August 16, 2012

not so surprise, but seriously smart..

On our 1st anniversary, he gave me a gorgeous Swarovski bangle. I gave him a box of love notes and a dozen of sloppy cupcakes. We were both sweet.

Second anniversary, I gave him a beautiful baby. He gave me...err..erm.(OMG I can't remember. Notthing, maybe?hehe)

Third anniversary? I gave him nothing. Well, I'm trying to be fair. But he gave me this.

I don't need this. Tapi rezeki tak baik tolak kan?hehe
Mine yang pebble blue tu. Marble white tu dia punya. Sekali sambar dua bijik terus. Takyah berebut katanya.haha.


Sebelum ni pakai handset Sony Ericsson tahun 2009 punya. Takde touch screen segala. Mr Hasnul pulak pakai handset tahun 2006 punya. Daif sangat dah handset tu, keypad pun dah tanggal kena korek ngan Aniq. Sampai Mr Hasnul pesan jangan call masa dia meeting, Segan nak buka hp antik depan member.haha. Memang tak up-to-date langsung kami ni. So bermula last week baru belajar touch screen, baru pandai slide, baru kenal apps android segala.hahaha. Patutlah nama dia smartphone. Memang smart sungguh.hehe

So, this coming raya boleh la join orang lain ber-instagram ambil gambar ketupat lemang semua tu.haha. Lambat gila.Orang lain dah lama reti..




August 9, 2012

Tak puasa.huhu

Bukan tak puasa sebab uzur tu. Tapi sebab lain.huhu~

Lepas buka puasa semalam, saya pening, macam nak pitam tu. Rasa rumah berpusing-pusing. Masa BF Aniq, makin menjadi-jadi rasa pening tu. Nasib baik dia terus tidor lepas BF. Saya masuk bilik, then tiba-tiba rasa meloya. Habis keluar semua isi perut. Penat je makan banyak time buka tadi.huhu.. Ingatkan lepas muntah tu dah ok. Tapi tak. Lagi teruk je. Sampai lembik badan.

Last-last saya tertidor dengan Isyak pun belum solat. Masa bila mama angkat Aniq letak sebelah saya pun saya tak perasan. Dahla Mr Hasnul takde, kalau dia ada ok la jugak. Tapi mama macam biasa, baik sungguh. Saya pening, dia picitkan, then dia bawakkan ubat angin untuk saya makan. Tapi saya tak makan pun sebab takleh bangun.

Pagi tadi masa sahur mama kejut suruh saya solat Isyak. Then Aniq pun terjaga, saya terlalu lemah sampaikan nak angkat anak pun tak larat. Rasa nak rebah. Last-last mama jugak yang tolong dukung Aniq. Saya tak sahur pagi tadi. Meloya sangat rasa.

So hari ni MC lagi.huhu. 5 hari dah tahun ni..

Dan baru je kejap tadi, saya pergi klinik. Macam biasalah, kalau pening-pening ni mesti orang suspect pregnant kan. Tapi tak, sebab baru je habis period. Doctor check blood pressure, and dia cakap BP saya rendah sangat. Tak cukup rehat dia cakap.huhu.. Dia suruh saya rehat banyak, makan banyak dan kurangkan kerja. Entahlah, saya rasa saya ni takdela kerja kuat sangat pun. Doakan saya kuat, doakan saya sihat.~~


August 7, 2012

Du bist so süß!


Bukan selalu boleh dapat komen dari Mr Hasnul ni. Be it at blog, ataupun facebook. Dia baca je semua post saya, tapi tak pernahnya nak komen. So ni kira special lah ni.hehe. 

Thank you by the way. =)

Tiga

Dah tiga tahun. Or should I say, "Baru tiga tahun?" =)

Alhamdulillah.

Tiga tahun yang ada turun naik, ada sedih gembira, ada gelak ketawa, ada segala-gala. Jujurnya saya tak tahu apa petanda perkahwinan atau hidup yang bahagia. Mungkin rumah yang besar? Kerjaya hebat? Hadiah mewah? Anak yang ramai? Entahlah.. Cukuplah saya tahu saya bahagia pada benda-benda ringkas yang kami lalui setiap hari. Saya bahagia bila tanpa sebab, dia cium dahi dan ucap terima kasih. Saya bahagia setiap kali bersalam peluk cium sebelum pergi kerja. Saya bahagia bila dia genggam tangan bila berjalan. Saya bahagia bila nampak dua jejaka saya bergurau senda. Saya bahagia bila dengar dia alunkan ayat suci. Lebih bahagia bila saya di belakang menjadi makmum solat kami. Itu bahagia saya. Bahagia kerana saya tahu, saya tidak keseorangan di sini.

Semoga perkahwinan ini menjadi pemudahcara untuk kami ke syurga. Semoga setiap langkah, setiap nafas, setiap perbuatan diberkati dan diredhai Tuhan. Saya nak bahagia di sana. Saya nak jadi bidadari dia. Harap-harap dia sudi. InsyaAllah.


Dear darling, happy 3rd anniversary. I love you.

2009. Muda remaja lagi.
*duk layan album kawen sorang-sorang*







p/s : Jimat tahun ni sebab Mr Hasnul kena outstation time anniversary. So tak ada card, tak ada hadiah, tak ada celebration. Cukup sms dan phone call je. Saya pun dah makin matang agaknya, sebab tak rasa nak merajuk pun bila dia lambat wish (as always). =)
p/s/s : Takpelah tak ada hadiah pun. Janji duit raya kena lebih sikit ye. Sesuai dengan tema merdeka. Janji ditepati! hehe.





August 4, 2012

Only superhero can fly.

Yes, you are our superhero.  It is proven!






August 3, 2012

1 Jahr alt!

Alhamdulillah.

Dah setahun usia hero kesayangan hati tu.

Syukur Ya Allah. Besarnya hadiah yang Kau bagi ni. Tak ada satu pun yang boleh lawan perasaan bahagia bila tengok anak sendiri membesar depan mata.

Saya masih ingat betapa kecilnya Muhammad Aniq Qayyim setahun yang lalu. Nak peluk pun tak berani, sebab rasa tangan saya lebih berat dari badan dia. Sekarang, dia pulak yang peluk kita. Siap tepuk-tepuk kita macamkan dia yang nak dodoi kita tidor. Dah besar dah. Tapi satu yang tak berubah, tetap jugak tidor atas lengan, tak pun celah ketiak mommy.hehe..~

Sejak lahirnya Aniq Qayyim, memang berubah kehidupan saya dan Mr Hasnul. Tumpuan hidup kami beralih sepenuhnya untuk dia. Dialah yang utama, dialah obsessi, dialah segalanya. Dan Mr Hasnul, adalah bapa terbaik yang  pernah saya jumpa. Syukur saya tak keseorangan membesarkan anak. Syukur ada yang meneman bangun tengah malam, ada yang bergilir mandi dan tukar lampin, ada yang membantu bila perlu.Tak semua bapa kat dunia ni rajin kan?hehe..~

Saya pula, sedaya mungkin cuba untuk menjadi ibu yang baik. Masih banyak usaha yang perlu untuk ke arah tu. Semakin anak membesar, makin berat rasanya amanah yang digalas. Sebab saya yakin, mendidik anak tak semudah menyusu atau menukar lampin.huhu. Takutnya..~

Kepada anak mama yang dikasihi sepenuh hati (melimpah ruah), selamat hari lahir sayang. Semoga membesar dengan sihat dan kuat, menjadi lelaki beriman dan tentunya menjadi ahli jannah. Mama, papa sayang Qayyim sangat-sangat.

Birthday boy bangun tidor dengan senyuman, As always.

p/s : No birthday party (cause it's Ramadhan..huhu..), but there's gonna be 'something' special tomorrow. Let's hope for a bright and sunny day! =)