Setiap kali tengok orang kawen, saya akan rasa sangat best..sebab hari itu sangat indah..kalau boleh nak ulang lagi sekali..
Tapi selepas setahun , saya lebih faham..kahwin memang indah, tapi bukan mudah..
Bila kita berkahwin, kita dan pasangan telah menjadi satu.
Kita ikat diri dalam satu ikatan yang akan tentukan hala kita, bukan saja di dunia tapi di akhirat nanti.
Bukan sekadar berkongsi hidup, kita juga berkongsi hati.
Bukan sekadar berkongsi bantal, tapi kita juga berkongsi mimpi.
Bukan saja berkongsi bahagia, tapi sama-sama tanggung derita.
Kita berkahwin bukan untuk masa senang semata, tapi kita berjanji untuk lalui masa susah bersama-sama.
Kita berkahwin kerana kelebihan yang ada pada dia, dan kita terima kekurangan dia seadanya.
Saya berkahwin dengan seorang kawan baik.
Yang faham bahasa saya tanpa perlu saya berkata-kata.
Yang tahu rahsia saya sebelum sempat saya bercerita.
Sebab kami berkawan baik, kami boleh sama-sama ketawa.
Kami juga boleh bermasam muka saat hati kami terluka.
Percayalah, kahwin bukan benda senang, tapi dapat buat hati kita tenang.
.
.
.
.
.
.
![]() |
| 430 days ago. |

2 comments:
enjoy life first =)
ken, i'm already married..yet still can enjoy the afer-married life i guess..thanx 4 stopping by..~
Post a Comment