December 31, 2012

Worth it.

Day 1






Day 2





Day 3






  • Booked our flight in less than 24 hours before boarding, papa cakap tak best pergi KL sorang-sorang, mama terus cair termakan pujuk
  • 10 minutes before we reached the airport, baru perasan tertinggal 1 beg kat rumah, dalam tu lah ada susu Qayyim, kasut kerja papa, dan tudung mama yang sepatutnya akan di matchkan dengan baju-baju setiap hari, kelam kabut jugak. Nasib baik pak ngah offer kasut naik gunung.
  • Mama ulang pakai tudung yang sama setiap hari. Nasib baik ada jugak bawak 1 shawl dalam beg besar.
  • Hala balik pulak, masa nak collect baggage diberitahu yang baggage kami sangkut kat KLIA due to some unknown errors masa check-in. Beg kami je yang sangkut tu. The one and only. Hoyeaaah..



Mencabar, but worth it. Nothing can beat the quality time you enjoyed with your loved ones. Ecewah.


Happy New Year everyone. XOXO! 




December 26, 2012

I'm sorry, I love you.


Mr Hasnul has to attend a meeting tomorrow at KL. It was a last minute invitation. Macam biasa, dia ajak saya ikut.. School will start on 1st January,so I am available IF I want to go with him. Since we got no suitable car (apparently, Viva wasn't suitable for a long distance journey) we had decided to take a flight. I was like, "Ohh.bestnya naik flight Qayyim pun dah besar sekarang..he will surely enjoy his flight ride..bla..bla..bla.."

Tapiii..bila check website nak beli ticket..tak ada langsung waktu yang sesuai. Be it MAS, Air Asia ataupun Fireflyz. Harga pun mahal sangat. Benci. Benci. Benci

Ada jugak flight malam, tapi Mr Hasnul taknak. Dia cakap lewat sangat. So Mr Hasnul cakap dia nak drive, nak pinjam kereta Abah. Hati saya terus rasa 'semacam' je bila cakap nak naik kereta pergi KL.huhu

I am not as brave as you are. I still can't get over my trauma.  I can't imagine how my entire 5 hours journey will be. I can't endure the fear. I can't act as normal. So I chose not to go this time.

I'm so sorry darling.  How I wish you understand how I feel. This is hard for me. I need a longer time to heal myself.

Seriously, I am truly sorry..



*heartbreaking.huhu*


Ya Allah..Kau selamatkan perjalanan suamiku. Kau lindungilah Dia sebaik-baiknya. Kau mudahkan perjalannya. Kau lapangkanlah hati kami. Limpahkan kami ketenangan dan rahmatmu.Ya Muhaimin. Ya Rahmaan. Ya Rahiim.

*sobs*


December 20, 2012

Seminggu selepas...

Dah lebih seminggu..selepas kemalangan yang mengejutkan tu. Sepanjang lebih seminggu ni, banyak benda yang saya belajar.

Saya banyak berfikir.. Tuhan 'cuit' kami dengan kemalangan, tapi Dia lindung kami dari kecederaan. Saya cuba untuk positif, tentunya Tuhan sayang kami, tentunya Dia 'cuit" untuk menegur. Betapa banyak kami ni lalai dan alpa. Terlalu banyak dan memang sepatutnya kami ditegur.

Kata orang, there is always a beauty behind a tragedy. Saya nak dapat 'beauty' tu kalau boleh. To be honest, satu 'beauty' yang saya dah nampak ialah kami jadi lebih menghargai. Menghargai segala-gala yang kami ada. Suami, anak, keluarga mahupun harta. Mr Hasnul di"MC" kan seminggu. Jadi sepanjang seminggu dia MC tu, kami berkepit je. Rasa sayang tu makin kuat sebab kami tahu, betapa takutnya kalau kehilangan satu sama lain. Setiap hari kami akan saling mengingatkan betapa kami bersyukur kami masih ada satu sama lain.

Paling kami hargai, tentunya anak lelaki si jantung hati tu,.

Kalau boleh nak bagi dia segala kasih sayang yang kami ada. Nak curahkan semua untuk dia. Sebelum ni saya ada jugak bebel-bebel kalau dia taknak tidor malam, dan ada jugak saya marah-marah manja kalau dia buat perangai. Normal lah kan.Tapi sekarang buatlah apa pun..tak sanggup rasa nak marah.  Anak selamat membesar depan mata adalah rahmat yang tak terhingga.

Saya jadi sentimental bila tengok dua-dua lelaki kesayangan ni. Especially masa tidur, rasa  sayu je hati.huhu.
(Konfem kena marah letak gambar Mr Hasnul tidor. Jangan marah sayang, i dah pilih gambar tidor paling sopan sekali..hehe.)

Saya jugak dah rasa kurang takut bila naik kereta. Bukannya dibuat-buat. Tapi bila dalam kereta rasa berdebar, lembut lutut rasa bila nampak bas atau lori besar. Rasa macam taknak drive pun ada.Tapi disebabkan cuti dah nak habis, nak tak nak kena jugak drive. 2 hari lepas Mr Hasnul temankan saya untuk belajar drive semula. Bukanlah belajar apa pun, cuma belajar nak dapatkan balik confident dan ketenangan masa memandu. Alhamdulillah ok dah.  Saya dah boleh drive macam biasa, Mr Hasnul pun dah masuk kerja start semalam.

Satu lagi benda yang kami buat dalam minggu ni ialah survey kereta baru. Yang ni pun mungkin dikira 'beauty' jugak. Dah kereta tu total lost, kenalah beli kereta baru kan. Tapi belum dapat kata sepakat nak beli kereta apa. Mungkin kereta yang sederhana je..sekadar yang mampu.. Dream car tunggu lah 20 tahun lagi..hehe.


Terima kasih Ya Allah untuk segala-galanya. Kau lindunglah kami semua Ya Allah, Ya Muhaimin.



December 11, 2012

Trauma

We went to see the doctor for body check-up on Sunday. A day after the accident. Kami jumpa orthopedics and trauma surgeon setelah di refer oleh doctor di klinik biasa.

It was a male Chinese doctor. Very kind doctor. Hospital berbayar memang semua doctornya 'baik'.haha.~

He examined our body, and ordered X-Ray for us. Apparently, dia cakap saya yang lebih banyak injuries compared to Mr Hasnul. Takpe, saya redha je. Sakit tu kafarah dosa, kan?

Saya di X-Ray di 5 bahagian, cervical(neck), spinal bone, right leg, thigh and pelvic. Mr Hasnul cuma di cervical dan spinal bone. Alhamdulillah, dari X-Ray tu doctor cakap tak ada fracture. Cuma ada sikit ligament dan soft tissues yang injured. He diagnosed our injuries as "Whiplash injuries". It is a common neck injury due to car crash. Dan saya ada sikit sakit di sebelah kanan badan, maybe kesan impact kuat masa accident. InsyaAllah, tak serious. But still, the doctor reminded us to be aware of any other symptoms, takut-takut ada internal bleeding or something kan. So far tak ada, Alhamdulillah.

Click here to read more about Whiplash Injury


Aniq Qayyim pulak, dia cakap 'perfectly' ok. Alhamdulillah. Syukur. Even masa kat hospital pun Aniq ceria je, boleh lari-lari macam biasa. Masa saya kena tolak atas wheelchair, dia pun sibuk nak naik sekali.hehe. Seriously, saya sentiasa rasa sebak tengok Aniq. Ada perasaan sayu setiap kali tengok dia sihat. Syukur sangat. Dialah semangat saya, Dialah 'nyawa' saya.

So as the treatment, kami kema ambil sikit medication untuk kurangkan bengkak dan kena pakai cervical collar, mungkin untuk seminggu dua ni. Rasa macam robot, sebab keras je kepala masing-masing tak boleh paling kiri kanan laju-laju.. Dulu tengok dalam drama je orang pakai collar tinggi kat tengkuk ni..=)

As we are recovering physically, we truly hope that we can recover emotionally and mentally too.huhu. Saya masih ada sedikit 'ketakutan'. I'm not sure what it is. Tapi sekali sekala ada rasa debar yang tak menentu. Macam masa naik kereta pergi hospital hari tu, each time kereta tu brake, saya jadi takut. Terasa ada 'sesuatu'. Subhanallah. Normal lah kot kalau sesekali memori kejadian tu datang balik. Nak dengar nama "Juru" pun saya rasa tak sanggup dah.huhu..

Ya Allah semoga semuanya baik-baik sahaja. Thank you  for your kind words and supports. Terharu bila ada yang personally  hantar message, tanya saya ok ke tak, walaupun sebelum saya cerita apa-apa.

Saya doakan kita semua dalam lindungan Tuhan.






December 10, 2012

The Accident Part II

Kalau belum baca (dan rasa nak baca), klik sini :The Accident Part I
.....................................................


Sampai di kawasan Juru, saya perasan kereta sangat banyak. Mr Hasnul drive di lane kanan. Tapi dia tak bawak laju sangat. Sebab lane kanan pun banyak kereta. Aniq tidor di pangkuan saya. Saya tak pakai seat belt sebab Aniq tengah menyusu. Dia marah kalau saya pakai seatbelt. Tak selesa kot. Memang saya pernah terdetik, bahaya ni tak pakai seatbelt. Tapi saya serahkan pada Allah untuk melindung kami.

Baru je saya terlelap, saya terasa Mr Hasnul brek mengejut. Saya celik mata, saya nampak kereta depan dah dekat sangat. Saya terjerit sikit "Abang...!". Mr Hasnul sempat brek just in time. Tak terlanggar kereta depan. Baru saya nak tarik nafas lega, saya terasa hentakan yang sangat kuat dari belakang. Subhanallah!.

Hentaman tu sangat-sangat kuat. Saya tertolak ke depan. Saya peluk Aniq erat-erat. Hampir jugak terlepas. Aniq menangis. Saya nampak tangan Mr Hasnul didepakan ke arah saya dan Aniq, persis dia nak melindung kami. Ya Allah suamiku..dalam keadaan begini pun dia masih berfikir tentang kami. Dia masih cuba nak menjadi penyelamat kami. Kereta kami bergoyang, bergegar. Saya tak dapat nak gambarkan. Saya ingat-ingat lupa. Saya takut sangat. Saya tak sempat fikir apa-apa.. semuanya terlalu cepat. dalam masa beberapa saat, kereta kami berhenti. Asap keluar dari dashboard. Airbag pun dah mula kempis semula. Saya nampak Mr Hasnul tersandar ke kerusi dia. Tapi saya tak nampak muka dia. Aniq masih dalam dakapan saya. Saya terfikir, "Ya Allah, nak meletupkah kereta kami ni?". Asap banyak. Bau hangit. Saya cuba buka pintu tapi terkunci, Saya jerit " Abang..kita kena keluar..!".. Saya angkat picu kunci. Alhamdulillah boleh. Saya terus buka pintu dan keluar. Aniq diam. Saya tak nampak Mr Hasnul, saya risau takut-takut dia tersepit. Tuhan saja yang tahu betapa takut dan risaunya saya. Bila dah keluar dari pintu, saya macam baru tersedar. Saya baru terasa panasnya jalan tar. Saya nampak kaca penuh atas jalan. Dan di tepi saya, saya nampak Mr Hasnul berdiri. Saya tak tahu bila atau bagaimana dia keluar. Tapi hati saya lega yang amat. Suami saya ada disebelah. Anak saya ada dalam dakapan. Kami selamat. Saya cium Aniq. Dia tak menangis. Dia terkejut rasanya. Kami ke tepi jalan. Barulah saya nampak. Ada 4 lagi kereta dalam kemalangan yang baru jadi pada kami. Saya dan Mr Hasnul sempat berpatah balik ke kereta, saya ambil kasut, dan beg tangan yang ada di seat depan. Mr Hasnul terus call Abah. Saya masih terkejut. Saya macam tak percaya dengan apa yang baru terjadi. Saya buntu. Kami berpelukan di tepi jalan tu, bersyukurnya Ya Allah, kami selamat.

Ada seorang Pak Cik India berhenti di tepi, dia datang dekat saya, "Puan selamat? Ada sakit kat mana-mana tak? Anak puan ok ke?" . Saya tak terasa sakit. Saya tengok Aniq pun ok. Saya tak nampak sebarang luka, tak ada sebarang calar. Subhanallah. Mr Hasnul ada di tepi kereta, saya nampak dia sedang kutip beberapa barang di atas jalan raya. Beberapa minit lepas tu, datang dua orang perempuan, seorang sedang dukung anak kecil sebaya dengan Aniq. Anak dia menangis. Mereka adalah penumpang Myvi yang juga terlibat dalam accident tu.

Saya nampak ada bas di tempat kejadian. Setelah beberapa minit barulah saya sedar, kereta kami dirempuh bas! Subhanallah. Kereta remuk teruk di bahagian belakang dan depan. Lepas dirempuh bas, kereta kami terheret dan merempuh Toyata Vios didepan, menyebabkan dua lagi kereta (Myvi dan Hilux) di depan juga kena langgar. Subhanallah!

Macam tak percaya. Macam mimpi ngeri.. Saya tak pernah terbayang saya akan terlibat dalam kemalangan. Alhamdulillah walaupun kemalangan teruk, tak ada seorang pun yang cedera. Bas tu bawak pelancong rasanya, semua penumpang bas selamat, pemandu tak dapat dikesan. Ada jugak penumpang bas tu yang datang dekat saya dan tanya keadaan saya dan Aniq.  Ada juga yang offer nak membantu kalau-kalau saya perlukan apa-apa. Ada auntie Cina (penumpang bas) yang hulurkan air mineral. Dalam keadaan cemas tu, pertanyaan dan keprihatinan orang yang kita tak kenal sangatlah bermakna. Terima kasih. Semoga kamu mendapat balasan baik.

Saya call mama untuk bagitau apa yang dah terjadi, mama terkejut dan mama terus kata dia akan datang jemput kami. Saya bagitau  kami selamat dan minta mama jangan terlalu rush.

Mr Hasnul masa tu dah kelam kabut uruskan hal kereta.Towing truck datang kejap je, dorang pun datang tanya keadaan kami dulu, then baru uruskan kereta. Masih ada keperimanusiaan dalam berbisnes. Baguslah. Kalau tengok keadaan kereta, rasa macam tak percaya kami selamat. Patutlah kereta tu 'buat perangai', dia bagi petanda dia dah nak 'pergi' rupanya..

Dalam 15 minit kemudian, ambulans pulak datang. Dr. tu tanya keadaan saya, saya bagitau saya cuma rasa sengal di kaki dan belakang. Since tak ada yang cedera, tak ada sesiapa yang naik ambulans tu. Tapi dorang pesan if rasa apa-apa cepat pergi hospital. Keadaan jalan raya jadi sesak, saya tak tahu berapa jauh jam yang terjadi sebab accident tu. Saya taknak ambil tahu.

Aniq macam baru hilang terkejut. Dia tunjuk-tunjuk kat kereta, tapi saya tak faham apa yang dia cuba cerita. Lepas kereta dah diangkut naik atas truck, kami pun ikut naik jugak. Kami dibawa ke balai polis untuk buat report. Pekerja towing tu tolong Mr Hasnul keluarkan beg laptop. Alhamdulillah. Laptop pun ok.Barang-barang lain tak boleh ambil, kena kopek dulu bonet kereta yang dah remuk tu. Tak apalah, barang-barang tu boleh setel nanti. Yang penting kami tak ada apa-apa. Lama juga proses di Balai Polis. Sepanjang menunggu di Balai, saya terasa sangat sebak bila nampak Aniq dan Mr Hasnul. Sayu je rasa bila tengok dua lelaki kesayangan saya ada dengan saya, sihat dan masih boleh tersenyum. Saya tak mampu dan taknak bayangkan if apa-apa terjadi pada mereka. Dekat-dekat pukul 5 baru mama sampai dengan Pak Tam, Mak Tam, Abang, dan Kak Cik. Mama peluk saya, mama menangis teresak-esak. Syukur, masih boleh peluk mama. Syukur Ya Allah.

Selesai proses di Balai Polis, baru ke bengkel. Bila tengok keadaan kereta, semua orang terkejut. Keluarkan barang-barang dari kereta, kutip barang yang masih elok. Side table yang saya beli di Ikea pecah, stroller Aniq pun bengkok. Semua tinggal kenangan. Tapi beg baju, dan barang lain masih elok walaupun penuh dengan cebisan kaca. Kami pilih mana yang elok untuk bawa balik. Yang rosak kami tinggalkan je. Tinggal bersama-sama kereta. Tinggal bersama-sama kenangan. Pihak bengkel cakap, kereta tu dah kategori 'total lost'. Dah tak boleh dibaiki. Tinggal lagi nak claim dengan insurans je.

Dalam perjalanan balik, saya dengar mama dan Pak Tam tak henti-henti berselawat dan baca Yasin. Kebetulan, dalam perjalanan dari bengkel ke Alor Setar, kami perlu lalu kawasan kemalangan sekali lagi. Sampai di situ, hati saya rasa tak tenang, jantung berdegup kencang. Saya pegang tangan Mr Hasnul, dan saya pejam mata. Tak sanggup nak lihat tempat berlakunya accident tu. Saya belum bersedia, masih trauma mungkin. Terbayang lagi betapa kuatnya hentakan dari belakang siang tadi. Saya takut. MasyaAllah.

Kami selamat sampai di rumah lebih kurang pukul 9 malam. Baba dan adik beradik saya dah ada menunggu di rumah. Alhamdulillah. Leganya dah sampai di rumah. Rasa selamat. Syukur Ya Allah.

.................................................................................

Saya fikir banyak kali sebelum upload gambar kemalangan. Gambar ni kami dapat dari pekerja tow truck, gambar diambil untuk urusan insurans (bukan saja-saja ambil untuk di'facebook'kan atau di'instagram'kan). Bila tengok balik, macam-macam perasaan yang datang.  Kereta yang paling teruk remuk adalah kereta kami. Bahagian belakang remuk dari bahagian bonet sampailah ke bahagian seat belakang. Mujur tak ada penumpang belakang. Takpela, saya letak juga di sini sebagai pengajaran dan peringatan. Innalillah. Semua ini adalah pinjaman. Harta adalah pinjaman, diri kita pun pinjaman dari belas ehsan Tuhan. Bila-bila sahaja Dia boleh beri, bila-bila masa juga Dia boleh ambil. Subhanallah.







"And We will surely test you with something of fear and hunger and a loss of wealth and lives and fruits, but give good tidings to the patient,
Who, when disaster strikes them, say, "Indeed we belong to Allah , and indeed to Him we will return."

Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
Surah Al-Baqarah: 155-156






The Accident Part I

Bismillahhrrahmanirrahim.

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Hmm..how should I start? Where do I begin?

.................................................................................

Selasa lepas, sekali lagi Mr Hasnul dapat training invitation di KL. Kali ni bukan di KLCC tapi Mid Valley pulak. Mungkin sebab baru je pegi KL dua minggu lepas kali ni saya rasa tak teruja sangat.Rasa sedikit hambar..banyak kali jugak saya bagitau Mr Hasnul, saya rasa 'malas' nak ikut. Kami stay di Boulevard Hotel yang betul-betul bersambung dengan Mid Valley. Hari pertama (Rabu) kami sempat keluar petang tu ke Ikea. Sesak jugak sebab keluar sama-sama dengan orang lain balik kerja. Beli baby chair,  side table dengan quilt cover je. Pastu pegi makan meatball sampai rasa muak.haha. 2nd day training Mr Hasnul balik awal, nak elak kesesakan trafik. Cadangnya kami nak keluar makan area KL jugak. Sampai di parking lot enjin kereta tak boleh start. Cuak jugak tapi kami suspect ada problem dengan bateri je. Terus cancel plan outing. Stay je jalan-jalan dan makan dalam Mid Valley. Esoknya adik Mr Hasnul datang dan tolong setelkan masalah kereta. Alhamdulillah boleh hidupkan kereta dan kami terus gerak ke rumah cousin Mr Hasnul. Kebetulan family Mr Hasnul (mama, abah, dan adik-adik) pun datang KL minggu ni. Mama masakkan asam tumis, sambal petai dan bubur asyura. Sedap. Malam tu baru pulang kembali ke hotel. Kami cadang nak bertolak awal ke Alor Setar esok pagi (Sabtu). Kalau boleh nak attend kenduri kawan baik Mr Hasnul.Itulah cadangannya. Cadangan kami.

Pagi Sabtu, dah hampir pukul 7 baru bangun tidor. Masih sempat Subuh. Bangun mandi, siapkan beg dan siapkan Aniq. Pukul 8 pagi saya bawak Aniq breakfast kat hotel, Mr Hasnul pegi simpankan barang kat kereta. Dah terlewat dari plan asal nak balik lebih awal. Tapi kami rilex je. Taknak terkejar-kejar untuk perjalanan jauh. Nak dijadikan cerita, elok je dah settle urusan check-out, dan saya dah tunggu kat lobby, Mr Hasnul call cakap kereta 'buat perangai' sekali lagi. Tak boleh start pulak.Aduyai..Masa tu dah terfikir macam-macam. Saya cuba untuk bertenang, Mr Hasnul pun cuba selesaikan masalah tu. Ada problem dengan alarm system kereta. Entah macam mana alarm system tu tak synchronize dengan kereta, so bila nak start, dia automatik tak boleh start. Tapi Alhamdullilah lepas 1 jam Mr Hasnul cuba, kereta boleh start semula. Kami teruskan perjalanan dengan bismillah. Semuanya OK.

Keadaan trafik dari KL ke Lebuhraya Utara-Selatan tak terlalu sesak. Maybe sebab awal lagi (10am++). Hari cerah, Aniq dalam mood yang sangat baik. Semuanya baik. Saya memang suka naik kereta, especially untuk jalan jauh. Sebab saya rasa saya sangat 'dekat' dengan Mr Hasnul dan Aniq. Rasa banyak masa kami boleh bersama-sama. Aniq sekarang tengah suka lagu Ya Hanana dari Habib Syech. Saya baru je beli CD tu sebelum datang KL. SO each time naik kereta dia akan mintak suruh pasang Ya Hanana, then bila dah pasang bukan main lagi terangguk-angguk ikut nyanyi sekali.hehe. Comel.

Mr Hasnul berhenti sekali di Tapah, ada urusan rasmi ke tandas.. Since kereta tu kejap OK kejap tak, kami tak berani nak matikan enjin. Takut kalau matikan enjin, tak boleh start semula. So tak bolehlah turun kat RnR sama-sama, kena take turn. Then teruskan lagi perjalanan, masa tu baru pukul 12. Aniq sambung tidor, tapi saya tak tidor. Saya temankan Mr Hasnul. Kesian pulak takut dia mengantuk. Kami dengar lagu, menyanyi sama-sama, bersembang, etc. Indah je rasa.

Sampai di Sungai Perak sekali lagi kami stop. Kali ni saya pulak nak ke toilet. Then rasa lapar, terpaksa tapau nasi makan dalam kereta. Tengah makan tertumpah pulak nasi tu. Mr Hasnul cakap, "Takpe..nanti boleh cuci je kereta ni"..

Sepanjang perjalanan, memang kami banyak berbincang nak tukar kereta. So setiap kali nampak ada kereta yang lalu, kami akan discuss, ok ke tak kalau ambil kereta tu.

Kami sampai di area Bukit Tambun (Penang) dalam pukul 1.45 pm. Masuk Pennag ni trafik dah makin sesak. Kereta banyak. Saya pesan kat Mr Hasnul, jangan bawak laju..biarlah sampai lewat pun tak apa. Kalau sempat nak pegi kenduri, kita pergi. Kalau tak sempat kita kirim salam je.  Saya pesan jugak, jangan follow kereta depan dekat sangat. Takut tak sempat nak brek if jadi apa-apa.

Dalam hati saya ada jugak terdetik..macam manalah orang rasa bila kita dah berjaga-jaga masa drive, tapi tiba-tiba kita kena langgar dengan orang lain? Bila nampak ambulans lalu pun, saya terdetik jugak, ada accident ke kat depan tu? Takutnya nak tengok..

Saya ingat lagi pernah belajar dalam subjek Psikologi dulu, kita semua ada 'dongeng peribadi'. Kita sentiasa anggap, benda baik berlaku pada kita, benda tak baik tak mungkin jadi pada kita. Saya pun ada dongeng itu. Saya hanya lihat orang terlibat dalam kemalangan, tapi bukan saya di tempat itu Nama pun dongeng kan...


...........................................................................
... to be continued.






December 5, 2012

Istanbul, nanti kami datang lagi.

Ada dua movie yang saya kepingin sangat nak tengok kat wayang masa baru keluar; Taken 2 dan Istanbul Aku Datang. Memang reason dia tak ada lain sebab dua-dua  movie tu berbackgroundkan Istanbul. Bajet-bajet kalau dah pernah pegi, lebih feel la kan nak tengok..

Tapi hajat nak pegi wayang memang terbantut bila TERsedar kami dah anak lelaki yang super cerdik, super energetic. Tempat gelap, ruang sempit, dan ramai orang macam tu rasanya tak sesuai kot untuk dia. Silap-silap kena halau pulak kalau anak buat bising..hehe~

Last-last tengok je lah online.huhu. Best cite tu. Comel je. Dan Istanbul memang sangat cantik. Saya suka Istanbul. Bila tengok movie secara automatik mengimbas kenangan masa kat Istanbul tahun lepas. Even singgah kejap je, tetap juga ada kenangannya. Dalam cite tu, part saya paling suka is part Maggi Asam Laksa tu. Teringat masa duk Germany dulu, macam tu lah kami. Sayang sangat takut stok barang Malaysia habis. Kadang-kadang Mr Hasnul akan "sembunyi" makanan favourite kat tempat rahsia. Barang favourite tu biasanya maggi dengan Nescafe 3in1. Sembunyi atas kabinet, so that nanti bila stok dah habis, boleh keluarkan stok dari tempat persembunyian tu. Masa tu Ya Allah, indahnya kalau tengah-tengah lapar makanan Malaysia, patu tba-tiba teringat/terjumpa barang yang dah disembunyikan tu.haha~

Mr Hasnul pun tengok jugak movie tu. Dia memang fan Lisa Surihani. Walaupun dia tak pernah mengaku tapi saya memang perasan lama dah, kalau cite yang Lisa berlakon dia sanggup je tengok even cite cintan cintun. Alah, bajet macho konon tak layan cite camtu padahal dia suka je. Laki kita, kita kenallah kan..huh.

Lisa Surihani berbackgroundkan Aya Sophia. Memanglah comel haih!

Background sama dah,  tinggal lagi model tu je lain. Tapi comel jugak kan? hahahaktuihh

Lepas tengok, Mr Hasnul yang lebih-lebih. Cakap apa-apa sikit,  lepas tu mesti nak tiru ayat Lisa bila nak publish blog dia tu.

 " XOXO, publish!"..hehe~

November 30, 2012

travel note : Petronas Twin Towers Visit Tour

Hi people.!!.(tiru sapa ntah start entry camtu)

Walaupun tak seberapa, tetap nak jugak buat travel note.

So kali ni kami ke KL lebih lama berbanding yang sebelum-sebelum ni. Almost a week jugak. Sebagai bukan orang KL, setiap kali turun KL mesti ada banyak tempat saya nak pegi.

On our first day, kami pergi melawat cousin Mr Hasnul, we spent a night at her house. Malam tu jugak sempat gathered dengan bestfriends masa university. Syoknya masing-masing dah ada anak. Meriah! Lagi meriah sebab kawan saya yang sorang ni ada twin. Saya tak bole bayang kalau ada twin..ada sorang pun dah termengah-mengah nak kejar. Tapi kalaulah dapat twin, best jugak kan.

Meriah. Suka!


Hari esoknya (Sunday), we went for shopping at Ikea. Kononnya nak tengok-tengok designs untuk rumah nanti. Sambil survey apa yang patut. Tapi bila mengenangkan kami duduk jauh nun kat utaqha sana..lupakan je lah hajat nak furnish rumah dengan barang Ikea. Cukuplah sekadar jamu mata, dan jamu perut kat Ikea tu. Malu nak cakap, tapi ini first time saya makan kat Ikea.hehe.. Betullah orang cakap meatball dia sedap, murah pulak tu..makanan lain pun sedap. No wonder crowded gila. *malu*

Nak dapur camni? Murah je ni..dua sengget! *I wish*

10 tahun jaminan? Really?

and..makan time..

Hari-hari berikutnya, Mr Hasnul dah kerja. So kami boleh jalan petang-malam je. Due to time-constraint, kami pegi dekat-dekat je. Shopping (dah terlupa pelan nak berjimat-kumpul duit.hehe), lawat family Kak Ain aaaannd...visited the Twin Towers's skybridge!

Saya memang dah lama berangan nak jalan kat skybridge tu. Tapi selama ni saya ingat authorised personal je boleh naik situ. Tak tahu pulak ada je tour visit untuk towers tu..haha *malu sekali lagi*

Rasanya ramai jugak yang tak tahu macam saya kan? Tiket boleh beli kat Concourse Level, RM80  for adult(without MyKad), and only RM25 with MyKad. Staff boleh dapat discount 20% and children below 3 years were entitled to get a free admission.=)

Boleh scan code tu kat screen, and it'll show you 3D infos on Twin Towers.
The tour start as early as 9am, and ada schedule dia sendiri. Better book ticket awal sebab dia dah limit, 40 persons per trip. We chose to take the tour at 6pm. Ticket beli siap-siap masa lunch break. Itupun pergi pukul 2pm, semua ticket sebelum 6pm dah sold out.

We arrived at the entrance 10 minutes earlier, dia bagi visitor's tag, then simpan barang and scan barang, macam kat airport tu. Then they briefed us about safety, regulations and informations on Petronas Twin Towers. Yang ni pun menarik jugak, sebab dia buat briefing tu guna holographic projector screen..


Teruja!

Next, we got into the elevator which take us to level 41 a.k.a the skybridge. FYI, skybridge ni double decker. Level 41 untuk visitors, Level 42 untuk staff/authorised personnel. We were provided 15-20 minutes to spend on the skybridge. Teruja sebab dah lama teringin nak jalan atas bridge tu...Sempatlah tengok view yang sangat cantik,ambil gambar dan berkejar-kejaran dengan Aniq Qayyim. Dalam group tu, kami bertiga je Melayu/Malaysians..yang lain semua foreigners. Rasa confused jugak, "Aku kat negara mana ni?". Dah rasa macam duk oversea pulak.hehe.


Nampak muka budak kecik tu? itu muka tak puas hati kena dukung, he prefer to run on the sky bridge.haih!

Cantik kan?


Gambar ni elok-elok je sebelum aniq qayyim buat ragam.jalan-jalan bila ada anak ni 'lain' feelnya..you can't expect the unexpected.hehe
Then naik elevator sekali lagi untuk ke top floor. FYI (sekali lagi), Petronas Twin Towers ni ada 88 floors, visitor boleh lawat sampat Level 86 je. Kalau ikut kata tour guide tu, lagi 2 floors utuk maintanance je. Tapi saya dan Mr Hasnul buat andaian, kat atas tu ada secret floor.hehehe~

View kat atas tu lagilah sangat cantik..tinggi kan? Boleh nampak the whole Kuala Lumpur. The tour took us nearly 1 hour. Cukuplah 1 jam..elok-elok je dengan mood Aniq Qayyim..memang lepas tu dia dah letih and he became a bit cranky. Nasib baik papa ada, papa la penyelamat keadaan..hehe~

Ada banyak 'TV' camni kat situ, actually kalau letak ticket kat depan screen tu, dia akan tunjuk 3D infos tu.
But hey "Ain't nobody got time for that!", so guna untuk camwhoring je la..hehe~

Tinggi, tapi tak rasa gayat pun=)


Being the only kid, he can do almost everything.hehe~

You can only get this shot when you are as the same level as the peak.. 


Eiffel dah, Petronas Twin Towers pun dah. Lepas ni Burj Dubai la pulak.haha*berangan tak penah kalah*



So, kalau sebelum ni asyik pergi Petrosains or Suria KLCC tu je bolehlah try naik Skybridge pulak. Highly recommended for you!


p/s : Their official website - www.petronastwintowers.com.my










November 28, 2012

sebulan lagi.

Cuti saya ada sebulan lagi.haha.Silalah jangan jeles. Kerja tak glemer, tak dapat lot parking sendiri, jarang ditulis oleh budak2 kat ruang Cita-cita, dan selalu kena tuduh makan gaji buta..tapi inilah hakikatnya. Cuti banyak! hehehe

Banyak plan nak buat masa cuti ni. Entah nak jadi ke tidak tak tahulah.


#1: nak failkan semua dokumen dengan teratur
#2: nak study physics sampai terer gileer..(read: bila budak suh solve probwlem boleh buat on da spot dengan hebatnya)-next year saya akan jadi cikgu physics sepenuhnya. wehuuu..no more PJ!
#3: nak pegi bank simpan duit
#4: nak bawak mama baba jalan.
#5: dan banyak lagi.....(tiba-tiba malas nak sambung.boleh?)





p/s: tak best tengok Mr Hasnul stressed keja skang. pegi keja pukul 7.30, balik pukul 10. waktu pegi anak tidor, balik pun anak tidor.siannya..huhu
p/s/s: hanis zalikha cakap STRESSED lawannya DESSERTS.maybe i should bake something.kan?

November 25, 2012

Surihotel.

I woke up as early as 6 and the newspaper was already hang outside our door.


After a warm decent shower, buatkan coffee untuk kami berdua, then hantar mr hasnul pegi keja...

Two cups of coffee for us..and a bottle of milk for our anak teruna. Perfect!

Scene2 dari drama "Papa,jangan tinggal daku..."

Next, is our super quality time .hehe.. Tinggal mommy berdua dengan Qayyim. So layan dia je la sepanjang hari. Nak tau kami buat apa??hehe..

Dulu kecik lagi, belum bole mandi macam ni. Sekarang dah pandai.Asyik tarik tangan ajak masuk bathroom. Sehari dua kali berendam dlm tub, tunggu menggigil sejuk baru reti nak keluar..hehe


Dah pandai woh..pakai kasut sendiri, ajak mama keluar.

Breakfast-his style.

Main..main..dan main..
.....sampai penat!haha
Tengaharinya pulak, Mr Hasnul akan balik jemput kami pegi lunch. Lunch kat mana lagi kalu bukan kat Suria KLCC tu kan..lepas lunch jalan-jalan jap dalam tu..pastu balik hotel..sambung balik lah aktiviti kat hotel.huhu..



Tapi yang bestnya jadi suri hotel ni..memang tak yah buat kerja apa..sebelum keluar lunch,  panggil housekeeping, balik je bilik..tadaaa..dah kemas semua.haha. Dasar pemalas..

Wah..seronoknya takyah buat keja.





November 20, 2012

Here we are...again.

Mestilah bukan kat germany, or even korea..key ell je pun.hehe.

Mr Hasnul sekali lagi kena attend training kat KLCC. Elok pulak saya tengah cuti, takkan tak ikut kan?

Dan sekali lagi Mr Hasnul request hotel yang sama.

Saya dah bayangkan dapat room yang sama macam sebelum ni, mengadap klcc..bilik besar etc. Tapi upon check in, dapat tahu bilik almost full. Yang tinggal cuma yang mengadap jalan je.huhu.. Katil pulak tak ada yang king size. Tinggal twin bed je.Takpe takde hal. Boleh combine je 2 katil tu. Lagi besar dapat..*pujuk diri*

So sepanjang minggu ni saya akan jadi surirumah hotel la.Pagi sampai petang duk bilik sementara dia training. Malam baru boleh keluar.. Nak keluar berdua dengan Qayyim boleh je. Dah try semalam tapi memang puasla kejar dia. So nak senang tunggu je papa dia balik.

Kalau bukan company bayar, memang xduduk la hotel ni..haha


Kanan tu hotel, kiri tu Suria KLCC. Macam mana tak tergoda nak shopping kan? Dekat sangat..

After dinner ni. Cheapskate macam kami haruslah dinner foodcourt je.hehe
Sebagai pelengkap, Aniq Qayyim yang super brilliant.