Alhamdulillah. Dah cukup 14 bulan. Dah kira toddler ke masih baby eh?
Update sket cita anak teruna pujaan hati.
Dah boleh jalan. Yay! Walaupun belum jalan sepenuhnya. Tapi setiap kali dia bangun melangkah. rasa berbunga-bunga hati.. Maybe agak lambat berbanding anak orang lain. Tapi takpe. Every baby is unique. Mama cakap saya dulu pun setahun lebih baru boleh jalan. Spesies yang berhati-hati memang lambat boleh jalan.Tapi bila dah besar spesies ni jugaklah yang kuat berjalan. Pantang duk rumah rasa gatal je kaki tu nak keluar.hehe~
*updated: saya karang entry ni 3 hari lepas, dan sejak semalam, Aniq Qayyim telah berjaya untuk jalan dengan hebatnya. Sampai dah tak merangkak langsung. Syabas Bettteee!
 |
| Nampak tak gaya 'berhati-hati' tu?hehe |
 |
| Lepas dah confident sket, laju je jalan, tak nampak dah longkang ke apa.hehe~ |
Aniq Qayyim dah pandai sebut a few simple words. Dalam bahasa dia, tapi understandable la kan. Contoh bila dia nak susu, dia akan cakap "Nak..nak" Sambil pegang botol susu atau tarik baju saya. Or sometime di sebut "Jom" bila nak ajak ke mana-mana. Atau pun dia akan kata "Ayaq" bila tengok air. Memang anak jati Kedah ni..
Oh, talking about 'susu', dia dah diberi minum formula milk sejak umur setahun hari tu.huhu.. Satunya sebab stock susu saya tak cukup untuk keperluan dia. I was always busy, stressful, and exhausted..jadi susu tak banyak. Tambah pulak masa tu bulan puasa. Memang kesian sangat tengok dia tak puas minum. Sedih tu sedih jugak, sebab hajat hati taknaklah bagi dia minum formula, tapi at least saya berjaya jugak susukan dia sepnuhnya sampai dia setahun. Itu pun dah cukup. *pujuk hati*. Anak kedua nanti Insyallah nak try jugak sampai dua tahun. Anak kedua?? he..he..he..~
 |
| Budak nakal, suka usik mommy. |
 |
| See? Tu buat-buat tercekik la konon tu. Siap batuk-batuk. |
Dah melepasi umur setahun, saya dah tak strict sangat pasal feeding dia. Dah tambah garam dan gula dalam solid food dia, tapi sangat minimum la. Kadang-kadang bagi jugak dia try makanan orang besar, itupun yang berpatutan la. Masalahnya anak teruna saya ni, sangat susah nak makan. Buat bubur nasi dengan sup, dia makan untuk 3-4 suapan pertama je, then dia akan korek mulut. Dah habis resipi dah saya try. Dari bubur, pasta, roti, pancake, sup sampai tak tau berapa jenis dah, semua dia makan main-main je.huhu. Tapi kan, kalau pergi McD ke, KFC ke, Pizza Hut ke, amboih bukan main berselera dia nak merasa fries, soup etc. Cheesy macaroni dekat Secret Recipe pun bukan main berselera dia makan, perasan mat salleh macam mommy jugak rasanya ni.hehe..Nasib baik dia tak reject susu, so saya rasa dia still boleh kenyang dengan susu. Harap-harap camtulah..
 |
| Papa bagi 'rasa' lamb chop. |
Bukanlah niat nak puji anak sendiri atau nak perasan, tapi saya rasa anak saya ni bijak sangat. (If you are one of the 'mak-mak', you will understand what I'm trying to say here). Ada satu hari tu, saya main-main dengan dia atas katil. Our usual bed-game i.e, "Cak-cak!" then dia akan naik atas badan saya dan buat macam nak tunggang motor, siap dengan efffect "Vroom..vroom..".etc. Mula-mula saya layankan je. Then dah letih, saya buat-buat tidur. Pejam mata then purposely buat bunyi dengkur."Krooih..krooih.." He laughed like it was the funniest thing he ever heard. Tapi lepas tu dia sambung panjat badan saya. Then lepas beberapa hari, giliran saya pulak duk main-main usik dia, tak disangka-sangka, dia pulak buat baring dan buat bunyi dengkur yang sama.hahaha. Tak sangka after few days dia still ingat benda tu.
Banyak lagi benda lain. Kalau dengar azan, be it kat masjid atau kat radio, memang automatik dia akan buat suara garau sambil cakap "Aaaaaahhhhh". Bila sembahyang pun, saya selalu letak dia kat depan, hamparkan sejadah asing untuk dia. Mesti dia akan buat jugak lagak sembahyang tu. Tertunduk-tunduk nak sujud jugak. Comel! Kalau nak cerita semua, 300 pages pun tak habis.heh. Ada anak memang rasa banyak cerita pasal anak je.~
.jpg) |
| His favourite ride. |
 |
| Satu hari nanti akan jadi Imam mommy.InsyaAllah. |
 |
| Muka dah sama besar mommy.hehehe |
So far, itulah yang penting. Best nih buat karangan macam ni. Nanti Aniq Qayyim dah pandai mengeja, dah pandai bukak blog, boleh suruh dia baca sendiri.
To my beloved son Aniq Qayyim, if you are reading this, mommy wants you to know how much we love you. Go get your Google Tab, type the word "infinity", and read the Wiki pages (If it is still relevant at your time). That is how much our love is. Or to make it easier, let me say it, "You are mommy's everything. E-ve-ry-thing!" .
1 comment:
So suss..
Post a Comment