"Mama sakit perut ni..tadi buka tak makan nasik, mungkin dah masuk angin.."
Saya pun terus suruh dia pegi makan dulu..dia cakap tak nak lagi..tapi dari corong telefon..(walaupun telefon sekarang bukan lagi bercorong), saya dengar dia bagi arahan,
"Hisan, tolong buat kopi secawan, mama nak minum kat sini.."..ooh..nak minum kopi..(sama kan anak beranak?hehe)
-------------------------------------------------------------------------------------
Macam biasa, sembang-sembang kosong..tapi satu benda yang buat saya rasa sayu..bila perempuan cantik dan baik hati tu cakap.."Petang tadi, seharian mama duduk dalam bilik, tengok-tengok album lama..seronok tengok anak-anak masa kecik dulu, semua comel..geram rasa..bila dah besar, semua cantik-cantik.."
Saya cakap..
"Tengoklah siapa mak dia.."
Perempuan cantik tu ketawa..kuat..senang hati mungkin..
Saya tau kenapa perempuan cantik tu rajin sangat mentelaah album lama..saya tau apa yang dicari..dan saya sangat sedih..sebab saya tau sayalah penyebabnya..huhu..
Satu masa dulu, seorang anak perempuan cantik itu diarahkan berkursus selama 3 bulan di sebelah pantai timur..hampir tiga bulan tak pulang atas tuntutan kerja..
Satu petang, perempuan cantik tu tergesa-gesa berjalan dari dapur ke pintu depan..terdengar loceng katanya..padahal, kami yang di dapur tak dengar apa-apa pun..kalau ada pun cuma bunyi sudip bertembung kuali..sampai di pintu depan, memang tiada siapa-siapa yang menjengah..kembalilah perempuan cantik ke dapur dengan wajah suram..katanya..
"Mama ingat Bang Id yang balik..mama dengar bunyi loceng.."
Semua diam..tak tahu apa respon yang sesuai..tapi kuatnya naluri ibu, malam tu jugak, Bang Id pulang..Sengaja pulang mengejut..kejutan untuk perempuan cantik katanya..Riangnya perempuan cantik bukan kepalang.Anak yang dirindu sudah pulang..
-------------------------------------------------------------------------------
Selepas setengah jam, perempuan cantik dan baik hati cakap,"Dah hilang lah sakit perut..dah dapat 'ubat'..".....




















