August 7, 2012

Tiga

Dah tiga tahun. Or should I say, "Baru tiga tahun?" =)

Alhamdulillah.

Tiga tahun yang ada turun naik, ada sedih gembira, ada gelak ketawa, ada segala-gala. Jujurnya saya tak tahu apa petanda perkahwinan atau hidup yang bahagia. Mungkin rumah yang besar? Kerjaya hebat? Hadiah mewah? Anak yang ramai? Entahlah.. Cukuplah saya tahu saya bahagia pada benda-benda ringkas yang kami lalui setiap hari. Saya bahagia bila tanpa sebab, dia cium dahi dan ucap terima kasih. Saya bahagia setiap kali bersalam peluk cium sebelum pergi kerja. Saya bahagia bila dia genggam tangan bila berjalan. Saya bahagia bila nampak dua jejaka saya bergurau senda. Saya bahagia bila dengar dia alunkan ayat suci. Lebih bahagia bila saya di belakang menjadi makmum solat kami. Itu bahagia saya. Bahagia kerana saya tahu, saya tidak keseorangan di sini.

Semoga perkahwinan ini menjadi pemudahcara untuk kami ke syurga. Semoga setiap langkah, setiap nafas, setiap perbuatan diberkati dan diredhai Tuhan. Saya nak bahagia di sana. Saya nak jadi bidadari dia. Harap-harap dia sudi. InsyaAllah.


Dear darling, happy 3rd anniversary. I love you.

2009. Muda remaja lagi.
*duk layan album kawen sorang-sorang*







p/s : Jimat tahun ni sebab Mr Hasnul kena outstation time anniversary. So tak ada card, tak ada hadiah, tak ada celebration. Cukup sms dan phone call je. Saya pun dah makin matang agaknya, sebab tak rasa nak merajuk pun bila dia lambat wish (as always). =)
p/s/s : Takpelah tak ada hadiah pun. Janji duit raya kena lebih sikit ye. Sesuai dengan tema merdeka. Janji ditepati! hehe.





No comments: