September 10, 2010

1 Syawal 1431H..

SELAMAT HARI RAYA. MAAF ZAHIR DAN BATIN.


Alhamdulillah..selesai sudah Hari Raya Aidilfitri untuk tahun ni..selesai sudah sebulan berpuasa..


1 Syawal tahun ni jatuh pada 09.09.10 di Regensburg,sehari awal dari Malaysia..ini kali kedua saya berhari raya sebagai isteri cantik, cun, baik, sopan kepada mr hasnul..cuma bezanya kali ni, kami beraya jauh dari keluarga dan sanak saudara..no rebut-rebut untuk balik rumah sapa dulu.hehe.(walaupun jarak rumah masing-masing 15 minit je, tetap nak rebut-rebut)..


Sehari sebelum raya, kami berkumpul di rumah kak ain, tolong-tolong dia buat persediaan untuk jamuan raya..dari pukul 11 pagi, sampai 11 malam berkampung di situ..hilang sikit rasa sunyi dan rindukan rumah.buka puasa kat situ, takbir raya kat situ..masa takbir tu, saya tak banyak ikut pun..sebab rasa sayu je dengar takbir tu..ye la, takbir ikut irama malaysia kan, mendayu-dayu je..sedih..


Pagi-pagi raya, saya tak siapkan apa-apa menu pun..since semua dah ada kat rumah kak ain, memang siap perut je la pegi rumah dia kan..mr hasnul bancuhkan hot chocolate je untuk kami minum, itupun satu mug share 2 orang, amik berkat sunat makan sikit sebelum solat Aidilfitri..dan acara wajib pagi raya mestila bermaaf-maafan kan..hehe..mula-mula macam cool je..tapi bila nak sebut mintak maaf tu, tiba-tiba terbayang banyak salah dah buat dekat suami terchenta tu, terus jadi sedih..dan tak semena-mena rasa pedih je hujung mata..tapi bukan I sorang je tau..orang tu pun I tengok mata dia berkaca-kaca jugak..*pecah rahsia.haha*


Lepas tu ber-skype dengan mama..best..video call direct ke ruang dapur taman mutiara, siap boleh tengok mama duk kacau serunding..baba pun join skali duduk bervideo-call..dan, saya memang tak nangis pun..


Kami solat hari raya di RT-Halle, dewan yang dah disewa oleh komuniti arab disini, yang menggabungkan dua masjid (arab dan turki)..kumpul semua sembahyang sekali ramai-ramai..sangat menarek sebab berbagai bangsa ada..arab, african, german, asia..semua kumpul sekali..paling best tengok anak-anak dorang..macam-macam fesyen baju ada..


african rasanya

yang ni mak dia macam muka german
ini maybe anak arab
this cute lil boy memang arab.

Lagi satu benda yang best adalah boleh pakai baju kurung + baju melayu dan berkeliaran di bandar Regensburg..rasa macam bangga je walaupun nampak muka orang german macam usya pelik je bila kami naik bas..~

Lepas solat, kami gerak ke rumah kak ain, yang dah jadi macam 'kampung' student2 melayu kat sini..macam-macam makanan ada, lemang, nasi himpit, kuah lodeh, rendang, nasi beriani, ayam masak merah, kuih-kuih raya, etc..lepas makan, kenyang dan rasa letih sangat, so kami balik rumah.Sampai je kat rumah, seriyes rasa sunyi sangat..baru terasa yang kami raya di tempat orang..terus terbayang mama baba di rumah, adik beradik dan saudara2 yang best-best di Malaysia..tapi takpe..semua ni pengalaman, bila lagi nak merasa pengalaman macam ni kan?..bukan selalu boleh ambil gambar berdua pakai baju kebangsaan bawah pokok dengan daun-daun gugur kan?..*statmen pujuk hati*








*all copyright reserved..tak larat nak letak watermak..*

2 comments:

Anonymous said...

oh.. thats y orang letak watermark eh.. tanak bagi orang amek?

tapi kalau stalker kan..
depa amek gak..

hahahahaha.. oh ye. selamat hari raya

useryna said...

ye la..kang dorang amek, edit balik, pastu claim gambar dorg..takat kwn2 aku tak heran, klau org tak kenai kang ssh tu..~