August 6, 2011

Alhamdulillah.. (Labor Experience Part I)

Alhamdulillah..Syukur yang amat sangat. Muhammad Aniq Qayyim selamat lahir pada jam 12.12 am, 3 Ogos 2011 bersamaan 3 Ramadhan 1432H. Terima kasih ya Allah.


------------------------------------------------------------------

Lebih kurang sejam selepas saya post entry Rambles, saya dapat kekuatan untuk bangun mandi. Sebelum tu duk rasa down je sebab tak rasa apa-apa pun untuk bersalin dan tak turun tanda pun..Sebelum nak masuk mandi tu, saya rasa 'lain macam' so saya pun check la..macam tak percaya je ada sedikit blood spot pada pantyliner. Tapi saya macam tenang gila masa tu, tak rasa cuak pun..rasa macam hepi.."Yay, finally it's time!" hehe.. Saya masuk amndi dan check sekali lagi. Memang confirm la ada darah. Then siap je mandi, saya bagitau mama. Mama tau je terus cuak, terus mama cakap kena cepat-cepat bersiap pegi hospital. Saya pulak rasa macam taknak pegi hospital dulu, nak tunggu Mr Hasnul balik. Saya cal Mr Hasnul dan dia cakap dia akan cuba mintak izin kat boss nak kuar awal. Then, nak puaskan hati, saya call doctor, explain condition saya dan tanya perlu pegi hospital segera or bleh je tunggu dulu. Macam yang dia dah explain sebelum ni, Kalau blood spot, tak perlu cepat sangat ke hospital, sebab itu cuma mucous plug yang turun. Lebih-lebih lagi untuk anak pertama, dia akan ambil masa yang agak lama sebelum labour bermula. Tapi kalau dah ada water break, kena segera ke hospital untuk elakkan baby lemas dalam rahim. Apa-apa pun, seeloknya pergi je hospital untuk dapatkan kepastian.

Ok, cut it short..2 jam kemudian Mr hasnul sampai dari Penang, and kami pergi hospital. Doctor buat scan dan tengok jantung baby kuat je, amniotic fluid pun masih ok. then dia buat vaginal exam, terkejut saya bila dia cakap, dah dilated 2cm! Terkejut sebab saya tak sakit langsung pun masa tu. Langsung tak ada contraction. Then doctor cakap kena masuk ke ward terus. Pukul 1 pm saya admitted into the ward.



Mama dah sibuk suruh makan, simpan tenaga untuk push dia kata. Since bulan puasa, susah sikit la nak cari makanan tengah-tengah hari kan, kang pegi beli orang cakap apa pulak. tapi Mr Hasnul selamba je cakap, dia nak belikan McD...hehe..

Oh my Big Mac. Sian nurses boleh ambil bau je tengah2 bulan puasa ni..hehe

Sepanjang duduk ward, saya tak rasa contraction sangat pun. Rasa sihat je. Duduk baring-baring dengan Mr Hasnul atas katil ward tu, then bangun baca selawat, baca Hizbul Bahar, baca doa-doa yang semua orang ajar etc.. Memanglah rasa berdebar. Tak tahu lagi apa nasib saya, takut, sebak, insaf, semua ada..Beberapa kali jugak saya menangis dengan tak sengaja bila terfikirkan, saya ni banyak dosa..nak ke Tuhan tolong saya bertarung kejap lagi?..huhu.. Tapi Mr Hasnul sangat supportive..Sepanjang 6 jam kat ward tu, dia tak henti-henti bagi semangat, bacakan quran dan tenangkan saya..

Debar tapi hepi..~

Sepanjang masa duduk 'berehat' kat ward tu, cuma nurses je yang datang buat checkups..2-3 kali ambil bacaan blood pressure, temperature, then datang buat CTG. Pukul 6 pm baru doctor datang buat vaginal exam sekali lagi..then dia cakap dah dilated 3cm. Lama gila kan, 5 jam baru bertambah 1 cm. Tapi doctor cakap, dia nak bawak saya masuk labour room dah. Dia bagi masa untuk saya makan and buat preparation sket. Mama suruh makan buah kurma dan minum air zamzam banyak-banyak...

Mama yang tak henti-henti bacakan yasin, doa, selawat  etc. 


Eh, nanti la saya sambung...sakit pinggang la duduk lama-lama------------to be continued.

1 comment:

Anonymous said...

tahniah sbb penantian dh berakhir, hehe...
upload la gambar baby akak..
nak tgk muka muhammad aniq qayyim =)