Aishh..kenapa tak rasa sakit pun lagi ni.. Cuma sakit belakang+ pinggang + tulang punggung.Tambah sakit sebab sembelit 2-3 hari ni.huhu.. Minor contraction cuma berlaku waktu malam dan menjelang subuh, itupun kejap-kejap pastu hilang. Isk3.. Sabar..sabar...Insyallah tak lama dah. Anak-anak buah saya dah tak sabar-sabar tanya bila cousin baru dorang nak kuar. 2 orang anak buah saya sambut birthday hari ni, so dorang memang harap saya bersalin hari ni, nak share birthday ramai-ramai.hehe. Takpelah, 'kun fayakun' kan...kalau dah memang sampai masanya, kejap lagi pun boleh jadi.. Lepas buka puasa hari ni mungkin? hehehehe..~
August 1, 2011
week 40 : That widget makes me laugh-------------->
Elok je masuk blog pagi ni, widget sebelah tu cakap 'Congratulations'..LOL! Ikut weekly calendar tu patutnya saya dah bersalin, since saya masukkan due date 01.08.2011 masa sign in untuk week-by week updates tu. 1 Ogos tu EDD dari doctor kat Germany dulu, tapi EDD yang doctor kat Malaysia bagi 03.08.2011. Tak sangka, dah cukup 40 minggu, saya dengan komitednya akan baca weekly updates untuk baby progress tu. Dari size baby sebesar biji nasi, sampailah sebesar watermelon. Memang sepanjang pregnant, saya tak pernah missed untuk check apa yang berlaku pada baby dan diri saya setiap minggu. Walaupun saya tak beli apa-apa buku tentang pregnancy, rasanya bahan bacaan di internet ni dah lebih dari cukup. Search je apa-apa keywords yang rasa perlu..pastu bacalah sebanyak mana yang mahu..=)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment