August 7, 2012

Tiga

Dah tiga tahun. Or should I say, "Baru tiga tahun?" =)

Alhamdulillah.

Tiga tahun yang ada turun naik, ada sedih gembira, ada gelak ketawa, ada segala-gala. Jujurnya saya tak tahu apa petanda perkahwinan atau hidup yang bahagia. Mungkin rumah yang besar? Kerjaya hebat? Hadiah mewah? Anak yang ramai? Entahlah.. Cukuplah saya tahu saya bahagia pada benda-benda ringkas yang kami lalui setiap hari. Saya bahagia bila tanpa sebab, dia cium dahi dan ucap terima kasih. Saya bahagia setiap kali bersalam peluk cium sebelum pergi kerja. Saya bahagia bila dia genggam tangan bila berjalan. Saya bahagia bila nampak dua jejaka saya bergurau senda. Saya bahagia bila dengar dia alunkan ayat suci. Lebih bahagia bila saya di belakang menjadi makmum solat kami. Itu bahagia saya. Bahagia kerana saya tahu, saya tidak keseorangan di sini.

Semoga perkahwinan ini menjadi pemudahcara untuk kami ke syurga. Semoga setiap langkah, setiap nafas, setiap perbuatan diberkati dan diredhai Tuhan. Saya nak bahagia di sana. Saya nak jadi bidadari dia. Harap-harap dia sudi. InsyaAllah.


Dear darling, happy 3rd anniversary. I love you.

2009. Muda remaja lagi.
*duk layan album kawen sorang-sorang*







p/s : Jimat tahun ni sebab Mr Hasnul kena outstation time anniversary. So tak ada card, tak ada hadiah, tak ada celebration. Cukup sms dan phone call je. Saya pun dah makin matang agaknya, sebab tak rasa nak merajuk pun bila dia lambat wish (as always). =)
p/s/s : Takpelah tak ada hadiah pun. Janji duit raya kena lebih sikit ye. Sesuai dengan tema merdeka. Janji ditepati! hehe.





August 4, 2012

Only superhero can fly.

Yes, you are our superhero.  It is proven!






August 3, 2012

1 Jahr alt!

Alhamdulillah.

Dah setahun usia hero kesayangan hati tu.

Syukur Ya Allah. Besarnya hadiah yang Kau bagi ni. Tak ada satu pun yang boleh lawan perasaan bahagia bila tengok anak sendiri membesar depan mata.

Saya masih ingat betapa kecilnya Muhammad Aniq Qayyim setahun yang lalu. Nak peluk pun tak berani, sebab rasa tangan saya lebih berat dari badan dia. Sekarang, dia pulak yang peluk kita. Siap tepuk-tepuk kita macamkan dia yang nak dodoi kita tidor. Dah besar dah. Tapi satu yang tak berubah, tetap jugak tidor atas lengan, tak pun celah ketiak mommy.hehe..~

Sejak lahirnya Aniq Qayyim, memang berubah kehidupan saya dan Mr Hasnul. Tumpuan hidup kami beralih sepenuhnya untuk dia. Dialah yang utama, dialah obsessi, dialah segalanya. Dan Mr Hasnul, adalah bapa terbaik yang  pernah saya jumpa. Syukur saya tak keseorangan membesarkan anak. Syukur ada yang meneman bangun tengah malam, ada yang bergilir mandi dan tukar lampin, ada yang membantu bila perlu.Tak semua bapa kat dunia ni rajin kan?hehe..~

Saya pula, sedaya mungkin cuba untuk menjadi ibu yang baik. Masih banyak usaha yang perlu untuk ke arah tu. Semakin anak membesar, makin berat rasanya amanah yang digalas. Sebab saya yakin, mendidik anak tak semudah menyusu atau menukar lampin.huhu. Takutnya..~

Kepada anak mama yang dikasihi sepenuh hati (melimpah ruah), selamat hari lahir sayang. Semoga membesar dengan sihat dan kuat, menjadi lelaki beriman dan tentunya menjadi ahli jannah. Mama, papa sayang Qayyim sangat-sangat.

Birthday boy bangun tidor dengan senyuman, As always.

p/s : No birthday party (cause it's Ramadhan..huhu..), but there's gonna be 'something' special tomorrow. Let's hope for a bright and sunny day! =)





July 29, 2012

Nak jadi baik.


Sedar tak sedar dah seminggu Ramadhan. Cepatnya. Orang lain dah puasa 8 hari, saya belum cukup lagi. Macam tahun-tahun lepas, tetap jugak takleh nak sambut 1 Ramadhan.huhu. 

Ramadhan patutnya tenang kan? Mungkin banyak dosa, sebab tu rasa tak setenang Ramadhan yang dulu-dulu.huhu. 

Sedihnya, orang lain letih berpuasa, saya letih memikirkan entah apa-apa. Hati tak bersih, itulah jadinya. Dah la macam malas je nak buat ibadat. Terawih tak bersempat-sempat. Lepas je buka puasa, Aniq Qayyim mesti mintak susu nak peluk-peluk sampai tidur, sudahnya dengan mak-mak dia sekali tidur. Isyak pun berebut-rebut dengan sahur. Betullah orang cakap anak itu ujian. *Eleh, guna alasan anak pulak. Padahal diri sendiri malas. Boleh je bangun solat malam-malam masa anak dah tidor nyenyak. Pang sekali! huhu*

Ruginya seminggu berlalu camtu je. Bilalah nak jadi baik ni.huhuhuhuhu..~




July 16, 2012

Teka tekuk

Tadi Mr Hasnul bagi teka teki. Sampai kejung perut saya gelak..terus tak jadi nak tidor.hehe

"Bawang dua ringgit, bawang besar empat ringgit, cilikering berapa ringgit?
Kain dua ringgit, bantal dua ringgit, tilam dua ringgit, towel berapa ringgit?
Makan dua ringgit, minum dua ringgit, mandi berapa ringgit?"

Nak lagi?

"Pinggan dua ringgit, gelas dua ringgit, pinggan kecil empat ringgit, cawan besar berapa ringgit?"

Teka teki orang gila ni. Sapa dapat jawapan saya bagi hadiah misteri. 

Hadiah misteri berapa ringgit? Haha..






p/s: Dah lama tak pillow talk gelak-gelak camni..Terima kasih untuk orang yang cipta teka-teki sampai boleh buat kami gelak guling-guling.=)

July 15, 2012

July 14th

It's been 9 years. 9 happy years together.

Funny that we both forget this special date this year.Wahaha.. 

Saya 'teringat' jugak semalam, itu pun dekat-dekat nak tidor dah baru ingat. Then mengantuk sangat, so layan tidor. Terus lupa hari ni.hehe~

Mr Hasnul memang langsung tak ingat. Nasib baik dia sekarang rajin 'study' balik cerita-cerita lama kat blog ni. Saya pun tak faham apa yang menariknya, tapi kerap sangat dah saya nampak dia duk baca balik older posts. So tadi tengah-tengah dia duk 'study' tu, tak sengaja sampai ke last year celebration post. Barulah teringat special date ni. It's our dating anniversary date!

Happy (dating) anniversary sayang. I tak marah you lupa. Sebab I pun tak ingat.haha.. But I know you love me. As we changed over the years, so do my love. I'm sorry darling, I just can't help it.  My love for you has changed. It's no longer the same as 9 years ago.. Because..it's getting stronger everyday!! Heheeee~

3 kata.



July 13, 2012

Buntu.



Doa memohon ditempatkan di tempat yang barakah.