November 20, 2010

Gloomy

Terima kasih kepada yang concern. Nazanursaad, Ell, dan Huda..komen dan mesej ringkas dari anda telah mampu buat saya tersenyum..

Keluarga mr hasnul dah selamat sampai. Alhamdulillah. Saya gembira masa ternampak mereka di balai ketibaan Munich Airport. Dan syukur jugak sebab semua barang-barang yang di angkut dari Malaysia terlepas dari kawalan kastam. Maka rumah saya sekarang berubah menjadi gedung makanan. Ada berpuluh-puluh bungkus megi, sekampit besar minuman 3 in 1 pelbagai perisa, ulam, rempah, cili kering, segala spesis ikan kering, kerepek, kuih muih dan segala macam lagi.Sapa-sapa rasa nak makanan free meh la datang rumah, saya nak buat agihan makanan. hehe.

Masa memunggah barang-barang dari beg. Saya terus jadi sensitif tahap dewa dewi. Especially bila saya nampak barang-barang yang dikirim oleh bonda tersayang. Mula lah hati saya terfikir. Alangkah indahnya jika dia yang ada bersama saya sekarang. Bila tengok betapa gembira mr hasnul dalam layanan ibu dan ayahnya. Saya terbayang jika bonda dan ayahanda saya yang ada di sini sekarang. Bila terdengar mereka bergelak ketawa dengan 'jenaka keluarga' yang tidak saya faham, saya terasa saya sendiri dalam hemisfera keras saya. Diam-diam saya lari bersembunyi ke 'bilik' kecil saya, dan saya menangis tanpa melodi sambil memeluk baju yang dikirim oleh mama. Jahat kan saya? Patutnya saya kenalah gembira dan lebih ikhlas terima kehadiran keluarga mertua, bukan hidup dalam bayangan 'Kalaulah'.. Eh, tak payah lah cakap pasal ikhlas. Itu dalam hati. Rahsia kita dengan Tuhan.Rindu saya pada keluarga, juga Tuhan sahaja yang mampu nyatakan nilainya.

Doakan saya lebih kuat. Doakan saya jadi seorang isteri dan menantu yang baik. Yang mampu balas kebaikan keluarga mertua saya. Doakan juga agar tuhan kurniakan umur dan rezeki agar dapat saya bertemu dengan wajah-wajah yang saya rindu.

p/s : Cukuplah dengan entry gloomy. Bukan senang nak menaip dengan mata yang kabur memandang skrin.

5 comments:

el da tWinkle iN Heaven said...

sama2 yus..kalau sy berada di tmpt anda skrg mcm mana ya..dh la spesis hati mudah pecah..huhu..bertabahlah shbt..xlama dah..

Anonymous said...

ha. aku dok kelik ni pagi tadi. tak buleh2.

chill. ang punya gloomy ni dah sampai malaysia tawu? hurmmm...

Anonymous said...

alahaaaii....patut rase cm tepanggil2 na bace..(pdhal mmg na tgk post seterusnye kot2 ade part III) hihi..

*smile* =)anyway...cik use yg comell..sy fhm perasaan itu...betul...jgn sedey2 ok?setakat buat muka kelat blkg almari tu xpela..mcm x relate rasanye post begini dgn pose senyum2 dlm setiap keping gamba cik use tu..(xkanla na buat pose banjir..kan) hihi..=)

be strong yea..and i know u are=)) owyeahh!! kuat2!! (^^,)

useryna said...

ell, thanx again..

naza, penyakit gloomy ni mmg jenis berjangkit..hehe

cik huda, haha..dlm gambar mmg senyum abis..tu lagi satu penyakit, tak boleh tak senyum depan kamera..pntang jumpak kamera msti nak menyenget sambil senyum..hehe.anyway, thanx lagi..

asrulmimhamimda said...

gloomi..kadang-kadang pembawakan budak je tu..

eh. kat sana ade gummi bear?

kirim.. :)