November 29, 2010

travel note : Paris, France

Bonjour, Mesdames et Messieurs..hehe


Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat pulang dari France. Kami bertolak hari Khamis , 25.11.2010 pukul 7.30pm dari Regensburg. Kami sampai di Paris Main Train Station (Gare de l'Est) pukul 9.30am hari Jumaat. Tak payah tanya, memang rasa keras punggung duduk dalam train tu. Nasib baik ada peha mr hasnul buat alas kepala.hehe. *takde segan-segan, depan mak mertua pun bantai tidor atas ribaan jugak.haha*


Sampai je di Paris, macam biasa, terus pegi kaunter info, mintak map. Then berpandukan map dan jugak info-info yang dah di survey sebelum pegi, terus cari metro, pegi brekfast then pegi hotel. Alhamdulillah, walaupun tak pernah sampai lagi, dan ada sikit masalah language, semua tempat yang kami aim nak pergi, boleh je sampai tanpa ada masalah.


depan hotel




Petang tu kami keluar semula ke Arc de Triomphe, terletak dekat Champ Elysees..Ala, benda alah yang macam gerbang tu. Tak pegi dekat pun, amik gambar dari jauh je.Asal sampai kan?hehe. Tengah syok-syok amik gambar, tiba-tiba je salji turun mencurah-curah. Lebat gila. Tak sempat nak lari cari tempat teduh pun. Sejuk tak payah cakap la kan. Then, kami jumpa kedai apa ntah, masuk tumpang panas dalam tu kejap. Pastu keluar balik sebab nak meronda kawasan shopping kat situ. Champ Elysees ni memang terkenal dengan boutique untuk brang-barang branded. Merasa la jugak masuk Louis Vuitton walaupun dah sah-sah tahu duit dalam wallet tak cukup nak beli apa-apa yang ada jual kat situ. hehe. Masuk je la kan, pusing-pusing tengok orang kaya shopping. Mostly adalah apek and amoi cina. Banyak betul duit dorang ni eh, beli pulak bukan sket-sket. Kalau kat Mesia, masuk tempat-tempat camni tapi pakai selekeh-selekeh mesti promoter dia buat muka kerek tak nak layan kan. Tapi kat sini ok je. At least dia senyum je kat semua orang yang masuk, dan dia tak lorat pun tengok kita buat cubaan nak sentuh-sentuh beg ribuan Euro..
Arc de Triomphe-berani mati amik gambar tengah jalan.




heavy snow


selekeh tapi masuk LV.haha






Kami tak shopping apa pun. Beli souvenir je. MIL dengan FIL mengangkut souvenir banyak gila. Beli souvenir je dah habis berapa ratus. Saya cuma beli sket-sket buat kenangan. *sebab duit saya takde banyak macam dorang.huhu*
Settle beli-beli semua, kami pegi dinner, pastu pegi Musee de Lourve. Kat dalam museum ni katanya terletak potret Monalisa. Tapi macam biasa, saya dengan mr hasnul bukan layan museum2 ni. Kami amik gambar kat luar je. Petanda dah sampai.hehe. Kira aci la tu. Then, masing-masing heret kaki (sebab dah letih gila jalan) balik ke hotel. Ikut tentatif asal, ingat nak kuar tengok view Eiffel Tower waktu malam. Tapi mengenangkan kaki dan badan yang dah tak bermaya tu, cukuplah tengok Eiffel Tower dari tingkap hotel je.


Musee de Lourve. Cantik kan?




Esoknya, kami check-out awal, simpan beg di loker hotel dengan harga 5€ satu hari then gerak ke Eiffel Tower. Sepanjang jalan ke tower base, penuh orang-orang kulit hitam jual souvenir. Murah gila pulak tu. Banding harga dengan souvenir yang kami beli semalam, memang tepuk dahi banyak kali. Terkena! Replika menara yang kami beli dengan harga 6€ dekat kedai souvenir, tepi jalan tu jual 2.50€ je. Dekat 3 kali ganda murah tu. So ingat ek, sapa-sapa nak beli souvenir kat Paris, jangan beli dekat kedai. Pegi cari orang-orang tepi jalan sudah. Murah dan berbaloi-baloi. 


Penjaja souvenir. Boleh cakap Melayu dorang ni.




Nasib baik dah book ticket tower online, so tak payah queue boleh terus naik tower. Sejuk gila kat atas tu. Sejuk-sejuk pun orang ramai jugak. Kalau summer mesti lagi ramai. Syukur sebab masa kami naik atas, ada matahari. Boleh nampak view kota Paris dari atas. Kalau mendung atau foggy, mesti tak nampak apa-apa.Tiket untuk ke tower summit cuma 13€ seorang. Kira ok lah tu. Alang-alang dah pegi paris kan, biarlah sampai puncak.hehe.


The view of Paris from Eiffel Tower.


Lepas sejam dekat atas, kami turun amik gambar kat bawah. Ini je yang menarik pasal Paris rasanya. Personally, saya tak rasa Paris ni special sangat, negara Eropah sbenarnya lebih kurang je semua. So, kalau dah sampai satu negara Eropah sebenarnya dah cukup. Tapi kalau ada rezeki pegi lah jalan banyak tempat. Kata orang, jauh berjalan luas pengalaman kan. Tapi jangan lupa, mana-mana tempat kita sampai pun, cantik mana pun pemandangan yang kita lihat,  apa pun monument hebat yang kita lawat, tetap pujian itu kembali kepada Allah. Semua tu kan datang dari Allah?..Paling tidak pun, Allah yang kurniakan akal untuk bolehkan manusia mereka menara besi macam tu dari kurun ke -18 dulu.


Summit.





Paris bagi saya adalah satu bandar yang sebenarnya cantik, tapi jadi serabut, kotor dan busuk. Lebih kurang macam London. Rasa tak secure, tak macam dekat Germany. Dengan peminta sedekah ramai, pendatang, homeless merata-rata, sampah-sarap banyak.Eii..tak taulah kat part mana yang orang cakap romantik tu..Pegi bercinta dekat Pantai Cenang lagi romantik kot.hehe. Oh, ada satu part romantik. Dekat Paris merata-rata ada orang buat music show. Be it dekat metro station, dekat tepi jalan or even dalam metro pun! Saya suka part yang ni. Best gile kot, naik metro sambil dengar pak cik gesek violin main lagu Beethoven.hehe. Nah, ini satu contoh. Tapi bukan gesek violin, ape ntah nama alat muzik tu. Video henfon je. Enjoy!






Tengah hari tu, kami lunch di kedai yang sama yang kami breakfast semalam. Sedap dan puas hati makan dekat situ.hehe. Lepas tu pegi cari Grand Mosque. Lawak jugak, elok-elok sampai station Place Monge, saya dengan mr hasnul baru nak bukak map nak cari jalan pegi masjid tu. tiba-tiba je ada mamat French ni datang, "Mahu saya tolong??"..sekali dia cakap Melayu beb. Saya tanya "Can you speak Malay?".." Boleh, sikit-sikit.."(sila baca dengan slang mat salleh ye.) Apa lagi kan, terus tanya dia mana arah masjid, dia pun bagi direction, siap recommend suh pegi minum mint tea dekat masjid lagi. Rupa-rupanya dia kawen dengan cina Malaysia. Sebab tu dia pandai cakap melayu.hehe. Masjid tu subhanallah. Besar. Selesa. Orang pun ramai. Sampai MIL saya cakap dia rasa macam duduk kat Mekah.hehe. Kami duduk masjid sampai Maghrib, settle solat semua, terus gerak balik hotel amik beg, then pegi train station. Pukul 8.30pm bertolak balik Regensburg. Dalam compartment kami tu ada 6 seats, satu seat tu ada pak cik Jepun masuk. then dia tanya, we all ni family ke. Terus dia rasa uninvited. Elok je train bergerak, dia pegi cari compartment lain. Dasat jugak pakcik Jepun ni. Dia cerita, dia round the world. Dari US, Mexico, pegi semua Europe Country, then nanti nak pegi, Vietnam, Beijing, Korea semua. Dasat! Dah la travel sorang. Jenis-jenis orang macam ni lah agaknya yang selalu jadi penulis buku kan? Macam Eat. Pray. Love tu..hmm..


Ok. Habis cerita Paris. Tiket Air Asia sekarang dah murah pegi Paris kan, simpan duit, dan pergilah tengok sendiri.hehe~


Ada lebih kurang 400 keping gambar yang saya sempat ambil di Paris, tapi dalam banyak-banyak..ada satu yang saya PALING SUKA. Akan ingat sampai mati kot.Insyallah. Gambar apa?hehe.. nantilah, kita buat tajuk lain untuk gambar tu je..*terus senyum sampai telinga bila terkenangkan gambar yang satu itu*









November 25, 2010

Bonjour..

Saya tengah siap-siap sekarang. Lagi dua jam nak gerak ke salah satu tempat yang pernah jadi dream destination. Saya kena iring family mr hasnul ke train station, dan jumpa dia kat sana since dia direct pergi lepas kelas. Kami akan naik train untuk 12 jam.Mak aih. Lama gila. Kalau naik MAS dah sampai Malaysia buah hatiku. Saya takde plan apa-apa, cadangnya nak tidor je. Teringat dulu naik train 12 jam dengan Nazanursaad dari KL balik Alor Setar. Saja gedik nak rasa naik train kononnya. hehe. Indahlah zaman dulu-dulu.


Anyways, doakan perjalanan kami selamat, mudah dan gembira. Nanti balik saya wat travel note eh. *macam lah ada orang minat nak baca ko tayang jalan-jalan europe tu yus.haha*


Mungkin kepulangan saya nanti akan mampu tukarkan gloomy kepada glowy. Siapa tahu kan?








p/s: nak tengok, apalah yang ada pada besi buruk yang di agung-agungkan sangat tu..



November 24, 2010

Sonata Musim Salju

Kesiannya bilik bacaan kecik ni, dah berapa hari bersawang-sawang. Sempat masuk, tapi tak sempat nak kemas-kemas. Lagipun memang tak ada feeling nak tulis apa-apa. Kalau ada pun, mesti jadi mangsa CTRL A, CTRL X.

I'm doing good..a lot better, I guess. Lepas 2-3 hari bergloomy sorang-sorang, sekarang saya lebih tenang, lebih gembira.Dah boleh adapt dengan keadaan rasanya. Dah boleh bangun awal pagi, dan buat apa yang sesuai dengan keadaan keluarga mr hasnul. Awal gila kot bangun sekarang ni. Sebab mother-in-law(MIL) saya bangun awal masak nasik segala bagai. Ye lah, dorang punya jet lag pun tak hilang lagi, perut pun still ikut waktu makan kat Malaysia. Pukul 7.30pagi dah brekfes dengan nasik, dan lauk 2-3 jenis. Saya bangun je dah siap semua. Saya tolong hidang-hidang je sambil buat-buat sibuk.haha.. Biarlah, minggu ni kita kasi can mr hasnul makan mak dia masak. *alasan orang malas*. 

Semalam bawak family mr hasnul pegi Munich. Kira destinasi wajib la kan memandangkan dorang dah datang sini. Munich ni ibu negeri Bavaria (Bayern), sejam setengah perjalanan dengan train dari Regensburg. Petang masa tengah jalan-jalan nak menuju ke tempat shopping, tiba-tiba salji turun. Subhanallah. Syahdu je rasa bila nampak debu-debu putih terbang dari langit. Terus saya jadi happy. (Eh, sebelum tu pun hepi je..hehe)..

Saya suka snow. Saya suka winter. Saya suka sejuk-sejuk. Saya suka Germany.




Tapi, saya lagi suka Malaysia.

November 20, 2010

Gloomy

Terima kasih kepada yang concern. Nazanursaad, Ell, dan Huda..komen dan mesej ringkas dari anda telah mampu buat saya tersenyum..

Keluarga mr hasnul dah selamat sampai. Alhamdulillah. Saya gembira masa ternampak mereka di balai ketibaan Munich Airport. Dan syukur jugak sebab semua barang-barang yang di angkut dari Malaysia terlepas dari kawalan kastam. Maka rumah saya sekarang berubah menjadi gedung makanan. Ada berpuluh-puluh bungkus megi, sekampit besar minuman 3 in 1 pelbagai perisa, ulam, rempah, cili kering, segala spesis ikan kering, kerepek, kuih muih dan segala macam lagi.Sapa-sapa rasa nak makanan free meh la datang rumah, saya nak buat agihan makanan. hehe.

Masa memunggah barang-barang dari beg. Saya terus jadi sensitif tahap dewa dewi. Especially bila saya nampak barang-barang yang dikirim oleh bonda tersayang. Mula lah hati saya terfikir. Alangkah indahnya jika dia yang ada bersama saya sekarang. Bila tengok betapa gembira mr hasnul dalam layanan ibu dan ayahnya. Saya terbayang jika bonda dan ayahanda saya yang ada di sini sekarang. Bila terdengar mereka bergelak ketawa dengan 'jenaka keluarga' yang tidak saya faham, saya terasa saya sendiri dalam hemisfera keras saya. Diam-diam saya lari bersembunyi ke 'bilik' kecil saya, dan saya menangis tanpa melodi sambil memeluk baju yang dikirim oleh mama. Jahat kan saya? Patutnya saya kenalah gembira dan lebih ikhlas terima kehadiran keluarga mertua, bukan hidup dalam bayangan 'Kalaulah'.. Eh, tak payah lah cakap pasal ikhlas. Itu dalam hati. Rahsia kita dengan Tuhan.Rindu saya pada keluarga, juga Tuhan sahaja yang mampu nyatakan nilainya.

Doakan saya lebih kuat. Doakan saya jadi seorang isteri dan menantu yang baik. Yang mampu balas kebaikan keluarga mertua saya. Doakan juga agar tuhan kurniakan umur dan rezeki agar dapat saya bertemu dengan wajah-wajah yang saya rindu.

p/s : Cukuplah dengan entry gloomy. Bukan senang nak menaip dengan mata yang kabur memandang skrin.

November 19, 2010

surat dari Qalbi

Dear useryna yang sangat fragile,

Sila senyum dan jadi kuat. Sila pendam semua rasa. Sila jangan rapuh. Tuhan kan ada. Bukankah Dia penyembuh paling baik? Bukankah Dia pelindung paling gagah?


Salam sayang,
Qalbi.

Bukan blackberry.

Ini bukan blackberry. Strawberry pun bukan. Tapi ini hanyalah hp sony ericsson model W. Saya testing post entry guna henfon. Saya sekarang dkt rumah membe mr hasnul. Lepak sini jap sebab nak ambil train paling awal pegi airport. Rumah dorang dekat dengn hauptbahnhof (train station). Saya dah kemas rumah cuci calat. Dah masak lauk untuk lunch esok. Tinggal nak tunggu orang sampai je. Eh, eksaited pulak rasa. Ok sekian laporan saya.
Seriyes susah tulis entry dgn henfon.
Kalau ada iPad kan best..
Kalau keluar tulisan sanskrit,salahkan henfon ni ek..

November 18, 2010

fragile

Orang perempuan memang macam ni. Sebulan sekali akan jadi cengeng tak boleh blah. 

Semalam saya kemas rumah (tak tahulah kemas apa yang tak siap-siap tu..macamlah duduk rumah bungalow 4 tingkat), pastu mr hasnul suruh kosongkan ruang baju saya untuk bagi dekat family dia isi barang. Tengah-tengah kemas, tiba-tiba rasa hati kena cucuk..sedih sebab feeling-feeling kemas baju kena buang negeri. So, saya nangis. Haha. Macam ngok jugak lah. Tapi takpe, hasil dari menangis, dapat secawan kopi pekat dan sebungkus megi goreng. Mr hasnul offer untuk masak in attempt to pujuk saya. Hehe.

Hari ni pulak, saya cal rumah. Mengenangkan nanti mungkin susah sket nak calling mengadu-domba dengan mama, so hajat di hati nak lah cal and cakap puas-puas. Cal rumah tak berjawab, cal adik tak angkat, cal kakak pun tak jawab. Sampai satu tahap rasa fed-up dan merajuk sorang-sorang. Last-last baru dapat courage untuk cal henfon baba. Saya malas nak cal baba sebab saya sangat sensitif bila cakap dengan baba. Air mata asyik bergenang je kalau dengar suara dia. Tak tahu atas sebab apa. Penyakit dalaman kot. Fortunately, berjawab jugak dan saya berjaya untuk tahan air mata. Rupa-rupanya dorang pegi rumah kakak. Gather abis satu kaum keluarga. That's why semua orang tak jawab phone. Sibuk dan tak perasan. Ok, fine. Saya nangis lagi. Sedih. Lepas tu cakap dengan mama, rasa ok dah. Saya cerita pasal semalam saya nangis. Pastu mama pujuk-pujuk.  Mama kata, takleh lah nak kecik hati macam tu, mr hasnul tu kan anak lelaki, ,mesti kena lebihkan family. Pastu mama kata, "Kalau hasnul lebihkan mak dia, insyallah dia akan diberkati, kalau dia diberkati, insyallah dikna juga akan diberkati." Ye, betul. Then sebelum end cal, saya cakap, "Nanti dikna cal lagi..sori la, semua benda nak cerita dekat mama.". Mama kata, "Lah..mama kan mak, memang lah kena cerita semua..mama sedia dengar semua..ceritalah, tak apa..". Saya nangis lagi. 

Ini namanya penyakit. Penyakit yang datang sebulan sekali. Bila kita crack over a very small amount of pressure. Kita nangis untuk benda paling bodoh dalam dunia. Sebab kita adalah perempuan. Perempuan memang fragile.

Jom lekat sticker dekat dahi. Biar semua orang tahu.