As scheduled, we went for our 34th week appointment yesterday. Since Mr Hasnul kerja Penang, dan saya kerja Kedah, waktu cuti kami dah jadi tak sama, saya cuti Jumaat-Sabtu, Mr Hasnul pulak Sabtu-Ahad. So we have to set our appointment on every Sunday. So, lepas je balik keja, terus rush pergi jumpa Dr.
As usual, bila jumpa Dr, dia buat routine check-up i.e blood pressure test, weight measurement and scan. Once again, we requested for a 4D scan. Kalau ada yang rasa tertanya-tanya, apa beza antara 2D, 3D dan 4D scan, dia lebih kurang macam ni. 2D scan, can only display image in 2-dimensional, height and width, Itu yang biasa kita tengok sebelum ni, yang gambar hitam-putih tu. Kalau 3D, boleh display height, width and depth of images. Tapi, untuk 4D, selain daripada height, width dan depth, boleh jugak tunjuk baby's movement in real-time display. Takde delay-delay. Maksudnya, apa yang baby buat masa tu, itulah yang kita nampak. Canggih kan teknologi sekarang?
Sepanjang perjalanan nak ke hospital, saya memang tak henti-henti cakap dengan baby, "Jangan tidor ye hari ni sayang..mommy nak tengok sayang gerak-gerak"..dan macam biasa my little genius ni macam faham je, memang dia aktif bergerak masa tunggu turn nak jumpa Dr tu. Tapi bila dah sampai turn, dia dah letih main agaknya. Dah kurang gerak.huhu..
Based on the scan, Dr cakap our baby is healthy, kedudukan baby dan placenta adalah baik, amniotic fluid pun cukup,dan saiz baby pun tak besar sangat. Tapiiii..berat dia sekarang dah increased to 2.2kg. Masyallah, cepatnya anak mommy besar. 2 minggu lepas baru 1kg lebih..Tapi takpe, Dr cakap tu berat normal, sesuai dengan umur dia sekarang. Bila Dr convert scan 2D tu kepada 4D, sekali lagi saya boleh tengok wajah anak yang saya kandung ni. Muka bulat, pipi tembam. Sekali lagi tangan dia tutup muka jugak. Mata pun tengah tutup. Saya tanya Dr, " Baby sekarang dah boleh celik mata kan dalam perut ni? Ke all da time dia pejam mata?". Dr jawab "Dia dah boleh buka mata, but maybe hari ni dia letih kot, lama tunggu turn tadi kan?". Memang lama pun kitorang tunggu, almost 1 hour jugak, sebab petang tu Dr ada kes. Elok je lepas Dr jawab tu, saya memang boleh nampak mata dia gerak. Yang lawaknya, Dr pulak terlebih excited, dengan nada yang seakan-akan terjerit,"Ha..tengok..tengok..dia buka mata tu..memang rezeki you all la boleh tengok..". Subhanallah. Beberapa minit lepas tu, sekali lagi nampak mata dia celik, tapi lepas tu pejam balik. Gaya-gaya orang baru bangun tidor tu. Malas-malas je nak buka mata. Lepas tu, bila Dr duk sibuk nak fokus kat tangan dia yang tengah tutup muka tu, saya boleh nampak dengan jelas baby tengah hisap ibu jari. Alolololo..comel sangat. Then dia menguap... Waaaaa...Can you feel how excited I am?? Kagum. Kagum sangat. Subhanallah!
![]() |
| See? Can't you see that? His eyes are opened...Subhanallah! |
Dr cakap, daripada keadaan saya sekarang, Insyallah saya boleh bersalin normal. Tapi semua tu bergantung pada keadaan bila masanya tiba nanti. Kalau ada yang tak kena, terpaksa jugakla kena operate. Kena bersedia je untuk apa-apa kemungkinan. Harap-harap semuanya ok. Semuanya mudah. Takut sangat rasa. Berat saya dah 57kg sekarang. Nak berjalan memang terasa berat. Kalau dulu cramp dekat kaki je, sekarang punggung pun bleh cramp tau.(haha..over tau nak cerita psal punggung cramp)..Kalau baring atau duduk lama-lama mesti akan rasa sakit. Dan secara tiba-tiba ada stretch marks yang dikesan dibeberapa bahagian badan. Kat perut takde, tapi dekat peha ada. Sejak dari 1st trimester lagi saya dah pakai Bio Oil, tapi jadi jugak strecth marks tu.huhu.. Boleh hilang ke ek? Tak cantik ah kaki I pasni..huhuhu.
Pastu sekarang, sesekali saya dah boleh rasa minor contraction. This contraction is also known as Braxton Hicks contraction. You can read it here. Takut betul rasa nak menghadapai contraction yang betul-betul nanti. Camne perasaan dia ek? Eii.. Rasa macam tak bersedia je. Tapi tak sabar dah nak jumpa baby ni. Dah malas nak datang keja. Pastu tiap-tiap hari kena panjat tangga sampai tingkat 4. Tak patut tau, cikgu sekolah baru ni, dorang cakap dorang nampak saya sihat je. So, dorang tak rasa bersalah nak bagi saya ganti kelas yang terletak kat tingkat 4. Ada sorang lagi cikgu yang tengah pregnant jugak, dorang cakap kesian kat dia, dia dapat semua kelas yang tak payah panjat tangga.huhu. Takpelah..mommy tak kesah. Selagi ada kudrat, akan kugagahkan jua kaki ni melangkah. Dah memang sihat pun lagi. Buat apa nak mengada-ngada nak layanan lebih kan. Tapi seriously, memang mengah jugak nak panjat tangga sampai tingkat 4 tu..huhu~
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Amin.

2 comments:
truja tengok,,,best nya...
hehe..mmg best..alhamdulillah..
Post a Comment