Dah 11 minggu lebih, saiz baby sepatutnya sekarang dah 2 inches lebih.Hehe. Dan sepatutnya juga, dia dah ada organ-organ penting, dah ada kaki, tangan, jari, dan dah lebih menjadi bentuk seorang manusia sempurna. Insyallah. Harap-harap minggu depan boleh lah tengok perkembangan dia. And hopefully jugak boleh tengok pergerakan, kalau ada.
Perkembangan saya pulak?..banyak..
- Perut dah ada bonjol sket, tapi kalau pakai baju dan jaket memang takde orang perasan kot. Kalau duduk maybe obvious sikit kebuncitan tu. Itu pun kalau ada yang rajin duk skodeng perut la. Ada ke?
- Berat badan saya turun dengan hebatnya, in less than 3 weeks I lost about 3 kgs, maybe sebab saya tak ada selera nak makan. (Emm, sebenarnya selera tu ada, tapi makanan yang selalu tak menepati selera.huhu).
- Macam sebelum ni, tahap alahan saya tak la teruk pun. Pagi-pagi adalah pening kepala sket, then muntah-muntah tu kadang-kadang je, dalam seminggu mungkin 3 kali je kot. Itupun kalau saya tak jaga makan ikut waktu. Kalau tak, ok je.
- Saya jugak sangat bermasalah untuk tidor malam. Kadang-kadang tak boleh tidor sebab sakit pinggang, tak pun sebab mimpi takut-takut-walaupun-sebelum-tidor-dah-baca-ayat-Qursi-banyak-kali. Even saya tak tidor siang pun, waktu malam je, saya mesti tak boleh tidor nyenyak. Asyik terjaga je, pastu tak tau nak buat apa sorang-sorang. Jeles betul tengok membe sebelah tidor nyenyak siap nganga-nganga mulut lagi. Hish..
- Lagi memburukkan keadaan, bila malam-malam kena berulang alik pergi toilet untuk buang air. Bayangkanlah, dengan suhu yang asyik negatif ni, nak jejak masuk toilet tu bukan satu benda yang best. Seksa jugak rasa kalau dalam 3 jam, 4 kali bangun pergi toilet.huhuhu..
- Pastu kan, saya punya bloating memang teruk sangat. Dah tak larat minum air halia, bloating tu memang tak hilang. Bloating atau kembung perut ni memang salah satu simptom normal during pregnancy. Saya pun sekarang dah takde nak cover-cover kalau terasa nak buang angin tu.hehe. Dulu awal-awal kawen siap lari masuk toilet lagi.Konon-konon tunjuk sopan la kan depan suami.haha.
- So far, itu je kot..
Nak baca lebih lanjut kenapa simptom-simptom ni berlaku, sila rajin-rajinkan diri untuk klik di sini. *tadi kat atas bincang pasal perkembangan, tiba-tiba dah tukar jadi simptom plak*
Overall rasanya trimester pertama saya tak lah terlalu teruk *sangat bersyukur untuk itu*. Sekurang-kurangnya saya tak pernah pitam sampai pengsan ke, tak pernah kena admit ke ward sebab muntah yang melampau, tak pernah letih sampai tak boleh bangun and etc. Mr Hasnul pulak sangat supportive dan sangat baik. Mana nak cari kan suami yang sanggup bangun malam-malam masak air panas sebab saya nak minum air suam? Yang tak pernah pun merungut bila saya mintak picitkan badan, lepas tu boleh pulak buat tak sedar diri tepis-tepis suruh dia tidor jauh-jauh. Itu belum kira berapa kali saya buat perangai bebal, mintak itu ini dengan alasan saya 'malas' nak gerak?..huhu. Thank you sayang, Tuhan je la yang balas jasa abang tu.
Hopefully keadaan yang baik ini akan berterusan, tapi andai kata Tuhan tetapkan pada masa akan datang ada kesusahan sebagai ujian untuk saya, Insyallah saya redha. Tapi tetap berdoa semoga dipermudahkan segala-galanya. Doakan semua selamat ye.
No comments:
Post a Comment