Sejak dapat hadiah anniversary tu (ehem), memang dah jarang sangat la on laptop ni. Semua guna SIII tu je.hehe. Try jugak nak update blog guna SIII tu, tapi macam tak best. Kecik, leceh nak tap huruf satu-satu. Guna keyboard baru best. Baru puas tengok tangan menari-nari macam main piano.hehe
Ok. Biarlah dah basi pun, nak jugak cerita pasal raya kami.
Sebelum tu, "Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin" (cliche). Tahun ni turn pagi raya rumah Mr Hasnul. Tak ada rasa beza apa pun, even tak raya rumah mak sendiri. Maybe sebab dah ada anak. Asalkan cukup ada suami, ada anak raya kat mana pun sama je. Kan? *Tapi tahun depan tetap kena raya sebelah family saya pulak.hehe*
![]() |
| Sempurna. Insyallah. |
Kami beli baju ready-made je semua. Yang syoknya memang last minute baru beli. Last minute sangat dah baru decide nak tema warna apa. Sudahnya padan muka, malam raya kelam kabut alter baju raya anak dengan skill menjahit yang sangat minimum. Tu kalau nak tahu, baju Aniq Qayyim tu size budak 2 tahun punya. Size kecik semua dah abis. Terpaksalah saya jahit balik tangan baju dengan kaki seluar tu bagi jadi kecik. Sampin pun saya lipat, then jahit sampai boleh muat dia pakai. Hebat woh jadi mak orang, daripada tak reti terus jadi reti jahit baju.haha.. Mr Hasnul dah serik, next year dia cakap nak tempah semua baju. Senang tak payah redah crowd cari baju raya tengah-tengah bulan puasa. Oklah bang, asalkan semua baju-baju tu you sponsor. I ikutkan aje..=)
Petang raya dah gerak ke rumah kakak saya, sebab mama baba saya beraya kat situ hari tu.
Second Syawal raya rumah saya pulak. Rumah saya tu maksudnya ruma mama-baba saya lah. Kami kan duduk dengan parents. Kami buat open house versi Korea. Menu utama open house kami, Bulgogi dan steamboat. Best! Berasap-asap rumah, meriah betul..
| Merah pulak. Habis duit bonus kat baju raya anak beranak je. |
3 Syawal, balik kampung baba saya. Ziarah makcik pakcik yang mana masih ada. Malamnya pergi reunion sekolah after 10 tahun keluar sekolah. Seronok tengok ramai datang kelek anak. Tak sangka lepas 10 tahun, ada kawan-kawan kita jadi doktor, engineer, hakim, peguam. Semua ada. Dulu kat sekolah masing-masing selekeh je. Tak sangka dah besar jadi orang jugak.hehe~
![]() |
| Masuk dinner reunion, dah 3 kali naik Menara Alor Setar tu tahun ni. |
![]() |
| Budak kecik yg belum boleh jalan sendiri, tapi sibuk nak mommy pegang tangan, round-round dalam tu. |
4 Syawal, patah balik rumah Mr Hasnul. Ni lah untung kahwin orang dekat-dekat. Takdelah nak rebut-rebut, gaduh-gaduh nak balik umah mana. Cuma letih la jugak sepanjang minggu ulang-alik macam tu. Tapi takpe, raya setahun sekali je.
5 Syawal Mr Hasnul dah masuk kerja. So cerita raya habis setakat tu je. Eh, tak. Tak habis sangat sebab saya sempat jugak pergi beraya rumah best buddy. Bawak Aniq Qayyim and paksu. Rindu lama tak jumpa best buddy even umah dekat je.huhu.
Ok. Done on cerita raya.
16 Syawal 1433H.





