December 30, 2010

travel note : Venice, Italy

Dah dua tiga minggu balik, baru terasa nak tulis.

We went to Venice on 12th December 2010. Mr hasnul sweet sangat sebab tempah tiket time birthday mama dia. Kira trip ni kind of hadiah birthday from us both. Saya boleh bayangkan, nanti mesti bila start kerja, mama mr hasnul boleh cerita dekat kawan-kawan dengan bangga "Anak saya bawak pegi Venice masa hari jadi hari tu.."..hehe..

Kami naik night train dari Munich pukul 9 malam, selama 9 jam. Saya prefer travel dengan train lagi rasanya. Sebab walaupun perjalanan tu lama, tapi kita boleh spend tidor je dalam train. Berbanding kalau naik flight, kadang-kadang dapat timing yang tak cantik (flight awal pagi etc.), tak pasal-pasal kena bermalam dekat airport.

Sampai Venice dalam pukul 7 pagi. Keluar je dari St. Lucia train station, macam terpaku tengok view yang 'lain' dari kebanyakan negara Eropah yang saya pernah sampai. Cantik!



Disebabkan kami sampai awal sangat dan hotel cuma boleh check-in pukul 12, makanya pagi tu kami pergi letak beg dekat reception hotel (baik gila hotel bagi service simpan beg for free!) dan keluar bersiar-siar kat sekitar kawasan hotel dulu. Di Venice, public transport yang utama adalah water-bus. Jangan terkejut sebab dekat Venice memang tak ada kereta. Day ticket untuk water bus is at reasonable price, lagi lama tempoh jam yang kita ambil, lagi murah harga tiket tu. Kami ambil ticket for 36 hours, harga ticket 28€. Kira ok sangat la, sebab kalau tak ambil day ticket, harga untuk satu destinasi adalah 6.50€. Kalau ambil day ticket boleh guna untuk unlimited destinations.
waterbus dan bus stopnya..


Alang-alang dah beli ticket, dari stesen Ferrovia, kami pergi sampai Rialto. Dekat sini ada Rialto Bridge yang sangat terkenal. Kiranya kalau pergi Venice wajib pergi Rialto Bridge. Sekitar area Rialto Bridge tu ada banyak gondola service. Tapi kami tak naik. Mahal kot. 80€ seorang untuk 45 minutes ride. Errk..tak payahlah.. Tapi kan, saya merasa jugak naik gondola, walaupun untuk 5 minit je..hehe. Dekat sesetengah kawasan, especially yang jauh daripada bridge ada service gondola untuk kita menyeberang canal. Selalunya dia tulis Traghetto. Untuk satu trip cuma bayar 50 cent. Murah kan? haha.. Kami naik gondola yang jenis ni je. Kira ok la, merasa jugak gondolier dayungkan kita.

excited naik gondola


Rialto Bridge

Rialto Bazaar. Souvenir murah sangat. Mana nak dapt magnet fridge 80 cent?

Carnival mask.


Dah penat jalan-jalan, beli-beli souvenir, photoshoot..perut pun terasa lapar*ayat ntah apa-apa*. Memandangkan dah sampai Italy, haruslah nak cuba pasta dia kan?. Kami singgah di satu restaurant, mula-mula ingatkan restaurant tu memang pure Italian, sekali bila masuk dalam, semua pekerja dia orang Cina. Tapi takpe, sebab menu dia tetap Italian. We ordered seafood pasta, swordfish spaghetti and pizza margerita. Semua sedap. Memang kena dengan selera saya kot. Saya kan penggemar pasta-pasta ni.Bajet mat saleh kan..hehe. Dah setel makan-makan semua, baru kami balik hotel. Rehat-rehat jap bagi tenaga balik. Petangnya baru keluar semula.

Spaghetti with swordfish sauce. Cedap!


Petang tu Mr Hasnul selaku tourist guide (sebab dia dah pernah pergi Venice 2 tahun lepas) bawak kami semua pergi dataran San Marco. Ini pun salah satu tempat wajib pergi kalau pergi Venice. Tapi sayangnya sebab sekarang kan Maghrib masuk awal (around 4pm), so sampai je kat dataran tu memang dah gelap. Boleh tengok lampu-lampu sempena krismas je la. Then jalan-jalan window shopping. Pastu balik semula ke hotel. Tidor lagi. ZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzz.

Classic. 


The next day, kami breakfast di hotel, sebab pakej dan included breakfast. Saya punya la duk bayang-bayang ada breakfast macam dekat Carlton de Brug Netherland dulu. Sekali bila turun, breakfastnya memang tak banyak. Cukup syarat je. Ada roti yang pelbagai jenis, salami, cereals, susu, kopi, biskut. Itu je. Saya amik cornflakes dengan susu, dan sebiji croissant. nasib baik croissant tu sedap. Fresh sebab baru bakar kot. Kami check-out pukul 11, simpan beg di hotel, (free lagi!!) then bergerak untuk tour Venice lagi sekali lagi.
Since dah banyak tempat yang pergi semalam, hari ni macam ulangan je. Pergi Rialto sekali lagi, then singgah solat dekat celah-celah pokok kat teman bunga. Lepas dah solat pergi makan. Sekali lagi makan pasta, tapi kedai yang ni a bit pricy than the one yang pergi semalam. Satu plate spaghetti aglio olio pun dah 11€, kosong tak ada apa-apa isi. At least letakla prawn kan.huhu. Yang bestnya, MIL try amik black cuttlefish spaghetti, sebab waiter tu cakap, itu adalah menu popular kat Venice. My MIL ingatkan black tu sebab balck pepper ke apa kan. Sekali bila waiter tu serve, hah kau, memang hitam gila spaghetti tu, sebab dorang guna dakwat sotong. Rasa dia just masin-masin, ada la isi sotong 2-3 keping. Kesian MIL tak lalu makan, tapi saya boleh je makan. takdelah teruk sangat rasa dia.

Breakfast.

Solat celah pokok.

Lunch.

Lepas makan kitorang pergi Plaza San Marco sekali lagi. Sebab semalam dah gelap kan. so takde gambar yang cantik lagi dekat situ. Masa sampai dekat dataran tu, banyak sangat burung merpati. Then ternampak seorang mamat ni bagi burung tu makan roti. Wah..cambest je. Terus kami pun jadi teringin. Dan saya pulak teringat dalam beg ada croissant yang amik dekat hotel pagi tadi. Cepat-cepat cubit croissant tu, tabur roti atas lantai. Sekali, banyak sangat burung datang sambar. Mula-mula cuak, tapi lama-lama best. Burung tu siap hinggap-hinggap kat tangan. That was unforgettable. Rasa blessed sangat. Thank God.




Priceless.


Dari San Marco, kami pergi Pulau Murano. Pulau Murano ni terkenal sebagai tempat pembuatan  produk kaca Murano. Semuanya dibuat secara handmade dengan sangat teliti dan berseni. Tapi nak pergi pulau tu je ambil masa about 45 minutes, since kami tersalah pilih water-bus yang jenis berhenti.henti. huhu. Elok sampai Murano, dah gelap. Pastu dekat venice ni, mostly kedai dia tutup before 6pm. Memang tak bagus la kan. Ada satu dua kedai je yang still buka, tapi kebanyakan tempat yang buat glass blowing dah tutup. Kalau tak, kita boleh tengok sendiri macam mana dorang bentukkan glass tu. huhu. Lepas dah pusing-pusing pulau tu, kami balik semula ke hotel, ambil beg, tumpang toilet hotel, then pergi train station. Pukul 11pm, naik train untuk kembali ke Munich.

Murano glass yang menawan kalbu.uhuhuk


Venice sangat cantik. Seriously. Kalau tak percaya cuba tengok The Tourist, yang Angelina Jolie dengan Johnny Depp berlakon tu. Macam excited gila nak tengok cerita tu, sebab baru je pergi Venice kan. Hari tu tengok trailer dia, saya macam duk excited cakap kat mr hasnul, "Eh, ni kat sini kan..yang kita pergi tu..","Ni San Marco, ni Rialto..bla..bla..bla.."..hehe.  Tak percaya, cuba tengok gambar bawah, sama kan dengan gambar saya kat atas tu?hehe.

Abang Johnny Depp, The Tourist.

Syukur sebab sekali lagi diberi peluang berjalan-jalan melihat keindahan tempat orang. Perhaps this might be our last vacation before we go back to Malaysia.huhu. Tak tahulah kalau tiba-tiba mr hasnul cakap nak singgah mana-mana sebelum balik nanti kan..hehe.*masih berharap*.

 Sebab Venice cantik sangat, nah, enjoice these enchanting views of the city, captured through my lens.










Eh. Panjangnya entri ni. Sebenarnya banyak lagi nak cerita kalau boleh. Tapi tak larat. Lagipun banyak-banyak tulis kang bukan ada orang baca, tengok gambar je kan?hehe..~

December 23, 2010

Lagenda Nasi Bungkus

Seperti yang dijanjikan oleh mr hasnul, semalam saya dapat makan nasi bungkus. Oh, dan disebabkan nasi kukus dengan ayam berempah termasuk dalam wishlist makanan saya, makanya kami combine buat nasi bungkus versi ayam berempah. Mr hasnul offer nak masak, tapi sebab tak yakin makanan tu akan rasa seperti yang saya nak  kesian dan taknak susahkan mr hasnul, maka saya masak sendiri.hehe.

ayam goreng rempah + kari ikan tenggiri + air asam

plastik alas surat khabar.haha

bungkus dan biar sekejap

buka bungkusan dengan suspens

tadaaa..seperti yang dijangka..lain feel dia bila mkn dalam bungkus macam ni..hehe

terpengaruh nak makan bungkus jugak..

Macam puas hati sangat dapat apa yang kita nak. Selalu saya tak makan banyak, tapi yang ni boleh jugak habiskan sebungkus. Lalalalala..hepi senang hati...~~



December 22, 2010

Gedik

Almost every night, saya mimpi makanan. Padahal saya bukan mengidam apa pun. Seriyesly, tak rasa macam mengidam pun, kalau teringin pun, biasa-biasa je. Normal la kan kalau teringin-teringin bila duk jauh ni. Ok, berbalik pada mimpi makanan tu. Macam lawak gila sebab mimpi tu selalu detail. Menu, lauk, tempat, pinggan semua memang detail habis. Yang latest ni, semalam saya mimpi duk queue dengan mr hasnul nak ceduk nasi kat gerai apa ntah. Tapi lauk dia banyak gila. Salah satu yang buat gugur jantung is tauhu jepun. Ala, yang masak dengan kuah putih ada telu2 sket tu. Pastu ikan bakar dengan air asam. Pergh.. Dan macam biasa, tak sempat makan mesti dah terbangun. Sebenarnya dah 3 hari berturut-turut mimpi nasi campur. Abis cafe UPM , kedai makan depan menara AS, semua masuk dalam mimpi. Macam apa je. Tapi bila terbayang kesedapan nasi yang kita dah tapau dalam polisterin, pastu letak kuah banyak-banyak jenis nasik tu pulak jadi kembang-kembang sket. Macam best je kan?. Saya cerita kat mr hasnul, pastu dia kata, ok takpe, hari ni kita masak buat macam nasi campur. haha. Siap semangat nak tolong bungkuskan nasi segala..hahahahha.

Meh nak senaraikan semua benda yang saya teringin. Walaupun saya tau bukan nak makan banyak mana pun, teringin dan gedik je lebih. Konon orang mengidam kau pun nak gedik mengidam jugak kan..haha.

1. Nasi campur. Complete dengan kerabu, ulam segala bagai.
Wawawawa..bestnya boleh makan tak payah masak sendiri.

2. Nasi kukus, specificnya nasi kukus tepi pagar fakulti alam sekitar UPM. 
3. Ikan siakap tiga rasa.
4. Takoyaki dekat Jusco.

5. Laksa kedah.

*gambar semua google search je ye.




December 17, 2010

home alone

Hari ni hari last family mr hasnul kat sini. Esok dorang dah nak terbang balik ke Malaysia (nak ikut!!!). Sekarang ni dorang semua keluar pergi Neuschwanstein, saya malas nak ikut atas beberapa sebab, makanya tinggallah saya seorang kat rumah ni. Lagipun saya kan dah pernah pergi dulu, masa mula-mula sampai sini.
( refer entry :one month part 2). Cukuplah pergi sekali. Malas pulak nak mendaki-daki tengah sejukbeku ni.

Bila duduk sorang ni, saya macam..mm..ntahlah..bengong sket rasa. Banyak benda saya fikir. Tapi takpelah. Tak rasa nak cerita pulak. Agaknya lepas hantar dorang balik esok, kehidupan saya dan mr hasnul mesti kembali seperti sebelum ni kot. Tak ada lagi sarapan berat dan lazat di awal pagi, tak ada lagi jalan-jalan setiap hari. Boleh kembali bangun tidur tatkala azan zuhur dah berkumandang. Dan tak payahlah rasa bersalah tengok MIL bertungkus lumus masak dan saya cuma tercongok buat-buat sibuk depan laptop. haha. Wah, relief jugak sebenarnya. Sebab saya sekarang memang malas nak buat apa-apa dan pergi mana-mana. Bukan sekarang je, memang dah dasar pemalas sejak sebelum-sebelum ni pun.haha. Sejuk-sejuk macam ni kalau boleh nak bungkus dalam comforter dan baring je. Sekarang suhu sejuk tak boleh blah. Sampai -9, -10°C kadang-kadang. Saya pulak dah tak lalu nak tengok salji. Serious rasa muak dan meloya. haha. Malam-malam saya tidor pakai stokin sampai 4 lapis. No lie babe, memang 4 lapis. Dua yang jenis bulu-bulu, dua yang jenis wool. Itupun kadang-kadang tengah malam boleh cramp jugak kaki. Kesian mr hasnul, setiap malam terpaksa jadi tukang urut. No more bau wangi-wangi perfume, sebab bau yang ada dekat badan saya cuma bau minyak serai Nona Roguy.

Semalam saya dapat tahu berita sedih dari seorang kawan lama. Dia miscarriage last week. Sedih sebab dia pun baru je disahkan pregnant. Baru tengah hepi-hepi, jadi macam tu. Mesti sedih kan. Tapi saya kagum sebab tengok dia macam ok, mungkin dia kuat (atau tunjuk kuat). Kalau saya, tak tahulah macam mana. Hopefully everything goes well for me and my baby. Takut sebenarnya, sebab selagi tak cukup 12 minggu, memang ada risiko ke arah tu. Lepas google-google semalam, rasa lega sket, sebab ada artikel yang cakap, if masa 7 minggu dah boleh nampak baby's heartbeat, risiko untuk miscarriage dah reduce kepada 3% je. Tapi semua ni kerja Tuhan kan. Kita elok berdoa je lah. Please, doakan kami sama-sama sihat dan kuat.

December 15, 2010

sedihlah..

Sedihlah bila masuk tengok blog ni.
Sebab banyak benda nak cerita, tapi tak tahu nak mula dari mana.
Lagi kerap tekan 'backspace' dari tekan abjad-abjad.
Lagi banyak kena fikir dari smoothly taip macam selalu.
Nantilah. Kita cerita pasal Venice.
Venice yang cantik, yang mendamaikan, yang tak ada snow, tak sesejukbeku Regensburg.
Ok. Bye.









p/s: nak siakap 3 rasa + kerang bakar, kuala perlis jom!

December 10, 2010

Widget baru----------->

Nampak newly added widget tu? haha.. Happy gila boleh letak benda alah tu. Dah lama jeles tengok blog orang pregnant ada widget2 sebegitu..Boleh tahu anggaran saiz baby besar mana, dan countdown sampai cukup 9 bulan.. Minggu 7, saiz besar blueberry? Hahaha..Comelnya kamu..








p/s: Sekarang bila tidor malam-malam dan mr hasnul letak tangan atas perut, rasa bahagia tahap infinity..=)

meet the parents-in-law part III

Tiba-tiba rasa nak buat lagi sambungan siri berjumpa dengan mertua ni..

Masuk hari ni dan 23 hari mereka ada di sini. Wow! Dalam saya duk terketar-ketar nak sambut, merungut-rungut segala macam, now dan hampir sebulan pun berkongsi ruang sempit dalam rumah ni. Hari tu sebelum dorang datang bukan main lagi saya punya berdebar nak buat jadual menu masak setiap hari segala bagai kan..Sekali bila dorang ada kat sini, seingat saya baru 3-4 kali je saya masak. Itupun bukan lah main menu. Dua kali goreng spaghetti, sekali buat kek, dan sekali buat sup ayam. Wakakakakakaka..Hari lain siapa yang masak??..Mestilah my mother in law..haha. Macam kena timing pulak kan saya disahkan pregnant time dorang datang, so dalam saya pening-pening duk baring tu, MIL masak macam-macam, saya tahu bangun hidang pinggan, senduk nasi, pastu duduk selambak menghadap makanan. Boleh pulak buat muka tak bersalah kan. Teruk gila menantu sorang ni.hehe. Bukan saya taknak masak, tapi dalam keadaan macam ni (sila baca dengan nada orang sakit) my taste buds do not working very well. Saya jadi tak reti nak rasa makanan tu cukup garam ke tak. Kang masak tak sedap kesian pulak dorang nak makan.huhu.. (haha)

Ok. Itu pasal masak-masak. Pasal tidor pun satu haru. Almost everyday MIL dengan FIL yang bangun dulu, dekat-dekat hujung waktu dah, barulah saya dengar MIL kejut mr hasnul. Automatik saya akan jadi termalu sendiri dan cepat-cepat bangun.hehe. Tapi, dalam keadaan sekarang (nada sakit sekali lagi) manalah saya mampu untuk melawan morning sickness kan.. Makanya, lepas solat subuh, terpaksalah saya baring semula untuk hilangkan loya-loya tu.hehe.. Dan bila terjaga semula, tengok-tengok dah siap ada orang buatkan breakfast. Terpaksalah bangun makan kan..hehe

My MIL memang sangat baik walaupun dia bukan jenis mesra. Dan dia sangat cekap buat kerja. Pukul 8 pagi kadang-kadang dia dah siap masak untuk lunch. Pastu masa dia masak, macam takde can kita nak mencelah-celah kacau dia masak. Sebab tu bila dia masak, saya jadi segan. Nak tolong tak boleh, nak tengok je rasa macam useless gila pulak kan.hehe. Minggu depan dorang dah nak balik. Tak taulah sapa yang nak memasak nanti. Buatnya saya duk pening-pening macam ni. Alamat makan roti lah hari-hari. huhu. Tak bestnya.. Seriyes tak sabar nak balik Malaysia. Cukuplah setahun duduk sini, cukuplah dah rasa empat musim berganti.. Ikut hati rasa nak je ikut parents-in-law balik minggu depan.hehe..~

December 9, 2010

week 7

Eh, macam cepat pulak dah 7 minggu ek?..lagi seminggu kira dah 2 bulan..

Alhamdulillah, tadi saya pergi buat check-up dengan gynaecologist. Dia buat rutin biasa, ambil tekanan darah, tanya-tanya soalan, ambil sampel urine, ambil darah, dan buat transvaginal ultrasound.. Kali ni mr hasnul tak masuk dalam bilik examination (kata Dr, macam tu lebih selesa untuk saya..padahal saya lagi suka kalau mr hasnul masuk sama-sama..huhu). Dr suruh dia tunggu dekat ruang consult je, tapi dekat situ dah ada skrin, so once dah buat ultrasound, mr hasnul boleh tengok dari luar. Kali ni dah kurang sket nervous saya masa nak buat ultrasound sebab saya dah faham prosedur dia.. Tak sampai beberapa minit, terus boleh nampak baby dan yolk sacnya..Subhanallah..tak tahu macam nak gambarkan perasaan teruja saya bila nampak ada imej 'ketul' kecil dalam rahim saya tu.. Dr kemudian tunjukkan satu bahagian yang berdegup-degup.. "Did you see that?..That is the heart beat.."..Subhanallah..Subhanallah.. Kagumnya.. Macam tak percaya ada jantung lain yang berdegup dalam badan saya.. Walaupun belum sampai 2 bulan, Tuhan saja yang tahu macam mana kasihnya saya pada dia. Membesar baik-baik ya sayang..hehe.. Saya boleh rasa air mata saya bergenang masa tengok jantung baby tu..huhu

Keluar dari examination room, Dr tanya mr hasnul, dia nampak tak, Mr hasnul cakap dia tak nampak. Rupa-rupanya Dr tu lupa nak klik something dekat skrin tu..Ruginya.. Terlepas peluang nak tengok degupan baby untuk pertama kali. Saya pun terkilan jugak sebab Dr tak sediakan print-out untuk ultrasound kali ni.huhu.. tak apalah, bukan dia sengaja, in fact dia pun rasa bersalah dan siap janji next time dia akan give the best to both of us..

So far, Alhamdulillah, saya tak adalah alah teruk sampai tak boleh bangun. Pagi-pagi memanglah ada rasa tak selesa dekat tekak, perut dan pinggang. Tapi still boleh tahan.. Selera makan telah drop dengan melampau. Nak abiskan 3 suap nasik pun rasa seksa yang amat.huhu. And I did not have any specific food craving. Makan apa yang ada je.. Kalau boleh takyahlah mengidam yang pelik-pelik, menyusahkan orang je.. Cuma malam-malam memang sangat tak selesa nak tidor. Sakit pinggang, bontot, badan..huhu.. Takpelah, sikit-sikit je tu..tahanlah sket kan. Hopefully everything will be just fine. Eh, did I tell you, saya sekarang dah tak muat pakai jeans saiz 26 macam dulu? haha.. Saya dah beli maternity jeans walaupun sebenarnya sangat awal untuk pakai maternity pant.haha. Selesa gila sebab dekat bahagian pinggang ke perut, dia ada bahagian asing yang sangat melapangkan perut. Dekat bawah dia buat design jeans macam biasa. So kalau tengok dari luar orang akan ingat saya pakai jeans biasa je. Macam lawak kan, kalau orang dulu-dulu, mak-mak kita, bila pregnant je mesti buat baju maxi dress tu. Dan selalunya maxi dress tu ada ropol-ropol dekat bawah..haha. Comel.

ini contoh maternity jeans ye..selesa gilerrrr..~


p/s: sekarang susah nak update sebab laptop ni ramai penggunanya..dan saya selalu hilang idea kalau ada orang ramai-ramai..hehe

December 6, 2010

nasi kantin

Semalam kan, saya mimpi..saya makan nasi putih panas-panas, dengan lauk sambal bilis dan telur goreng rangup. Oh, nasik tu dihidang dalam pinggan plastik warna oren macam kantin sekolah punya. Pastu kuah sambal tu memang merah-merah tapi cair. Elok-elok saya dapat tempat nak duduk makan nasi tu, saya usha budak meja sebelah, dalam gelas dia ada air warna hijau. Saya tanya mana dia dapat air tu, dia cakap, dia tekan dekat balang air.(sambil tunjuk tempat terletaknya balang air tu)..Saya pun letak pinggan nasi saya, then bergegas-gegas pergi tekan air dalam balang tu. Sedapnya air warna hijau muda..(dipercayai air guava)..
Dengan rasa senang hati, saya usung gelas air guava ke meja saya, dan duduk di kerusi panjang..tangan saya dah  sibuk menggaul nasi panas dalam pinggan oren..tapi, the moment nasi tu patut masuk dalam mulut.....saya terjaga..Chait! Scheisse!!





Kenapa mimpi selalu jadi macam tu?..

December 5, 2010

tak lalu

Dear little reading room,

Sorrylah saya bukan je tak lalu nak jamah makanan, mahupun menelan minuman..Saya juga tak lalu untuk menekan kekunci laptop dan menaip apa pun cerita..Walapun lately terasa banyak cerita yang mahu diluahkan di sini..huhuhu.. Sekarang bukan lagi faktor psikologi yang membuat saya lembik satu badan. Kalau psikologi yang menjadi puncanya, mana mungkin setiap kali saya telan makanan, semua keluar semula. It's not psikology, it's biology lah..

How I wish saya dapat pulang ke Taman Mutiara yang panas, tidor di atas katil empuk saya, dalam pelukan suami saya, dan makan bubur nasi serta sup ayam mama saya. Suhu di bawah paras beku dan timbunan salji yang dah setinggi diri saya, tak lagi mampu buat saya teruja. Kalau bukan mengenangkan 'hadiah' yang Tuhan pinjamkan di dalam rahim ini, saya mungkin dah tertewas. Tapi saya tetap akan gagahkan juga diri sepertimana saya berjaya menggagahkan diri menaip sebanyak ini. Sekian.


p/s: doakan saya kuat dan sihat.

December 2, 2010

Gloomy now became glowy..=)

Pasal gambar yang saya cerita dalam travel note: Paris, France tu. hehe. Kena fikir banyak kali sebenarnya nak cerita ke tak. Tapi saya kan seorang yang suka bercerita, memang bukan senang nak simpan cerita. Ada satu gambar ni, yang telah ubah the whole gloomy episodes to the all-new  glowy episodes. hehe. Dalam 357 gambar yang saya ambil di Paris, gambar yang satu ini adalah seribu kali lebih bernilai...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Syukur. Syukur. Syukur.

Before pergi Paris lagi saya dah boleh 'rasa' something. But I kept telling myself to prepare for anything (or maybe nothing). Baik jangan berharap sangat, so nanti tak kecewa sangat. Kami dah beli HPT tu bulan lepas. Belum ada apa-apa, beli pregnancy test strip dulu, saja simpan buat semangat.hehe. And memandangkan suasana rumah yang 'ramai' dan kurang privacy sekarang, we decided to do the test in our hotel room in Paris. Elok je masuk bilik, terus buat test. Alhamdulillah. Akhirnya, dapat jugak tengok double line. Tak ada yang lebih indah rasanya. Nikmat tuhan cukup besar. Berita gembira yang kami terima dalam keadaan yang cukup membahagiakan, dan di tempat yang katanya Kota Cinta.hehe

Semalam, (Isnin, 29.11.2010) we went for our first pregnancy check-up.  Semalam jugak, salji turun mencurah-curah di Regensburg. Bangun je pagi, saya tengok seluruh kawasan sekitar rumah dah di tutupi oleh salji. Abis putih semua. Pagi tu kami keluar meredah salji lebat, pergi ke Hospital St. Hedwig. 

Since kami main terjah je pergi hospital tak buat appointment, terpaksa la tunggu berjam-jam baru dapat jumpa doktor. Kalau tak mengenangkan hasrat nak dapat confirmation untuk pregnancy ni, memang kami dah rasa nak lari balik rumah je. huhu. Lepas dua jam, barulah nama saya dipanggil oleh seorang doktor perempuan German. Thank God, dia boleh cakap English sikit-sikit. Doktor tu cakap, kami sebenarnya kind of salah tempat datang situ. Sebab sebenarnya untuk first check-up, kena cari Gynae dekat luar hospital (klinik-klinik atau private practice) then untuk bersalin baru datang hospital. Mana lah saya tau kan.Nama pun kali pertama. Dah tu takde tanya sapa. Sendiri-sendiri je pergi ikut instinct. hehe. Tapi doktor tu baik jugak, since dia sanggup untuk examine saya, dan jawab semua soalan yang saya tanya. Dia siap suggestkan nama gynae yang bagus di Regensburg untuk check-up yang akan datang. Doktor tu buat internal ultrasound memandangkan usia pregnancy yang masih awal. (read more about ultrasound : here). Tapi sayangnya, sebab awal sangat tak nampak pun embryonya.huhu.. Tapi boleh nampak something, yang doktor sebut sebagai gestational, which refers to pregnancy as well. Even doktor dah siap duk explain macam-macam, saya macam still tak percaya, betul ke pregnant ni. So saya tanya, "I am pregnant, am I?"..Doktor tu gelak.."Yes, sure..you ARE pregnant."..Ok. baru puas hati bila doktor utter those words.

Keluar je dari hospital, saya terus call perempuan cantik dan baik hati, rasa sebak gila masa nak bagitau dia. Lagi sebak bila dengar suara dia yang tak percaya dan keseronokan dia yang boleh saya bayangkan. Balik rumah bagitau family mr hasnul pulak. Dorang pun hepi. Will be their first grandchild.hehe..

So far , saya tak lah mengalami alahan teruk pun. Ada sekali dua muntah, sebelum pegi check doktor, saya assume yang muntah-muntah tu due to angin sebab minum kopi. Tapi tu lah, orang kata, benda ni kadang-kadang psikologi jugak. Lepas tahu je pregnant. dan-dan rasa tak larat.haha..

Alhamdulillah. Allahuakbar. Selepas setahun tiga bulan kahwin, tuhan kurniakan jugak rezeki yang satu ini. Thanx untuk semua yang telah mendoakan saya. Teruskan doa supaya saya dan baby sihat, selamat dan dipermudahkan segalanya. 

heavy snow. salji rahmat mungkin.

penantian yang panjang

'papa' tak buang masa-study!

curi-curi amik gambar doktor yang baik

excited + nervous
 .
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Allahuakbar!


p/s: saya pun nak buat week by week entry macam orang pregnant selalu buat tu.hehe