuk hilangkan loya-loya tu.hehe.. Dan bila terjaga semula, tengok-tengok dah siap ada orang buatkan breakfast. Terpaksalah bangun makan kan..hehe

My MIL memang sangat baik walaupun dia bukan jenis mesra. Dan dia sangat cekap buat kerja. Pukul 8 pagi kadang-kadang dia dah siap masak untuk lunch. Pastu masa dia masak, macam takde can kita nak mencelah-celah kacau dia masak. Sebab tu bila dia masak, saya jadi segan. Nak tolong tak boleh, nak tengok je rasa macam useless gila pulak kan.hehe. Minggu depan dorang dah nak balik. Tak taulah sapa yang nak memasak nanti. Buatnya saya duk pening-pening macam ni. Alamat makan roti lah hari-hari. huhu. Tak bestnya.. Seriyes tak sabar nak balik Malaysia. Cukuplah setahun duduk sini, cukuplah dah rasa empat musim berganti.. Ikut hati rasa nak je ikut parents-in-law balik minggu depan.hehe..~

November 18, 2010

fragile

Orang perempuan memang macam ni. Sebulan sekali akan jadi cengeng tak boleh blah. 

Semalam saya kemas rumah (tak tahulah kemas apa yang tak siap-siap tu..macamlah duduk rumah bungalow 4 tingkat), pastu mr hasnul suruh kosongkan ruang baju saya untuk bagi dekat family dia isi barang. Tengah-tengah kemas, tiba-tiba rasa hati kena cucuk..sedih sebab feeling-feeling kemas baju kena buang negeri. So, saya nangis. Haha. Macam ngok jugak lah. Tapi takpe, hasil dari menangis, dapat secawan kopi pekat dan sebungkus megi goreng. Mr hasnul offer untuk masak in attempt to pujuk saya. Hehe.

Hari ni pulak, saya cal rumah. Mengenangkan nanti mungkin susah sket nak calling mengadu-domba dengan mama, so hajat di hati nak lah cal and cakap puas-puas. Cal rumah tak berjawab, cal adik tak angkat, cal kakak pun tak jawab. Sampai satu tahap rasa fed-up dan merajuk sorang-sorang. Last-last baru dapat courage untuk cal henfon baba. Saya malas nak cal baba sebab saya sangat sensitif bila cakap dengan baba. Air mata asyik bergenang je kalau dengar suara dia. Tak tahu atas sebab apa. Penyakit dalaman kot. Fortunately, berjawab jugak dan saya berjaya untuk tahan air mata. Rupa-rupanya dorang pegi rumah kakak. Gather abis satu kaum keluarga. That's why semua orang tak jawab phone. Sibuk dan tak perasan. Ok, fine. Saya nangis lagi. Sedih. Lepas tu cakap dengan mama, rasa ok dah. Saya cerita pasal semalam saya nangis. Pastu mama pujuk-pujuk.  Mama kata, takleh lah nak kecik hati macam tu, mr hasnul tu kan anak lelaki, ,mesti kena lebihkan family. Pastu mama kata, "Kalau hasnul lebihkan mak dia, insyallah dia akan diberkati, kalau dia diberkati, insyallah dikna juga akan diberkati." Ye, betul. Then sebelum end cal, saya cakap, "Nanti dikna cal lagi..sori la, semua benda nak cerita dekat mama.". Mama kata, "Lah..mama kan mak, memang lah kena cerita semua..mama sedia dengar semua..ceritalah, tak apa..". Saya nangis lagi. 

Ini namanya penyakit. Penyakit yang datang sebulan sekali. Bila kita crack over a very small amount of pressure. Kita nangis untuk benda paling bodoh dalam dunia. Sebab kita adalah perempuan. Perempuan memang fragile.

Jom lekat sticker dekat dahi. Biar semua orang tahu.





November 15, 2010

Aidiladha 1431 H~

Selamat menyambut Aidiladha semua.

Orang kita selalu lebihkan Aidilfitri daripada Aidiladha, sedangkan dalam Islam, Aidiladha itu lebih tinggi kedudukannya berbanding Aidilfitri. Sebab tu, masa untuk bertakbir bagi Aidiladha lebih lama daripada Aidilfitri. Kalau Aidiladha kita boleh bertakbir sehingga hari raya keempat (13 Zulhijjah) sedangkan Aidilfitri kita cuma bertakbir bermula maghrib 30 Ramadhan hingga sebelum Zuhur 1 Syawal. Saya ingat ini, sebab baba banyak kali ajar. Tapi nak baca banyak lagi, sila baca di sini.

Takpelah, yang penting dua-dua sambutan ni, adalah hari perayaan untuk meraikan kemenangan dan pengorbanan kita. Saya cuma berharap, Tuhan luaskan pintu rezeki dan terima kami suami isteri untuk menjadi tetamuNya suatu hari nanti. Teringin sangat nak buat haji. Kalau boleh nak buat masa muda. Sebab kita tak tahu, kalau kita sempat tua atau tak. Sesiapapun yang pernah dijemput sebagai tetamu Allah di Tanah Haram, mesti akan terasa terpanggil-panggil untuk datang lagi. Rasa tenang, sayu, dan indah yang pernah kita rasa di Tanah Haram tak akan sama dengan perasaan di mana-mana tempat lain. Alhamdulillah saya dah sampai banyak tempat, tapi saya tahu, tak ada satu tempat pun yang boleh menandingi pengalaman di Tanah Suci.

Semalam dengar video Ustaz Kazim pasal haji mabrur ni. Dia ada cakap, even if daftar sekarang dengan Tabung Haji, giliran kita akan sampai tahun 2028 nanti..Huhu..Camne ni, Tak daftar lagi pun. Balik Mesia nanti wajib pegi daftar. Ingatkan saya kalau saya lupa eh. (Benda baik-baik ni memang selalu sangat lupa kan?)..Jom, kita ramai-ramai daftar. Duit boleh cari. Mana tau lepas je daftar kita dimurahkan rezeki. Kalau ada yang nak pergi Tanah Suci dalam masa terdekat, doa-doakan lah semoga mudah untuk orang lain jugak sampai sana.


2007- unforgettable and syukur yang amat sangat.

Ini pulak pagi Aidiladha 2007, sebab tahun tu
tahun pergi umrah, semua cucu-cucu datin beraya pakai jubah.
Semua dah besar sekarang. 



p/s: Kami kat germany akan sambut raya esok (sehari awal dari Malaysia), tapi sadly mr hasnul ada kelas. harap-harap sempat solat raya. Sejuk-sejuk ni pakai kebaya boleh?haha..~

November 14, 2010

meet the parents-in-law part II

"Gedik. Tiba-tiba nak buat entri bersekuel-sekuel ni apehal." ,monolog si pemilik blog dalam hati.

Lagi 5 hari my parents-in-law a.k.a abah n mama nak sampai sini. Dan si adik bongsu mr hasnul sekali. Saya dah bertambah gelabah. Tak tau la apa yang nak gelabah sangat. So weken ni, kami dah buat sikit renovation dalam rumah 25m² ni..haha. Dengan jayanya dah buat penghadang supaya ada 'bilik kecik'  sebagai ruang privacy untuk tempoh sebulan ni. So far, saya rasa puas hati. At least kalau tidor meleleh air liur basi pun dorang tak nampak. Tapi kalau berdengkur for sure dorang boleh dengar. Takpe, boleh cakap mr hasnul yang dengkur.*btw, kami bukan pendengkur*

Barang yang mama saya nak kirim, dah lebih 10kg rasanya. Daripada rempah segala bagai, sampailah ke kuih raya, serunding homemade, baju etc. Padahal ada lagi lebih kurang 5 bulan je nak duduk sini *Insyallah*. Tak sabar nak tunggu dorang datang, dan tak sabar nak punggah barang yang mama kirim tu.hehe. Dekat lidah ni dah terasa-rasa keenakan serunding mama + nescafe 3 in 1 regular peket merah. Sekurang-kurangnya boleh lah ubat rindu dekat mama. Mr hasnul boleh lah berlagak sekarang, family dia dah nak datang. Boleh peluk mak ayah dia, boleh jalan sama-sama. Jeles!.

Tengok dekat atas ada calendar? Ha, tu sebab gelabah la tu. Mr hasnul pulak memang dah lantik saya jadi travel organiser dia. Saya yang kena search tempat-tempat nak travel, timing, bajet etc. Dia book transport dengan hotel je. Ingatkan lepas ni, saya nak tambah slot dekat calender tu. Nak letak cadangan menu untuk masak setiap hari dalam sebulan. Apa barang jamu mertua makan nasi dengan telur goreng je kan..haha.

Dah tulis entri, tapi tak hilang jugak gelabah.

November 11, 2010

Pillow talk

Dah tengok P Ramlee Biography documentary?. Kalau dah tengok bagus. Kalau belum sila ke youtube sekarang. Sedih gila bila tahu kisah sebenar hidup seorang lagenda. Dan sepanjang tengok dokumentari tu, rasa sayu yang amat sangat. *menangis 3-4 round*

Dan lepas dah habis tengok, satu benda yang boleh dikonklusikan adalah, orang Melayu ni memang dari dulu ada satu attitude yang tak baik. Suka sangat jatuhkan bangsa sendiri dan terlalu ego untuk angkat bangsa sendiri menjadi hero. Selain dari perjalanan seni arwah yang berliku penuh onak duri tu, kisah cinta arwah sangat menyentuh hati. Sekarang baru tahu, lagu-lagu hebat yang arwah hasilkan mostly adalah interpretasi jiwa dia sendiri. Contoh : Berkorban Apa Saja, Dimana Kan Ku Cari Ganti, Anakku Sazali, etc.

Ini mukadimah. Yang saya nak cerita adalah apa yang berlaku lepas kami suami isteri tengok documentary tu. Saya pasang video lagu Dimana Kan Ku Cari Ganti nyanyian Allahyarhamah Saloma  dua tahun sebelum dia meninggal. For sure dia menyanyi dengan penuh perasaan mengenangkan arwah suaminya yang dah tiada. (P Ramlee died 10 years before Saloma. Al- Fatihah to both of them). Saya cakap dekat mr hasnul, "Nanti kalau yus mati, bolehlah abang nyanyi lagu ni..". Mr hasnul diam. Masa ni kami memang dah baring-baring nak tidor. Kira pillow talk lah ni. hehe. Pastu saya tiba-tiba tertanya sesuatu yang mungkin tak patut saya tanya. 
"Kalau yus mati dulu, lepas tu abang kawen lain, nanti dekat syurga boleh ke yus jumpa abang?."
I felt a sudden sorrow after asking that question. Dia diam lagi. Lepas tu dia cakap, "Dah. Tidorlah." That kind of reaction is unpredictable. I thought he would laugh and make a joke or something. But I was wrong. Yes, now I know, there's a limit in making joke. My bad.


I know this young man can not live without me. Sama macam saya tak boleh hidup tanpa dia. Biarlah macam mana pun kami mungkin bergaduh *biasalah kan suami isteri gaduh-gaduh manja ni*, kami sangat memerlukan satu sama lain. The worst day of my entire life would be better with you by my side. So I made a promise to myself, I won't ask that kind of stupid question anymore. I'm so sorry abang. I know I hurt your feeling. Again, soo sorry. 


By the way, yus publish entry ni, abang tak kesah kan? hehehe. I love you too sayang. I want to grow old with you, dan bercinta sampai ke syurga. Insyallah.