July 16, 2010

a day to remember.

Ini sambungan kepada entry kapal-kapal tu ek..haha..
Seperti yang dijangka, memang takde reservation kat kapal-kapal tu..but we enjoyed our day, in our own way..and we will remember that day..insyaAllah..~

This is a story on how we spent the day.

Sepanjang tengah hari, saya sibuk siapkan menu special untuk dinner. Lunch makan ala kadar je, sebab dah bajet nak simpan perut dan mood makan untuk malam..

Sebelum balik keje lagi, mr hasnul dah ym, ajak saya minum kopi..*betul kan instinct saya?*
Dan saya memang tak pernah tolak ajakan untuk minum kopi ni. So dia balik je keja, saya terus bersiap. By 'bersiap' i mean, pakai baju baru, wangi-wangi, mekap-mekap, walaupun sekadar nak minum kopi kat Mc Cafe je...heeee~
Mr hasnul sangat baik dowh hari tu.Sebelum masuk Mc Cafe, siap offer ajak saya masuk kedai kasut.Memang cadang-cadangnya nak beli kasut untuk summer. Tapi kalau yang saya berkenan je, mesti takde saiz kecik. Kalau ada saiz kecik, mesti harga mahal nak mampos.*benci..benci!*. Dua kedai yang saya masuk, dua-dua takde yang berkenan..so window shopping je la..itu pun dah cukup buat saya hepi..*perempuan kan?*. Lepas penat tawaf kedai kasut, we went for our coffee treats..~

me with my grande size of caramel caffe frappe

strawberry-lemon frappe for him..

minum-minum, borak-borak, then singgah beli barang dapur sket.

lebih kurang cam tesco la nih..


16 minutes @ bushaltestelle

this is our feveret pose masa bercinta dulu..amik gambar kaki..apa motifnya tak tau lah..
but since ini adalah anniversary outing, gatal2 immitate balik pose zaman dolu2..~

kat tangga rumah.
*nak tunjuk baju sebenarnya, bkn sng nak dpt baju labuh-tangan-panjang-leher-tak-luas kat sini*

Sampai je rumah, 2-2 dah letih and lapar...tapi masing-masing excited untuk aktiviti malam pulak.So tanpa membuang masa, dengan semangatnya bekerjasama setup table untuk dinner. Then mr hasnul suh saya mandi. Keluar je bilik mandi, terdengar lagu-lagu yang tak pernah saya dengar mr hasnul pasang sebelum ni..rupanya-rupanya dia dah siap pasang playlist lagu-lagu romantik untuk candle light dinner..complete dengan Frank Sinatra segala bagai..owh..terharu okay..sebab tak sangka dalam hati dia ada taman..hehe~ 

We dressed up the best we could..(apa barang nak candlelight pakai kain pelikat dgn baju kelawar kan?)..then i served my special homemade dishes for him..

appetizer-mushroom soup and garlic breads

chicken chop set as the main course
*plain rice tu wajib untuk sesuaikan dengan perut melayu*
.
.
.
.
.
.
.
and this is it...

*simple but memorable*

This is our first candle light dinner..walaupun 7 tahun dah bercinta..tak pernah pegi candle light dinner pun.Memang bukan budaya kita benda ni semua..But 1 thing is, saya rasa ada bagusnya buat candlelight dinner sesekali sekala. Feelingnya sangat romantic okay, walaupun sesimple ini.. Makan dalam gelap, bertemankan cahaya lilin, diiringi lagu-lagu romantik..automatik rasa berbunga-bunga hati..dan dua-dua jadi sangat sopan serta malu-malu..*no lie*..Kau tengok aku, aku tengok kau..fuh..memang cair lah..=)

Eh, by the way..this is only advisable for a married couple kay..Kalau tak kawen lagi, makan-nasik-lemak- bungkus-suratkabarlama-kat-wakaf-tepi-tasik pun, hati mesti bunga-bunga dah..takyah susah-susah nak bercandle light dinner ni..hehe..~



End of the story.




p/s : masa tengah makan, saya terpikir, kalau next year dah ada baby, maybe tak dapat buat macam ni..imagine baru nak suap makanan dalam mulut..uwaaaaaaaaaaaaaaa..baby nangis jerit-jerit..mesti hilang mood mama and papa nak romantik-romantik bawah cahaya lilin..haha..~.

3 comments:

Anonymous said...

haaaa.....
baby.. so setiap menda ada hikmahnya eh?

lalalala..
eh.. ada la orang asyik amek gambar kaki jugak
oooOOOoooo... motip? tataw

nicko said...

wah, baju baru....;)
baru nk teka tp tn punya badan da ckp dh

useryna said...

naza, sure ada hikmah..huhuhu
and gmbar kaki ni, aku pun tapaham knpa mesti kaki...

nicko,
hehe..u know me kn..~