October 29, 2010

Benjamin Franklin

Bosan. Tengok langit dekat luar dah gelap. Dalam hati terfikir..mesti dah pukul 11 p.m. atau 12 p.m. ni. Tapi bila jeling pada jam di skrin laptop..eh, baru pukul 9 p.m.? Biar betul..rasanya dah buat macam-macam malam ni. Tadi lepas maghrib baru pegi beli barang dapur, pastu balik rumah dinner, dah tengok The Aprrentice Episode 7, dah tengok rancangan berita paling bias di muka bumi ni (read: Buletin Utam*) dan dah puas golek-golek atas katil ni. But still pukul 9? hehe..Sebenarnya, ini fenomena biasa bila masuk musim sejuk..bilamana waktu malam lebih panjang berbanding waktu siang..Ingat kita pernah belajar pasal ekuinoks segala bagai masa sekolah dulu, pastu berangan nak jadi ahli astronomi?..Itulah yang terjadi sekarang di bumi empat musim ni..Ecece..cara bercakap macam dia pernah duduk oversea sepuluh tahun..haha.

Sekarang average waktu siang cuma 10 jam, selebihnya dah kira malam. Senang cakap, subuh sekarang masuk pukul 6 pagi, habis subuh pukul 8 pagi. Boleh bangun pukul 7.30 pagi semayang subuh dan tak perlu rasa malu dekat diri sendiri sebab sembahyang time dah nak habis waktu. Magrib pulak masuk pukul 5.59 petang. Pukul 6 literally dah malam. Tapi start minggu depan dia akan ubah semula waktu supaya lebih cepat sejam. Thanks to Mr Benjamin Franklin who conceived the Daylight Saving Time idea dan buat saya pening each time Mr Hasnul cakap pasal benda alah ni. Malam ni baru paham sebab saya gigih google sendiri pasal ni kat sini.

So kawan-kawan, inilah masa paling sesuai untuk kita qada puasa yang berlubang-lubang tu.. Saya dah check takwim solat tadi, hujung bulan 11 nanti, subuh masuk pukul 5.50 pagi, dan Maghrib masuk pukul 4.18 p.m..he..he..he..

Dan sebab sekarang malam masih muda..meh kita meronggeng  layan Eat. Pray. Love dulu..haha.
*tiba-tiba hepi pelik sebab seronok tengok malam masih muda..geeee~*

4 comments:

Anonymous said...

nanti nak p hanimun masa malam panjang kat sana~ yeayyyyyyyyyy!!!


hahahaa

useryna said...

oi..gila..haha..malam panjang musim sejuk..memang sesuai sgt utk hanimuuunnnnnnn..hehe

nicko said...

best dak eat pray love?

Anonymous said...

gila?

waka waka ey ey