huhuhuhuhuhuhu..
kenapa dalam gambar pipi tembam gila, jeans pun nampak macam sendat..dan yang paling obvious adalah double chin....tapi kan, bila timbang sebenarnya baru naik 2 kg je since kawen ni..(which is, dah dekat setahun kawen)..dan masih lagi kategori underweight sebenarnya ni..tapi, kenapa mesti ada double chin?dan kenapa sampai boleh nampak bayang-bayang pipi sendiri bila buat mata juling ke bawah?
mungkinkah sebab saya kuat gila tidor?ke sebab sekarang ni asyik makan malam lewat?.huhu.tapi nak buat macam mana, maghrib masuk 9.15, dan memang dah tradisi lepas maghrib baru rasa nak makan. So selalunya saya akan makan malam pukul 10.30..pastu tdor sejam yang berikutnya tanpa rasa bersalah..
lagi satu..mungkin sebab saya terjangkit perangai mr hasnul, yang suka makan lepas makan..tahu apa maksud suka makan lepas makan??..lepas makan nasik, dia akan bukak pintu fridge, dan akan keluarkan makanan-makanan
Itu belum termasuk kuantiti gula dalam minuman bergas yang sangat menjadi feveret saya sekarang...uurggghhh lagi.......
dan mungkin juga, kegilaan memakan makanan-makanan seperti dibawah adalah salah satu penyumbang kepada double chin...
tau tak ape ni?jap, nak buat yang zoom out sket..
.
.
.
.
tadaaa...creamy baked cheese di atas sekeping pizza panas...
dan bukan sekeping pizza..tapi dua..hahahaha
*bavaria is known for its delicious cheese, jadi bukan salah saya kalau skrg suka cheese..geeee*
kalau kat rumah(kat mesia) dulu kerap gak wat blood test, sebab baba ada alat cucuk2 amik darah untuk cek kandungan gula tu *ape ntah name dia, lupa lak* dan kadang-kadang cek blood pressure..(alat pam tu ada kat rumah)..so boleh la pantau kenaikan gula dalam darah dan blood pressure kan..ni kat sini tak tau la..malas la nak p klinik wat check-up..lagipun rasanya sihat je..setakat double chin, xda dokter rajin nak layan..
lagipun kat sini banyak berjalan..rumah pun tingkat 4, takde lif...anggap je la tu dah kira senaman..*stetmen sedapkan hati*
eh, baru tingat..hari ni pun dah buat SENAMAN tau..senaman dengan jalan-jalan pegi Aldstadt..haha..*suka, suka dan suka*..
dan pulang dengan tangan yang tidak kosong..hadiah untuk diri sendiri sebab rajin berjalan bersenam.
hahahahahha..keji kan? 3 helai baju dari esprit, yang dibeli sebab tak tahan tengok sale..tak kesahlah ko buat sale untuk baju season lepas pun, yang penting sale.baju ko pun cantik.
best la kat sini..kalau baju yang harga asalnya adalah 100€ pun, ada kemungkinan akan di kurangkan sampai jadi 20€, selalunya bila dekat-dekat nak abis season tu. Contoh, jaket winter,kalau beli masa awal winter, mesti keluar design baru, tapi harga mesti mahal, tapi kalau kita beli bila dah nak masuk spring, harga dia memang turun gila..(kdg2 time mid season pun dah ada sale)..tapi yang baju-baju diatas ni rasanya baju design lama, sebab tu dia dah 'sale'kan..harga 3 helai pun baru sama dengan sehelai baju kecik untuk design baru..tapi cukupla untuk buat saya gembira, memandangkan saya adalah housewife yang tak ada penambahan 4 angka dalam akaun pada setiap hujung bulan...
p/s: ok, I admit, saja gatal letak gambar baju sebab nak show-off share stori..kat fb takleh show-off share stori, nnt ramai yang dengki..haha~




2 comments:
kalau aku. aku up ja kat fesbuk. heran pa kat orang.
mura eh weh.. no wonder la depa pakai suma nak brand. bukan brand conscious pon.. tapi da memang tu pakaian nya. mura pon mura.
kesah pa baju last season. ada aku heran? ang pakai kat mesia tadak sapa heran.
Ehhhhhhhh!! tu baju winter!
sebab takdak season pon!! waka waka ey ey
tunggu la aku ada brg yang at least harga dia sama cam payment sebulan keta aku, baru aku up kat fesbuk..haha..
sejak aku dah tak kesah sangat nak convert duit euro dalam hengget, baru la boleh rasa cam murah..haha~
Post a Comment