September 14, 2010

travel note : Switzerland




Selalu hari raya, semua orang balik kampung kan?..saya pun kalau boleh nak balik kampung.*tipu*...saya tak suka balik kampung..saya cuma suka balik rumah..dan rumah saya bukan dekat kampung..

Since tak boleh balik kampung..saya sangat bersyukur sebab kami pergi jalan-jalan di hari raya..so takdelah feeling yang dull duduk rumah berdua sambil layan gambar orang beraya di Malaysia..yay!.

Destinasi kali ni adalah Switzerland..ahli rombongan sebanyak enam orang, tiga pasang suami isteri. Pegi naik kereta..macam biasa kawan mr hasnul yang drive.Saya still kagum camna orang biasa drive kat Malaysia (right-side driver) boleh adjust mindset, hand-set dan segala-gala yang kita dah biasa kepada left-side driving..imagine sebelum ni kita biasa pegang gear dengan tangan kiri..sekarang kena guna tangan kanan untuk tukar gear..masuk roundabout dari kiri, sekarang masuk arah kanan..tak ke pening tu?..

Kami bertolak pukul 9, dan destinasi utama adalah Rheinfall..air terjun terbesar di Eropah.Memang besar pun..sebelum sampai destinasi..sempat jugak singgah amik gambar di kawasan tasik ketiga terbesar di Eropah tengah..Lake Constance, atau nama Deutschnya Bodensee..besar betul tasik tu..nampak macam laut dah..dan macam biasa..saya akan eksaited dan kagum dengan view yang sangat menangkap mata..(the eye-catching view.heh..)

Bodensee.Swiss memang cantik.

Sepanjang perjalanan, kami dihidangkan dengan samosa sebagai sarapan pemandangan ladang-ladang buah yang sungguh mempesonakan.eceh..ibaratnya, kalau dekat Malaysia, sepanjang jalan dari Alor Setar-KL, kita boleh jumpa sawah padi, ladang getah, ladang kelapa sawit etc..kat sini boleh tengok ladang anggur, ladang epal, ladang bunga etc..sebab tak penah tengok pokok epal yang rendang berbuah lebat, maka kita jadi suka tengok, dan rasa cantik..sebenarnya ladang kelapa sawit pun cantik jugak kan?..=)

bukan screensaver windows, ini ladang anggur

nampak buah yang bergayut-gayutan tu?


Dalam pukul 2, kami sampai ke destinasi utama, Rheinfall..Rheinfall ni dibahagian nothern Switzerland..bukan area pergunungan Alps tu..masing-masing dah memang bawak bekal untuk jimatkan kos berpicnic di tepi kawasan air terjun..so sampai je, terus cari port yang cantik untuk bentang kain picnic..dan tanpa membuang masa semorang cepat-cepat keluarkan bekal..eh, saya buat bekal untuk bekfes je..so tengahhari tu memang dah abis..kita makan makanan orang pulak..hehe

ini dah abis di 'ngap' dalam kereta..masin sket..lately masak asek masin je..huhu

ini untuk isi perut tgh hari.ada nasi goreng dengan telur mata, rendang ayam, nasi himpit, kuah kacang (kata raya kan?hehe)..dan ada jugak chips and buah epal..

Lepas makan dan kenyang, semua terasa amat mengantuk dan rasa nak landing-landing baring atas peha suami bertenaga untuk bergambar dan main kad.ehe..ini first time saya main kad Uno tu..best gak oh.. saya menang first round setelah berjaya meng'khenat'kan encik suami..haha..

Make it short..kita buat karangan bergambar je..picture can tells a thousand stories kan..?


Eh, belum tunjuk air terjunnya kan?..jap..sebelum tu sila buang jauh-jauh bayangan air terjun seperti di Hutan Lipur, Lata Bayu, Sekayu mahupun Sungai Tekala..haha..memang takde persamaan langsung..(just a reminder, taknak ada yang kecewa..)keke~

Now I present you the breathtaking scenery of Rheinfall....tadaaaaaa.. 





Yes I know..memang cantik yang amat sangat..dengan air yang super jernih, dan arus yang super kuat..cukup untuk buat rasa kagum dan tak nak balik..hehe. Tapi memandangkan ini adalah day-trip je..kenalah move ke next destination..

Petangnya kami gerak ke Zurich..took about 2 hours from Rheinfall..singgah solat di masjid, dan driver bawak pegi lakeside..sayangnya dah malam, so takleh la nak snap gambar banyak2..even dah bawak tripod, baru saya tau, susah gak nak amik night-view nih..especially untuk amateur macam saya..huhu.Kami dinner di lakeside Zurichhorn tu..ada lagi baki makanan yang siang tadi..sangat menjimatkan..I like it..hehe~




night view of Zurich taken from Zurichorn lakeside..ini manual punya shot.~

Then kami gerak untuk pulang..selain driver rasanya semua hentam tidor dalam keta tu..berbantalkan peha encik suami, rasa sedap je tidor dalam keta..tak taula terdengkur ke tak..hehe...dan satu pengalaman menarik, dekat border Swiss-Germany, kete kami kena tahan..first time hoh polis tala torchlight lampu super terang..rasa macam buat salah pulak..padahal dia nak check passport je..masa hala pegi, takde lak kene tahan..maybe sebab malam, so dia suspicious sket tengok muka asia pakai-pakai tudung kan..omputih kan ada masalah jiwa, ntah-ntah dia pikir terrorist ke apa..

We all arrived home nearly fajar..dekat-dekat subuh nak abis..tapi sempat la sembahyang versi express lagi seminit dua nak abis waktu..huhu..

Thanks everyone for a very nice trip..I was thinking..next 2-or 3 year, bila semua dah settle down balik Malaysia, and maybe dah ada anak, kita gi trip camni lagi eh..hehe..mesti best kan..~


p/s: what's next baby?..rowing a gondola in venice maybe?hahaha..~





4 comments:

Anonymous said...

masyaAllah..cantiknyee..awk mmg keje kt germany ek?

Anonymous said...

bile nk g venice plak?slalunye awk jln2..bestnye...nk itot...hihi

useryna said...

anon, balik rumah cepat...kita p mkn kfc je la hari ni..ai malas masak..

venice pegi esok lah..boleh?~

Anonymous said...

waklu..nice. hehe