December 10, 2010

meet the parents-in-law part III

Tiba-tiba rasa nak buat lagi sambungan siri berjumpa dengan mertua ni..

Masuk hari ni dan 23 hari mereka ada di sini. Wow! Dalam saya duk terketar-ketar nak sambut, merungut-rungut segala macam, now dan hampir sebulan pun berkongsi ruang sempit dalam rumah ni. Hari tu sebelum dorang datang bukan main lagi saya punya berdebar nak buat jadual menu masak setiap hari segala bagai kan..Sekali bila dorang ada kat sini, seingat saya baru 3-4 kali je saya masak. Itupun bukan lah main menu. Dua kali goreng spaghetti, sekali buat kek, dan sekali buat sup ayam. Wakakakakakaka..Hari lain siapa yang masak??..Mestilah my mother in law..haha. Macam kena timing pulak kan saya disahkan pregnant time dorang datang, so dalam saya pening-pening duk baring tu, MIL masak macam-macam, saya tahu bangun hidang pinggan, senduk nasi, pastu duduk selambak menghadap makanan. Boleh pulak buat muka tak bersalah kan. Teruk gila menantu sorang ni.hehe. Bukan saya taknak masak, tapi dalam keadaan macam ni (sila baca dengan nada orang sakit) my taste buds do not working very well. Saya jadi tak reti nak rasa makanan tu cukup garam ke tak. Kang masak tak sedap kesian pulak dorang nak makan.huhu.. (haha)

Ok. Itu pasal masak-masak. Pasal tidor pun satu haru. Almost everyday MIL dengan FIL yang bangun dulu, dekat-dekat hujung waktu dah, barulah saya dengar MIL kejut mr hasnul. Automatik saya akan jadi termalu sendiri dan cepat-cepat bangun.hehe. Tapi, dalam keadaan sekarang (nada sakit sekali lagi) manalah saya mampu untuk melawan morning sickness kan.. Makanya, lepas solat subuh, terpaksalah saya baring semula untuk hilangkan loya-loya tu.hehe.. Dan bila terjaga semula, tengok-tengok dah siap ada orang buatkan breakfast. Terpaksalah bangun makan kan..hehe

My MIL memang sangat baik walaupun dia bukan jenis mesra. Dan dia sangat cekap buat kerja. Pukul 8 pagi kadang-kadang dia dah siap masak untuk lunch. Pastu masa dia masak, macam takde can kita nak mencelah-celah kacau dia masak. Sebab tu bila dia masak, saya jadi segan. Nak tolong tak boleh, nak tengok je rasa macam useless gila pulak kan.hehe. Minggu depan dorang dah nak balik. Tak taulah sapa yang nak memasak nanti. Buatnya saya duk pening-pening macam ni. Alamat makan roti lah hari-hari. huhu. Tak bestnya.. Seriyes tak sabar nak balik Malaysia. Cukuplah setahun duduk sini, cukuplah dah rasa empat musim berganti.. Ikut hati rasa nak je ikut parents-in-law balik minggu depan.hehe..~

2 comments:

triple H said...

i verry da loiyke "duduk selambak menghadap mkanan"..na ckp tu je..keke~
**mcm la gem sgt kan smpi selambak..hihi~
anyway...bluerberry memang comel dan schweet^^,

useryna said...

haha..in a few months, mmg betul2 jadi selambak rasanya..hehe..