Happy birthday to me. I am now a proud 26 year-old mother to be..*wink*
Saya memang suka dimanja-manja. Jadi hadiah birthday yang terbaik adalah dilayan dengan manja oleh semua orang. Gedik kan? =)
...........................................................................................
Malam 1.Selasa 10.05.11
Mr Hasnul plan nak ber'candle light dinner' kat tepi pantai lepas baca
entri yang dulu tu. Since tak mampu nak makan kat 5 stars hotel, petang Selasa tu kami siap-siap pergi Kuah je. Ada satu restoren tepi laut ni. Saya pernah pergi sekali. Tapi Mr Hasnul tak pernah lagi. Walaupun dinner yang ringkas je, we had a great time. Berdating berdua adalah sesuatu yang sangat bernilai sekarang. Lepas baby lahir, tak tau la ada lagi tak masa nak dating gedik-gedik camni...
 |
| Koayteow tomyam yang saling tak tumpah macam Secret Recipe punya. Tapi yang ni 4 hengget je.hehe |
 |
| Saya suka laut. |
Hari 1. Rabu 11.05.11
Saya amik MC sebab letih sangat-sangat. I had the worst insomnia the night before. Kebetulan Rabu pagi tu saya ada check-up. Terus amik MC untuk Rabu dan Khamis. Bajet-bajet macam sultan la kan, masa besday wajib cuti.hehe. Lepas je check-up terus amik feri balik tanah besar. Tapi takleh pegi mana-mana petang tu sebab badan saya lemah gila. Kena simpan tenaga untuk malam.hehe
Malam 2. Rabu 11.05.11
Petang tu Mr Hasnul balik rumah dia (Taman Berlian) jumpa family dia. Saya stay kat rumah saya(Taman Mutiara) sebab tak larat. Sebelum Maghrib, dia call suruh siap. Dia cakap nak bawak saya keluar. Yipppeeeeee! Terus jadi sihat walaupun tak tau lagi dia nak bawak pegi mana. Mr Hasnul sampai rumah saya lepas Maghrib, masuk je rumah dia dah senyum-senyum. Pastu tak sempat-sempat suruh saya naik kereta cepat-cepat. Seperti yang dijangka, elok je masuk kereta dia suruh pejam mata. Then he handed me a red rose and a pink card before he kissed on my forehead...wahaha..so schweeeeeeet... Later, he asked me.."Kita nak p mana ni? Abang tak tau nak bawak p mana.." hehe.. Plan asalnya memang Mr Hasnul cakap nak dinner kat Restoran Berputar kat Menara Alor Star tu..(Alor Star memang tak banyak tempat best). Tapi masa dia cal nak wat reservation tu, dorang cakap restoran tu tutup sekarang, tengah renovate.huhu. So dia cakap dia dah takda idea nak bawak pegi mana yang special sket. Last-last dia cakap, kita try tengok hotel mana-mana. Kami masuk
pekan Bandaraya Alor Star. Ternampak promotion dinner buffet kat Regency Hotel. Masing-masing macam berminat. Tapi sekali tengok waktu dinner limited sampai 9.30 je. Masa kami sampai tu dah pukul 9 lebih. Tak bestlah nak romentik-romentik kalau kena cepat-cepat kan.hehe. Sudahnya 2-2 takda idea, saya cakap, mamak pun bleh je kalau susah sangat. Tapi mestila cakap kat mulut je..apa barang pegi mamak kan?haha.. Last-last kami pergi makan kat Noodle Station. Sebab tak pernah lagi makan situ. Tempat tu ok, tak ramai orang..tapi tekak saya macam tak in sangat dengan noodle dia. Maybe menu yang saya amik tu tak kena selera kot. Apapun, tetap hepi dapat spend masa sama-sama...itu paling bermakna tau..=)
 |
| Mm.. |
 |
| Tak nampak macam pregnant pun kan? |
 |
| Akak kedai tunjuk skill amik gambar dengan teknik gegar-gegar. Tq by da way..huhu |
 |
| Manis. |
Hari 2. Khamis 12.05.11
It's a bless kot, dapat spend satu hari dengan family masa birthday. Mr Hasnul ada interview kat Perai petang tu, tapi kami dah jemput family besar saya untuk makan-makan malam nanti. Masa tengah tunggu Mr Hasnul sampai dari Perai, dia call cakap dia dah dapat keja. Company tu terus amik dia keja lepas interview. Subhanallah. Memang itulah 'hadiah' paling bermakna kot. Rasa lapang dada sebab akhirnya sampai jugak rezeki dia. Berita gembira tu rasanya lebih bermakna dari mana-mana hadiah lain (ye ke??hehe). Terus berbunga-bunga hati saya. Tambah berbunga bila petang tu Mr Hasnul sampai dengan sekotak besar kek..
 |
| Blueberry ice-cream cake. Sedap seratus kali. |
Malam 3. Khamis 12.05.11
Lepas maghrib semua family member sampai. Meriah hoh. Bukan senang dah tua-tua pun nak sambut birthday ramai-ramai..hehe~
 |
| Superlicious choc moist cake made by my sis, Dik An. |
 |
| Baca doa dulu amik berkat. |
 |
| Dah sama besar mama. Yay! |
 |
| *Love* |
 |
| Macam-macam adaaaa... |
 |
| Dan ini, comels-comels yang memeriahkan suasana. Pandai pulak posing tengok orang pegang camera. |
Terima kasih tuhan. Terima kasih untuk 26 tahun yang hebat, untuk suami yang hebat dan untuk keluarga yang tak pernah putus kasih sayangnya..Terima kasih untuk segala-galanya....~
No comments:
Post a Comment