July 29, 2012

Nak jadi baik.


Sedar tak sedar dah seminggu Ramadhan. Cepatnya. Orang lain dah puasa 8 hari, saya belum cukup lagi. Macam tahun-tahun lepas, tetap jugak takleh nak sambut 1 Ramadhan.huhu. 

Ramadhan patutnya tenang kan? Mungkin banyak dosa, sebab tu rasa tak setenang Ramadhan yang dulu-dulu.huhu. 

Sedihnya, orang lain letih berpuasa, saya letih memikirkan entah apa-apa. Hati tak bersih, itulah jadinya. Dah la macam malas je nak buat ibadat. Terawih tak bersempat-sempat. Lepas je buka puasa, Aniq Qayyim mesti mintak susu nak peluk-peluk sampai tidur, sudahnya dengan mak-mak dia sekali tidur. Isyak pun berebut-rebut dengan sahur. Betullah orang cakap anak itu ujian. *Eleh, guna alasan anak pulak. Padahal diri sendiri malas. Boleh je bangun solat malam-malam masa anak dah tidor nyenyak. Pang sekali! huhu*

Ruginya seminggu berlalu camtu je. Bilalah nak jadi baik ni.huhuhuhuhu..~




July 16, 2012

Teka tekuk

Tadi Mr Hasnul bagi teka teki. Sampai kejung perut saya gelak..terus tak jadi nak tidor.hehe

"Bawang dua ringgit, bawang besar empat ringgit, cilikering berapa ringgit?
Kain dua ringgit, bantal dua ringgit, tilam dua ringgit, towel berapa ringgit?
Makan dua ringgit, minum dua ringgit, mandi berapa ringgit?"

Nak lagi?

"Pinggan dua ringgit, gelas dua ringgit, pinggan kecil empat ringgit, cawan besar berapa ringgit?"

Teka teki orang gila ni. Sapa dapat jawapan saya bagi hadiah misteri. 

Hadiah misteri berapa ringgit? Haha..






p/s: Dah lama tak pillow talk gelak-gelak camni..Terima kasih untuk orang yang cipta teka-teki sampai boleh buat kami gelak guling-guling.=)

July 15, 2012

July 14th

It's been 9 years. 9 happy years together.

Funny that we both forget this special date this year.Wahaha.. 

Saya 'teringat' jugak semalam, itu pun dekat-dekat nak tidor dah baru ingat. Then mengantuk sangat, so layan tidor. Terus lupa hari ni.hehe~

Mr Hasnul memang langsung tak ingat. Nasib baik dia sekarang rajin 'study' balik cerita-cerita lama kat blog ni. Saya pun tak faham apa yang menariknya, tapi kerap sangat dah saya nampak dia duk baca balik older posts. So tadi tengah-tengah dia duk 'study' tu, tak sengaja sampai ke last year celebration post. Barulah teringat special date ni. It's our dating anniversary date!

Happy (dating) anniversary sayang. I tak marah you lupa. Sebab I pun tak ingat.haha.. But I know you love me. As we changed over the years, so do my love. I'm sorry darling, I just can't help it.  My love for you has changed. It's no longer the same as 9 years ago.. Because..it's getting stronger everyday!! Heheeee~

3 kata.



July 13, 2012

Buntu.



Doa memohon ditempatkan di tempat yang barakah.







July 7, 2012

Another one month, and he'll turn to 1!

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.

Sekejap je rasa, Muhammad Aniq Qayyim dah sebelas bulan. Kurang dari sebulan, cukup setahun.

Sikit lagi..nak cukup dah..=)

Sihat, bijak, hensem, kiut, miut...hehe..Semua baik saja. Alhamdulillah.

Dialah hidup, dialah nyawa saya. 

Dah lama tak update milestone dia kan? Tapi secara ringkasnya, perkembangan dia selari je dengan umur.

  • Current weight, 8.8 kg. Mantap.
  • Belum boleh berjalan, tapi dah boleh berdiri dengan sedikit sokongan. Kadang-kadang dia dah mula lepas tangan untuk berdiri without support. Bolehlah bertahan 5-10 saat, pastu dia jatuhkan badan. Merangkak memang lajulah.
'Kenderaan ringan' pun dia dah boleh bawak..Ini guna yang  Kakak Affaf punya, save duit mommy takyah beli baru.hehe
  • Masih breastfed sepenuhnya. Alhamdulillah, dalam duk catu-catu stok pun, cukup jugak sampai ke hari ni. Saya pernah try bagi formula milk (sebab stok kurang masa tu), tapi dia tak telan langsung formula milk tu, dia biar je susu tu meleleh keluar. Sekarang dah makan makanan yang agak kasar, dah takyah blend-blend, just lenyek-lenyek je. Tapi Aniq ni tak suka nasi. Kalau buat bubur nasi, sikit je dia makan. Dia lebih prefer buah, potatoes, pasta etc. Weekend je saya masak (huhu), hari bekerja biasanya dia makan instant babies food je.huhu. Terkilan jugak sebab tak boleh nak prepare homemade food untuk dia setiap hari. sob..sob..
  • Gigi dah tumbuh 4 batang. Comel gila! Bila gatal gusi, dia akan tarik tangan saya dan gigit. Dah banyak kali jari saya luka kena gigit, tahankan je la. Budak belum mummayyiz, nak marah pun bukan dia faham. Dah bagi teether, dia tak suka, tangan mommy jugak dia nak gigit. Tangan orang lain tak pulak dia tarik nak gigit.
4th teeth yang baru je tumbuh..sebelah atas tu..ari tu mommy dah cuak apsal gigi belah atas tumbuh tak berpasangan macam gigi bawah..hehe~

  • Dah pandai sebut 'Mama', 'Papa', 'Titti' (Panggilan cucu untuk mama saya, Siti) etc. Yang syoknya, budak ni cerdik, kalau saya ajar dia suruh panggil ' Mama', dia mesti sengaja balas ' Papapapapapa'.. Pastu gelak-gelak tengok papa dia. Eloklah dua beranak kuat mengusik.
Jantung hati. Ramah macam mommy.
  • Dia selalu imitate apa yang orang buat. Contoh sekarang dah pandai amik phone letak kat telinga, pegang remote aircond, automatik dia akan talakan ke aircond. Boleh katakan semua benda dia nak ikut kita buat. Kalau saya bebel-bebel kat Mr Hasnul pun dia akan ikut bebel, tapi versi baby punya bebel la kan. Kadang-kadang rasa malu pulak anak tiru perangai kita.hehe..
"Aaaa..aaaa..." which means.. "heloo..hello"..=)
  • Aniq juga dah pandai response pada arahan yang ringkas. Contoh, kalau saya cakap 'Tepuk', dia akan tepuk tangan, 'Bye..bye' dia akan wave. Kalau cakap ' Laaiillahaillallah...' dia terus akan tunduk-tunduk gaya zikir. Kalau nyanyi je 'Twinkle twinkle little star...' dia akan buat tangan kelip-kelip tu. Even masa kita cakap tu dia tak pandang muka kita pun, dia akan tetap buat.hehe. Memang comel!
  • Aniq ni memang anak manja papa. Pagi-pagi bila saya keluar nak pergi keja, elok je dia boleh lambai-lambai. Tak nangis pun. Tapi kalau Mr Hasnul yang nak pegi keja, siaplah meraung-raung nak ikut.haha.. Petang pulak, bunyi je loceng, dia dah laju terpa ke pintu. Dah boleh agak kot papa dia balik masa tu..
Muka papa pun nak belek. Ish. *jeles!*
Sebenarnya tak jeles sangat, sebab mommy 100% yakin, Aniq manja dengan papa untuk  dapat attention je, dengan mommy dia buat selambe, sebab dia tau mama dia sayang, ingat dah sentiasa bagi perhatian tak kira masa atau keadaan.kan?

Ermm..setakat tu je yang ingat. Banyaklah lagi benda yang dia boleh buat. Setiap hari ada benda baru. setiap hari semua orang akan terhibur dengan dia. Betullah orang cakap, anak tu bawa rahmat. Tak boleh nak gambarkan betapa bahagianya bila ada anak. Rezeki pun  bertambah-tambah. Alhamdulillah. Malu pulak rasa, Tuhan baik sangat dengan saya, padahal saya ni selalu lupa Dia. Isk..~

Birthday Aniq nanti jatuh dalam bulan puasa.  Payah la sikit nak buat birthday party, maybe kena buat majlis buka puasa la kan. Tengok la macam mana..papa dia pun sekarang asyik kena outstation  je.huhu..

July 1, 2012

travel note : Kuala Lumpur City Centre.


Mrs. Boss berkenan luluskan cuti last minute saya, itupun setelah ada colleague yang sanggup gantikan tempat saya untuk sesi berjumpa dengan student's parents.

So, petang Rabu, bergeraklah kami sekeluarga (sekeluarga = 3 orang), ke KL. Last month turun KL sebab Mr Hasnul kena pegi training, this time dia kena attend meeting pulak. Saya pun tak berapa pasti apa significant saya ikut. Maybe sebab menurut kata suami (dah dia ajak, takkan nak cakap tak nak kan), disamping menjadi peneman dia ketika drive. Malam tu dekat-dekat pukul 10 baru sampai untuk check-in hotel. 5 star katanya.hehe~

Bilik biasa, bukan suite pun.

Suka. 



Esoknya, papa kena attend meeting, tinggallah mama berdua dengan hero kacak nan seorang tu. Walaupun KLCC sebelah menyebelah je, tapi tak kuasalah mama nak keluar berdua dengan hero kacak mama. Baiklah spend masa dengan dia dalam bilik, boleh gomol-peluk-kejar-kejar-snap gambar puas-puas. Quality time kata omputeh ek?


Sebiji epal sehari, doktor boleh pergi main jauh-jauh. 

Hero kan?

Kan?
But he will always be my baby. Terhantuk sket, cepat-cepat cari mama mintak peluk. Manja, tapi mama suka!
Penat dah tu.
Tengaharinya, Mr Hasnul balik kejap jemput kami untuk lunch. Tapi tak sempat ambil gambar pun. Berkejar-kejar nak cepat. After lunch, sambung balik sesi quality-time dengan hero tersayang. Tidor sampai pening!haha..
Super junior

Disney junior

Yang ni super duper comel. Muka bangun tidor. Dah petang dah masa ni.


Pukul 6 baru papanya habis meeting. Sebab nak pujuk kesayangans yang dah boring sehari terperap dalam bilik, tiba-tiba Mr Hasnul cakap, " Jom bersiap, papa bawak pergi tengok ikan.." Yay!

Hah, yang depan tu lah hotelnya.

First time ni. Dulu zaman student takde duit nak bayar entrance.

Piranha parade. Seram ah.

Baru tau weak point hero kecik ni, dia geli tengok binatang-binatang kecik, bergerak-gerak. Muka chom je tak enjoy langsung masuk Aquaria. Kesian.hehe~

Ikan kecik dia geli, yang besar dia takut. Nampak tu peluk kuat tak nak lepas.

Mama dia je yang enjoy.

Nasib baik hujung-hujung papa jumpa bola gedik-gedik tu. Barulah reti nak senyum balik anak mama tu.

Air menari-nari. 

Memang anak papa.


Ok. Sampai situ je. Kami check-out tengah malam, lepas sempat tidor seround buat hilang letih. Receptionist pun pelik apsal nak check-out malam padahal bilik dah booked untuk 2 malam. Nak buat macam mana, nak tak nak kena drive balik Alor Setar sebab the next day Mr Hasnul kena masuk keja.huhu.~

Entry banyak gila gambar. Taknak up kat facebook, so letak kat blog. At least kat sini, viewer tak ramai sangat (kot?).

Patut stay up buat soalan test, tapi melencong update blog pulak. Aishhh..Bye!

June 24, 2012

rambles VI

1. Mr Hasnul suruh saya makan banyak, biar chubby macam dulu katanya. Saya tanya, kurus sangat ke? Tak suka ke? Dia cakap, bukan tak suka, tapi nanti orang ingat tak happy.haha. Saya cakap dulu chubby sebab pregnant. So, camna tu?hehehe..

By the way, memang berat badan turun merudum sekarang. Lebih ringan dari sebelum pregnant. Percaya tak? Saya dah kurang 23kg sejak lahirkan Aniq. Dasyat kan..petuanya senang je, beranak anak lelaki yang aktif, breastfeed sepenuhnya, then cari kerja yang buatkan kita selalu tak sempat makan (read : cikgu).

2. I love my new haircut. Selang 5 minit tengok cermin @ belai-belai rambut. Rasa stailo pulak rambut camni.~

3. Dear Mrs. Boss, harap-harap esok Puan berlembut hati dan sudilah approve cuti saya. Bagilah chance saya nak merasa guling-guling atas katil 5 stars hotel.huhu..~

How can I miss this?

Or this? Uwaaaa...


4. Dear Mr. Husband, I don't know how you do your job. But, I'm starting to fall in love with your new job.hehehe~

5. 'Something' is arriving this weekend. Omaigod, I just can't wait!