October 8, 2012

12+2


Alhamdulillah. Dah cukup 14 bulan. Dah kira toddler ke masih baby eh?

Update sket cita anak teruna pujaan hati.

Dah boleh jalan. Yay! Walaupun belum jalan sepenuhnya. Tapi setiap kali dia bangun melangkah. rasa berbunga-bunga hati.. Maybe agak lambat berbanding anak orang lain. Tapi takpe. Every baby is unique. Mama cakap saya dulu pun setahun lebih baru boleh jalan. Spesies yang berhati-hati memang lambat boleh jalan.Tapi bila dah besar spesies ni jugaklah yang kuat berjalan. Pantang duk rumah rasa gatal je kaki tu nak keluar.hehe~

*updated: saya karang entry ni 3 hari lepas, dan sejak semalam, Aniq Qayyim telah berjaya untuk jalan dengan hebatnya. Sampai dah tak merangkak langsung. Syabas Bettteee!

Nampak tak gaya 'berhati-hati' tu?hehe

Lepas dah confident sket, laju je jalan, tak nampak dah longkang ke apa.hehe~


Aniq Qayyim dah pandai sebut a few simple words. Dalam bahasa dia, tapi understandable la kan. Contoh bila dia nak susu, dia akan cakap "Nak..nak" Sambil pegang botol susu atau tarik baju saya. Or sometime di sebut "Jom" bila nak ajak ke mana-mana. Atau pun dia akan kata "Ayaq" bila tengok air. Memang anak jati Kedah ni..

Oh, talking about 'susu', dia dah diberi minum formula milk sejak umur setahun hari tu.huhu.. Satunya sebab stock susu saya tak cukup untuk keperluan dia. I was always busy, stressful, and exhausted..jadi susu tak banyak. Tambah pulak masa tu bulan puasa. Memang kesian sangat tengok dia tak puas minum. Sedih tu sedih jugak, sebab hajat hati taknaklah bagi dia minum formula, tapi at least saya berjaya jugak susukan dia sepnuhnya sampai dia setahun. Itu pun dah cukup. *pujuk hati*. Anak kedua nanti Insyallah nak try jugak sampai dua tahun. Anak kedua?? he..he..he..~

Budak nakal, suka usik mommy.

See? Tu buat-buat tercekik la konon tu. Siap batuk-batuk.
Dah melepasi umur setahun, saya dah tak strict sangat pasal feeding dia. Dah tambah garam dan gula dalam solid food dia, tapi sangat minimum la. Kadang-kadang bagi jugak dia try makanan orang besar, itupun yang berpatutan la. Masalahnya anak teruna saya ni, sangat susah nak makan. Buat bubur nasi dengan sup, dia makan untuk 3-4 suapan pertama je, then dia akan korek mulut. Dah habis resipi dah saya try. Dari bubur, pasta, roti, pancake, sup sampai tak tau berapa jenis dah, semua dia makan main-main je.huhu. Tapi kan, kalau pergi McD ke, KFC ke, Pizza Hut ke, amboih bukan main berselera dia nak merasa fries, soup etc. Cheesy macaroni dekat Secret Recipe pun bukan main berselera dia makan, perasan mat salleh macam mommy jugak rasanya ni.hehe..Nasib baik dia tak reject susu, so saya rasa dia still boleh kenyang dengan susu. Harap-harap camtulah..
Papa bagi 'rasa'  lamb chop.
Bukanlah niat nak puji anak sendiri atau nak perasan, tapi saya rasa anak saya ni bijak sangat. (If you are one of the 'mak-mak', you will understand what I'm trying to say here). Ada satu hari tu, saya main-main dengan dia atas katil. Our usual bed-game i.e, "Cak-cak!" then dia akan naik atas badan saya dan buat macam nak tunggang motor, siap dengan efffect "Vroom..vroom..".etc. Mula-mula saya layankan je. Then dah letih, saya buat-buat tidur. Pejam mata then purposely buat bunyi dengkur."Krooih..krooih.." He laughed like it was the funniest thing he ever heard. Tapi lepas tu dia sambung panjat badan saya. Then lepas beberapa hari, giliran saya pulak duk main-main usik dia, tak disangka-sangka, dia pulak buat baring dan buat bunyi dengkur yang sama.hahaha. Tak sangka after few days dia still ingat benda tu.

Banyak lagi benda lain. Kalau dengar azan, be it kat masjid atau kat radio, memang automatik dia akan buat suara garau sambil cakap "Aaaaaahhhhh". Bila sembahyang pun, saya selalu letak dia kat depan, hamparkan sejadah asing untuk dia. Mesti dia akan buat jugak lagak sembahyang tu. Tertunduk-tunduk nak sujud jugak. Comel! Kalau nak cerita semua, 300 pages pun tak habis.heh. Ada anak memang rasa banyak cerita pasal anak je.~


His favourite ride.

Satu hari nanti akan jadi Imam mommy.InsyaAllah.

Muka dah sama besar mommy.hehehe

So far, itulah yang penting. Best nih buat karangan macam ni. Nanti Aniq Qayyim dah pandai mengeja, dah pandai bukak blog, boleh suruh dia baca sendiri.






To my beloved son Aniq Qayyim, if you are reading this, mommy wants you to know how much we love you. Go get your Google Tab, type the word "infinity", and read the Wiki pages (If it is still relevant at your time). That is how much our love is. Or to make it easier, let me say it, "You are mommy's everything. E-ve-ry-thing!" .

October 2, 2012

A lesson learnt.

Ceritanya pada satu petang Ahad, saya baru balik dari tempat kerja. Sampai rumah saya disambut oleh Mr Hasnul (dia tak kerja Ahad) dan Aniq yang sangat ceria. Dua-dua dah siap tunggu saya di luar rumah. Indahnya rasa.



Masuk rumah, rehat-rehat atas sofa dengan anak dan suami. Baru je nak rasa rileks sikit, terdengar ada orang tekan loceng. Saya jenguk ke luar, nampak ada dua orang makcik sedang tunggu kat depan. Saya kenal salah sorang makcik tu. Bulan lepas dia dah datang, mintak some sort of 'bantuan'. Mama saya memang tak pernah jemu layan orang, even strangers. Macam makcik tu, mama dah layan dia sejak bertahun-tahun yang lalu. Setiap kali mintak bantuan, mama akan bagi.No, don't get me wrong. Bukanlah kami ni orang kaya or something pun. Cuma mungkin lebih bernasib baik dari mereka.

Since saya rasa baru je makcik tu datang bulan lepas, this time pulak siap bawak kawan, saya rasa macam 'rimas'. Saya dukung Aniq, ajak Mr Hasnul masuk bilik. Saya biar mama layan mereka. Saya lebih selesa baring dalam bilik, menikmati dinginnya aircond.

Lebih kurang setengah jam lepas tu, makcik-makcik tu dah balik. Saya tanya mama, "Awat pulak makcik tu mai?" Mama kata, " Biasalah, dia saja ziarah. Kawan dia tu datang promote ikan pekasam. Mama beli la jugak sikit walaupun ikan pekasam ada lagi. Pastu mama sedekah sikit duit kat anak dia." Saya diam. Agaknya mama tahu saya tak 'selesa'. Terus mama sambung. "Alah, kesian pulak mama tengok, depa mai tengah-tengah panas. Depa bukan orang senang. Ni mama saja suruh kakcik hidang guna set cawan yang cantik sikit." Saya rasa panas muka. Saya tenung set cawan teh atas coffee table. Tinggal sisa teh je yang ada. Set itulah yang mama guna masa sambut keluarga Mr Hasnul datang merisik dulu. Set paling cantik yang ada kat rumah kami. Mama sambung lagi. " Kita ni, kalau kawan-kawan baba, ataupun sedara mara kita, tak pun orang-orang tertentu, kita layan bukan main lagi. Hidang guna pinggan yang cantik, cawan cantik. Kita layan baik-baik. Bila orang susah datang, patut kita kena buat benda yang sama. Tak boleh beza-bezakan. Kita ni sama saja." Saya diam. Tunduk. Serius rasa malu yang amat.

Saya cakap kat mama "Baiknya mama. Bilalah Dik Na nak jadi macam mama kan?". Mama senyum je. "Bukanlah baik sangat pun. Mama buat benda biasa je.Tapi nak baik pun ada had jugak. Kena sentiasa hati-hati sebab kita tak kenal. Tadi sepanjang dia ada, mama tak henti-henti baca doa. Yelah sekarang ni macam- macam cerita".

Satu pengajaran. Patutlah dah lama saya perhati, rumah saya selalu jadi destinasi pilihan pakcik jual baja, makcik jual keropok, budak jual jeli kelapa. Peminta derma tu benda biasalah kan.Kadang-kadang rumah orang lain dorang tak singgah pun. Memang datang terus tuju rumah saya. Ada perempuan berhati besar di sini. Malu rasa, mama tak bekerja, tak ada gaji empat angka. Tapi sentiasa 'ada' untuk dikongsi dengan mereka.Saya? Isk3..

Semoga berbalas kebaikan mama dengan yang lebih baik. Dan moga-moga terkenalah tempiasnya pada kami yang...entahlah...hmm...

September 30, 2012

Samurai.

Tak penting sangat pun. Tapi saja gatal nak post sementara ingat.

Alkisahnya tadi kami sekeluarga pegi McD. Sebagai rakyat Malaysia yang menerima pelbagai kemudahan seperti yang dibentangkan dalam Bajet semalam, memang wajib la pegi try burger baru. Bila makan burger, kena bayar tax. Bila dah bayar tax, bajet tahun depan boleh la goverment lambakkan duit banyak lagi. Burger tu setakat 'boleeeh' je. Takla best sangat sebab sos dia manis. Tapi Katsu Curry  fries tu not bad. MSG banyak, memang patutla sedap.

Eh, panjang pulak review makanan.

Masa tengah tunggu Mr Hasnul belikan burger. Saya chup meja sambil temankan Aniq main-main kertas. Then datanglah satu group gadis manis duk meja sebelah. Elok je Mr Hasnul datang dengan dua biji burger kat atas tray. Salah sorang dari perempuan dalam
group tu asyiklah duk toleh-toleh kat meja saya sambil buat cubaan nak agah Aniq.

Saya ni bukanlah tak suka sangat. Tapi rasa macam tak sesuailah. Cukuplah kami bertiga.
Bila dia agah Aniq, secara tak langsung kami kena bagi perhatian kat dia. Dia turut sama terheret dalam makan malam kami.

Samalah jugak bila Mr Hasnul tengah dukung anak, then ada perempuan datang dekat, buat muka geram tengok Aniq sambil cubit-cubit pipi Aniq. Berbulu je saya rasa. Tambah berbulu kalau perempuan tu hot. Eh itu bukan berbulu, itu cemburu.haha.

Tapi betullah. Kau siapa nak datang dekat suami orang yang bukan mahram kau. Lagi pulak tangan tu bersih ke pandai- pandai cubit pipi anak orang. Lainlah kalau kita ni kawan-kawan ataupun sedara mara. Bolehlah nak tolak ansur kan.

Ok. Tu je nak cakap.
Tapi kan, muka debab, pipi labuh camni sapa boleh tahan tak cubit kan?


September 22, 2012

Berkarat.

Esok. Saya kena attend satu seminar. Seminar, kalau sekadar pegi attend, dengar orang cakap-cakap, cukup waktu pegi makan, pastu petang balik rumah, memanglah best. Tapi esok langsung tak best. Sebab kena attend, sekali dengan present.huhu~

Ceritanya esok saya kena present 'something' depan orang ramai. 60 presentors, dan audience yang lain tak tahulah berapa orang.ish2.. Last present zaman undergrad dulu. Lama dah tu..memang dah berkarat sangat dah rasa..

Cadang asalnya, nak present bodoh-bodoh je. Tapi last week, big boss dah datang tepuk-tepuk bahu, "You kena perform tau..you bawak nama kami semua ni..Saya percaya you boleh buat.." Haih..! Camna nih? Benci betul orang duk bagi high expectation ni..Stress! Stress!~

Mintak-mintak esok semua ayat-ayat, segala kosa kata, keluar dengan lancar. Janganlah sekat-sekat. Janganlah jadi bahan gurau orang lain nanti. Perform tak perform lain cerita. Asal selesai tugas dah la.huhu. Serius dah lama tak rasa gigil macam ni..huwaaaa!!


Wish me luck!

September 18, 2012

Gila.

Bila kerja aku, aku buat dengan baik. Aku langsung tak kau pandang.

Bila kerja kau, aku buatkan. Pun aku kau buat bagai hilang. Kau telan semua kredit.  Aku diamkan. Aku kerja kerana tuhan. Tak lebih pahala aku dengan pujian orang.

Tapi bila kerja kau kelam kabut hasilnya, kau canang aku yang silap. Bila masa aku terlibat? Eh, gila apakah ini?

Patut dari awal, berdengung aku dengar orang mengata. Tak aku endah. Aku sangka mereka dusta. Nyata aku yang  terkena. Tak ada angin, bukan senang anak adam nak goyangkan pokok.

Hey, come on lah..

September 16, 2012

A step forward.

At 13 months, Aniq Qayyim finally starts to walk. Though he still crawls more than walks, it's great enough to make us proud of him. It's such a bless to see him taking a step forward in his milestone (literally).


On a side note,  we the parents are also taking a step forward in our life. We signed for one big deal recently and we are really hoping that this decision will be the best for our future and our family.

Well, emm..we are in a process to buy a house. Insyallah, a house to be called as 'home'. The first moment we saw the house, we both were so in love with it. We just can't let it go. Siap mimpi-mimpi lagi.. After looking for so many show houses, we finally agreed that "This is it!".. Now let's pray for the best.huhu..

InsyaAllah..by next year we can move into that house. But moving to a new place, will never be easy.huhuhuhu~

Maybe we should start saving from now on. No more vacations, no more handbags, no more shoes, no more baju comel for Aniq Qayyim. All the money will go for kitchen cabinets, house grills, my dream-walk-in-wardrobe, furniture, et cetera..et cetera..et cetera..hehe~

Haha..dreamy sangat nih..


Waaahahaha..bestnya berangan..~



Ok. Stop the crap.

Once again, let's pray for our best.* sambung berangan*









September 10, 2012

Robot

Tiba-tiba rasa stress semacam.

Beban kerja macam gunung. Tak tahu nak settle yang mana satu. Semua benda nak cepat. Memang akulah robot.

Beban hati? Tak sempat nak layan. Tapi sekali-sekala melintas juga.

Anak? Oooh. Itu bukan beban. Itulah pengubat segala lara. Syurga.

Haih! Indahnya hidup dulu-dulu Saat bangun lewat pagi. Memasak segala resepi. Bersantai-santai habiskan hari... =(