Kalau semalam aku berpaling, bukan aku takut, bukan juga aku membenci..tapi aku tak mampu menahan getar hati, bila terpandang wajah kamu.Wajah yang aku cinta, yang aku sayang.
Rajukku panjang, bukan bererti aku yang benar. Kurangnya aku, khilafnya aku, buruk baiknya aku..semua itu kamu pasti tahu. Rajukku panjang, kerana aku tak jumpa dimana harus ku mula.Di mana harus ku katakan?.. Lalu ku biar diam yang berbicara..
Sakitnya aku, aku tahu, perit lagi lukamu. Sunyinya aku..pasti lagi dalam sepimu...kerana aku tahu, kamu hanya ada aku..
Disaat tangisku tak lagi ku sedar apa sebabnya, saat itu telah ku buang semua kisah luka. Semua silap kita..
Aku ingin jadi kamu, yang selalu mudah mengatakan maaf. Selalu senang maafkan aku, dan meredhai semua tingkahku. Aku ingin jadi kamu, yang memeluk aku disaat hatimu juga terguris sedih. Aku ingin jadi kamu, yang mengucupku syahdu, disaat air matamu juga jatuh.
Aku tak pernah sebaik Fatimah dan Aisyah, jauh sekali untuk bermimpi menjadi sehebat Khadijah..Tapi aku adalah surimu. Di telapak jejakmu letaknya syurgaku. Redhamu itu jannahku. Cintamu itu nafasku..
Ampunkan aku. Pimpinlah aku, bawa aku ke jalan redha. Bawa aku ke syurga cinta....
Aku rindu kamu.
.
.
.
.
.
.
1 comment:
ayat kamu yang ini..
"Sakitnya aku, aku tahu, perit lagi lukamu. Sunyinya aku..pasti lagi dalam sepimu...kerana aku tahu, kamu hanya ada aku.."
................hmmmmmmm
Post a Comment