Perbuatan pelik ni memang simple je. Tapi tetap boleh jadi penyebab ber'perang'.haha. Semalam, saya tengok video Chori Chori Chupke Chupke. Lepas tengok sambil bergoyang-goyang ikut nyanyi lagu tu, tiba-tiba je rasa teringin nak tengok cerita hindustan sambil feeling-feeling. So saya ajak Mr Hasnul layan Kabhi Kushi Kabhi Gham sama-sama. Sebelum start movie saya dah bagi sinopsis cerita tu kat dia, sebab nanti malas nak layan kalau dia duk tanya-tanya masa tengah feeling.
Then, kami pun sma-sama start tengok. Mula-mula ok. Especially part-part happy tu, best je kami siap nanyi sama-sama.(Mr Hasnul tak reti pun nak nanyi, tapi sebagai tanda support dia buat bunyi ala-ala beat box tu je, kira ok la tu..). Dalam lebih setengah jam duk enjoy tu, soalan-soalan yang dia asyik tanya saya, "Eh, yang ni sapa nama dia, Kajol eh? Ke yang ni Kareena? Abang konfiusla, muka sama je.." Watak mak Rahul dengan nenek Rahul tu pun, berapa kali dia duk tertukar. Haishhh...
![]() |
| Abg, sila namakan dua perempuan dia atas..tak kenal lagi? |
Pastu bila masuk scene-scene sedih, perangai pelik dia dah mula datang. Cerita Shah Rukh Khan kan, even 18 juta kali (eksejeret melampau) tengok pun mesti akan tetap sedih ok. So, bila saya mula nak feeling tu, masa tu lah dia sibuk nak buat lawak (yang memang tak lawak pun), dan start komen yang menyakitkan hati. Contoh, masa yang mak Rahul tu pergi London and terserempak Rahul dalam shopping complex tu, kan tiba-tiba je jadi slow motion, pastu siap ada angin lagi tiup2 sebelah Rahul, walaupun masa tu dalam shopping complex.. Standard la kan, efek angin-angin dalam cite hindustan ni. Mr Hasnul boleh pulak nak komen, "Fuuuhhh...tiba-tiba ada angin la pulak..."..Ok takpe sabar lagi. Pastu scene Shah Rukh Khan tengah confront ngan bapak dia a.k.a. Amitabh Bachan tu. Kan setiap kali dorang cakap, mesti keluar bunyi petir guruh semua. Siap langsir terbang-terbang walaupun tingkap nampak macam tutup je. Mr Hasnul duk bagi komen "Eh, takde hujan tiba-tiba ada pettiiiir plak.." Sambil dia gelak terkekek-kekek. Sakit hati tau. Hilang feeling. Dari rasa nak nangis, terus rasa nak marah. Saya cakap ngan dia, masa tengok Inception apesal tak komen banyak plak, even cerita tu pun sah-sah tak logik. Bila tengok hindustan sibuk je nak komplen itu ini. Itu tak cukup dengan tu, sesekali dia akan tepuk-tepuk tangan tanpa sebab masa scene sedih. Saya memang hangin betul.
huuuuusssss...angin pun datang tiup-tiup rambut..haha
Ok now mengaku je la, u pun feeling scene ni kan? haha

2 comments:
yu da tgk lagenda budak setan..sedey jgk....wpon xbape best citenye sbb tuka org..tp mmg sedey..T_T
dah tgk lagenda budak setan tuu..not bad for a malay movie kan?..sedey, tapi tak cukup utk wat rsa nak ngis...hehe
Post a Comment