Saya dah sampai pada satu tahap dimana saya adalah tak sabar-sabar sangat dah nak deliver baby ni.. Tak tahulah sebab apa..tapi rasa macam....mmm..kalau boleh nak bersalin sekarang jugak.huhu.
*Waah..gaya bercakap macam dah ready sangat je..ingat bersalin tu senang macam nak poo-poo ke?haha.. Takut sebenarnya..*
Semalam pergi check-up, 39th week. Ye, memang ada satu minggu lagi before estimated due date..Tapi kalau boleh saya nak cepat-cepat bersalin. Boleh ke camtu?huhu. Doctor cakap semua okay. Alhamdulillah, so far baby sihat, jantung dia kuat (walaupun kurang gerak due to ruang yang sempit dalam perut mommy), amniotic fluid cukup lagi, kepala baby dah engaged ke pelvic(no wonder semua orang cakap perut saya dah 'turun' sangat-sangat), dan berat baby dah cecah 2.9 kg. By next week Insyallah doctor cakap akan increase jadi >3kg. Dia tanya ada rasa sakit tak, saya cakap semalam ada sikit contraction, start pukul 12 malam (terjaga dari tidor sebab sakit), tapi pukul 2 lebih dah hilang. Semangat gila bercerita kat doctor dengan harapan dia akan admit, pastu cakap dah boleh beranak hari ni..hehe. Tapiiii, doctor cakap, tu bukan actual contraction tu.huhu..Kalau betul-betul dia sakit tak hilang-hilang. Hmmm.. Doctor buat jugak scan tadi, 4D macam biasa. Pipi baby dah bulat sangat-sangat. Hehe..tak sabar mommy nak gomol-gomol pipi tu..Bila tunjuk gambar tu kat mama saya, mama cakap baby ni muka macam daddy dia. Ish..ini yang tak puas hati ni. Saya nampak macam muka saya je...Macam mana mama bleh cakap macam muka Mr Hasnul pulak?Lagipun kalau ikut equation:
Baby = Comel....................(1)
Mommy = Comel....................(2)
Substitute (1) in (2),
Patutnya akan dapat
Baby = Mommy.
Kesimpulannya baby mesti comel macam mommy.hehehe~
*Mommy dah jadi wengweng sebab banyak sangat marking paper physics hari ni..tak kisahlah muka sapa pun, yang penting sihat sempurna je..=)*
Tiap-tiap hari bila pegi sekolah, mesti orang akan tegur "Eh, ada lagi?", ataupun "Laa..tak meletup lagi ke mak buyung ni.." huhu.. Macam gaya tak sabar-sabar nak tengok saya
berambus cuti je kan? Maybe sebab ada 2 orang cikgu dah selamat bersalin, awal dari EDD dorang. Tinggallah saya sorang terkedek-kedek usung perut pegi keja.huhu. Nak amik cuti pun memang takleh dah. Dah terlepas tarikh memohon.isk3..So, let's pray for the best. Semoga tiba harinya nanti, saya akan bersalin dalam keadaan yang paling baik, dengan cara yang terbaik dan tentunya pada masa yang terbaik. Mr Hasnul selalu cakap, tak payah nak risau sangat..Insyallah Tuhan dah ada perancangan yang baik untuk kita. Harap-harap macam tu lah.. Lagipun, kakak saya cakap, mungkin Tuhan nak bagi lebih banyak peluang untuk saya habiskan masa berdua-duaan dengan Mr Hasnul sebelum jadi bertiga-tigaan. Dia cakap, once baby dah lahir, dah tak sama dah macam life sekarang. Saya pun tak tahu apa yang tak sama tu..kita tengoklah nanti macam mana. Tapi memang sekarang saya dan Mr Hasnul menggunakan 'peluang' yang Tuhan bagi ni semaksima mungkin. Kami ni dah macam belangkas. Tak berenggang langsung. Even nak pegi isi minyak kat petrol pump pun, Mr Hasnul mesti ajak saya temankan. Dia cakap boleh spend masa sama-sama dalam kereta pun ok jugak. Dulu-dulu (sebelum kawen n pregnant) kalau ternampak pasangan suami isteri, yang si isteri tengah sarat mengandung, pastu suami tolong pimpin tangan isteri..mesti rasa macam.."Mmm..sweeet nyeeewwww dorang tuuueewww.." Pastu mulalah jeles-jeles, berangan nak mengandung jugak. Sebab nak buat camtu jugak.hehe. Alhamdulillah..sekarang saya pun boleh 'sweet-sweet' macam tu.kui3.. Mr Hasnul memang sentiasa pegang tangan tangan saya masa berjalan. Even dalam kereta pun, kami memang selalu pegang tangan. Macam gedik kan?hehe. Tapi dah terbiasa macam tu. Lagipun suami isteri bila bersentuhan yang membawa kepada rasa kasih, free-free je dapat pahala. Rugilah kalau tak nak ambil, pahala Tuhan bagi senang-senang je..Harap-harap kekallah macam ni.. Insyallah.
*Tima kasih ye sayang, sebab tak malu jalan sebelah perempuan gemok 60 kg ni..huhu.. Nanti dah keriput-keriput, bongkok-bongkok pun pegang tangan jugak tau....*
Ok. Cukuplah mengarut setakat ini. Wish me luck ye..
*sambil mata melirik ke arah beg-beg hospital yang setia menanti di sudut bilik...tunggu masa nak angkut je..huhu*
Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Amin