Well, I guess it's not too late to wish..
SELAMAT HARI R
AYA, MAAF ZAHIR DAN BATIIIIINNNNN.. *sila baca dengan nada ucapan raya beramai-ramai..*
Raya tahun ni adalah yang ketiga untuk saya sebagai isteri, yang pertama sebagai ibu, dan yang keduapuluhenam sebagai anak..hehe.. Tahun ni tentunya special sikit, sebab pertama kali beraya sebagai ibu. Lagi-lagi special, sebab saya belum pun tamat berpantang. Masa 1 Syawal tu, saya baru hari ke-28. Disebabkan masih berpantang, sebarang sesi shopping-shopping raya tak dapat dijalankan dengan meriah. Terpaksa mintak kak cik dengan adik-adik tolong belikan baju raya untuk saya dan Qayyim. Walaupun tak habis pantang lagi, tetap order baju kurung moden. *nasib baik muat je walaupun kat perut tu ada sedikit buncitan yang berjaya dicover dengan cara mendukung anak di bahagian depan.* Untuk Qayyim pulak, dorang belikan kemeja dan jeans sebab baju melayu memang konfem takde size untuk newborn. Kemeja tu pun besar sikit sebenarnya, tapi redah je lah pakai untuk photoshoot. Mr Hasnul pakai baju yang ada je.hehe.. Sejak bersalin, masa raya tu lah baru first time saya pakai baju cantik..kalau tak duduk rumah pakai comot-comot je dengan blouse besar+kain batik londeh-londeh (sebab tak reti ikat)..pastu badan pun memanjang bau minyak angin atau rempah-rempah.. Hari raya baru reti sembur perfume.hehe. Sampaikan pagi raya tu. kakak-kakak saya cakap, saya dah tak nampak macam orang berpantang..=)
Cadangan asalnya, memang saya nak betul-betul berpantang (read : tak keluar rumah, etc..) tapi disebabkan ada permintaan dari sebelah mertua yang tak sabar-sabar dah nak
saya Qayyim balik beraya, maka hari ke-2 Syawal tu, saya telah melanggar pantang. Selepas 20 hari terperap kat rumah (last keluar masa pergi hospital day 8 confinement), terasa macam saya di dunia lain..seronok boleh naik kereta! Tapi frust jugaklah sebab tak berjaya nak patuh pada adat berpantang macam orang dulu-dulu. Memang hebat dugaan beraya masa berpantang ni. Banyak makanan sedap-sedap, tapi saya boleh amik bau je lah..huhu. Paling mencabar tentunya bila tengok segelas air sirap/sunquick/etc berisi ais di tengah-tengah hari rembang.. Dushh..rasa gugur
iman jantung bila tengok ais dalam gelas, dengan titik-titik air terkondensasi di luar gelas tu.. *8 hari lagi...SABAR!*
Paling best bila beraya sebagai seorang ibu, tentunya sebab otomatik saya dilantik menjadi 'banker' untuk anak sendiri..hehehehe.. Bila orang datang, kita salam-salam, pastu tunjuk anak yang baru lahir, konfem2 orang tu akan hulur-hulur sampul duit.. Mommy dia senyum-senyum je sambil cakap..."Alah...susah-susah je..." hahahaha.. Dah lama disqualified untuk jadi pengutip duit raya, tahun ni dapat tolong kutipkan untuk anak pun kira ok lah..best! *mata $$$$$*.Insyaallah lepas pantang ni mama bukakkan akaun Tabung Haji untuk Qayyim ye..jangan bimbang satu sen pun mama tak amik komisyen..hehe~
Hari raya ke-4, sekali lagi saya langgar pantang sebab ikut mama pergi beraya rumah kakak dan abang-abang saya. Alang-alang dah langgar pantang kan.. Itupun sebelum keluar mama dah buat bekal nasi dengan daging goreng lada hitam untuk saya. Orang lain sedap-sedap makan mi rebus kat rumah abang Jad, saya bukak bekal makan sorang-sorang. Tapi lauk daging yang mama buat hari tu memang marvellous, orang yang tak berpantang pun pakat teringin nak rasa.hehe. Sepanjang keluar beraya tu, saya rasa ok je, walaupun badan terasa jugak macam letih. Kat rumah Bang Id pun, saya banyak baring je dalam bilik. Malam tu, balik je dari rumah abang saya, terus mama buat sesi rawatan mengejut, cepat-cepat mama suruh saya bertungku untuk hilangkan lenguh-lenguh dan untuk kecutkan balik urat-urat selepas sehari keluar rumah... Nasib baik takde rasa sakit-sakit..risau jugak takut demam ke, bentan ke dah jalan banyak..huhu..
Hari raya memang menggembirakan untuk ramai orang (ada jugak yang berduka..). Kita sambut hari raya, untuk meraikan kemenangan setelah beribadah bagai nak rak selama sebulan dalam bulan Ramadhan.. tapi standard orang kita, ibadah Ramadhannya ala kadar je, tapi sambutan nak sampai sebulan. Oh, saya tengah mengata kat diri sendiri..sebab saya sepatutnya tak boleh beraya since saya cuma puasa satu hari je Ramadhan hari tu..hehe.. Haih, berat jugak nak mengganti 28 hari ni. Berazam nak start puasa ganti lepas habis nifas ni. Harap-harap boleh la.. Oh badan, sila kuat ye..jangan manja sangat..~
p/s : Psssttt..nak tau satu rahsia? Hari raya tu, saya dah curi-curi minum air oren kat dapur..jangan cakap kat mama eh..minum seteguk je pun..hehe..