Bosan. Tengok langit dekat luar dah gelap. Dalam hati terfikir..mesti dah pukul 11 p.m. atau 12 p.m. ni. Tapi bila jeling pada jam di skrin laptop..eh, baru pukul 9 p.m.? Biar betul..rasanya dah buat macam-macam malam ni. Tadi lepas maghrib baru pegi beli barang dapur, pastu balik rumah dinner, dah tengok The Aprrentice Episode 7, dah tengok rancangan berita paling bias di muka bumi ni (read: Buletin Utam*) dan dah puas golek-golek atas katil ni. But still pukul 9? hehe..Sebenarnya, ini fenomena biasa bila masuk musim sejuk..bilamana waktu malam lebih panjang berbanding waktu siang..Ingat kita pernah belajar pasal ekuinoks segala bagai masa sekolah dulu, pastu berangan nak jadi ahli astronomi?..Itulah yang terjadi sekarang di bumi empat musim ni..Ecece..cara bercakap macam dia pernah duduk oversea sepuluh tahun..haha.
Sekarang average waktu siang cuma 10 jam, selebihnya dah kira malam. Senang cakap, subuh sekarang masuk pukul 6 pagi, habis subuh pukul 8 pagi. Boleh bangun pukul 7.30 pagi semayang subuh dan tak perlu rasa malu dekat diri sendiri sebab sembahyang time dah nak habis waktu. Magrib pulak masuk pukul 5.59 petang. Pukul 6 literally dah malam. Tapi start minggu depan dia akan ubah semula waktu supaya lebih cepat sejam. Thanks to Mr Benjamin Franklin who conceived the Daylight Saving Time idea dan buat saya pening each time Mr Hasnul cakap pasal benda alah ni. Malam ni baru paham sebab saya gigih google sendiri pasal ni kat sini.
So kawan-kawan, inilah masa paling sesuai untuk kita qada puasa yang berlubang-lubang tu.. Saya dah check takwim solat tadi, hujung bulan 11 nanti, subuh masuk pukul 5.50 pagi, dan Maghrib masuk pukul 4.18 p.m..he..he..he..
Dan sebab sekarang malam masih muda..meh kita meronggeng layan Eat. Pray. Love dulu..haha. *tiba-tiba hepi pelik sebab seronok tengok malam masih muda..geeee~*
Perasan tak, saya selalu cerita pasal mama dan baba, tapi sangat jarang (or maybe tak penah?) cerita pasal my parents in-law, mama dan abah..hehe~
I found myself so lucky as I have a very kind, thoughtful and a very understanding parents-in-law. Sejak dari zaman bercinta (read : sebelum bertunang), they've treated me very well. Lepas kawen tak payah cerita lah kan.Mula-mula dorang tau saya bercintun sebab dorang dapat detect number hp saya kat bil tepon rumah yang melambung-lambung tinggi..Masa tu mr hasnul selalu gayut guna tepon rumah..Dorang cal saya, (masa tu saya kat matrik), bukannya cal nak marah sebab menggatal dengan anak dia ke apa..tapi cal sebab nak berkenalan..haha..Siyes lawak masa tu..Kira terus dapat restu walaupun belum kenal siapa..Then, it turned out that abah and baba were already befriended to each other since they were roommates masa bertugas kat Mekah. What a sweet coincidence!
Ada sekali, baba was warded due to jangkitan kuman lepas balik dari somewhere (lupa pulak apa tempat yang baba p tu..tapi oversea lah jugak rasanya).Kebetulan hari yang saya nak pegi lawat baba kat hospital, both abah and mama pun on da way nak jumpa baba jugak..Tengah-tengah jalan menuju ke ward tu, adalah saya bertegur sapa dengan abah and mama tapi dalam condition yang sangat sopan dan malu-malu gedik. But bila masuk je dalam ward, depan baba dan mama, boleh pulak kami pretend macam tak kenal pun.haha..Sebab at that time my parents didn't know yet that I was bercintun dengan anak Haji Halim..haha. So abah pun tak nak lah kantoikan saya depan baba..hehe.
In 3 weeks time..my parents-in-law will come to pay us a visit. Mr hasnul is extremely excited..and so do I..
Ok. Tak nak lah hipokrit..hehe..for sure kalau mama dengan baba yang nak datang, saya lagi excited lompat-lompat sampai tak boleh tidur malam..But honestly, I'm looking forward to meeting my parents in-law. Bak kata mr hasnul,"Mama u mama I jugak, abah/baba U, abah/baba I jugak"..hehe.Cuma saya sekarang dalam kerisauan, sebab bimbang kalau saya tak boleh bagi the best, layanan tip top masa dorang datang sini nanti..Takut kalau saya mungkin akan terguris hati mereka tanpa sedar (mana tau kan?) atau saya tak jadi betul-betul baik untuk mereka.Saya betul-betul nak jadi isteri dan menantu yang baik, dan saya nak mr hasnul jadi anak dan suami yang baik. Saya sangat faham kedudukan saya adalah yang kedua selepas mama mr hasnul jadi saya perlu pastikan dalam apa saja keadaan, mereka akan sentiasa bergembira. Insyallah.
Lepas kawen (sebelum fly datang sini), kami tak pernah lagi betul-betul living on our own. Yang duduk 2 bulan kat Langkawi dulu kira exception sebab masa tu macam main-main je. Petang-petang kuar makan kat luar, masak sekali sekala je, rumah pun ala kadar je, mengalahkan rumah orang bujang. Pastu weken je balik rumah orang tua..hehe.Kat sini baru merasa hidup berumah dan bertangga.=).Kat Malaysia dulu tak pernah lagi rasa debar-debar sambut mertua datang rumah macam dalam iklan febreze kena sembur-sembur rumah bagi wangi sebab takut mertua cakap busuk. So ini kira kali pertama nak sambut mertua..Saya dah mula pikir macam-macam nak kena buat, kena kemas rumah bagi cun, lap-lap semua habuk, susun-susun balik harta karun dalam kabinet etc..Tu lah, cuma reti kemas rumah bila ada orang nak datang..hah sekarang padan muka kauuuu..haha.
Let say dalam sebulan kita ada 30 hari..kalau 29 hari kita bahagia, sihat dan gembira..kenapa perlu kecoh-kecoh bila cuma satu hari kita bersedih, menangis dan sakit?..kan.?..
Tapi orang yang suka besar-besarkan satu hari yang tak best dalam sebulan tu..memang saya lah..suka sangat ingat benda yang tak best dari yang best..suka sangat nampak yang buruk dari yang baik..bukan selalu..kadang-kadang je..
Tiba-tiba saya dapat semangat baru..nak pandang semua benda dari pelbagai sudut..satu benda yang tak best, mesti ada the other bright side kan?hehe..Kita tengoklah berapa lama saya boleh buat macam ni.Tengah mood baik ni boleh lah kot..Tapi at least saya sedang mencuba..untuk menerima segala perkara dengan tenang. Please, do support me..mari kita sama-sama hargai 29 hari yang indah dan belajar untuk menjadi lebih baik bila kita diuji dengan 1 hari yang kurang indah..~
Well. This is one interesting new-thing that I learnt while I'm in Germany..Germany are well-known as a leader country in recycling..(tak pecaya cuba google)..Mula-mula sampai sini, saya rasa sangatlah leceh untuk buat benda ni..sekarang dah rasa ok..in fact saya selalu harap, one day Malaysia pun akan buat begini untuk mengekalkan keseimbangan alam sekitar..*dah macam pengenalan karangan bertajuk Alam sekitar..hehe*
Ok. Now, mari kita lihat, how we RECYCLE in Germany..Mind you, it is not an option, it's a MUST!
1. Trash separation.
Kalau kat Malaysia, kita cuma perlu satu trash bag (biasanya warna hitam kan?), dan boleh sumbat segala jenis sampah dalam tu..Kat sini, no no no..hehe..sampah-sampah perlu diasingkan ikut dikategori - plastik, aluminium, kertas dan biological waste product. Leceh kan? Kira kalau kat rumah, sebelum boleh buang sampah, kena consider dulu, bahagian mana nak buang sampah tu.Oh, lagi satu..untuk setiap jenis sampah, ada plastik khas dengan warna-warna tertentu..Plastik kuning (Gelbe Sack) untuk sampah jenis plastik, hijau untuk metal etc.
Ini contoh Gelbe Sack (plastik kuning)..plastik ni dorang dah sediakan free
2. Selection of trash bin.
Usually ada 3 jenis trash bin di satu-satu kawasan rumah. Paper, Metal dan Restmull. So sampah-sampah yang dah diisi dalam plastik yang bersesuaian tu, kenalah di buang dalam tong yang betul..kalau kat rumah saya, siap ada cctv lagi kat tempat buang sampah..Melampau kan?.*tapi bagus jugak kalau apply kat Malaysia, boleh detect muka-muka perempuan takde hati perut buang anak..huhu*
3. Glass recycle.
Dekat atas saya cuma mention pasal sampah kertas, plastik, metal dan biological waste. Macam mana kalau nak buang botol-botol kaca?..Haa..ini satu cerita lain pulak..botol kaca, yang tak boleh di'refund' (kejap lagi kita cerita), mesti dibuang dalam tong sampah berasingan..tong sampah untuk kaca ni, ada kat certain-certain tempat je..dan, kena jugak asingkan botol kaca ikut warna, brown, green and white..*fuuuuhh..lap peluh kat dahi*
Ini tong untuk kaca..nampak tong yang tinggi sket sebelah kanan tu? Itu untuk buang baju-baju lama..senang kan, takyah susah-susah nak cari rumah anak yatim etc.
caught in action!
4. 'Pfand'
Pfand bermaksud deposit. Bila kita beli minuman, selalunya dia akan tulis kat harga minuman tu, berapa kita kena bayar deposit untuk bekas air (be it botol plastik atau kaca). So nanti, kita boleh claim balik deposit botol tu bila kita pulangkan botol tersebut kat tempat kita beli. Biasanya ada kaunter, atau mesin untuk pulangkan botol dan claim deposit semula..Mesin Pfand tu pun agak cool jugak lah..Botol-botol yang dah dipulangkan akan dicuci, dan digunapakai semula.Kan ke dah jimat sumber alam tu, disamping mengelakkan pencemaran alam..ecewah..Ada juga yang dia dah tulis 'Ohne Pfand' atau 'Without Deposit'..so botol-botol jenis ni, tak boleh di refund..kena buang je.
Dulu saya ngan mr hasnul kuat minum coke, so kami kumpul botol-botol tu, bila dah banyak, pegi Pfand..then lepas dapat duit Pfand, pegi beli coke lagi..minum lagi..kumpul-kumpul lagi..Pfand lagi..beli lagi..*sekarang dah insaf..minum jus dengan yogurt drink pulak*
muka cuak sket sbb ada org tgh tunggu line, boleh plak nak posing2 amik gmbar kan..hehe
takpe, bukan dorang kenal pun.
dapat pulangan deposit 65 sen untuk 4 biji botol..cukup untuk beli sekotak beras..=)
Saya tak buat video, tapi boleh tengok camne cara nak guna machine recycle tu kat sini..video dipilih setelah menconsiderkan muka mamat ni yang agak komersial berbanding video2 lain..hehe*sempat lagi nak menggatal*~
5. Shopping bag
Jangan pelik kalau tengah bayar kat kaunter, cashier tu tak bagi pun beg plastik..bak kata orang, nak kencing pun kena bayar kan?..Sama lah jugak, nak plastik, bayar la ye..hehe.Rasanya kat Malaysia pun dah apply benda ni.Tapi tak semua tempat dan ada pulak hari-hari tertentu kan?..Bila kita kena bayar, kita akan lebih menghargai benda tu..walaupun benda tu cumalah sekeping plastik untuk isi barang dapur..Sebab tu setiap kali shopping, kena bawak siap-siap plastik atau beg untuk isi barang kalau nak jimat..Saya suka tengok pakcik-makcik bawak bakul pegi shopping..nampak sangat cute..macam Carl..=)
True love is when we dream, we plan, we live, we may fail to fulfill some of the plans, but we still grow old together, loving each other and trying to complete one another, even when they've already gone..just like Carl and Ellie did..~
p/s: Baru tengok..baru tau best rupanya movie Up ni...nangis kot..huhu
Tapi pagi tadi dia macam sihat sikit, so kami keluar pegi pasar..hey..ni betul-betul punya pasar ok..bukan pasar raya macam selalu..=)
gerai buah
dah bawak encik canon, tapi segan nak guna
rempah ratus ribu
cheeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeseeeeeeeeee
bunga kering
*tak tau lah untuk hiasan dalam rumah ke hiasan atas kubur*
...und Gemüse
Pasarnya takdelah besar mana pun..harga barang pun tak lah murah sangat..tapi banyak yang nampak segar..Best jugak keluar pagi-pagi camni..rasa sihat dan segar sikit walaupun sejuk dan leceh kena pakai baju tebal..mind you, lepas ni mesti semua gambar cuma nampak coat hitam tu..kecuali kalau tiba2 ada orang nak sponsor beli wintercoat baru..hehe..*hey orang, awak nampak comel lah bila demam suara serak-serak basah..lagi comel kalau awak ajak saya melawat makcik za..hehe*.
Sekali tengok, rasanya pasar kat Regensburg dengan pasar dekat Pekan Simpang Kuala sama je..tapi kat sini takde donut-gebu-sebiji-lima-kupang..huhu.Dan untuk tidak menghampakan encik canon, saya kelik-kelik jugak sementara tunggu bas..
Dua hari saya demam, Isnin dan Selasa. Biasala, bila demam terus jadi mengada-ngada mintak dilayan letih tak bermaya. Saya baring je, bungkus badan dalam selimut. Sejuk gila. Suhu waktu malam sekarang dah turun sampai 1 °C atau 0°C (kadang-kadang)..
Semalam bila dah rasa ok, saya cal mama, then ceritalah saya demam, bla bla bla..bila saya cakap, "Hari ni dikna tak buat apa, semua hasnul buat, dia masak bubur nasik, sup ayam..." Mama diam lepas tu dia cakap.. "Cakap kat hasnul, mama cakap terima kasih sebab jaga anak mama.."..pastu saya dengar suara dia sebak..
Anak cengeng, mak pun sama-sama cengeng..huhu
Btw, hari yang saya cakap saya cengeng tu, mama cakap.. "Sepanjang hari mama pun tengah bersedih..mungkin dikna duduk jauh pun boleh rasa apa mama rasa..."
Dah sah-sah 9 bulan kita bernafas sama-sama, makan sama-sama, bergerak sama-sama..Lepas 25 tahun still jugak kita berkongsi perasaan..bila saya sedih, mama pun sedih, bila dia sedih, saya pun cengeng sama..
Cengeng : 1. suka menangis (merengek), mudah menangis; 2. mudah terusik (terharu dll). . . . Tiba-tiba jadi cengeng..asyik nak nangis je rasa..huhu.
Semalam, pukul 1.15 pagi waktu sini, rasa rindu sangat kat mama, then terus call walaupun saya tau bukan waktu yang sesuai untuk call pagi-pagi camtu..first time kot saya call dan nangis..huhu.Selalu kalau rasa nak nangis, saya tahankan diri tak nak call..tapi semalam tak dapat tahan..cengeng yang melampau..mama tanya, "awalnya call.."(pukul 7.15 pagi Malysia).Saya cakap takleh tidor..naseb baik perempuan cantik dan baik hati nak kluar hantar adik pegi sekolah..so dia tak dapat nak tanya lebih-lebih..
Sekarang pun rasa nak nangis lagi..PMS kot..tak pun PPS..sob..sob..
Susah nak pecaya orang yang dah banyak kali buat salah, benda yang sama.
Tapi, macam mana kamu boleh jadi cool dan senang sangat act macam dia tu tak pernah buat apa-apa pada kamu?.
Aku tabik kamu.
Aku tak semulia kamu.
Memaafkan dan melupakan dengan mudah.
Gunting dalam selimut.
Kalau betul cara menggunting, mungkin boleh tukar selimut jadi cocktail dress..
Siapa tahu kan?
Tabik sekali lagi lah..hehe.
p/s : kamu tahu siapa kamu kan?mesti kamu cakap.."Chill lah yus..benda dah lama"..sorry kawan, aku sayang kamu..bukan senang aku mahu lupa derita kamu dulu..aku yang ada masa tu..~
Bajet 2011 (yang saya rasa ada kaitan dengan diri sendiri)
1. Bayaran khas RM500 kepada penjawat Gred 41 hingga Gred 54 serta pesara wajib kerajaan pada Disember ini. *terlepas lagi..huhu*
2. Caruman KWSP dinaikkan semula kepada 11 peratus.*owh*
3. Skim Rumah Pertamaku melalui Cagamasyang akan menawarkan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus bagi harga di bawah 220 ribu ringgit (khas untuk pendapatan 3 ribu ringgit sebulan dan terutama untuk golongan muda)*beli rumah jom*
4. Biasiswa kepada guru serta tenaga pengajar yang ingin melanjutkan pelajaran 576 juta ringgit*mahu further master=)*
5.Duti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, barang kemas tiruan, bedak talkum, lampu, syampu, selimut, cadar, kemeja, baju tidur dan pakaian malam, seluar dan seluar dalam dimansuhkan. *shopping yay!*
6.Kerajaan memberi fleksibiliti untuk tempoh cuti bersalin bergaji penuhtidak melebihi 90 hari berbanding 60 hari sebelum ini.*wow..beranak sekarang jugak..hehe*
Nak gelak betul2 tak boleh..sebab mr hasnul tengah tido..Kang dia ingat saya mengigau.Kalau saya mengigau, dia memang cepat terkejut dan terjaga dari tidor.Yang best, mata dia pejam, tapi mulut dia mesti cakap.."Takda apa..mimpi tu.."..diikuti dengan tangan yang akan cepat2 peluk supaya saya cepat tidor dan tak kacau dia lagi..hehe
Sebab tak boleh nak gelak betul2.Jadi mari kita gelak kuat-kuat disini saja.
waaaaaaaaaaaaaaaaaaakakakakakakaka
Ok.Behave..
Tapi seriyes lawak beb..orang yang paling tough, mesti ada soft sidenya..bila kita selalu nampak dia tunjuk tough (sebab dia selalu mengaku dia paling bagus),then sekali kita terjumpa soft side dia..Kita mesti akan rasa lawak..
1. Hubungan sekadar kawan
I personally believe that a man and a woman cannot be JUST a friend..lagi-lagilah kalau claim sebagai bestfriend, dan takde sedikit feeling pun lebih dari kawan..kalau hati lelaki, saya tak tau..mungkin boleh berkawan baik tanpa ada 'rasa' sayang..tapi kalau perempuan, selalunya hati dia akan tercuit jugak untuk rasa lebih dari sekadar kawan..tapi rasa itu dinafikan dengan mengaku yang dia cool je tak rasa apa-apa..saya dah jumpa lebih dari 3 orang yang 'berkawan baik' dengan lelaki, then senyap-senyap memendam rasa..sebab dah baik sangat, so malu lah nak mengaku sayang..dan susah lepas tu nak cakap sayang sebab dah biasa ber'aku-kau'..depan-depan cool, tapi bila kawan lelaki tu ada awek, menangis dalam selimut tengah-tengah malam..huhu..so kepada lelaki-lelaki, klau anda ada kawan baik perempuan, sila consider kebarangkalian kawan baik anda tu ada menyimpan perasaan dalam diam..Ini realiti.
2. Berkawan baik walaupun setelah berpisah.
Be it berpisah sebab clash, atau berpisah sebab bercerai..macam mana mereka boleh maintain hati untuk pura-pura baik dengan orang yang suatu masa dulu pernah dia sayang, dan pernah ada episod luka antara mereka?..fuhh..boleh tabik spring toing-toing untuk mereka-mereka ini..
3. Hubungan tanpa rasa cemburu.
Saya pernah tengok satu gambar kahwin sepasang pengantin dengan sepasang kawan baik mereka.Yang peliknya, dalam gambar tu, pengantin lelaki berposing dengan kawan perempuan, dan pengantin perempuan berposing dengan kawan lelaki..kalau posing biasa tak apa, ini siap berpeluk-peluk kot..huhu.Tak jeles ke masing-masing tengok pasangan dengan orang lain?Kalau artis tu tak yah cakap la kan..macam mana Lisdawati rasa bila tengok Fauzi Nawawi peluk-peluk dengan Rozita Che Wan eh?.Tak jeles ke?..Kalau saya, jangankan mr hasnul pandang perempuan lain, dia view gambar dengan fesbuk pun dah rasa jeles tau.Ok. Saya memang kuat cemburu.Saya mengaku..
1. .......orang bajet bagus.
Whoaa..ini baru jumpa tadi. Eh, bukan betul-betul jumpa, jumpa dalam alam maya ni je.sorang ni bajet bagus dari segi menulis (blog), idea, ayat, dan segala bagai lagi..dia komen orang merata, tapi sekali kena kritik dengan orang, menggelupur satu badan. Donald Trump pesan, jangan mengaku kita tough, sebab bila kita kata kita tough, kita sebenarnya nampak lemah. Sama jugak, jangan rasa kita best, sebab the moment kita rasa kita best, kita adalah sangat tak best. Saya memang tau saya tak best.*tunduk bumi..inferiority*
Sorang lagi..hmm..dulu saya baca blog dia, then saya terbaca dia perasan dia ramai silent reader..(dia adalah tidak glemer pun).. then saya tau, dia mesti boleh detect saya baca blog dia, saya sorang je kawan kenalan dia yang duk Germany, for sure dia tau saya baca.So saya stop baca blog tersebut. But then, saya sangat bosan tadi, so saya terkelik blog itu setelah sekian lama tak kelik..Guess what?..dia still cerita pasal orang stalk blog dia.Ok.Enuff..no more blog dia lepas ni..*Nick, really hope u read this..u know siapa dia kan?..hehe*
2. .......orang baik depan, tapi belakang mengata orang.
Bukan mengata saya pun..tapi bila depan saya dia kutuk orang lain, yang saya nampak dia sangat 'tunjuk baik' bila berdepan, saya boleh agak..mungkin belakang saya, dia buat benda yang sama..sebab depan saya dia tunjuk baik jugak.Why not, kalau kita tak suka orang tu, kalaupun tak mahu berterus terang, janganlah fake sangat tunjuk baik bila berdepan.Buat biasa sudah.Hipokrit tu tak sihat lah.
3. .......orang yang suka kutuk fizikal orang.
Takde orang rasa hepi jika dari umur 7 tahun, 'pujian' orang pada dia hanyalah..'Keciknya', 'Pendeknya', 'Bila nak besar ni?', 'Tak cukup makan ke?' dan sebagainya. Kalau dulu saya boleh terima lagi, tapi bila dah hidup suku abad, dan komen yang sama saya dengar dari orang..saya rasa orang-orang itu sangat pendek akal..Like, aku tak mintak pun fizikal camni..so komen itu untuk siapa sebenarnya?.Lagi benci kalau orang yang kata tu, tak lah sesempurna mana pun..Masa sekolah rendah, saya sangat down, bila hari pertama pergi sekolah, dengan bangga galas beg baru masuk kelas, tapi terdengar sorang mak cik cakap.."Besarnya beg, tak padan dengan orang"..bila merajuk tak nak bawak beg lagi pegi sekolah, mama korek rahsia sampai tau sebabnya, dan mama cakap.." Biarla orang kata kita kecik, yang penting kita kena berjaya..".Mungkin itu motivasi paling berkesan yang buat saya maintain nombor satu dalam kelas dari darjah satu sampai darjah enam.Sekolah menengah tak payah cerita.Saya suka jadi budak kecik, sebab boleh duduk line paling depan..Senang nak usya budak lelaki cikgu masa perhimpunan.haha. *kan naza kan?*
4. ..........
Cukuplah tu..banyak sangat benda tak suka.....orang pun tak suka saya jugak.Saya tau..
Semalam sepuluh sepuluh sepuluh..ramai sungguh orang kawen..mesti photographer kaya..
Setiap kali tengok orang kawen, saya akan rasa sangat best..sebab hari itu sangat indah..kalau boleh nak ulang lagi sekali..
Tapi selepas setahun , saya lebih faham..kahwin memang indah, tapi bukan mudah..
Bila kita berkahwin, kita dan pasangan telah menjadi satu.
Kita ikat diri dalam satu ikatan yang akan tentukan hala kita, bukan saja di dunia tapi di akhirat nanti.
Bukan sekadar berkongsi hidup, kita juga berkongsi hati.
Bukan sekadar berkongsi bantal, tapi kita juga berkongsi mimpi.
Bukan saja berkongsi bahagia, tapi sama-sama tanggung derita.
Kita berkahwin bukan untuk masa senang semata, tapi kita berjanji untuk lalui masa susah bersama-sama.
Kita berkahwin kerana kelebihan yang ada pada dia, dan kita terima kekurangan dia seadanya.
Saya berkahwin dengan seorang kawan baik.
Yang faham bahasa saya tanpa perlu saya berkata-kata.
Yang tahu rahsia saya sebelum sempat saya bercerita.
Sebab kami berkawan baik, kami boleh sama-sama ketawa.
Kami juga boleh bermasam muka saat hati kami terluka.
Percayalah, kahwin bukan benda senang, tapi dapat buat hati kita tenang.
Mama baru je sampai dari KLIA, maybe sedih berpisah dengan anak tak hilang lagi..tengah-tengah dia melayan perasaan, tiba-tiba saya pulak yang cal..so, bila dengar je suara saya, berganda kesedihan perempuan cantik tu..terus dia menangis..huhu..
Syukur sebab perempuan cantik dan baik hati dah luahkan semua kesedihan dalam hati dia..*no need to be shared here*..daripada bercerita dalam esak-esak tangis hinggalah suara dia kembali tenang..syukur sebab saya masih mampu beri 'bahu' untuk dia bersandar ketika menangis, walaupun saya jauh..
Kalaulah boleh terbang pulang..boleh peluk dia...
Sepanjang cakap dengan perempuan cantik, saya keraskan hati untuk tidak menangis..seorang pendengar harus jadi kuat untuk pujuk hati orang yang bersedih..kalau sama-sama menangis, siapa yang nak dengar, siapa yang nak pujuk..Tapi, lepas je calling dengan perempuan cantik dan baik hati, saya pulak yang menangis..hehe..nasib baik saya ada mr hasnul yang sangat (dan semakin) memahami..terima kasih sebab sudi pinjamkan bahu, buat lawak (walaupun saya tak gelak)..dan sudi dengar saya bercerita semula dalam esak tangis seperti perempuan cantik dan baik hati buat dalam phone..dan terima kasih sebab temankan saya jalan-jalan tenangkan hati gundah saya..saya sayang awak..
Sunday Walk 101010..
p/s: tak nampak macam baru lepas wat drama air mata pun kan?..walk and blog are good to keep you sane and feel like a human..~
Esok pagi (waktu Malaysia),Hisan akan bertolak balik Egypt...tapi malam ni lagi dia dah sampai kat KLIA..flight dari Alor Star pukul 9.20 malam tadi..bukan Hisan je..sekali dengan mama, baba, kak cik, dik an semua ada bermalam kat KLIA..mama cakap, "Saja nak feeling-feeling macam tengah tunggu flight pegi oversea.."..haha..esok lepas hantar Hisan naik flight baru depa amik flight balik Alor Star balik..
Tadi saya cal Hisan, lebih kurang pukul 2 pagi waktu Malaysia, saja nak tanya macam mana baba, mama tdor kat airport tu..Hisan cakap baba nyenyak je tidor..mama pun ok je..yang pelik, saya yang duk Germany ni yang sedih..macam saya pun nak hantar Hisan esok..kalau saya jadi Hisan, malam ni nak peluk mama baba puas-puas buat bekal sepanjang setahun terpisah nanti..huuhu..
Dear Hisan, Jangan sedih..ingat,Hisan jauh dari keluarga untuk belajar..jadi belajarlah rajin-rajin, boleh cepat-cepat balik, tambahkan bilangan doctor muslimah kat Malaysia tu..senang nanti kami nak mintak nasihat perubatan dari orang yang bertauliah..senang jugak nak amik MC..hehe..walaupun kat rumah kita dua macam cat-dog..tapi bila dah jauh..selalu kak yang rindu Hisan..tak best jugak bila tak ada orang nak ajak gaduh..nak rebut tempat tidur, gaduh-gaduh pasal aircond, gaduh pasal bilik.oh..lagi satu rasa rindu lah nak gaduh-gaduh rebut remote Astro..hehe..semoga Tuhan mudahkan urusan Hisan..I'm so proud of you sis..I can see it clearly, how Egypt has turned you from a girl into a woman..a very mature one..lagi satu, malu nak cakap..tapi, kakyang sayang Hisan..2 tahun lah kita tak jumpa..~
p/s: Hisan maybe tak baca pun semua ni..sebab tu kak yang tulis.sob..sob..
Dah empat hari saya tak jejak tanah sebab mr hasnul sibuk sangat..so semalam kami kuar rumah supaya boleh rasa pijak tanah semula.. =)
eh, minggu lepas pokok tu tak jadi warna kuning pun lagi..
Oh, bukan pegi mana pun sebenarnya.....gambar atas tu sementara tunggu traffic lite hijau nak melintas pegi....
Kaufland je pun..nak beli barang dapur je..tapi saya suka sebab.........
....Mr Hasnul ajak saya pegi bahagian feveret saya..
bahagian ini..
kami pun pusing-pusing bersuai kenal dengan harga pokok-pokok
pastu dia cakap..amik lah ni...(cuba tengok berapa price)..hehe
saya pun excited, terus cepat-cepat isi dalam plastik..
Dan pagi ni...saya senyum sorang-sorang setiap kali mata saya nampak ini....hehe..
silalah panjang umur ye..
Saya suka pokok..tapi semua pokok-pokok ni macam tak suka saya..dah letak baja, dah siram, dah borak-borak, tapi dorang mati jugak..huhu..sebab tu mr hasnul malas nak layan kalau saya cakap nak beli pokok bunga..dua pokok bunga yang beli semalam kira batch ketiga yang saya 'bela'..
ni batch kedua yang bertahan 3 bulan..eh rose tu tahan 2 minggu je...huhu..apa salahku??
haha..ini first batch..tulip yang decide untuk transform diri jadi pokok serai lepas 3 minggu..sedih!