July 7, 2012

Another one month, and he'll turn to 1!

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.

Sekejap je rasa, Muhammad Aniq Qayyim dah sebelas bulan. Kurang dari sebulan, cukup setahun.

Sikit lagi..nak cukup dah..=)

Sihat, bijak, hensem, kiut, miut...hehe..Semua baik saja. Alhamdulillah.

Dialah hidup, dialah nyawa saya. 

Dah lama tak update milestone dia kan? Tapi secara ringkasnya, perkembangan dia selari je dengan umur.

  • Current weight, 8.8 kg. Mantap.
  • Belum boleh berjalan, tapi dah boleh berdiri dengan sedikit sokongan. Kadang-kadang dia dah mula lepas tangan untuk berdiri without support. Bolehlah bertahan 5-10 saat, pastu dia jatuhkan badan. Merangkak memang lajulah.
'Kenderaan ringan' pun dia dah boleh bawak..Ini guna yang  Kakak Affaf punya, save duit mommy takyah beli baru.hehe
  • Masih breastfed sepenuhnya. Alhamdulillah, dalam duk catu-catu stok pun, cukup jugak sampai ke hari ni. Saya pernah try bagi formula milk (sebab stok kurang masa tu), tapi dia tak telan langsung formula milk tu, dia biar je susu tu meleleh keluar. Sekarang dah makan makanan yang agak kasar, dah takyah blend-blend, just lenyek-lenyek je. Tapi Aniq ni tak suka nasi. Kalau buat bubur nasi, sikit je dia makan. Dia lebih prefer buah, potatoes, pasta etc. Weekend je saya masak (huhu), hari bekerja biasanya dia makan instant babies food je.huhu. Terkilan jugak sebab tak boleh nak prepare homemade food untuk dia setiap hari. sob..sob..
  • Gigi dah tumbuh 4 batang. Comel gila! Bila gatal gusi, dia akan tarik tangan saya dan gigit. Dah banyak kali jari saya luka kena gigit, tahankan je la. Budak belum mummayyiz, nak marah pun bukan dia faham. Dah bagi teether, dia tak suka, tangan mommy jugak dia nak gigit. Tangan orang lain tak pulak dia tarik nak gigit.
4th teeth yang baru je tumbuh..sebelah atas tu..ari tu mommy dah cuak apsal gigi belah atas tumbuh tak berpasangan macam gigi bawah..hehe~

  • Dah pandai sebut 'Mama', 'Papa', 'Titti' (Panggilan cucu untuk mama saya, Siti) etc. Yang syoknya, budak ni cerdik, kalau saya ajar dia suruh panggil ' Mama', dia mesti sengaja balas ' Papapapapapa'.. Pastu gelak-gelak tengok papa dia. Eloklah dua beranak kuat mengusik.
Jantung hati. Ramah macam mommy.
  • Dia selalu imitate apa yang orang buat. Contoh sekarang dah pandai amik phone letak kat telinga, pegang remote aircond, automatik dia akan talakan ke aircond. Boleh katakan semua benda dia nak ikut kita buat. Kalau saya bebel-bebel kat Mr Hasnul pun dia akan ikut bebel, tapi versi baby punya bebel la kan. Kadang-kadang rasa malu pulak anak tiru perangai kita.hehe..
"Aaaa..aaaa..." which means.. "heloo..hello"..=)
  • Aniq juga dah pandai response pada arahan yang ringkas. Contoh, kalau saya cakap 'Tepuk', dia akan tepuk tangan, 'Bye..bye' dia akan wave. Kalau cakap ' Laaiillahaillallah...' dia terus akan tunduk-tunduk gaya zikir. Kalau nyanyi je 'Twinkle twinkle little star...' dia akan buat tangan kelip-kelip tu. Even masa kita cakap tu dia tak pandang muka kita pun, dia akan tetap buat.hehe. Memang comel!
  • Aniq ni memang anak manja papa. Pagi-pagi bila saya keluar nak pergi keja, elok je dia boleh lambai-lambai. Tak nangis pun. Tapi kalau Mr Hasnul yang nak pegi keja, siaplah meraung-raung nak ikut.haha.. Petang pulak, bunyi je loceng, dia dah laju terpa ke pintu. Dah boleh agak kot papa dia balik masa tu..
Muka papa pun nak belek. Ish. *jeles!*
Sebenarnya tak jeles sangat, sebab mommy 100% yakin, Aniq manja dengan papa untuk  dapat attention je, dengan mommy dia buat selambe, sebab dia tau mama dia sayang, ingat dah sentiasa bagi perhatian tak kira masa atau keadaan.kan?

Ermm..setakat tu je yang ingat. Banyaklah lagi benda yang dia boleh buat. Setiap hari ada benda baru. setiap hari semua orang akan terhibur dengan dia. Betullah orang cakap, anak tu bawa rahmat. Tak boleh nak gambarkan betapa bahagianya bila ada anak. Rezeki pun  bertambah-tambah. Alhamdulillah. Malu pulak rasa, Tuhan baik sangat dengan saya, padahal saya ni selalu lupa Dia. Isk..~

Birthday Aniq nanti jatuh dalam bulan puasa.  Payah la sikit nak buat birthday party, maybe kena buat majlis buka puasa la kan. Tengok la macam mana..papa dia pun sekarang asyik kena outstation  je.huhu..

No comments: