Showing posts with label travel note. Show all posts
Showing posts with label travel note. Show all posts

May 26, 2015

the sweet escape.

This (almost) half of the year was pretty hectic...

We both have been very, very busy.

So bila dapat 'lari' sekejap dari segala benda yang melelahkan..terasalah sangat bahagia.Ewah giteww.

Trip 2 hari satu malam, to our favourite island..=)

Tempah motel murah yang betul-betul dekat laut, naik feri-sampai-sewa keta-check in-main pasir-tengok sunset-makan malam-tidur-bangun subuh-main pasir-mandi laut-check out-beli cekelat-jeling jeling je kat pinggan mangkuk-naik feri-balik...Simple yet memorable.=)
















Sekian.

April 18, 2013

travel note : Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia.

Ok. Bukanlah ada apa sangat pun. Just tulis untuk kenangan masa-masa akan datang.

Cerita 2 minggu lepas, macam biasa, Mr Hasnul meeting kat KLCC, saya amik cuti jadi suri hotel 2 hari. Try hotel lain pulak. Saja nak merasa hotel-hotel sekeliling KLCC tu.hehe.




Hari Jumaat singgah Baby n Maternity Expo kat Mid Valley. Promosi grand sangat, tapi exponya saya rasa biasa-biasa je. Saya jenis orang yang tak sanggup beratur panjang untuk dapat potongan harga, so mungkin expo bukan tempat untuk saya.

Lepas round expo, Mr Hasnul ajak makan Tony Roma's. First time ni..orang kampung kan.. Bolehlah takat nak merasa. Sama macam Chilli's, sebelum pi rasa teringin nak rasa..dah try rasa ok ok je pun. Kalau ada duit lebih tu bolehlah nak p..kalau tak, food court pun sedap je.



Lepas makan gerak ke PD. Last saya pegi PD rasanya 5 tahun lepas. Dulu pegi dengan kawan-kawan masa study UPM. Masa tu zaman huha huha lagi. Pesen masuk bilik hotel wajib lompat atas katil lagi masa tu.hehe. Sekarang masing-masing dah jadik mak orang. Jangankan nak lompat atas katil, nak baring pun sikit-sikit je.~

Kat PD, Mr Hasnul book villa kat Desa Lagoon Resort, Mr Hasnul dapat harga staf.hehe. Oklah hotel tepi laut, tak ramai orang, ada pool sendiri.


Saya yang over -excited nak bawak Aniq Qayyim mandi-manda. Budak tu rileks je. Muka takde perasaan pun masa bawak main air.huhu.Rendam-rendam jap dalam pool, then pegi tengok sunset.



memang tak enjoy langsung. Takpe yang penting mama dapat masuk kolam budak. hehe~

Saya suka pantai. Tapi takut..sebab selalu duk terbayang tiba-tiba ombak tsunami datang nak lari mana kan?.. Kat tepi pantai tu baru nampak Aniq Qayyim enjoy sket. Maybe sebab angin kuat..then dia boleh pijak-pijak pasir. Kami tunggu jap tepi pantai tu tengok sunset. It was lovely. Tapi lovely-nya kejap je, sebab masa nak balik ke hotel sedar-sedar gate dah kunci. Pandai sangat tak baca sign kat board, gate kunci pukul 7. Nasib baik bawak phone, terpaksa call hotel suruh hantar guard bukak gate.hehe.

Angin  Selat Melaka. (ye ke?) 

muka-muka tersadai akibat tak reti baca signboard.


Malam tu makan, then tidor.

Esok pagi bangun, mandi lagi kat pool, then round pantai sekali lagi, pastu bersiap balik. *pemalas gila dah nak tulis banyak-banyak*


yang ni nampak enjoy dah sikit. tapi elok je lepas snap gambar ni, aniq terjun masuk kolam, nasib baik papa sempat sambar. jantung mama stop kejap masa tu. ketaq weh. tak sempat nak enjoy lama.

beach is better. tapi part main pasir je yang best. ombak kuat sangat.

jurus menampan ombak.=)

ok.noted!


Dari PD nak balik Kedah memang lalu Serdang kan, Mr Hasnul sweet sangat sebab singgah jugak kat UPM. Saja rindu nak melawat tempat belajar. There's always a part of me which is dying to be a student again. Tapi tu lah. Macam susah je..=(




Dalam pukul 4++ baru gerak balik Alor Setar. Ini adalah perjalanan pertama ke KL lepas accident tu. Mr Hasnul dah beli kereta baru. Tapi kereta baru tak cukup untuk buat saya lupa apa yang pernah jadi. Saya masih trauma Buktinya, saya langsung tak boleh lelap sepanjang perjalanan. Saya jadi penakut sangat. Hati saya berdebar-debar sepanjang perjalanan. Paling mendebarkan, bila terserempak dengan bas yang sama kat highway tu. Bas yang langgar kami dulu. Maybe brand je sama. Tak pastilah..tapi tetap rasa terkenang-kenang.huhu

On a positive side, bagus jugak trauma tu tak  hilang. Sebab bila takut, kita automatic jadi ingat Tuhan. Sepanjang masa berdoa, zikir, etc. Semua benda ada hikmahnya. Mungkin itu salah satu hikmah. Mr Hasnul pun dah jadi pemandu yang sangat berhemah. No, don't get me wrong, memang sebelum ni dia dah cukup berhemah. Cuma lepas accident tu, kami jadi lebih beringat. Tuhan dah 'ajar' sesuatu. Alhamdulillah.

Alhamdulillah, selamat sampai rumah, walaupun ambil masa yang lama. Patut 5-6 jam dah boleh sampai but we took nearly 9 hours. Bawak slow, dan banyak kali berhenti rehat. Salah satunya sebab takut.huhu.

Next time kalau nak jalan jauh, rasanya saya kan fikir panjang jugak. Sebab perjalanan dengan hati berdebar-debar, lutut terketar-ketar bukanlah satu benda yang best sangat.. Harap-harap one day boleh jadi normal balik. Amin.


love.


December 31, 2012

Worth it.

Day 1






Day 2





Day 3






  • Booked our flight in less than 24 hours before boarding, papa cakap tak best pergi KL sorang-sorang, mama terus cair termakan pujuk
  • 10 minutes before we reached the airport, baru perasan tertinggal 1 beg kat rumah, dalam tu lah ada susu Qayyim, kasut kerja papa, dan tudung mama yang sepatutnya akan di matchkan dengan baju-baju setiap hari, kelam kabut jugak. Nasib baik pak ngah offer kasut naik gunung.
  • Mama ulang pakai tudung yang sama setiap hari. Nasib baik ada jugak bawak 1 shawl dalam beg besar.
  • Hala balik pulak, masa nak collect baggage diberitahu yang baggage kami sangkut kat KLIA due to some unknown errors masa check-in. Beg kami je yang sangkut tu. The one and only. Hoyeaaah..



Mencabar, but worth it. Nothing can beat the quality time you enjoyed with your loved ones. Ecewah.


Happy New Year everyone. XOXO! 




November 30, 2012

travel note : Petronas Twin Towers Visit Tour

Hi people.!!.(tiru sapa ntah start entry camtu)

Walaupun tak seberapa, tetap nak jugak buat travel note.

So kali ni kami ke KL lebih lama berbanding yang sebelum-sebelum ni. Almost a week jugak. Sebagai bukan orang KL, setiap kali turun KL mesti ada banyak tempat saya nak pegi.

On our first day, kami pergi melawat cousin Mr Hasnul, we spent a night at her house. Malam tu jugak sempat gathered dengan bestfriends masa university. Syoknya masing-masing dah ada anak. Meriah! Lagi meriah sebab kawan saya yang sorang ni ada twin. Saya tak bole bayang kalau ada twin..ada sorang pun dah termengah-mengah nak kejar. Tapi kalaulah dapat twin, best jugak kan.

Meriah. Suka!


Hari esoknya (Sunday), we went for shopping at Ikea. Kononnya nak tengok-tengok designs untuk rumah nanti. Sambil survey apa yang patut. Tapi bila mengenangkan kami duduk jauh nun kat utaqha sana..lupakan je lah hajat nak furnish rumah dengan barang Ikea. Cukuplah sekadar jamu mata, dan jamu perut kat Ikea tu. Malu nak cakap, tapi ini first time saya makan kat Ikea.hehe.. Betullah orang cakap meatball dia sedap, murah pulak tu..makanan lain pun sedap. No wonder crowded gila. *malu*

Nak dapur camni? Murah je ni..dua sengget! *I wish*

10 tahun jaminan? Really?

and..makan time..

Hari-hari berikutnya, Mr Hasnul dah kerja. So kami boleh jalan petang-malam je. Due to time-constraint, kami pegi dekat-dekat je. Shopping (dah terlupa pelan nak berjimat-kumpul duit.hehe), lawat family Kak Ain aaaannd...visited the Twin Towers's skybridge!

Saya memang dah lama berangan nak jalan kat skybridge tu. Tapi selama ni saya ingat authorised personal je boleh naik situ. Tak tahu pulak ada je tour visit untuk towers tu..haha *malu sekali lagi*

Rasanya ramai jugak yang tak tahu macam saya kan? Tiket boleh beli kat Concourse Level, RM80  for adult(without MyKad), and only RM25 with MyKad. Staff boleh dapat discount 20% and children below 3 years were entitled to get a free admission.=)

Boleh scan code tu kat screen, and it'll show you 3D infos on Twin Towers.
The tour start as early as 9am, and ada schedule dia sendiri. Better book ticket awal sebab dia dah limit, 40 persons per trip. We chose to take the tour at 6pm. Ticket beli siap-siap masa lunch break. Itupun pergi pukul 2pm, semua ticket sebelum 6pm dah sold out.

We arrived at the entrance 10 minutes earlier, dia bagi visitor's tag, then simpan barang and scan barang, macam kat airport tu. Then they briefed us about safety, regulations and informations on Petronas Twin Towers. Yang ni pun menarik jugak, sebab dia buat briefing tu guna holographic projector screen..


Teruja!

Next, we got into the elevator which take us to level 41 a.k.a the skybridge. FYI, skybridge ni double decker. Level 41 untuk visitors, Level 42 untuk staff/authorised personnel. We were provided 15-20 minutes to spend on the skybridge. Teruja sebab dah lama teringin nak jalan atas bridge tu...Sempatlah tengok view yang sangat cantik,ambil gambar dan berkejar-kejaran dengan Aniq Qayyim. Dalam group tu, kami bertiga je Melayu/Malaysians..yang lain semua foreigners. Rasa confused jugak, "Aku kat negara mana ni?". Dah rasa macam duk oversea pulak.hehe.


Nampak muka budak kecik tu? itu muka tak puas hati kena dukung, he prefer to run on the sky bridge.haih!

Cantik kan?


Gambar ni elok-elok je sebelum aniq qayyim buat ragam.jalan-jalan bila ada anak ni 'lain' feelnya..you can't expect the unexpected.hehe
Then naik elevator sekali lagi untuk ke top floor. FYI (sekali lagi), Petronas Twin Towers ni ada 88 floors, visitor boleh lawat sampat Level 86 je. Kalau ikut kata tour guide tu, lagi 2 floors utuk maintanance je. Tapi saya dan Mr Hasnul buat andaian, kat atas tu ada secret floor.hehehe~

View kat atas tu lagilah sangat cantik..tinggi kan? Boleh nampak the whole Kuala Lumpur. The tour took us nearly 1 hour. Cukuplah 1 jam..elok-elok je dengan mood Aniq Qayyim..memang lepas tu dia dah letih and he became a bit cranky. Nasib baik papa ada, papa la penyelamat keadaan..hehe~

Ada banyak 'TV' camni kat situ, actually kalau letak ticket kat depan screen tu, dia akan tunjuk 3D infos tu.
But hey "Ain't nobody got time for that!", so guna untuk camwhoring je la..hehe~

Tinggi, tapi tak rasa gayat pun=)


Being the only kid, he can do almost everything.hehe~

You can only get this shot when you are as the same level as the peak.. 


Eiffel dah, Petronas Twin Towers pun dah. Lepas ni Burj Dubai la pulak.haha*berangan tak penah kalah*



So, kalau sebelum ni asyik pergi Petrosains or Suria KLCC tu je bolehlah try naik Skybridge pulak. Highly recommended for you!


p/s : Their official website - www.petronastwintowers.com.my