June 9, 2011

pencuri masa

Saya memang tak berbakat nak jadi pencuri..nak mencuri masa pun tak lepas. Sebab tu blog ni dah macam 'mati'..huhuhu..pleasee...jangan mati..saya suka bilik bacaan ni..

Beberapa perkara yang saya rasa penting untuk di ceritakan di sini (ayat skema tak boleh blah)...

Saya dah dapat transfer balik Alor Setar. Yay! Babai pulau..babai laut..babai feri..hehe.. Lega sangat rasa bila dapat transfer ke sekolah dekat rumah. Bukanlah Langkawi tu teruk sangat, memang best duduk pulau pelancongan tu..tapi kalau dah kena duduk sorang-sorang(since Mr Hasnul dah dapat keja) dan ada harapan untuk beranak sorang-sorang tanpa mak ayah mahupun suami, memang masa tu jugak rasa nak meraung hentak-hentak kaki..huhu. Apapun, syukur banyak-banyak. Dah cantik sangat aturan Tuhan. Elok-elok saya dapat transfer masa Mr Hasnul dapat keja. Itulah rezeki namanya.Tapi tak faham kenapa sesetengah orang susah betul nak terima konsep 'rezeki' ni. Kecoh sangat bila orang dapat tukar, cakap guna kabel besar la, apa la.. Zaman dah wireless lah kak, tak main ah kabel-kabel..

Second thing, my dearest kak cik (my elder sis) dah selamat jadi isteri orang minggu lepas. (That'll explain why I don't even have time to visit my own blog.huhu. Susah nak urus kerja kawen ni. Lebih-lebih lagi bila melibatkan saudara dekat kita.) Tak sangka cubaan sebagai match-maker kali ni menjadi. Semoga mereka berdua bahagia dan kekal bercinta hingga ke syurga. Still tak boleh bayang, apa perasaan kawen dengan lelaki yang direkomen oleh orang lain, then berhubung through phone, sms, facebook semata-mata dan berjumpa 2 kali sahaja sebelum jadi isteri orang tu..apa dorang rasa eh? But still, nampak sweet je dorang malu-malu hari kawen tu. Suci gila nampak! =)

sama cantik sama padan..=)
and both are good in front of camera..walaupun baru jumpa, boleh je dorang pose  cantik-cantik..~
Last but not least, I am now 33 weeks pregnant. Kata orang, 'tunggu hari' je lagi ni nak bersalin. Nama baby dah ada, barang baby dah beli (almost completed!) dan dah rasa tak sabar sangat nak bertentang mata dengan hero mommy ni. Saya sendiri pun dah terasa kesaratan mengandung ni. Semoga semuanya mudah, selamat dan baik-baik saja. Amin.

I just love my pregnancy...hehe

May 22, 2011

week 28, 29 & 30

week 28
Seminggu lepas buat check-up untuk week 28, saya kena pergi lagi untuk jumpa doctor. Saya dah dapat result untuk GTT a.k.a. Ujian Air Gula tu. Sedih. Sebab paras gula saya terlebih 0.5 daripada paras normal (7.8). Disebabkan terlebih, saya dikira sebagai diabetic patient.huhuhu. Nurse Klinik Kesihatan dah arrange satu tarikh untuk saya buat pemantauan glukos sepanjang hari. Kena ambil bacaan glukos 4 kali dalam sehari. huhu..

Balik dari klinik, saya memang down gila. Rasa macam bersalah dekat baby sebab tak kawal diet dengan baik. Down sangat sampai tahap boleh nangis sedu-sedu masa suap nasi. Nangis memang nangis, tapi nak jugak makan nasi sebab lapar sangat.hehe...
week 29
Untuk 29th week check-up, saya pergi kat Pakar Puteri. Alhamdulillah, everything was good. Takde kuman dalam air kencing, Hb dah naik, gula pun takde. Masa scan pun boleh nampak baby dah besar sangat.*wink*. Dan sekali lagi boleh nampak testis baby as if he's saying "Hi mommy...I'm a boy...!" Eii..tak malu tau anak mommy ni, suka tayang-tayang masa scan ..hehe..Bahagianya bila tengok dia gerak-gerak in my womb. Saya dah discuss dengan Dr Pakar Puteri tu pasal tempat untuk bersalin nanti. Kat Pakar Puteri memang takde service untuk bersalin (nama pun poliklinik kan), lagipun both doctors kat situ bukan Ob and Gyn ( Obstectric and Gynaecology) specialist, dorang pakar kesihatan keluarga. So Dr dah buat reference untuk saya sambung monthly (or maybe weekly) check-up dekat sorang specialist lain. So, no more check-ups at Pakar Puterilah lepas ni.. Akak-akak saya pun bersalin dekat Dr yang dicadangkan ni, tapi saya macam dalam dilemma sket nak pergi kat male Dr. (huhu).Kat Alor Setar ada sorang je specialist perempuan, tapi ramai orang tak recommend bersalin kat dia sebab dorang cakap dia agak 'kasar'. Camne eh? Isk3...

week 30
Saya pergi buat pemantauan glukos kat Klinik Kesihatan. Kena check gula dalam darah 4 kali sepanjang hari tu.  Pagi-pagi pukul 8 pergi check sekali, masa tu dalam keadaan berpuasa since takleh makan dari pukul 10 malam sebelum tu, memang bacaan saya rendah je, 4 something. Then pukul 12 pergi lagi, yang ni kira pre lunch, still bacaan saya ok je walaupun dah breakfast pukul 9 pagi tu. Petang pukul 5 buat sekali lagi, then malam pukul 9. Memang semua ok je. Kira tak diabetic pun sebenarnya.hehe. Lega sket rasa, tapi nurse cakap next month kena check lagi since ibu mengandung ni, anytime gula boleh naik.huhu. Saya pun macam berjaga-jaga sikit skang ni. Dah kurang makan benda manis. Tiba-tiba insaf... Mr Hasnul pulak dengan extremenya mengawal pengambilan gula saya. Buat muka sedih macam mana pun konfem tak akan dapat makan aiskrim dah lepas ni..huhuhu~

travel note : Istanbul, Turkey (Part 2)

Jom..jom..sambung entry Istanbul dulu. Part 1 ada kat sini (klik)..

Sampai je kat Spice Bazaar, saya dah boleh dengar bunyi bising-bising peniaga duk promote barang jualan masing-masing. Tak macam Grand Bazaar, Spice Bazaar ni lebih padat dengan orang ramai. Dan sesuai dengan namanya, dah sah-sahlah kat sini banyak jual spice-spice ni. Macam-macam ada, segala rempah-ratus, berpuluh-puluh jenis Turkish tea, dan Turkish delight. Saya dengan Mr Hasnul memang dah aim nak beli Turkish Delight je. Kami masuk meronda dalam bangunan Bazaar tu dan survey harga Turkish Delight kat dalam tu. Lepas 5-6 kedai kami tanya harga, memang sah harga kat dalam lagi mahal dari yang dorang jual kat gerai-gerai luar Bazaar. So kami beli yang kat luar je. Saya memang bukan peminat Turkish Delight, so memang tak cuba rasa pun. Pilih yang nampak menarik and colourful je.hehe..

spices..
ikan pun ada..




Lepas beli Turkish Delight, kami gerak balik ke hotel semula. Mak buyung dah letih plus nak mengosongkan pundi tuuuut..hehe. Tapi sebelum sampai hotel, sempat jugak singgah beli 'energy drink' versi Turkish. Memang tiap-tiap kali berjalan area Blue Mosque, akan terjumpa dengan penjaja yang jual air tu, sama ada dorang tolak meja jual air tu ataupun dorang galas tong yang isi air tu. Sebab dah lama duk curious apa rasa air tu, kali ni rasa nak try jugak. Air tu ada campuran susu, madu, cengkih, vanilla, ginger etc. Kalau ikut cakap penjaja tu, air tu untuk panaskan badan dan untuk kembalikan tenaga. Rasa dia not bad la..memang pekat, manis dan ada rasa rempah-rempah. Boleh la kalau nak cuba if pegi Istanbul. Yang tak bestnya, sekali lagi saya rasa macam kena tipu dengan orang Turki. Sebelum Mr Hasnul beli air tu, ada 2 local peoples yang beli air tu. Saya nampak dorang bayar 1TL je untuk secawan air. Tapi masa Mr Hasnul beli, dia charge 2TL. Macam tak patut kan? Dekat tourist dia letak harga mahal. Tapi nak bersangka baik, saya anggap mata saya silap nampak..mungkin dorang dah bayar ke sebelum tu kan..Wallahualam..~


Balik hotel, dua-dua hentam tidor, pastu bangun solat maghrib and lapar. Asyik lapar je kan? haha..Malam tu makan dekat area AyaSofya je sebab malas nak cari jauh-jauh.



The next morning, which was our last day in Istanbul (sob..sob) we had our breakfast on the bed..Best woh, bangun-bangun takyah gosok gigi, pastu bleh terus makan.haha. Makanan sama je macam semalam, maid yang sama jugak sediakan breakfast. Our flight back to Malaysia was scheduled at 3 pm, so ada masa lagi untuk jalan sekitar Istanbul. Dan untuk hari terakhir ni, memang kami dah plan nak singgah solat sunat di Blue Mosque. Ambil wudhuk siap-siap dari hotel sebab kat Blue Mosque tempat wudhuk dia luar masjid, leceh sket la nak bukak-bukak tudung kan. Dah dalam keadaan berwudhuk tu, kenala masing-masing jaga tatasusila supaya tak terbatal. Mr Hasnul awal-awal dah pesan suruh saya pakai glove. Takut terpegang tangan plak.hehe. Sampai je kat Blue Mosque, memang ramai gila orang, and mostly are non-muslims. Ruang solat dia letak kat belakang, sebab bahagian depan tu untuk pelawat amik gambar. Lepas solat baru rasa senang hati. Ye lah, dah Tuhan bagi peluang sampai Turkey, pegi bazaar bagai nak rak, takkan solat dua rakaat pun tak boleh buat kan?hehe..Blue Mosque is magnificient. Cantik sangat-sangat!





ber'background'kan Blue Mosque
yang ni pulak ber'background'kan AyaSofya..nampak macam serupa je kan?

We spent nearly one hour at Blue Mosque, before heading back to the hotel. Dah janji dengan taxi driver suh jemput pukul 11.30am, nak check-in awal sikit. Alhamdulillah, everything went well as planned. Baggage yang overweight pun lepas jugak masa check-in tu.hehe. Dah settle check-in saya dan Mr Hasnul pulun makan Burger King kat airport sebelum naik flight seperti yang dijadualkan. Eh, actually our flight was delayed for one hour due to technical problem. Cuak jugak duk menunggu dalam flight sampai sejam tak jalan-jalan, pastu captain announce ada masalah dengan tangki minyak. Nasib baik  takde apa-apa. We arrived safely at KLIA after a very long 10 hours journey.huhu. Sakit bontot. Seronok sampai Malaysia, tapi sedih bila terfikir, entah bila pulak dapat peluang jalan-jalan tempat orang ni.

That's all about Istanbul, Turkey. Harap-harap ada lagi peluang nak buat entry dia bawah label 'travel note' lepas ni..huhuhuhu.~

May 16, 2011

2 hari 3 malam =)

Happy birthday to me. I am now a proud 26 year-old mother to be..*wink*

Saya memang suka dimanja-manja. Jadi hadiah birthday yang terbaik adalah dilayan dengan manja oleh semua orang. Gedik kan? =)

...........................................................................................

Malam 1.Selasa 10.05.11
Mr Hasnul plan nak ber'candle light dinner' kat tepi pantai lepas baca entri yang dulu tu. Since tak mampu nak makan kat 5 stars hotel, petang Selasa tu kami siap-siap pergi Kuah je. Ada satu restoren tepi laut ni. Saya pernah pergi sekali. Tapi Mr Hasnul tak pernah lagi. Walaupun dinner yang ringkas je, we had a great time. Berdating berdua adalah sesuatu yang sangat bernilai sekarang. Lepas baby lahir, tak tau la ada lagi tak masa nak dating gedik-gedik camni...


Koayteow tomyam yang saling tak tumpah macam Secret Recipe punya. Tapi yang ni 4 hengget je.hehe
Saya suka laut.


Hari 1. Rabu 11.05.11
Saya amik MC sebab letih sangat-sangat. I had the worst insomnia the night before. Kebetulan Rabu pagi tu saya ada check-up. Terus amik MC untuk Rabu dan Khamis. Bajet-bajet macam sultan la kan, masa besday wajib cuti.hehe. Lepas je check-up terus amik feri balik tanah besar. Tapi takleh pegi mana-mana petang tu sebab badan saya lemah gila. Kena simpan tenaga untuk malam.hehe

Malam 2. Rabu 11.05.11
Petang tu Mr Hasnul balik rumah dia (Taman Berlian) jumpa family dia. Saya stay kat rumah saya(Taman Mutiara) sebab tak larat. Sebelum Maghrib, dia call suruh siap. Dia cakap nak bawak saya keluar. Yipppeeeeee! Terus jadi sihat walaupun tak tau lagi dia nak bawak pegi mana. Mr Hasnul sampai rumah saya lepas Maghrib, masuk je rumah dia dah senyum-senyum. Pastu tak sempat-sempat suruh saya naik kereta cepat-cepat. Seperti yang dijangka, elok je masuk kereta dia suruh pejam mata. Then he handed me a red rose and a pink card before he kissed on my forehead...wahaha..so schweeeeeeet... Later, he asked me.."Kita nak p mana ni? Abang tak tau nak bawak p mana.." hehe.. Plan asalnya memang Mr Hasnul cakap nak dinner kat Restoran Berputar kat Menara Alor Star tu..(Alor Star memang tak banyak tempat best). Tapi masa dia cal nak wat reservation tu, dorang cakap restoran tu tutup sekarang, tengah renovate.huhu. So dia cakap dia dah takda idea nak bawak pegi mana yang special sket. Last-last dia cakap, kita try tengok hotel mana-mana. Kami masuk pekan Bandaraya Alor Star. Ternampak promotion dinner buffet kat Regency Hotel. Masing-masing macam berminat. Tapi sekali tengok waktu dinner limited sampai 9.30 je. Masa kami sampai tu dah pukul 9 lebih. Tak bestlah nak romentik-romentik kalau kena cepat-cepat kan.hehe. Sudahnya 2-2 takda idea, saya cakap, mamak pun bleh je kalau susah sangat. Tapi mestila cakap kat mulut je..apa barang pegi mamak kan?haha.. Last-last kami pergi makan kat Noodle Station. Sebab tak pernah lagi makan situ. Tempat tu ok, tak ramai orang..tapi tekak saya macam tak in sangat dengan noodle dia. Maybe menu yang saya amik tu tak kena selera kot. Apapun, tetap hepi dapat spend masa sama-sama...itu paling bermakna tau..=)

Mm..
Tak nampak macam pregnant pun kan?
Akak kedai tunjuk skill amik gambar dengan teknik gegar-gegar. Tq by da way..huhu
Manis.


Hari 2. Khamis 12.05.11
It's a bless kot, dapat spend satu hari dengan family masa birthday. Mr Hasnul ada interview kat Perai petang tu, tapi kami dah jemput family besar saya untuk makan-makan malam nanti. Masa tengah tunggu Mr Hasnul sampai dari Perai, dia call cakap dia dah dapat keja. Company tu terus amik dia keja lepas interview. Subhanallah. Memang itulah 'hadiah' paling bermakna kot. Rasa lapang dada sebab akhirnya sampai jugak rezeki dia. Berita gembira tu rasanya lebih bermakna dari mana-mana hadiah lain (ye ke??hehe). Terus berbunga-bunga hati saya. Tambah berbunga bila petang tu Mr Hasnul sampai dengan sekotak besar kek..

Blueberry ice-cream cake. Sedap seratus kali.

Malam 3. Khamis 12.05.11
Lepas maghrib semua family member sampai. Meriah hoh. Bukan senang dah tua-tua pun nak sambut birthday ramai-ramai..hehe~

Superlicious choc moist cake made by my sis, Dik An. 
Baca doa dulu amik berkat.
Dah sama besar mama. Yay!
*Love*
Macam-macam adaaaa...
Dan ini, comels-comels yang memeriahkan suasana. Pandai pulak posing tengok orang pegang camera. 

Terima kasih tuhan. Terima kasih untuk 26 tahun yang hebat, untuk suami yang hebat dan untuk keluarga yang tak pernah putus kasih sayangnya..Terima kasih untuk segala-galanya....~

May 9, 2011

Mama I love You

  • Gigi berdarah, bengkak gusi, sakit gigi.
  • Sakit tulang belakang, pinggang, pinggul, dan yang sewaktu dengannya.
  • Insomnia melampau-lampau.
  • Terpaksa bangun buang air 10 kali dalam satu malam.(exaggerated.hehe)
  • Heartburn. Pedih woh!
  • Leg cramp ditengah malam, ketika bersemangat nak masuk shopping complex dan bila-bila masa saja.
  • Dan seribu macam kesakitan yang hanya Tuhan mampu untuk faham.

Bila Tuhan bagi peluang untuk rasa sendiri, barulah faham.betapa susahnya nak membawa seorang manusia kecil lahir ke dunia. Baru faham apa yang mama tanggung dulu. Ini pun belum saya rasa macam mana sakit nak melahirkan. Mama saya menanggung kesakitan tu sembilan kali dalam hidup dia. Hebatnya dia...
Terima kasih mama! Love you more than anything else..~





May 2, 2011

week 27

I'm now 27 weeks pregnant! WOW. Cepatnya..

Minggu lepas saya pergi check-up dekat Klinik Kesihatan Padang Matsirat, setelah mendapat panggilan daripada nurse, yang siap bagi 'ugutan manja' suruh saya hadirkan diri untuk check-up. "Takpe kalau puan nak check dekat private clinic pun, tapi nanti kalau jadi apa-apa, kami taknak bertanggungjawab ye puan...".. See? Statement berbentuk ugutan kan tu?

Dorang dah pesan suruh saya puasa start dari 10 malam, sebab pukul 8 pagi the next day, saya kena buat Ujian Air Gula atau nama sedapnya, Glucose Tolerance Testing (GTT). Boleh baca kat sini, sini dan sini. Sebelum minum air gula tu, dorang cek jugak perut saya. Alhamdulillah. Semua ok. Kedudukan baby pun katanya sesuai dengan usia kandungan. Kepala baby dah mula gerak ke bawah, maksudnya tak songsanglah. (Nurse cuma cek dengan cara tekan-tekan dan urut perut, takde scan ye puan-puan..) Lepas check perut, barulah kena buat GTT. Mula-mula kena ambil darah dulu, then dorang suruh minum satu mug air gula yang masyaAllah-manis-gila. Saya ok je nak telan air tu, takdela muntah pun (dengar cerita ramai orang muntah masa minum sebab tak tahan manis sangat). Lepas minum air gula tu, saya diarahkan untuk berehat dekat klinik kesihatan tu. Saya mintak nak balik berehat dekat rumah, tapi dorang tak bagi. So dengan tak rela hati, saya join jugak ibu-ibu mengandung yang lain dalam bilik rehat klinik tu. Saya imagine bilik tu ada katil atau tilam untuk baring-baring ke, since kena 'kurung' 2 jam dalam tu dan sesuai dengan namanya 'Bilik Rehat' kan. Tapi bila masuk, yang ada cuma karpet, majalah-majalah 2 tahun lepas dan bantal-bantal baby. Lepas je minum air gula tu, badan jadi letih, rasa meloya pun ada. So tanpa mempedulikan akak-akak semengandungan yang sibuk borak-borak, saya tarik bantal dua biji, dan tidor tepi dinding. Saya memang bukan jenis pandai nak ramah-tamah dengan orang yang saya tak kenal, so better buat-buat pejam mata daripada kena melayan soalan-soalan dorang. Lepas 2 jam (tidor dengan agak nyenyak walaupun tujuan asal nak buat-buat pejam mata je), nurse panggil untuk ambil darah semula. Keputusan GTT, minggu depan baru tau.

Mr Hasnul jemput saya lepas dah settle semua. Nurse dah pesan, suruh pergi makan terus sebab dia takut pitam since dari semalam tak makan apa-apa. Mr hasnul bawak saya pergi tempat lunch favourite dia. Tapi saya langsung takde selera nak makan. Serius masa tu rasa macam nak pitam. Saya tunggu dia makan, then ajak dia balik rumah. Masuk je dalam rumah, rasa meloya tu makin menjadi-jadi. Dan tanpa mampu ditahan-tahan, saya muntah dengan dasyatnya. Abis semua keluar. (oopps..sorry kalau ada yang geli tekak eh). Nasib baik muntah lepas dah settle buat test, kalau tak ,mesti kena paksa minum semula air gula tu. Eiii..taknak..taknak..!

Minggu ni ada lagi check-up. Kena jumpa doctor dan dentist kat klinik kesihatan yang sama jugak. Tiba-tiba saya macam suka pulak buat check-up kat klinik kesihatan ni, sebab boleh skip pergi kerja. Nak-nak pulak, appointment tu jatuh pada hari yang saya kena masuk kelas budak-budak nakal.hehe.. Don't get me wrong, kalau takde sebab, saya takkan curi tulang tau..and you don't know how it feels to attend class yang penuh dengan budak-budak yang datang sekolah semata-mata nak dapat duit poket dari mak ayah. Pen sebatang pun tak bawak. Buku jauh sekali la nak ada kan. Yang dorang tau, masuk kelas letak kepala atas meja, tidor. Pastu selambe dek je tanya cikgu, kenapa perut cikgu bulat sangat..Eiii..tak suka! Tak suka! Kalau tak tahan sabar, memang boleh sakit jiwa tau.huuuuuuuuuu..~

On sweet things that he do.

Mr hasnul bukan jenis yang romantic sangat. Dia bukan jenis orang yang sanggup call radio dan bagi ucapan jiwang karat supaya satu negara boleh dengar. Dia juga bukan jenis yang akan tempah makan malam mewah di restoren mewah untuk sambut anniversary (mungkin satu hari nanti dia akan buat, who knows kan?). Tapi dia ada kelas romantic dia yang tersendiri. Yang dah cukup untuk buat saya bahagia (dan bersukur seadanya).

Khamis lepas (seperti khamis yang lepas-lepas), kami pergi Jetty sebab nak balik tanah besar. Masuk dalam jetty, Mr Hasnul cakap nak amik duit kat ATM. Memandangkan queue kat situ agak panjang, saya cakap saya nak jalan-jalan pergi beli roti kejap. Lepas dah settle membeli-beli, saya pergi jenguk dia. Masih berbaris tunggu giliran. Kebetulan terserempak sorang akak keje skali, saya pun beramah tamah dengan akak tu kejap. Ralit sangat berborak tu, bila saya tengok semula dekat ATM, dah kosong. Mr Hasnul was gone. I called him, takut dia cari saya tak jumpa, dia cakap, dia on da way nak pergi kat arah tempat saya tunggu. Tunggu punya tunggu, tak sampai-sampai pun. Saya dah cuak. Bukan besar sangat jetty tu. Takkan tak jumpa saya. Tapi dalam hati fikir, maybe dia tak nampak saya kot. Saya pun cuba jenguk-jenguk kat situ. Sekali, terpandang dia ada dalam butik Colours and Fragrance. Dah siap duk kat kaunter dah, tengah tunggu cashier balutkan 'sesuatu' untuk saya. Rasa macam nak melompat masa tu. Dalam tide budget, and without any special occassion, tiba-tiba bagi hadiah pulak. Terharu!haha. Tak susah nak cairkan hati perempuan kan?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dan hari ini..saya tersengih sepanjang hari bila tadi dalam kelas ada student cakap "Hari ni cikgu bau lembuuuut sangat..cikgu pakai apa?"..kuikuikui..

Thank you daddy..Tak sangka mommy boyot-boyot macam ni pun daddy still sayang jugak..


Minggu depan kita candle light tepi pantai eh?~