September 29, 2010

Germany and us #1 : fast food restaurants

Sepanjang saya kat Germany ni..cuma dua restoran makanan segera yang saya selalu masuk..KFC dengan McD...(walaupun ada banyak lagi, Subway, Burger King, etc.)..McD kat sini tak halal.....ye, tidak halal sebab ada burger daging..tapi kami masuk jugak untuk minum kopi, frappe dan makan fries..sambil jeling-jeling meja sebelah dan telan air liur tengok budak sekolah bukak mulut luas-luas nak gigit Big Mac..huhuhu..kopi macam biasa, takde bahan-bahan yang diragui..dan minyak fries tu McD cakap dorang guna minyak sayuran..so takde la isu takut-takut atau was-was minyak yang dorang pakai..fish fillet pun ada je, tapi saya tak penah makan..


*coffee is equal to heaven..haha*


KFC pulak, selalu sangat saya masuk..hehe.dekat Regensburg ni ada satu cawangan KFC yang halal..persatuan student kat sini pernah confirmkan dengan KFC tentang sumber ayam yang dorang pakai..and fortunately, dorang guna sumber ayam yang diproses halal..*sumber  yang sama yang saya beli dan makan setiap hari-ayam jenama wiesenhof*..biasanya orang-orang Malaysia yang duk oversea yang takde KFC halal, konfem balik Malaysia terus cari KFC buat lepas gian..tapi kat sini, almost every week student2 ni pegi makan kfc..*kaya betul*..hari selasa hot wings murah, hari khamis lak plate 6 ketul murah..so time tu lah boleh jumpa muka-muka melayu kat kfc..hehe


*KFC@ Regensburg*


Cara fast food kat sini ada 'lain' sket dari kat Malaysia..bab order tu sama je..pegi kaunter, tunjuk-tunjuk gambar set yang kita nak, then bayar..makan pun sama jugak, suap masuk dalam mulut, kunyah-kunyah, pastu telan..hehe..yang tak sama cuma bab lepas dah habis makan..kalau kat Malaysia, lepas makan dan kenyang, boleh terus blah..kat sini, biasanya kita kena susun balik pinggan, mangkuk, gelas etc kat rak yang dorang dah sedia..bagus kan cara dorang ajar rakyat untuk berdisiplin?..sama jugak kalau pegi McD atau lain-lain fast food chains..*yang lain-lain tu tak sure sangat since saya tak penah pegi..hehe*~


*kfc hot wings and kfc fingers*
*fries and refillable drink..minum sampai kembong perut!*
*bini sapa ntah*

*sopan kan kami?haha*
*ini adalah rak yang dimaksudkan..tu mak cik belakang tu perasan ingat saya ni paparazzi nak stalk dia..*


Oh..ada lagi satu yang 'lain' dari Mesia..kat sini dorang tak begitu pemurah nak letak sos berbotol-botol atas meja sampai boleh cilok botol tu bawak balik rumah..so takyah lah nak tanya pekerja dia, mana botol sos ye..sos dalam peket-peket kecik tu pun bukan free..satu peket kecik sos tomato = 0.50€..sebab tu kalau pegi Kfc, saya mesti angkut botol sos dari rumah..kampung betul kan?..hehe~



p/s: ni konon-konon klau rajin lepas ni nak tulis banyak-banyak pasal cara hidup kat sini..just in case ada orang buat refer ke, tak pun lagi sepuluh tahun bila saya byk duit dan nak datang sini lagi..boleh lah buat comparison..hahaha~

No comments: