July 8, 2010

Deutsch für Anfänger.



oh, sebelum tu..saya dah berbaik-baik dengan mr hasnul. nama pun laki bini.nak gaduh-gaduh lama-lama, merajuk-rajuk pun, muka tu jugak yang saya tengok tiap-tiap hari, dia jugak yang saya cari malam-malam buat pemanas..hehe~
Lagipun tak sampai hati tengok usaha mr hasnul memujuk. Cair juga hati perempuan saya..=)

----------------------------------------------------------------------------

Semalam officially dah habis kelas Deutsch für Anfänger yang saya amik secara free tu.Dan semalam dah selamat buat exam. Walaupun ambil exam tanpa sebarang tekanan, since saya memang tak memerlukan apa-apa grade, dan takde sape pun kisah apa result saya.Tapi masa masuk hall tu, tetap rasa cuak satu macam. Selalu dah biasa kita yang menjaga exam, kita yang buat muka kerek kat depan..rasa dah lama tinggal zaman kena duduk kat kerusi, dengar orang bagi arahan kat depan.

Hall exam semalam.

Kertas soalannya.

Saya duk sebelah Jian Yi, budak cina tu. Exam sejam setengah. soalan boleh tahan banyak. Dalam banyak-banyak soalan, yang last paling susah. Ingatkan satu je karangan kena buat, rupa-rupanya ada empat. Bukanlah karangan 350 patah perkataan ye, karangan 5 ayat je.haha. Masa jawab tu, saya terbayang, mesti Lucie gelak guling-guling baca ayat saya.



Soalan 1 : Apakah perkara paling penting dalam hidup anda?Terangkan dalam lima ayat.
Saya bagi jawapan yang dah ditransletkan ye.Ayat memang sengaja pendek, sebab Lucie cakap, buat ayat paling ringkas.(kalau suh buat ayat panjang pun mmg aku tak reti)

Saya rasa perkara paling penting dalam hidup saya adalah buku <-------------sebab dalam byk2 word, 'Buch' je yang saya ingat.Ayat pun kopipes balik dari soalan je.
Saya ada banyak buku yang bagus.
Buku itu mempunyai banyak cerita yang menarik.
Hari ini saya akan membeli sebuah buku.

Soalan 2 : Tulis poskad untuk kawan anda untuk menceritakan tentang keadaan anda di Paris/Berlin/Prag etc.
soalan ni saya suka, sebab dalam kelas Lucie asyik suruh buat poskad@ surat. Yang ni rasa cam boleh dapat markah penuh ni.haha. Untuk berlagak sket, saya bagi jawapan dalam german.


Liebe Lucie, 

Hier ist Yusrina aus Europareise. Ich bin zwei tage in Paris. Paris ist wunderbar. Das Wetter ist gut, und die 
Leute sind freundlich. Paris hat viele großes einkauf zentrum. Morgen bin ich in Berlin.
Ini adalah Yusrina dari Eurotrip. Saya dah dua hari kat Paris. Paris is wonderful. Cuacanya baik dan orang-orangnya friendly. Paris ada byk pusat membeli-belah yang besar. Esok saya akan ke Berlin

Viele gruße,
Yusrina


Soalan 3 : Anda terer buat apa, terangkan dalam 5 ayat .
Yang ni serius merapu. 

Saya bagus dalam memasak pizza.  
Setiap hari saya masak pizza.
Pizza itu rasa sedap.
Hari ini saya akan masak pizza cendawan Champignon.
Saya perlu beli tepung dahulu sebelum masak pizza.

Dah macam ayat P. Ramlee, 'saya suka main bola, hari2 saya main bola'..Vocab yang saya guna pun, sebab selalu pegi shopping barang dapur.Ayat last plak, kopi pes dari soalan lain.

Soalan 4: Bilakah hari jadi anda, ceritakan dalam sekurang-kurangnya 3 ayat.

Mein Gebutstag ist am ersten Januar.
Ich habe viele schönes Geshenk für meine Geburtstag.
Ich bin glücklich. 

Harijadi saya adalah pada 1 Januari.
Saya dapat banyak hadiah masa hari jadi
Saya sangat gembira.

Tiba-tiba je hari jadi aku jadi 1 Januari.Itu paling senang nak tulis. 


--------------------------------------------------------------------------

Ok lah tu kan, buat lawak sket, sebab Lucie mesti sedih German kena bantai dengan Spain  semalam..Kita tunggu la tengok markah camna, Lucie cakap minggu depan dia emel markah. Kalau markah cun, saya ingat nak suh Lucie buat sijil. Mana tau nanti nak further part 2 ke. Kalau markah teruk, senyap-senyap sudah. Lepas ni dah tak payah keluar rumah la. Dah takda aktiviti naik bas soarang-sorang, lalu jalan kubur nak pegi kelas. Dah tak payah elak-elak kaki dari Bertha dalam kelas. Sebagai penghargaan untuk Lucie, saya akan abadikan gambar dia dan Bertha dalam blog ni. 

bus stop depan kubur

ini kubur. tapi tak takut cam kubur kat mesia. orang ramai lalu lalang, kubur lak cam taman bunga. macam-macam spesis bunga boleh tengok.cantik gila.ramai pakcik n makcik lepak sini. rasanya dorang ini setiap hari datang siram pokok kat kubur ni.

kedai bunga depan bustop, saya selalu teringin nak pegi.tapi malas nak ckp kat mr hasnul, so tak pegi la.

Ini saya, Lucie dan Hussain, hari terakhir kelas. Budak Brasil semua kerek, taknak join amik gambar.

Jian Yi dan si pipi tembam. Botol air atas meja tu, Jian Yi bawak air jeruk cili..mayb tu petua kalau nak jadi prof.

Bertha yang selalu disebut-sebut

Saya jalan belakang dorang.Bertha  tu nonong je pegi tala tempat lain.Sian ah.


Saya hargai pengalaman jadi pelajar kat Germany ni. Saya suka.

2 comments:

Anonymous said...

Morgen bin ich in Berlin

hehehe...

Anonymous said...

menarik...;)