February 28, 2011

takde motif

Ini cerita minggu lepas. Hari jumaat lepas. Disebabkan Mr Hasnul dah selamat present projek, dan untuk membolehkan saya pijak tanah (read: keluar rumah) lepas seminggu tak keluar, dia ajak kami keluar petang tu. Saja keluar takde sebab. Ronda-ronda altstadt je. Tapi haruslah dah ronda-ronda tu nak jugak usya barang kan. Kalau bukan barang untuk saya, untuk orang lain pun takpe. Banyak jugak la kedai saya masuk, tengok-tengok handbag, baju, cardigan, baju baby, etc. Masuk Mango untuk kesekian kalinya, dengan harapan, ada lagi beg murah after sale tu. Dan seperti yang dijangka, sale season dah lama habis sejak saya terperuk kat rumah ni. Semua beg mahal. Baju pun mahal. Tapi...dalam mahal-mahal tu, sempat jugak saya menerai satu baju ni. Konon-konon love at first sight la. Tambah 'love' bila Mr Hasnul cakap, "P la try..kalau padan elok..ambillah, abang bayar.."..

Yeeehuu..orang offer nak bayar beb..haruslah semangat berkobar-kobar menuju ke fitting room kan. Seriyes saya berkenan baju tu. Dan memang padan elok je saiz S tu. Cumanya..bila tengok cermin, baru perasan. Ada boncit plak kat perut.huhu. Macam mana boleh lupa tengah pregnant ni? Siap ada hati p try baju ikat-ikat kat pinggang. Cis!!!.. Frust mak tau...huhu. Saya panggil Mr Hasnul, tanya dia, boleh ke pakai kalau dah ketat kat perut camtu. Dia cakap rugi la..perut cepat besar skang. Kang sempat pakai berapa kali je..huhu. Terpaksalah sangkut balik baju tu...Babai baju best..~

Saya jarang ambil gambar dalam fitting room. Tapi hari tu macam semangat sket.hehe. Boncit!


Keluar dari Mango, masuk Zara. Ada lagi seminggu dua je nak duduk sini kan. Baik masuk kedai-kedai ni puas-puas. Nanti kat Kedah takde kedai-kedai branded ni. Ada butik Clarks satu tu, kira dah besar rahmat. (Ke dah ada Zara sekarang? Kedah Maju 2010 katanya kan?haha).. Tak ada apa yang menarik pun. Beli sehelai baju dekat anak buah, and sepasang jeans untuk Mr Hasnul. Tu je. Tak menarik sangat sebab takde pun yang sesuai dengan saya.huhu. 

Malamnya lapar, pegi makan. Tiba-tiba gedik rasa nak makan ikan. Mr Hasnul bawak pergi Nordsee. We had this for dinner.


Fish fillet with champignon and cheese sauce. Not bad.

Mix box. Feveret nih.

Walaupun pulang dengan tangan kosong, tapi perut kenyang. hehe. Dan takde la frust sangat bila pagi-pagi sabtu, Mr Hasnul belikan sesuatu. Beli online je. Nanti pegi collect dekat kedai.hehe..macam mana lah kita tak sayang dekat buchuk macham yang sorang tu kan..hehe..*orang buat baik kita kena ambil hati dia, penting tu.haha* ~

February 26, 2011

petang yang damai

Di suatu petang,

Me : Yus ada baca kat satu blog ni, dia cakap cara nak rasa baby gerak, kita kena tekan perut. Kalau ada 'blup..blup' maksudnya baby tengah bagi respons la tu..tapi yus dah tekan, takda pun blup blup tu. Cuba abang plak tekan..

*instead of 'tekan' dia cuma usap-usap je..memang takde la blup-blup tu kan*


He  : Baby tengah rehat kot..biaqla kat dia..nanti dia gerak la tu..
Me : *tak puas hati, cepat-cepat tepuk perut*..Bangun..bangun..siang-siang jangan tidor..cepatla gerak, mommy nak rasa ni..

Nak tau apa Mr Hasnul balas?
He : Ish..apa buat macam tu..kesian baby tengah tidoq tu..terkejut dia satgi..*sambil tepis-tepis tangan saya*

Taktau apa yang lawak, tapi saya tak boleh stop gelak. Sweet jugak Mr Hasnul ni kadang-kadang. Macam tak logik je baby nak terkejut bila mommy tepuk-tepuk perut. Tapi cara dia marah saya tu memang bersungguh-sungguh. Risau sangat kat baby dia tu..=)

Kalau gini gayanya..rasanya nanti, macam Mr Hasnul akan sayang baby lebih dari sayang saya je.huhu.

February 25, 2011

week 18

Half way...yay! *eh, Alhamdulillah..*

Rasa macam best pulak, bila tersedar, dah melalui hampir separuh jalan untuk bergelar ibu. Saya pernah cakap dengan Mr Hasnul, our baby will literally be a mix baby, since dia merasa duduk 2 negara masa dalam kandungan. Separuh kat Germany, dan separuh lagi kat Malaysia nanti. Gedik kan, nak jugak cakap mix-mix. Tak boleh bersalin kat sini pun, cukuplah nanti saya boleh cerita kat baby betapa dia bertuah, kecik-kecik dah sampai banyak negara..walaupun masa tu dia dalam perut.hehe~

Second trimester is one of many great times during pregnancy (so far, at least..), I must say.

Semua loya-loya, pening-pening dah hilang. Badan rasa sihat, dan bertenaga. Sebab tu sekarang dah rajin sket nak masak-masak, buat kek macam sebelum pregnant. (read: sebelum pregnant pun tak rajin sangat, so sekarang pun bukanlah rajin sangat)..hehe

Walaupun dah takda alahan, sakit lain pulak yang datang. paling ketara, sakit belakang badan (dan bahagian bawah badan). So guys, kalau mak suruh picit badan, jangan malas-malas urutkan badan dia. Kalau tak sebab dia menahan sakit belakang 25 tahun dulu, tak mungkin kamu ada sekarang!

Saya kerap kena migraine, dan semalam untuk pertama kali rasa macam nak pitam. (Tak tahu pitam tu rasa macam mana, so saya agak-agak je la). Rasa kepala pusing-pusing, pastu berat sangat mata. Mr Hasnul cakap, sebab saya tak cukup rehat kot. Em..maybe. Susah jugak takde blood pressure monitor ni, sebab ada kemungkinan low blood pressure kot.huhu.

Perut saya dah besar! haha. Sukaaaa.... Memanglah tak obvious sangat. Tapi rasa hepi bila pakai baju, T-shirt tu terangkat sebab tak muat kat perut.haha. I gained 2 kgs (not very much, I know) tapi ok lah tu. At least BMI normal. Susah hati jugak kalau asik underweight je. Uterus sekarang dah sebesar buah tembikai susu (baca kat sini). Patutlah rasa susah nak alih-alih badan masa tidor. Dan sebab tu jugaklah, insomnia makin menjadi-jadi.huhu

Cakap pasal tak boleh tidor ni, saya baru tau. Perempuan pregnant, memang akan mengalami banyak mimpi masa tidor. Ini ikut kajian nih. Dan, mereka boleh ingat kebanyakan mimpi tu, since kerap terjaga masa tidor (as Rapid Eye Movement was interrupted during sleep). Oho, no wonder lah, saya ni asyik mimpi je. Pelik-pelik pulak tu. Semalam mimpi minum teh tarik dekat Turki, apakah?haha

Still can not feel the baby's movement. Mungkin ada kot. Banyak kali jugak saya rasa macam ada benda gerak-gerak dalam perut. Tak pun macam tiba-tiba dia denyut. Tapi saya tak pasti, tu baby ke, angin-angin dalam perut. Takpe, nanti try rasa lagi. Tunggu dia besar sket ke, bagi betul-betul sure pergerakan dia tu.

Oh, entering week 18th, baby now weighs about 200g, with 14cm in length. Panjang lebih kurang pembaris tu. Besar dah ek? Jantung dah almost fully developed, dan boleh bergerak, serta membuat mimik-mimik muka..Ahh..comelnya. Dan, dia dah boleh mendengar bunyi-bunyi yang datang dari dalam dan luar perut mommy. Sangat terharu bila saya terbaca, mother's heartbeat is the most comforting sound for baby in the womb..sob..sob..terharunya..

Semalam Mr Hasnul duk practice untuk presentation dia, sampai saya sendiri dah boleh hafal contents dalam slides dia. Tanyalah apa-apa pasal Communication via Bluetooth, segala program2 dia, semua saya boleh explain sekarang.haha. So, pagi tadi saya cakap kat Mr Hasnul, baby ni nanti keluar mesti pandai. Siang-siang dengar mommy ajar science,  math...malam-malam pulak dengar daddy present programming. Konfem genius nanti.hehe.. Insyallah..

Dear sayang, membesarlah dengan baik, sihat dan sempurna. Semoga Tuhan permudahkan jalan untuk kamu melihat dunia.




p/s: seronok bila ada kawan yg dah join da club..congrates fren!




February 23, 2011

Getting better

Alhamdulillah. Pembedahan baba selesai dengan jayanya. Masa saya cal tadi, baba dah sedar, dan dah boleh makan. Alhamdulillah. Leganya hati tak terkata.

Semalam, sepanjang malam saya gelisah. Buat apa pun serba tak kena. tidor pun, asyik terjaga je..sekali terjaga dalam esak2 tangis..mimpi!.. Kerap sangat saya menangis dalam mimpi kan? Rasa macam benda dalam mimpi tu betul-betul jadi, dan bila sedar, memang tengah menangis atau meracau-racau..Kesian orang sebelah.hehe

Syukur, semoga baba cepat pulih sepenuhnya. mesti terus berdoa kan..

On the other note, esok Mr Hasnul akan present untuk final project dia. Rasa macam nak ikut pergi tengok dia present, tapi takut dia cuak pulak kalau ada bini jadi observer.hehe. Good luck sayang!

February 22, 2011

Berkorban apa saja

Saya cal mama tadi. Mama dan baba dah ada dekat hospital. Esok baru buat operation, tapi doctor suruh stay 2 hari awal kat hospital untuk monitor baba. So far, Alhamdulillah. Mama cakap semua in a very good condition. Jantung ok, hati ok, buah pinggang ok. Tekanan darah n kandungan gula pun terkawal. Elok jugalah stay kat hospital tu, boleh baba rehat sikit. Kalau tak, memanjang kerja je. Tak pernah saya tengok orang lain dalam usia baba yang workaholic macam tu.

Saya tanya mama, "Mama ok ke duduk hospital tu?. Semalam tidor mana?"
Mama jawab, "Mula-mula tumpang katil baba, pastu mama tidor atas kerusi je.."

Teringat 5 tahun lepas, masa baba buat chemotherapy dekat Penang. Almost 2 months, mama tidor atas kerusi lipat. Mandi, makan, solat kat hospital, semata-mata sebab nak temankan suami. Cubalah, kalau seminggu kita tidor atas kerusi, agak-agak rasa apa?.. Saya selalu kagum dengan mama. Baik, dan tak pernah mengungkit.

Mungkin dah fitrah perempuan, suka berkorban diri untuk orang lain, biar diri sendiri yang kurang, asal orang lain  gembira. Kadang-kadang terfikir jugak, mampu ke saya berkorban macam mama? Tapi, bukan mama seorang yang sanggup berkorban macam tu, ramai lagi isteri-isteri di luar sana yang sanggup berkorban apa saja untuk suami. Persoalannya, berapa ramai suami yang sanggup buat benda yang sama?

Abang, jangan bimbang...Yus yakin abang sanggup berkorban untuk yus..kan? kan? kan?..*wink2*hahaha~





Hati, tenanglah...Insyallah, semuanya baik-baik saja...~

February 20, 2011

tiga dalam satu

The jamuan-makan-kecil-kecilan was a success. Entah dari mana tenaga saya datang hari tu, that I managed to do things on my own, dan tak rasa penat. Masak satu periuk besar kuah kari, rebus almost 3 kilo spaghetti, sebiji cheesecake, sebiji tiramisu, kemas-kemas rumah, basuh toilet etc. I guess, semangat nak sambut birthday Mr Hasnul, dan teringat kesanggupan mereka untuk datang baca yasin kat baba buat saya jadi kuat. Seronok sangat bila orang datang rumah kecik ni, semayang jemaah sama-sama walaupun kena berhimpit-himpit, dan sama-sama baca Yasin. Tetamu datang bawa rahmat kan?..Tapiiiiiiiii, hehe ada tapinya..lepas je semua orang balik, Tuhan je yang tahu macam mana sakitnya peha dan punggung saya. Tak pernah rasa sakit camtu. Maybe sebab lama sangat berdiri hari tu. Isk3.. Mungkin jugak sebab baby dah membesar, the lower part of my body dah ter'efek dengan pembesaran dia.hehe=)

This is my favourite shot. Walaupun ada pantulan lilin kena baju.hehe~

Mr Hasnul almost cry in excitement (exxagerated) bila balik lab dan nampak kek dia dah siap.

Tiramisu seriyes sedap. Saya sempat makan 1 suap je..
Saya tak belikan apa-apa hadiah pun untuk dia. Tak sempat lagi. Nantilah. Tahun depan pun boleh..haha  Ini pun entah berapa kali dia cakap "Terima kasih..susah-susah untuk abang.."=)

Sekian laporan dari saya.

Dan...sebagai penyeri entry yang tak semenggah ni..terimalah untuk pertama kalinya, gambar ekslusif mommy at 17 weeks of pregnancy. Mr Hasnul cakap, "Letak kat blog bleh, kat fesbuk tak payah.."hehe..
.
.
.
.
.
.
.
.

Takde beza sangat pun kan? Boncit sket je..tapi mommy sukeeeeee..~






February 17, 2011

Daddy's turning 26..

Saya ada kurang 24 jam, untuk merasa jadi rakan sebaya Mr Hasnul.hehe. Esok dia dah 'tua'.=)

A few days before, I asked him,
"Dulu, abang pernah tak berangan, dalam umur 26 tahun abang dah ada bini dan anak?"
Macam biasa, jawapan tak semenggah dari Mr Hasnul, "Ntah..."
Menci tau,  bukan boleh nak ajak small talk sikit..payah betul nak layan orang..huhu

Tapi ada satu yang buat saya senyum, bila saya tanya dia.
"Abang nak yus bagi hadiah apa tahun ni?.."
"Abang nak anak...."
"Ni, dah ada dalam perut, kira dah ada la hadiah abang ni..."
"Mmm..jaga diri, and jaga anak kita elok-elok..itu ja..."

Tak tau la part mana yang sweetnya, tapi saya suka jawapan dia tu....rasa bahagia. Sama macam mana saya rasa bahagia bila dia marah saya basuh kaki kat sinki masa amik wudhuk. Takut jatuh katanya. Biarpun kena marah tetap rasa bahagia, sebab tahu ada yang sayang. Eceh..~

Saya plan nak buat makan-makan esok. 3 dalam 1. Sempena birthday Mr Hasnul, mini farewell, dan sekali dengan bacaan Yasin untuk baba. Rabu depan baba akan buat operation tu. Doakan semua ok.








Happy birthday daddy. We both love you...~

February 15, 2011

Maulud Nabi

Jangan tunggu 12 Rabiulawal baru nak berselawat. 12 Rabiulawal datangnya sekali je setahun.

Jadikan selawat nabi, sesuatu yang 'biasa'. Yang kita lakukan hari-hari. Alhamdulillah, ada perangai mama yang berjangkit pada saya. Dah jadi tabiat mama, bila dia basuh sesuatu benda, dia akan berselawat. Contoh, setiap kali bilas pinggan, sayur, ayam, baju atau apa-apa, akan terdengar sayup-sayup mama ucap "Allahummasolli ala saiyyidina Muhammad...". Kalau ada 10 bijik pinggan, maksudnya, 10 kali dia berselawat di sinki. Mungkin lebih. Biar ucapan tu meniti di bibir, tanpa perlu kita sedar. Daripada humming lagu lady gaga(humming sebab tak hafal lirik) sambil basuh pinggan, cuba sekarang kita tukar kepada berselawat kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad. Mulakan hari ini. Kalau memang dah biasa buat, teruskan.

Sekadar ingatan untuk diri sendiri.

February 14, 2011

Crappy

I've wrote too many crappy things here.. so, I will take a break till I find something less crappy..hmm..at least, something that I THINK not so crappy..kalau org yang membaca rasa mengarut jugak, bolehlah ramai-ramai klik 'x' kat hujung sebelah kanan tu eyh..

Bye.

February 11, 2011

week 16 : the (only)10-minutes-checkup

Serius tak puas hati! (what a nice intro huh?)

Begini ceritanya..

Hari ni, seperti yang tertulis dalam Mutterpass, kami ada appointment untuk 4th month check-up. Saya dan Mr Hasnul macam biasalah kan, excited tahap gaban setiap kali nak buat check-up. Mr Hasnul semalam siap duk bercakap sorang-sorang (bercakap dengan baby actually), sambil main-main perut. "Baby daddy ni lelaki ke perempuan ye?", "Esok daddy dengan mommy boleh tengok baby..." bla..bla..bla..

Kami sampai dekat Frauenartzpraxiss, right on time. Sampai-sampai macam biasa, medical assistant suruh ambil sample urine, timbang berat, check blood pressure. Then, terus doctor tu ajak masuk bilik. Kalau sebelum ni, ada sesi soal-jawab dulu, tanya keadaan saya etc, hari ni, the only question that she asked was " When will you fly back to Malaysia?". Since kami memang tak tahu lagi exact date, Mr Hasnul cakap, most probably on March la kan. Then dia angguk-angguk, ajak saya masuk examination room. Mr Hasnul tunggu dekat ruang consult. Biasanya dekat exam room ni, dia buat pelvic exam je, untuk ultrasound, akan masuk bilik lain. Tapi hari ni, lepas je buat pelvic exam, terus dia buat transvaginal ultrasound(not the one on the tummy), saya pulak macam blur-blur lagi. Saya tanya dia, nak buat ultrasound kat sini je ke? Dia angguk. Masa buat ultrasound tu, dia ada cakap, "Everything is good..". Saya tanya dia, mana baby?. Endah tak endah je dia tunjuk, "Ini heartbeat, ini kepala."   Saya tak sempat nak nampak apa sangat pun masa ultrasound tu. Ye lah, bukannya kita ni ultrasound technician, boleh nampak sekali lalu je. Mesti la kena orang guide tunjuk kan. Rasanya dalam dua minit je kot dia buat ultrasound tu, terus dia cabut, bagi kain suruh lap. Saya tanya, "Eh, dah siap ke, cepatnya...." Dia senyum-senyum je. Saya tanya jugak, tak boleh check baby's gender ke, dengan konfiden, dia cakap, "Next time datang baru kita check". Arrrrggghhh.. tak puas hati! Bukan apa, dia tak try pun. Saya pun tak sempat tengok keadaan baby saya, tau-tau je dah habis. Dan cara dia buat ultrasound tu, macam nak tak nak je. Biasanya dr ukur kan saiz baby masa ultrasound tu, saya tak nampak dia buat pun. Saya mintak gambar ultrasound, dia cakap, nanti ambil kat kaunter depan. Ok, fine. Sampai kaunter depan, dia bagi tarikh untuk next appointment, then dia blah. Saya mintak gambar ultrasound kat penjaga kaunter, dengan harapan dapat ultrasound scan macam selalu tu. Sekali, dia print guna kertas biasa je. Apahal dorang ni hari ni? Tiba-tiba buat discrimination nih? Baru hari tu saya puji melangit pasal service dorang yang bagus, hari ni betul-betul dah jadi lain. Adakah sebab saya dah cakap nak balik Malaysia? Sebab tu dorang malas layan? Ataupun dorang memang ada masalah hari ni? Mana tau, ada kes-kes berat ke kan..(bersangka baik)..huhu.. Apa pun alasannya, saya rasa cara dorang tak professional. Kami pun bayar  health insurance apa, kami datang pun dah ada appointment. Patutnya layan lah baik-baik. Untuk first time parents macam kami ni, setiap check-up tu adalah pengalaman yang sangat berharga. Bukan selalu boleh tengok imejan bayi dalam rahim. Nak jugak tengok, apa perkembangan dia selepas sebulan kan. Sebab baby membesar dengan sangat cepat, memang lepas sebulan banyak beza dia.huhu.

Sepanjang jalan nak balik rumah tadi, rasanya monyok je muka mommy dengan daddy. Senyap. Dua-dua frust. Takpelah. Nak buat camna kan.. Adalah hikmah tu. Yang penting, semua ok.=)

Here are the ultrasound scan images of our baby at 16 weeks.



Rasa nak nangis pun ada tengok ultrasound images ni...Nak nangis sebab, mommy tak tahu, which part of baby's body is this..huhu..Kepala kah? Badan kah? Atau kaki kah? huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...Ada sape2 yang pandai interpret ultrasound scan kat sini? Boleh tolong tunjukkan?

Saya cilok ultrasound image dari google..at 16th week, the scan should look something like this..

tak sama langsung macam kami punya kan? huhuhuhuhu~

February 10, 2011

pathetic

I know, this is not good..Not good for me, and for baby.

Tapi, apa lagi boleh buat, kalau tba-tiba hati meruntun sayu.

Tengah hirup tomyam pun boleh meleleh air mata.

Anggap je lah, tomyam tu pedas. Menangis sebab pedas.

Kurang sket rasa pathetic pada diri sendiri.

February 8, 2011

Kunfayakun

Dalam entry Bila nak balik? saya ada cerita pasal mama yang tiba-tiba sibuk sangat tanya bila saya nak balik kan. Sekarang baru saya faham, kenapa mama asyik tanya soalan macam tu. Saya cal kakak sulung saya tadi. Dia cakap, sebenarnya dorang dah tau pasal baba ni dah lama. Dah lebih 2 bulan. Tapi mama dan baba berkeras tak nak cakap dekat saya. Sebab tu bila saya saya cal, mama buat-buat macam tak ada apa, tapi sikit2 tanya, bila nak balik, bila nak balik. Salah satu sebab mama tak nak cakap, sebab takut Mr Hasnul takleh tumpu buat exam. So, ni memandangkan Mr Hasnul dah habis exam, barulah mama cakap. Itupun lepas kena paksa dengan Hisan.

Tapi kan, satu benda yang saya rasa terharu, ialah hubungan hati antara saya dan parents saya. Saya rasa dah lama saya dapat 'rasa' ada benda yang tak kena. Salah satunya, perasaan rindu, yang terlalu tebal, sampai saya boleh rasa, hati saya bukan lagi dekat sini. Hati saya ada di Malaysia, lebih tepat lagi, di rumah saya. Minggu lepas, saya terjaga dari tidor, sebab saya terdengar ada 'suara' bagi salam di telinga kanan saya. Serius, tak tipu. Suara tu betul-betul dekat telinga saya, suara lelaki yang saya tak kenal, cakap 'Assalamualaikum'. Then saya terjaga, mula-mula rasa ok je. Bila saya terfikir, "Eh, sapa pulak nak bagi salam malam-malam kat Germany ni?", terus badan saya menggigil. Saya jadi takut. Then saya kejut Mr Hasnul, suruh dia peluk. Bila tengok jam, rupa-rupanya dah dekat subuh pun. So, kami bangun ambil wudhuk solat subuh sama-sama. Lepas subuh baru saya cerita kat Mr Hasnul.

Esoknya, masa cal mama, saya cerita lah pasal mimpi org bagi salam tu. Mama cakap, hati saya tak tenang tu, itu yang tidor mimpi and dengar macam-macam. Pastu mama cakap, dia pun mimpi saya malam tu. Dia mimpi saya berdiri betul-betul depan pintu bilik hotel (masa tu mama pergi cuti kat Langkawi), sambil senyum kat dia. Then dia jaga, dia cari-cari tengok saya takde pun. Kesiannya mama..huhu.

Tadi plak, mama baru bukak cerita, mama kata, hari yang lepas saya cal cerita mimpi tu. Kakak saya cal baba, then baba dengan excitednya jawab.."Hello..ha diknaa..."  Kakak cakap, suara baba punyalah excited ingat saya yang cal, padahal dah sah-sah naik nombor hp kakak kan. Sampaikan suara kakak pun baba boleh dengar macam suara saya. So, mama cakap, memang malam sebelum tu, dua-dua mama dengan baba tengah rindu kat saya. Sob..sob..sob..meleleh lagi air mata saya tadi. huhuhu

Saya percaya dengan kuasa Tuhan ' Kunfayakun..' Kalau Tuhan dah tetapkan sesuatu, apalah daya kita nak mengubahnya. Saya cuma berdoa, Tuhan dorongkan hati kami untuk buat keputusan yang terbaik, dan mudahkan jalan yang terbaik untuk kami semua. Terima kasih untuk semua yang mendoakan, Tuhan sajalah yang membalasnya. Semoga semuanya baik-baik saja..~



Umrah 2007.  Rindu. :'(

February 7, 2011

I'm a daughter of a fighter.

I've wrote 2 entries today, but none of them were posted. Now this is my 3rd entry, and hopefully I'm strong enough to click the orange button.

Saya baru cal rumah. Rutin harian. Mula-mula sembang biasa dengan mama, tanya-tanya pendapat mama pasal pertukaran kerja saya etc. Tak penting yang tu semua.

Lepas cakap-cakap dalam 15 minit, mama diam. Saya dengar suara Hisan tengah cakap something dengan mama. Then saya tanya, "Awat, Hisan duk habaq apa kat mama?"

Mama said.."Tak ada apa lah.."

Being her daughter for 26 years, dah cukup untuk buat saya kenal mama. Bila dia kata 'Tak ada apa', maksudnya ada sesuatu. Saya tanya lagi sekali, "Pasal apa ni? Cakapla.."

Pastu mama cakap.."Tak ada apa sangat pun. Mama malas nak cakap, taknak dikna bimbang."
..."Tapi Hisan suruh mama habaq jugak kat dikna.."
(Hisan tu adik saya yang duduk Mesir tu, since dia pun penah duduk jauh, so dia rasa mama kena cakap jugak benda ni dekat saya)

Saya dah mula cuak. Sekarang saya pulak diam, sebab saya tahu, mama tengah ambil kekuatan nak cerita 'hal yang tak ada apa-apa' tu kat saya.

Then she said, "Tadi mama p ikut baba buat check-up , baba sihat je.. Cumanya, Dr cakap, hasil CT scan hari tu, depa nampak ada something dekat bahagian belakang telinga baba tu.."
" Dr cakap tak ada rawatan lain yang sesuai, kena buat pembedahan.. Tapi jangan la susah hati, ni pembedahan kecik je.. Dr cakap, dah beratus-ratus orang buat pembedahan ni, semua ok je. Dr pun cakap tak ada benda nak risau, just pembedahan untuk keluarkan cecair belakang telinga..sebab cecair tu lah selama ni baba macam tak dengar sangat..."

And there's a long pause, silent.

Mata saya rasa panas. Tekak saya rasa kering. Saya tanya mama, "Bila nak buat tu, kena bius-bius ke tu nanti?"

Mama cakap, "Aah..kena bius. Alah, Bang Jad sendiri dah bincang dengan Dr Siti (Pakar ENT Kedah), dia kata memang benda kecik ja. Mama tak mau dikna susah hati, tengah-tengah pregnant ni..tapi mama tau, dikna kuat kan?"

Upon hearing those words, saya menangis esak-esak. Ye, anak mama yang kuat ni menangis. No wonder lah, saya rindu sangat nak balik, almost every night saya mimpi saya dah balik Malaysia.

Saya tak pernah cerita pasal baba kan? He is a cancer survivor. 5 Tahun lepas, baba disahkan ada cancer pada bahagian tekak. Masa tu saya kat UPM. Memang rasa ujian besar untuk keluarga kami. Bukan senang nak menyaksikan orang yang kita sayang bertarung dengan penyakit dalam keadaan sentiasa tersenyum. He went through all the chemos, radiology thing, and Alhamdulillah, he survive. In fact selepas tu, memang dia dah fully recover. Dr sendiri pernah cakap, our baba is such a hero to be able to fight the cancer dalam umur dia yang dah lebih 60 tahun masa tu. My dad is a fighter. Yes, he is our hero.

Sehari sebelum saya fly ke Germany, baba mula pakai hearing aids, sebab telinga dia damaged kesan daripada radiation treatment dulu. So yang pembedahan nak buat ni, untuk rawat telinga tu. Bukan sebab cancer. Cancer memang dah tak ada. Alhamdulillah.

Mama cakap, Dr tetapkan tarikh, 23 Feb ni untuk operation tu. Then lepas tu mama cakap, "Mama tak naklah bebankan dikna dalam keadaan sekarang ni (preggy i guess), tak naklah sampai kena balik sorang ke apa, lagipun dah la hari tu fly sorang pergi Germany. Kalau boleh mama nak dikna balik dengan Hasnul". Lepas tu mama sambung, "Ikutkan hati, mama nak suruh baba tangguh dulu operation tu, tapi Bang Jad cakap, elok cepatkan je sebelum cecair tu makin banyak dalam telinga, sebab cecair tu boleh hakis tulang bahagian belakang telinga kalau biar lama-lama"
(Bang Jad is my brother, and he is a doctor too)
....

What should I do now?

Should I pack my bag, leave my husband and go back home to meet my dad?
Or should I just stay here?

Saya dah janji nak temankan mr hasnul sampai dia habis. Saya tak akan sanggup tinggalkan dia sorang dekat sini. Lagipun, saya perlukan dia.

Mama cakap, "Doalah banyak-banyak. Dah Dr pun cakap bedah sikit je ni. Insyallah tak ada apa. Mama kalau boleh taknak dikna sedih, tapi nak tak nak mama kena cakap jugak. Dikna kena kuat k? Kena jaga kesihatan tau.."

Not knowing what to reply, I just said.."Mama doalah Hasnul cepat habis, once dia dah habis, kami terus balik.."

Padahal dalam hati, saya sendiri pun tak yakin benda macam tu possible. Saya cakap untuk sedapkan hati sendiri je. Then  saya cakap.."Kirim salam baba, esok je lah dikna cakap dengan baba." Tak sanggup rasa nak cakap hari ni, mesti saya nangis-nangis je kalau cakap dengan baba pun. Tapi tak apa, sepanjang calling dengan mama, saya boleh dengar clear suara baba tengah lantang ajar adik saya buat homework. Betul mama cakap, baba sihat je. Dulu pun (masa tengah fight dengan cancer), baba selalu buat lawak, especially masa dia bagi ceramah.."Saya ni, orang kata sakit, tapi saya tak sakit apa pun, cuma saya ni berpenyakit..." Macam tipulah kan cancer tu tak sakit, buat chemo, radiology, sampai tak boleh makan, tak boleh telan air. Still dia cakap dia tak sakit.

Please, doakan ayah saya sihat. Doakan semua selamat. Dan kalau boleh doakan juga kami boleh balik cepat. I wish I could be there with them. Hmmmmm...saya tak sekuat mana, hati saya rapuh. Untuk itu, tolong doakan saya kuat...

February 5, 2011

Can I feel you now?

Saya baca di sini, sini dan sini. Katanya, seawal minggu ke 16, dah boleh rasa baby's movement. Wahaha..bestnya. Tapi bila saya baca dekat forum-forum, kebanyakan first-timer mother tak perasan pun movement tu, sebab dia sama je dengan pergerakan angin dalam perut. Ye, bila pregnant, memang banyak angin dalam perut. Sebab tu kentut pun kerap. Eh, malu plak cakap pasal kentut.hehe. Tapi itulah kenyataannya. Cumanya saya pandai cover kalau depan orang.hehehehehe...~

Lagi satu, masuk minggu 16, dah boleh cek baby's gender. Minggu ni saya baru 15 minggu, next week baru 16, dan next week memang ada check-up. Hopefully boleh lah tengok, our kesayangan hati ni lelaki atau perempuan. Dah tak sabar nak panggil dia dengan nama dia. Dan dah tak sabar jugak nak beli baju-baju baby ni. Sebenarnya sejak minggu ke-6 pregnant dah beli pun.haha. Semangat gila. Mr Hasnul lagi semangat dari saya sekarang ni. Each time masuk kedai, mesti dia nak jugak tengok baju baby. Pastu dia yang beriya-iya nak beli.hehe. Tapi yang saya dah beli tu, semua warna untuk unisex macam putih and gray. Takde specific untuk baby boy or girl. Dan baju yang saya pernah cakap dalam entri merapu dulu-dulu, saya dah beli yang lebih kurang macam tu..hehehe..sekarang ni hajat hati nak cari baju yang ada ciri-ciri Deutschland kat baju tu untuk baby, sebagai kenangan that she/he was made here.haha.

Selamat Hari Sabtu.

.
.
.
.
.
.
.

p/s: mee kari yang saya masak hari ini adalah seriyes sangat sedap. tak percaya tanya baby..=)

February 4, 2011

Setahun di perantauan

04.02.2010 - 04.02.2011

Hari ni cukup setahun. Cukup setahun saya tinggalkan Malaysia, dan cukup setahun saya menetap di Germany. Pagi tadi, Mr Hasnul buat soalan quiz, "Cuba teka, apa yang special dengan date hari ni?", saya cakap, "Entah."
Pastu dia sengih-sengih, "Cukup setahun dah..." Saya tanya, "Abang set kat reminder ke?".. Dengan muka berlagak tak boleh blah, dia cakap "Ni ha, orang pasang reminder kat sini.." Sambil jari telunjuk tekan-tekan dekat kepala.. Eceh, macam tak percaya je dia boleh ingat.hehe

So, apa yang saya dapat sepanjang setahun ni?

  • Menikmati kehidupan rumahtangga yang penuh warna warni, dan sentiasa dekat dengan suami. Rasanya, bila kita hidup jauh dari keluarga, lebih tinggi peluang untuk kita mengenali pasangan dengan lebih dekat. Semua masalah kena settlekan sendiri, semua benda kena bergantung sesama sendiri. Contoh, kalau gaduh-gaduh pun, tetap muka tu jugak yang kita kena hadap, tak boleh nak lari-lari balik rumah mak..hehe.
  • Travel ke 7 negara eropah dengan jayanya. Wow, 7 negara dalam setahun?? How lucky I am..Alhamdulillah..hehe. Dalam list ada lagi 2 negara, tapi kita tengok keadaan kewangan macam mana dulu.=)
  • Dari dinginnya salju, ke indahnya musim bunga, dibawa ke bahang musim panas, dan syahdunya musim luruh..semua saya dah rasa..cukup empat musim!
  • Pertama kali saya berjauhan dengan family dan kawan-kawan untuk tempoh yang lama macam ni. Homesick tak payah cakap la kan...itu semua orang dah lebih dari tau..
  • Menambah bilangan kawan-kawan baru di sini. Kata orang berkawan biar seribu..
  • Menjadi suri rumah sepenuh masa. Tak sangka dalam setahun saya boleh berubah daripada anak mama yang boleh buat dua-tiga jenis lauk je (dan yang paling kerap kena komplen dengan Bang Jad n Bang Id), kepada isteri Hasnul yang boleh masak almost everything. You name it, you got it..Haha..ada nada perasan di situ ye tuan-tuan..
  • Setahun dah tak pegang stereng kereta. Tak sabar nak balik drift dengan KCG hitam tu..
  • Setahun jugak tak pegang duit gaji sendiri. Berapa gaji saya sebulan pun saya dah tak ingat..huhu. Tapi takpe, duit nafkah tetap dapat tiap-tiap bulan. (Mmm abang, ni dah masuk bulan 2 ni...dah gatal-gatal tangan I)hehehe..
Banyak lagi sebenarnya. Tapi cukuplah kot yang ni je dulu. Apa-apa pun, setahun ini adalah tempoh setahun yang sangat bermakna. Bukan semua orang boleh merasa apa yang saya rasa. Bukan semua orang dapat, apa yang saya dapat. Untuk itu, meh lah kita bersyukur. *tadah tangan ke langit*

Oh. Lagi satu, sebelum pegi lab pagi tadi, Mr Hasnul cakap.."Kalau rasa nak kemas barang, kemaslah.."
Yeeayy!!! Dah dapat green light nak kemas barang. Mr Hasnul dah abis paper semalam. Tinggal nak siapkan project je. So, kalau saya packing-packing pun, takdelah dia nak tertekan sangat kan..hehe.~

p/s: bila buat list macam ni, teringat pulak entry Wishlist saya dulu..banyak je yang tak buat-buat sampai sekarang..*sigh*~

February 3, 2011

Doa dan amalan ketika mengandung.

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."
Surah Luqman, 14.

Bila berada dalam proses menjadi seorang ibu ni, baru saya faham, betapa banyaknya kita telah menyusahkan ibu kita dulu. Tapi tak sekali pun dia pernah merungut kan? Semoga saya kita juga mampu mejadi seorang ibu yang hebat seperti mereka. 

Sekadar perkongsian dan ingatan untuk diri sendiri yang pemalas dan selalu lalai ni.. Ketika hamil, amalkan membaca surah-surah dan ayat berikut :

  • Surah Maryam
  • Surah Al-Fath
  • Surah Luqman
  • Surah Yusuf
  • Surah Al-Waqiah
  • Surah Yasiin
  • Banyakkan berzikir dengan doa Nabi Yunus ketika didalam perut ikan paus :

لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ

Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim.
Baca lebih lanjut tentang doa ini disini.

Doa ketika hamil :

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.
Sumber dari sini.

Bagi yang sedang mencuba (mendapatkan zuriat) atau masih menanti jodoh, janganlah bersedih. Tuhan itu Maha Adil, dan Maha Mendengar. Banyakkan berdoa ye. 

Doa agar dikurniakan zuriat (Doa Nabi Zakaria):
رَبِّ هَبْ لى‏ مِنْ لَدُنْكَ ذُرِيَّةً طَيِّبَةً اِنَّكَ سَميعُ الدُّعاء
Ya Tuhanku berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar Doa.

Doa dipermudahkan jodoh dan dikurniakan zuriat :
رَبِّ لا تَذَرْنى فَرْداً وَأَنْتَ خيْرُ الوارِثينَ
Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, sesungguhnya Engkaulah Waris yang paling baik.
Bacaan lebih lanjut disini.


p/s: saya dah amal baca doa ni sejak dari lepas SPM lagi.Alhamdulillah, 8 tahun kemudian, Tuhan makbulkan doa saya. (macam agak 'gatal' la kan, lepas spm dah doa jodoh2 ni, tapi mama cakap, sedangkan doa orang soleh pun, belum tahu bila akan dimakbulkan, inikan pulak doa orang-orang yang lemah imannya seperti kita. Sebab tu muda-muda lagi, mama dah suruh baca doa tu.hehe)~
p/s/s: at 15 weeks of pregnancy, baby now can hear sounds and even hear my voice, another self-motivation untuk mommy dan daddy rajinkan diri membaca quran..~



February 2, 2011

Bila nak balik?

Dah lama tak cerita pasal perempuan cantik dan baik hati kan?

Kalau dulu, bila saya mengadu cakap rindu, homesick, tak tahan sejuk, nak balik Malaysia bla bla bla..dia selalu neutralkan saya balik. Mama selalu pujuk cakap..

"Alah, tak lama mana dah pun..sabarla.."


"Tahanlah sikit, bila lagi nak merasa duduk bercuti panjang kat tempat orang..."


ataupun ayat paling tak logik

"Alah, balik Malaysia pun bukan ada apa sangat..dudukla sana dulu.."

Tapi kan, sekarang ni macam terbalik pulak dah. Almost setiap kali telefon (saya call dia setiap hari), dia akan cakap..

"Bila nak balik ni..mama rasa dah tak boleh tahan la..mama rindu sangat dah ni" *sob..sob*


"Dah tau ka bila nak balik? Berapa haribulan?" *walaupun dah berkali-kali saya cakap, kami tak ada exact date lagi bila boleh balik*


"Dah packing barang ka? Banyak tak nak bawak balik nanti?" *haha*

Bila perempuan cantik buat perangai macam ni, saya jadi sedih sangat. Saya cakap kat Mr Hasnul, "Mesti mama dah tak boleh tahan rindu sangat dah tu..kalau tak mama okay je kan.."

Saya sendiri pun memang dah rasa sampai dah limit homesick saya. Macam dah tak boleh tahan, tapi terpaksa gagahkan jugak. Kadang-kadang kesian jugak kat Mr Hasnul, mesti dia tertekan bila orang asyik tanya bila nak balik, bila nak balik. Kalaulah saya ni pandai engineering, lama dah saya ikut pegi lab, tolong siapkan final project dia.hehe. Tapi tu lah, nak tolong tengok bolehlah..huhu..

Sangat berharap boleh balik awal sket. Kalau boleh nak rehat-rehat dulu kat rumah sebelum kena lapor diri bulan April nanti. Doakan semoga mudah urusan kami berdua ye..Semoga panjang umur semua, dapat bertemu lepaskan rindu..huhuhu..

February 1, 2011

Bercanda dalam salju.

 Tajuk tak menahan. Sila muntah beramai-ramai.hehe~

Ini cerita hari jumaat minggu lepas. Saya cancelkan kelas, sebab..mmm..kami ada hal..haha. Ye, tak tipu, memang ada hal di malam jumaat yang syahdu itu. Best woh kalau keja nanti bole buat camni. Agak ada hal je, cancel kelas. Agak tak sihat je, cancel kelas. Tak yah amik cuti, tak yah jumpa doktor mintak MC. =)

Ok. Kembali pada cerita kita. Pagi Jumaat tu langit cerah gila. Matahari memancar-mancar dengan galaknya (segalak ayat ini) walaupun suhu dibawah paras negatif. Dan untuk menjawab soalan pada entri Is winter over yet? , winter memang tak habis lagi. Saja je dia acah-acah panas kejap hari tu, sekarang dah sejuk balik.huhu..Walaupun dah tak se-ekstrem masa awal winter hari tu, still ada lagi salji yang turun pada hari-hari tertentu. Saya memang dah plan dengan Mr Hasnul, kalau ada matahari, kami nak kuar pegi main salji sambil berphoto-shoot dan melunaskan impian saya untuk berguling-guling dalam salji sebelum pulang ke Malaysia, nanti tak tahu bila pulak lah boleh jumpa salji ni kan. So pagi tu lepas dah setel-setel, kami keluar. Pegi tempat biasa, tepi sungai dekat area rumah saya. Alah, tempat yang sama yang  saya pergi amik gambar masa musim luruh hari tu. Entahlah sebab apa, dah jadi tempat feveret plak kat situ. View cantik, orang tak ramai (senang nak buat gila tengah-tengah hari), dan dekat dengan rumah.

Cakap banyak tak guna, tengok je la gambar-gambar nih..(sama je macam gambar yang dah uplod kat fesbuk, kalau menyampah nak tengok banyak kali, bole pegi main jauh-jauh..hehe)






ce tengok gambar kat header n tepi sidebar blog ni,
walaupun takde yang tanya, saja nak cakap, tu gambar kat pokok yang sama. musim je lain.
kira dah chop pokok tu jadi 'pohon cinta'..memang bajet hindustan abis..hahaha~
Tak tahulah macam mana saya boleh jadi kalis sejuk hari tu. Rasa macam ok je guling-guling dalam snow walaupun jeans dah basah. Kesian Mr Hasnul plak yang tak tahan. Tapi dia layankan jugak saya main-main sampai puas.(memang macam budak kecik kan?).hehe. Alhamdulillah, rasa puas hati dah sampai hajat. Sekarang anytime nak balik Malaysia pun boleh dah.

Balik dari main salji tu, baru rasa letih. Biasalah kan, mak buyung kan memang cepat letih. Saya tidor je lepas balik tu. Petang tu, Mr Hasnul balik dari solat Jumaat dengan rambut baru. Pendek!! Saya dah la baru bangun tidor masa dia sampai rumah, hampir-hampir tak kenal masa dia masuk rumah tu. Ingatkan mamat mana lah masuk rumah kan.hehe. Rasa lain sangat bila tengok dia rambut pendek. Nampak muda pun ada. Tapi mestilah tetap hensem di mata saya.hehe. Sedihlah pulak, dah tak boleh nak ikatkan rambut dia pagi-pagi sebelum dia pegi kelas. Tak boleh nak main-main dandankan rambut dia, tak boleh buat fesyen pelik-pelik masa hari boring lagi dah.huhu..