August 6, 2011

Alhamdulillah.. (Labor Experience Part I)

Alhamdulillah..Syukur yang amat sangat. Muhammad Aniq Qayyim selamat lahir pada jam 12.12 am, 3 Ogos 2011 bersamaan 3 Ramadhan 1432H. Terima kasih ya Allah.


------------------------------------------------------------------

Lebih kurang sejam selepas saya post entry Rambles, saya dapat kekuatan untuk bangun mandi. Sebelum tu duk rasa down je sebab tak rasa apa-apa pun untuk bersalin dan tak turun tanda pun..Sebelum nak masuk mandi tu, saya rasa 'lain macam' so saya pun check la..macam tak percaya je ada sedikit blood spot pada pantyliner. Tapi saya macam tenang gila masa tu, tak rasa cuak pun..rasa macam hepi.."Yay, finally it's time!" hehe.. Saya masuk amndi dan check sekali lagi. Memang confirm la ada darah. Then siap je mandi, saya bagitau mama. Mama tau je terus cuak, terus mama cakap kena cepat-cepat bersiap pegi hospital. Saya pulak rasa macam taknak pegi hospital dulu, nak tunggu Mr Hasnul balik. Saya cal Mr Hasnul dan dia cakap dia akan cuba mintak izin kat boss nak kuar awal. Then, nak puaskan hati, saya call doctor, explain condition saya dan tanya perlu pegi hospital segera or bleh je tunggu dulu. Macam yang dia dah explain sebelum ni, Kalau blood spot, tak perlu cepat sangat ke hospital, sebab itu cuma mucous plug yang turun. Lebih-lebih lagi untuk anak pertama, dia akan ambil masa yang agak lama sebelum labour bermula. Tapi kalau dah ada water break, kena segera ke hospital untuk elakkan baby lemas dalam rahim. Apa-apa pun, seeloknya pergi je hospital untuk dapatkan kepastian.

Ok, cut it short..2 jam kemudian Mr hasnul sampai dari Penang, and kami pergi hospital. Doctor buat scan dan tengok jantung baby kuat je, amniotic fluid pun masih ok. then dia buat vaginal exam, terkejut saya bila dia cakap, dah dilated 2cm! Terkejut sebab saya tak sakit langsung pun masa tu. Langsung tak ada contraction. Then doctor cakap kena masuk ke ward terus. Pukul 1 pm saya admitted into the ward.



Mama dah sibuk suruh makan, simpan tenaga untuk push dia kata. Since bulan puasa, susah sikit la nak cari makanan tengah-tengah hari kan, kang pegi beli orang cakap apa pulak. tapi Mr Hasnul selamba je cakap, dia nak belikan McD...hehe..

Oh my Big Mac. Sian nurses boleh ambil bau je tengah2 bulan puasa ni..hehe

Sepanjang duduk ward, saya tak rasa contraction sangat pun. Rasa sihat je. Duduk baring-baring dengan Mr Hasnul atas katil ward tu, then bangun baca selawat, baca Hizbul Bahar, baca doa-doa yang semua orang ajar etc.. Memanglah rasa berdebar. Tak tahu lagi apa nasib saya, takut, sebak, insaf, semua ada..Beberapa kali jugak saya menangis dengan tak sengaja bila terfikirkan, saya ni banyak dosa..nak ke Tuhan tolong saya bertarung kejap lagi?..huhu.. Tapi Mr Hasnul sangat supportive..Sepanjang 6 jam kat ward tu, dia tak henti-henti bagi semangat, bacakan quran dan tenangkan saya..

Debar tapi hepi..~

Sepanjang masa duduk 'berehat' kat ward tu, cuma nurses je yang datang buat checkups..2-3 kali ambil bacaan blood pressure, temperature, then datang buat CTG. Pukul 6 pm baru doctor datang buat vaginal exam sekali lagi..then dia cakap dah dilated 3cm. Lama gila kan, 5 jam baru bertambah 1 cm. Tapi doctor cakap, dia nak bawak saya masuk labour room dah. Dia bagi masa untuk saya makan and buat preparation sket. Mama suruh makan buah kurma dan minum air zamzam banyak-banyak...

Mama yang tak henti-henti bacakan yasin, doa, selawat  etc. 


Eh, nanti la saya sambung...sakit pinggang la duduk lama-lama------------to be continued.

August 2, 2011

rambles

Saya  cuti hari ni. Cuti ehsan dari doctor supaya saya dapat berehat sepenuhnya sebelum bersalin. Dan InsyaAllah hari ni hari kedua saya berpuasa Ramadhan dalam kesaratan mengandung 40 minggu. Alhamdulillah semalam pun senang je saya berpuasa. Letih, tapi masih boleh bertahan. Hari ni pun insyallah ok je kot..Kuat baby mommy ni..puasa-puasa pun rilex je..=)

Bila cuti dan duduk rumah macam ni..saya jadi gelisah sikit. Takde benda lain duk fikir selain dari "Bila nak bersalin ni?".. Pantang rasa cramp sket, mulalah saya cuak (dan hepi) fikir contraction dah start ke? Kadang-kadang tengah baring then rasa 'panas' cepat-cepat pegi toilet check kalau-kalau turun tanda ke.. Tapi so far, semua tu tak jadi lagi.huhu. Then bila duduk sorang-sorang ni, memang rasa rindu kat Mr Hasnul. Ye, tak tipu. Dia pegi keja pun saya rindu. Sampai kena cal semata-mata nak dengar suara buat ubat hilang rindu.hehe.

Pagi tadi sebelum pegi keja, macam biasa Mr Hasnul peluk cium then dia tunduk cium perut sambil saya dengar dia bisik kat baby.."Baby dah kena keluar ni..dah cukup masa...kesian kat mommy..keluar cepat ye..." Syahdu je rasa bila dengar dia cakap macam tu. Then dia peluk saya lagi sekali dan bisik pulak kat saya.."Ayang kena kuat ye..InsyaAllah tak lama dah..kena sabar banyak-banyak..banyak pahala ayang ni..." Seriously, rasa hilang semua sakit-sakit bila dengar suami pujuk macam  tu. Saya betul-betul syukur sebab dikurniakan suami sebaik Mr Hasnul. Tuhan je lah yang mampu balas kebaikan dia..

Tapi kan, bila dah sarat-sarat macam ni, memang terasa semua orang adalah sangat baik. Semua orang mampu buat saya menangis sebab baik sangat. Mama takyah cakaplah kan. Memang baik sangat-sangat-sangat. Nampak saya kerut muka sikit dia dah risau. Saya nak basuh gelas sebijik pun dia tak bagi, dia cakap kesian tengok saya berdiri lama.. Baba pulak hari-hari tanya " Rasa apa-apa tak?".. Pastu sekarang ni if dia dapat jemputan ceramah kat tempat jauh-jauh, dia mesti tanya saya dulu, dia takut nanti saya sakit masa dia tengah ceramah.hehe. Ramai lagi yang sangat baik. Pantang ada makanan sedap-sedap yang tak boleh makan masa pantang nanti, mesti dorang beli or hantar kat saya. Best gila, rasa semua orang sayang. Terharu!~

August 1, 2011

Mandi Wiladah @ Nifas?

Semalam masa tengah godek-godek internet ni, entah macam mana saya boleh termasuk dalam satu discussion pasal mandi wiladah ni. Secara tak sengaja saya termasuk dalam satu blog (lupa dah blog apa, nak trace balik pun tak jumpa..) yang bagi teguran pasal ramai orang lepas bersalin tak buat mandi wiladah. Mengikut penulis blog tu, mandi wiladah ni kena buat right after kita bersalin, supaya si ibu dalam keadaan 'suci' sekiranya meninggal dunia sebelum darah nifas kering.Then dalam entry dia tu, terdapat percanggahan komen dari readers blog tersebut sebab kata readers dia, tak perlu mandi wiladah, tunggu darah nifas kering baru mandi nifas. So, saya pun dah jadi konfius pasal hal ni..nak hilangkan konfius tu, tadi saya dah mintak penjelasan dari baba. So ini jawapannya ye kawan-kawan.

"Mandi wiladah merujuk kepada mandi wajib yang perlu dilakukan oleh para ibu setelah melahirkan anak, TETAPI hanya wajib dilakukan sekiranya si ibu tersebut melahirkan anak dan tiada darah nifas yang keluar selepas kelahiran anaknya.*normalnya lepas bersalin semua perempuan akan terus ada darah nifas  yang akan keluar sehingga tempoh maksima 60 hari, tapi di zaman Rasulullah dulu, ada perempuan arab yang memang lepas bersalin, tiada darah nifas. Even Siti Fatimah R.A pun, lepas bersalin tak keluar darah nifas.* So, untuk golongan seperti ini, mandi wiladah adalah wajib.

Untuk orang-orang yang kebiasaannya melahirkan anak dan diiringi oleh darah nifas, hanya perlu mandi wajib, setelah kering darah nifas tersebut. Tak timbul isu kita perlu 'suci'kan diri sebab takut mati dalam keadaan berhadas, sebabnya even mandi wiladah pun, tapi darah nifas masih ada, tetap jugak kita dikira dalam keadaan berhadas besar. Sama lah macam kita berwuduk dalam keadaan haid, wudhuk tu tetap tak dikira kan? So, kesimpulannya kalau lepas bersalin, terus ada darah nifas, tak perlu mandi wajib. Tunggu je darah nifas habis baru mandi. Tempoh maksimum bagi bernifas ialah 60 hari."

*Sekadar perkongsian bersama, dan sebagai ilmu tambahan untuk diri sendiri jugak. Saya nak betulkan kesalahfahaman penulis blog tu..tapi serius tak jumpa pulak blog dia..huhu..*
*Jawapan dari Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah. Tapi saya huraikan balik dengan ayat saya sendiri. So, kalau rasa ada salah kat mana-mana, jangan segan-segan tegur ye..~

week 40 : That widget makes me laugh-------------->

Elok je masuk blog pagi ni, widget sebelah tu cakap 'Congratulations'..LOL! Ikut weekly calendar tu patutnya saya dah bersalin, since saya masukkan due date 01.08.2011 masa sign in untuk week-by week updates tu. 1 Ogos tu EDD dari doctor kat Germany dulu, tapi EDD yang doctor kat Malaysia bagi 03.08.2011. Tak sangka, dah cukup 40 minggu, saya dengan komitednya akan baca weekly updates untuk baby progress tu. Dari size baby sebesar biji nasi, sampailah sebesar watermelon. Memang sepanjang pregnant, saya tak pernah missed untuk check apa yang berlaku pada baby dan diri saya setiap minggu. Walaupun saya tak beli apa-apa buku tentang pregnancy, rasanya bahan bacaan di internet ni dah lebih dari cukup. Search je apa-apa keywords yang rasa perlu..pastu bacalah sebanyak mana yang mahu..=)

Aishh..kenapa tak rasa sakit pun lagi ni.. Cuma sakit belakang+ pinggang + tulang punggung.Tambah sakit sebab sembelit 2-3 hari ni.huhu.. Minor contraction cuma berlaku waktu malam dan menjelang subuh, itupun kejap-kejap pastu hilang. Isk3.. Sabar..sabar...Insyallah tak lama dah. Anak-anak buah saya dah tak sabar-sabar tanya bila cousin baru dorang nak kuar. 2 orang anak buah saya sambut birthday hari ni, so dorang memang harap saya bersalin hari ni, nak share birthday ramai-ramai.hehe. Takpelah, 'kun fayakun' kan...kalau dah memang sampai masanya, kejap lagi pun boleh jadi.. Lepas buka puasa hari ni mungkin? hehehehe..~

July 31, 2011

Ahlan Ya Ramadhan Karim 1432H

Syukur. Macam cepat je dah Ramadhan semula kan? Duk terbayang-bayang lagi tahun lepas berpuasa kat Germany dengan penuh cabaran. Mana dengan homesicknya, dengan panasnya, dah tu kena puasa berbelas jam.hehe. Syukur Tuhan panjnagkan umur kita untuk bertemu lagi dengan Ramdhan yang penuh barakah ni.

Pagi tadi saya rasa down gila. First sebab sakit belakang yang amat sangat, second sebab saya harap sangat saya dah bersalin, but still, I am pregnant!huhu.. Sepanjang hari kat rumah MIL, saya duduk dalam bilik je, baring-baring sementara tunggu Mr Hasnul basuh 3 bijik kereta. Dah jadi rutin mingguan kot, hujung minggu je dia mesti basuh kereta. Petangnya memang dah cadang nak pegi jumpa doctor.

Macam biasa, saya memang berharap doctor akan bagi good news (read: dah boleh beranak), tapi apa yang doctor cakap adalah " come again next week.."..huhu. Apapun, syukurlah..semua ok je. Doctor cakap since semua ok, memang takde sebab untuk dia induce saya, kecuali saya request atas sebab tak larat sangat-sangat dah. Itupun dia cuma akan induce kalau keadaan cervix 'friendly'.hehe. Saya pun memang kalau boleh tak nak kena induce ni. So saya cakap, selagi mampu, saya akan tunggu. Insyallah. Oh, and one good thing is doctor tak bagi saya pegi keja dah. Dia cakap, dia nampak saya dah sarat sangat, dari gaya saya jalan pun dia rasa saya memang tak mampu dah.So, dia suggest suh saya amik cuti. Tapi saya bagitau dia saya dah tak boleh amik cuti, dah terlepas tarikh memohon..so dia cakap takpe, dia akan bagi MC sampailah saya bersalin. Yay! Basically takyah p sekolah dah la..Sukanya.. Terus tak jadi nak down..hehe.

Bila balik rumah, dah tenang-tenang saya fikir balik. Tentu ada hikmah. Walaupun saya beriya-iya harap nak bersalin awal, tapi kita tak tahu apa yang tuhan dah rancang untuk saya kan. So sekarang saya berserah sepenuhnya kepada Allah. Insyaallah ada perancangan yang terbaik untuk kami yang Dia dah aturkan. Dan bila memikirkan sekarang dah masuk Ramadhan, rasa syahdu sangat. Insyallah anak kami akan lahir dalam bulan yang penuh barakah ni..bulan seribu rahmat, bulan di mana syaitan-syaitan dah diikat.. Bukan selalu boleh dapat peluang ni.. Dan tadi, bila saya masih mampu berterawih, saya rasa syukur yang berganda-ganda.. Tak sangka merasa jugak berterawih tahun ni... Betullah, bulan Ramadhan ni sangat berkat. Macam ajaib je, tiba-tiba saya rasa tenang sangat-sangat malam ni. Terima kasih ya Allah.

Selamat menyambut Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu rahmat buat kita semua. Mohon ampun kalau ada salah silap. 0-0 ye..~

pic taken from here

July 29, 2011

Keluarlah wahai anakku....~

Dengan due date masih berbaki 3 hari, dan saya belum pun mengalami sebarang tanda ataupun contraction yang benar-benar menjurus ke arah labor. Saya dah mula cuak sikit. Sejak semalam, favourite search keywords di google tab saya adalah 'Overdue', 'How to make labour comes earlier', 'When should I be induced' etc, etc...huhu. Tiba-tiba macam risau pulak kalau ter'overdue. Satunya, saya bimbang makin lama baby dalam perut, dia akan makin besar. Dah berpuluh-puluh orang cakap susah nak push kalau baby besar. Tapi semua tu keje Tuhan kan...

I had a serious conversation with my brother last night. Bukan senang nak dapat consult free dari doctor kan.hehe. Abang saya ni punya pe-el, dia memang suka melawak. Contohnya, kalau hari cuti, then kita suh dia check or tanya apa-apa pasal medical ni, selamber je dia jawab " Bang Jad cuti hari ni..p cari doctor lain.." Hmmppffftt.. Geram kot kalau dia buat perangai macam tu (walaupun lepas tu dia akan layan jugak).Tapi semalam semua pertanyaan saya dia layan dengan sangat berhemah. Rasa lega jugak bila dia explain apa yang boleh dan tak boleh saya buat before labor, apa yang boleh saya request dari doctor during labor, risiko if overdue, etc, etc. Then dia cakap, since baby dah matang, boleh dah saya or Mr Hasnul berbual-bual dengan baby, bagi semangat supaya dia keluar cepat. Saya mula-mula macam tak percaya, ada ke kesan cakap-cakap macam tu. Dia kata, memang ada kesan. Sebab walaupun dalam rahim, baby boleh dengar suara mak ayah dia, dan dia faham (melalui hubungan hati). Bila dia tahu yang semua orang tunggu kelahiran dia, otak baby akan stimulate fisiologi dia untuk bersedia keluar dari rahim ibu. Isyarat dari baby tu pulak akan menyebabkan badan ibu response untuk bersedia melahirkan. *I'm not sure if there is any specific research done on this matter, but as my brother said, most of doctors believe that it works!"


So saya pun macam semangat nak cakap ngan baby..tapi tiba-tiba jadi kekok pulak nak cakap. Tak jumpa ayat yang sesuai nak cakap. Last-last saya bacakan doa yang baba bagi je..sebab ada part dalam doa tu yang menyeru anak supaya keluar dengan kuasa Allah..

"Hannah waladat Maryam, Maryam waladat Isa, al-ardhu tad'uka, ukhruj ayyuhal waladu, bi qudratillahita'ala.."

......bumi ini mendoakanmu..keluarlah wahai anakku, dengan kuasa Allahhi Taala..




July 25, 2011

My little baby is not out yet..huhu

Saya dah sampai pada satu tahap dimana saya adalah tak sabar-sabar sangat dah nak deliver baby ni.. Tak tahulah sebab apa..tapi rasa macam....mmm..kalau boleh nak bersalin sekarang jugak.huhu.
*Waah..gaya bercakap macam dah ready sangat je..ingat bersalin tu senang macam nak poo-poo ke?haha.. Takut sebenarnya..*

Semalam pergi check-up, 39th week. Ye, memang ada satu minggu lagi before estimated due date..Tapi kalau boleh saya nak cepat-cepat bersalin. Boleh ke camtu?huhu. Doctor cakap semua okay. Alhamdulillah, so far baby sihat, jantung dia kuat (walaupun kurang gerak due to ruang yang sempit dalam perut mommy), amniotic fluid cukup lagi, kepala baby dah engaged ke pelvic(no wonder semua orang cakap perut saya dah 'turun' sangat-sangat), dan berat baby dah cecah 2.9 kg. By next week Insyallah doctor cakap akan increase jadi >3kg. Dia tanya ada rasa sakit tak, saya cakap semalam ada sikit contraction, start pukul 12 malam (terjaga dari tidor sebab sakit), tapi pukul 2 lebih dah hilang. Semangat gila bercerita kat doctor dengan harapan dia akan admit, pastu cakap dah boleh beranak hari ni..hehe. Tapiiii, doctor cakap, tu bukan actual contraction tu.huhu..Kalau betul-betul dia sakit tak hilang-hilang. Hmmm.. Doctor buat jugak scan tadi, 4D macam biasa. Pipi baby dah bulat sangat-sangat. Hehe..tak sabar mommy nak gomol-gomol pipi tu..Bila tunjuk gambar tu kat mama saya, mama cakap baby ni muka macam daddy dia. Ish..ini yang tak puas hati ni. Saya nampak macam muka saya je...Macam mana mama bleh cakap macam muka Mr Hasnul pulak?Lagipun kalau ikut equation:

Baby     = Comel....................(1)
Mommy = Comel....................(2)

Substitute (1) in (2),
Patutnya akan dapat Baby = Mommy.
Kesimpulannya baby mesti comel macam mommy.hehehe~

*Mommy dah jadi wengweng sebab banyak sangat marking paper physics hari ni..tak kisahlah muka sapa pun, yang penting sihat sempurna je..=)*

Tiap-tiap hari bila pegi sekolah, mesti orang akan tegur "Eh, ada lagi?", ataupun "Laa..tak meletup lagi ke mak buyung ni.." huhu..  Macam gaya tak sabar-sabar nak tengok saya berambus cuti je kan? Maybe sebab ada 2 orang cikgu dah selamat bersalin, awal dari EDD dorang. Tinggallah saya sorang terkedek-kedek usung perut pegi keja.huhu. Nak amik cuti pun memang takleh dah. Dah terlepas tarikh memohon.isk3..So, let's pray for the best. Semoga tiba harinya nanti, saya akan bersalin dalam keadaan yang paling baik, dengan cara yang terbaik dan tentunya pada masa yang terbaik. Mr Hasnul selalu cakap, tak payah nak risau sangat..Insyallah Tuhan dah ada perancangan yang baik untuk kita. Harap-harap macam tu lah.. Lagipun, kakak saya cakap, mungkin Tuhan nak bagi lebih banyak peluang untuk saya habiskan masa berdua-duaan dengan Mr Hasnul sebelum jadi bertiga-tigaan. Dia cakap, once baby dah lahir, dah tak sama dah macam life sekarang. Saya pun tak tahu apa yang tak sama tu..kita tengoklah nanti macam mana. Tapi memang sekarang saya dan Mr Hasnul menggunakan 'peluang' yang Tuhan bagi ni semaksima mungkin. Kami ni dah macam belangkas. Tak berenggang langsung. Even nak pegi isi minyak kat petrol pump pun, Mr Hasnul mesti ajak saya temankan. Dia cakap boleh spend masa sama-sama dalam kereta pun ok jugak. Dulu-dulu (sebelum kawen n pregnant) kalau ternampak pasangan suami isteri, yang si isteri tengah sarat mengandung, pastu suami tolong pimpin tangan isteri..mesti rasa macam.."Mmm..sweeet nyeeewwww dorang tuuueewww.." Pastu mulalah jeles-jeles, berangan nak mengandung jugak. Sebab nak buat camtu jugak.hehe. Alhamdulillah..sekarang saya pun boleh 'sweet-sweet' macam tu.kui3.. Mr Hasnul memang sentiasa pegang tangan tangan saya masa berjalan. Even dalam kereta pun, kami memang selalu pegang tangan. Macam gedik kan?hehe. Tapi dah terbiasa macam tu. Lagipun suami isteri bila bersentuhan yang membawa kepada rasa kasih, free-free je dapat pahala. Rugilah kalau tak nak ambil, pahala Tuhan bagi senang-senang je..Harap-harap kekallah macam ni.. Insyallah.
*Tima kasih ye sayang, sebab tak malu jalan sebelah perempuan gemok 60 kg ni..huhu.. Nanti dah keriput-keriput, bongkok-bongkok pun pegang tangan jugak tau....*

Ok. Cukuplah mengarut setakat ini. Wish me luck ye..
*sambil mata melirik ke arah beg-beg hospital yang setia menanti di sudut bilik...tunggu masa nak angkut je..huhu*



Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Amin