July 1, 2012

travel note : Kuala Lumpur City Centre.


Mrs. Boss berkenan luluskan cuti last minute saya, itupun setelah ada colleague yang sanggup gantikan tempat saya untuk sesi berjumpa dengan student's parents.

So, petang Rabu, bergeraklah kami sekeluarga (sekeluarga = 3 orang), ke KL. Last month turun KL sebab Mr Hasnul kena pegi training, this time dia kena attend meeting pulak. Saya pun tak berapa pasti apa significant saya ikut. Maybe sebab menurut kata suami (dah dia ajak, takkan nak cakap tak nak kan), disamping menjadi peneman dia ketika drive. Malam tu dekat-dekat pukul 10 baru sampai untuk check-in hotel. 5 star katanya.hehe~

Bilik biasa, bukan suite pun.

Suka. 



Esoknya, papa kena attend meeting, tinggallah mama berdua dengan hero kacak nan seorang tu. Walaupun KLCC sebelah menyebelah je, tapi tak kuasalah mama nak keluar berdua dengan hero kacak mama. Baiklah spend masa dengan dia dalam bilik, boleh gomol-peluk-kejar-kejar-snap gambar puas-puas. Quality time kata omputeh ek?


Sebiji epal sehari, doktor boleh pergi main jauh-jauh. 

Hero kan?

Kan?
But he will always be my baby. Terhantuk sket, cepat-cepat cari mama mintak peluk. Manja, tapi mama suka!
Penat dah tu.
Tengaharinya, Mr Hasnul balik kejap jemput kami untuk lunch. Tapi tak sempat ambil gambar pun. Berkejar-kejar nak cepat. After lunch, sambung balik sesi quality-time dengan hero tersayang. Tidor sampai pening!haha..
Super junior

Disney junior

Yang ni super duper comel. Muka bangun tidor. Dah petang dah masa ni.


Pukul 6 baru papanya habis meeting. Sebab nak pujuk kesayangans yang dah boring sehari terperap dalam bilik, tiba-tiba Mr Hasnul cakap, " Jom bersiap, papa bawak pergi tengok ikan.." Yay!

Hah, yang depan tu lah hotelnya.

First time ni. Dulu zaman student takde duit nak bayar entrance.

Piranha parade. Seram ah.

Baru tau weak point hero kecik ni, dia geli tengok binatang-binatang kecik, bergerak-gerak. Muka chom je tak enjoy langsung masuk Aquaria. Kesian.hehe~

Ikan kecik dia geli, yang besar dia takut. Nampak tu peluk kuat tak nak lepas.

Mama dia je yang enjoy.

Nasib baik hujung-hujung papa jumpa bola gedik-gedik tu. Barulah reti nak senyum balik anak mama tu.

Air menari-nari. 

Memang anak papa.


Ok. Sampai situ je. Kami check-out tengah malam, lepas sempat tidor seround buat hilang letih. Receptionist pun pelik apsal nak check-out malam padahal bilik dah booked untuk 2 malam. Nak buat macam mana, nak tak nak kena drive balik Alor Setar sebab the next day Mr Hasnul kena masuk keja.huhu.~

Entry banyak gila gambar. Taknak up kat facebook, so letak kat blog. At least kat sini, viewer tak ramai sangat (kot?).

Patut stay up buat soalan test, tapi melencong update blog pulak. Aishhh..Bye!

June 24, 2012

rambles VI

1. Mr Hasnul suruh saya makan banyak, biar chubby macam dulu katanya. Saya tanya, kurus sangat ke? Tak suka ke? Dia cakap, bukan tak suka, tapi nanti orang ingat tak happy.haha. Saya cakap dulu chubby sebab pregnant. So, camna tu?hehehe..

By the way, memang berat badan turun merudum sekarang. Lebih ringan dari sebelum pregnant. Percaya tak? Saya dah kurang 23kg sejak lahirkan Aniq. Dasyat kan..petuanya senang je, beranak anak lelaki yang aktif, breastfeed sepenuhnya, then cari kerja yang buatkan kita selalu tak sempat makan (read : cikgu).

2. I love my new haircut. Selang 5 minit tengok cermin @ belai-belai rambut. Rasa stailo pulak rambut camni.~

3. Dear Mrs. Boss, harap-harap esok Puan berlembut hati dan sudilah approve cuti saya. Bagilah chance saya nak merasa guling-guling atas katil 5 stars hotel.huhu..~

How can I miss this?

Or this? Uwaaaa...


4. Dear Mr. Husband, I don't know how you do your job. But, I'm starting to fall in love with your new job.hehehe~

5. 'Something' is arriving this weekend. Omaigod, I just can't wait!



June 20, 2012

Musophobia

Dah pukul 11.30 pm. Tiba-tiba rasa lapar gila. Tak syoklah tidor dengan perut bunyi kreuk kreuk kan.huhu.

Dan-dan teringat cheesy sausage yang beli hari tu belum masak lagi. Baru je semangat nak masuk dapur goreng sosej, mama cakap, dia baru je ternampak lintasan hormat dari Cik Ti masuk dapur..

Omaigod, sejak bila pulak ada Cik Ti ni. Selama ni rumah elok je bebas Cik Ti. Saya terus masuk bilik, tutup pintu rapat-rapat. Rasa berdebar jantung, terus rasa tak jadi nak makan. Lantaklah tidor lapar-lapar pun nak buat macam mana. Memang tak sangguplah nak masuk dapur tu. Kang terserempak Cik Ti, tak ke naya..huhu. Kalau ada orang nak bagi seribu ringgit pun, saya sanggup tolak, asalkan tak ada risiko berjumpa dengan Cik Ti. Serius takut. Seram sejuk je tengok binatang kecik tu. Cuak satu macam, rasa nak lompat tinggi-tinggi selamatkan diri. huhuhu..


Nasib baiklah ada hero ku yang gagah perkasa *kasi kipas sikit*, sanggup tolong masakkan sosej walaupun dah lewat malam.hehehe.. ai lap yu lah sayang.. esok u tolong tangkap, buang dia jauh-jauh ye...~




Yang ni je saya boleh tengok sambil gelak-gelak. Itupun sebab dia pembersih, pandai masak, and French! =)








June 16, 2012

millisecond

Tadi petang, saya drive hantar kak cik ke airport. Memang dah agak lewat keluar rumah, so nak kejar flight, saya speed up kat highway. Alah, macam tak biasa kan. Viva pun boleh je nak pergi 130-140 km/h. Nak dengan taknak je.

Keluar dari highway, masih dalam mode nak laju. Saya nak belok ke kanan then nampak ada kereta dari arah kiri. Tengok gap kereta tu dengan lori belakang kereta, macam sempat je nak keluar simpang. Tak nampak pulak kereta tu bagi signal. So saya 'jenguk' keluar, bajet-bajet nak follow rapat keta dia. Sama-sama dengan time saya 'jenguk' tu, dia pun nak masuk simpang tu. Beza jarak nak collide tu maybe milisaat je. huhu. Berdegup kuat jantung. Semua orang diam. Nasib baik selamat. Nasib baik tak keluar simpang laju-laju. Nasib baik sempat nampak kereta tu dah dekat. Nasib baik sempat mengelak. Nasib baik tak jadi apa-apa. Terdetik jugak dalam hati. Kalau bertembung, memang kena side driver dulu. Dekat sangat dah.huhu.

Takutnya. Terima kasih Allah, saya masih bernyawa untuk breasfeed anak saya, masih bernyawa untuk bertemu suami esok hari. Masih bernyawa untuk menikmati segala nikmatMu. InsyaAllah.


Harap-harap selamatlah semua. Mudahkanlah semua. Dua minggu je pun. Tapi, rasa banyak dah yang terkumpul ni. Nak kumpul yang lain pulak.hehe.


Pahala lah! Pahala rindu suami. =)



June 13, 2012

Insecure

He called just now, and told me that he was on his way out to have some fun with his new friends.


I can imagine how he dress up, style his hair with gel, spray his expensive perfume all over his body, and greet everyone with his kind smile.


While I am here, with messy-unhealthy hair, wearing my old kaftan, running back and forth like a crazy lady chasing for my super-duper active baby and of course, smell like hell too.


I feel ugly. I feel lonely. I feel insecure. 



~






June 6, 2012

Absence

Absence....makes the heart grow fonder.

Really? Kalau orang tua dewasa, mungkin betul la kot. Kalau baby? Gaya-gayanya macam absence makes the baby forget je.kui3..

Kesian papa, tiap-tiap malam dengan penuh harapan call tanya mommy,
" Aniq cari papa tak?"
" Aniq ok ke? Tak demam rindu ke anak papa tu?"
" Dah tunjuk ke gambar papa kat dia? Dia react camna? Nangis tak?"

Saya pulak dengan jujurnya jawab,
" Entahlah bang, kalau dia boleh cakap, boleh jugak tanya dia rindu ke tak, tapi tengok gaya macam biasa je. Duk main aktif camtu jugak abang tak ada pun.."

Kesian, mesti Mr Hasnul frust dengar jawapan jujur camtu.hehe. Saya dengar suara dia macam sedih je tiap-tiap kali call tu. Dia cakap dah ada anak ni, rindu 'lain' sikit. Rindu anak lah yang rasa lain tu, rindu mak tak tau lah macam mana kan. Entah-entah tak rindu pun.huhu. Kalau tak kerana training schedule yang ketat (sampai weekend pun ada course) mesti Mr Hasnul lari balik. Setakat drive 300 km untuk jumpa kesayangan(s) tak jadi hal untuk dia. Aci kerat jari lah.haha~

Maybe Aniq belum boleh cakap dia rindu papa dia, tapi saya perasan jugak, lepas maghrib je dia macam buat perangai sikit. Sebab selalu waktu-waktu tu papa yang banyak layan dia i.e mandikan dia, pangku sambil baca Quran, mengagah sampai terkekek-kekek si kecik tu ketawa etc.



Aniq memang tak boleh nak cakap dia rindu. Tapi mak dia boleh. (^__^)

Haish. 12 hari lagi...rasa macam lama pulak.

June 4, 2012

travel note : Seoul, South Korea (Final Part)

Haha. Jangan baca, dah basi sangat-sangat cerita ini. Tapi digagahkan juga untuk siap, nak cukupkan koleksi sebelum adanya travel note akan datang. Eh, did I said 'akan datang'? haha.. Jangan percaya. Tipu je tu.

................................................................................................

Hari ketiga.

We had our breakfast at our hotel restaurant. Even we stayed in for 4 nights, dapat breakfast free untuk 1 hari je. Memang tak expect untuk makan apa sangat pun, sebab dah boleh agak nak dapat yang yakin halal mesti susah. Masa tengah survey makanan kat breakfast buffet tu, tiba-tiba sorang Ahjusshi ni tegur, " Itu boleh makan, halal, yang ini saja kamu jangan makan, ini ada babi, yang lain tak ada, sayur aja." Wah, terkezut kau, pakcik korea cakap Melayu. Serius terkejut. Then saya tanya dia, " Awak boleh cakap Melayu?" Dia balas, " Saya cakap Indonesia, 12 tahun pernah duduk sana..saya tahu kamu Muslim mesti makan benda halal" Ooohh.. Dia siap explain lagi ingredient yang ada dalam menu-menu kat buffet tu, yang dia cakap halal, nasi goreng sebab dorang masak letak telur and kimchi je, scambled eggs, roti, etc. Yang tak halal tu cuma bacon je. So, saya dengan yakinnnya saya amiklah jugak makanan yang dia cakap halal tu. Then Ahjusshi tu tanya nak keluar pergi jalan ke, sebab hari tu suhu sangat rendah, -4°C. Patutlah pagi tu ada snow atas rooftop. Merasa jugaklah adik-adik saya pegang ais pagi tu walaupun tak banyak.hehe. Eh, lupa nak cakap, Ahjusshi tu keja situ, waiter kot. baik sangat Ahjusshi tu, siap tolong tunjuk-tunjuk jalan lagi.




Plan asal dalam itinerary, nak pergi Namsan Tower. Tapi sebab keadaan cuaca yang cloudy, dan terlalu sejuk, kami ubah plan tak jadi nak ke Namsan Tower, tapi nak pergi Itaewon je. Itaewon ni satu street yang sangat terkenal untuk shopping souvenir. Dan dekat Itaewon ni, penuh dengan kedai-kedai makanan halal. Selain tu, dekat Itaewon ni terletaknya Seoul Grand Mosque. Satu-satunya masjid kat Seoul ni. Memang tourist wajib lah pergi situ. So, sejuk-sejuk pun redah la jugak naik train pergi Itaewon ni. Memandangkan Ba Itd sekeluarga dah balik ke Malaysia malam sebelum tu, group member dah berkurang la.huhu.. Dan kuranglah jugak tenaga untuk angkut barang, tolak wheelcahir etc.huhu. Masa kat train station tu, memang ada satu station yang tak ada elevator, so sangatlah leceh nak usung wheelchair tu. Tapi dorang ada sediakan service platform untuk disables. Since hari ketiga ni kami sangat relax takyah nak kejar-kejar bus, bolehlah try guna service tu. Caranya, kita kena tekan button tepi tangga tu, then cakap kita perlukan bantuan, Mula-mula saya try cakap dalam English "Excuse me, I need help to use the elevator, could you please send somebody to help us?", tapi operator yang jawab tu buat bodoh je. Tak faham English lettew.. Berbekalkan kemahiran berbahasa Korea hasil didikan drama Korea, Dik An( my sis) tiba-tiba je tekan button tu sekali lagi then cakap ayat yang lebih kurang sama dalam Korean. Wah kagum 2 minit! Tengok drama sampai pandai cakap Korea. Hebat! Tak sia-sia melangut depan tv selama ni.hehe..Terus operator tu layan, tak sampai 5 minit, datanglah sorang mamat pekerja station nih tolong setupkan platform tu. Berdedikasi gila, (dahla hensem comey jugak..haha) satu-satu step dia buat, unlock platform, tolak wheelchair naik atas platform then   'on'kan platform tu..saya tak pernah tengok service camni kat Malaysia, or even kat Europe dulu, so agak teruja lah kan.hehe..




Malas nak captionkan satu-satu. Tapi baba memang macam Tuan Besar, ada orang iring naik tangga satu-satu.hehe


Sampai je Itaewon, waktu tu matahari dah mula naik. Matahari ada, tapi sejuk sangat. Tanpa melengahkan masa, seperti yang ditungu-tunggu kami memulakan sesi beli souvenir.hehe.. Excited, masuk kedai ni nampak benda ni comel, then kedai sebelah ada pulak barang lain cute. Rasa nak beli semua. Tapi mengenangkan nak beli untuk kaum kerabat yang ramai tu, kenalah buat catuan jugak.hehe. Sebelum beli sempat jugaklah survey harga, sebab nak cuba dapat harga yang paling murah. Memang kat Itaewon orang cakap kena pandai bargain, kalau kena gaya boleh dapat discount banyak.. Last-last adalah satu kedai ni, yang kami berkenan sebab mudah bargain ngan pakcik tu, banyak yang dia bagi murah (compared tu kedai-kedai lain yang kami dah masuk). Lagi pulak, dia sangat friendly, saya siap tumpang  BF lagi kat kedai dia.hehe. Antara souvenir yang dibeli, T-shirt 'I Love Korea', key chain, set chopsticks dan garfu yang sangat best (sebab ada crave tulis korea), fridge magnet, etc..jenis-jenis yang standard orang beli bila melancong je. Cadang asal nak jugak cari baju-baju baby untuk Aniq, tapi bila tanya harga kat situ, mak aiii mahal gila. Lagi tak puas hati bila tengok tag kat dalam 'Made In China', tak berbaloi lah pergi Korea beli barang Made In China, baik beli online kat Malaysia je, murah je.. *Alasan punya panjang.hehe*
Ahjusshi kedai souvenir, senang bargain ngan dia, siap bagi free gift lagi. Tapi bargain skill kena power la. Tips: cakap korea sepatah dua, pastu buat muka comel kesian..hehe

Itaewon-ro

Macam biasa, bila sejuk dan tak tahan, kami masuk coffee house..  seingat saya sepanjang sehari spend kat Itaewon rasanya 4-5 cawan jugak saya minum coffee / hot chocolate. Hot choc kat Dunkin Donut memang best. Untuk lunch hari ketiga ni, memang kami tak prepare bekal, sebab dah tau kat Itaewon banyak kedai halalan toyyiban. Memang plan nak makan kat situ. Memang banyak kedai makanan Arab. Pilihlah nak Pakistan ke, Turkey ke, Iran ke, semua ada. Dalam sejuk-sejuk tu, tak sempat pun nak pilih-pilih, kami masuk je kedai Turkey, Pasha. Kedai tu macam agak classy (bagi saya la kan) berbanding kedai-kedai lain, maybe sebab tu tak ramai orang dalam tu. Tapi takpalah sesuai la sikit untuk group istimewa kami ni. Kalau sesak-sesak susah lah dengan baby ni..tak selesa. Lagi pulak kena cari kedai yang luas untuk group yang agak ramai ni. Makanan sedap, dan service bagus. Kat Korea ni memang boleh dikatakan semua service dorang tip top. Macam kedai Pasha ni, pekerja restaurant dia ada je yang memang Korean. Nampak je kami kat depan pintu, terus dia melompat dari kaunter semata-mata nak tolong tolakkan wheelchair baba.haha. Dah tu tengah makan tertumpah pulak air kopi, habis basah lantai and meja..kelam kabut la kami nak lap-lap, terus datang oekerja restaurant tu, cakap tak payah lap..nanti dorang buat semua. Muka manis je, takde nak cebik-cebik muka tunjuk tak puas hati ke apa. Cuba bagi tumpah air kat restaurant Malaysia. Boleh imagine kan macam mana muka pekerja dia?hehe~






Lepas makan, barulah bergerak ke Seoul Central Mosque. Tengok dalam map tu macam dekat je dengan shopping area kat Itaewon tu, sekali bila jalan baru tau betapa mencabarnya untuk sampai ke masjid tu. Masjid tu terletak atas bukit. Jalan nak naik ke masjid tu sangat cerun, dengan kedai kiri-kanan, then kereta pun bawak laju. huhu. Saya masih ingat lagi, betapa risaunya masa tu sebab takut baba tak mampu nak naik jalan berbukit tu. Nak suruh baba jalan memang tak sampai hati, nak tolak wheelchair, kesian pulak dekat mama mesti tak larat. Mr Hasnul masa tu kendong Aniq, sebab sejuk plus rasa tak selamat letak dalam stroller. Saya pulak tukang tolak stroller. Last-last kami decide, saya kendong Aniq, Mr Hasnul tolakkan wheelchair baba. Adik pulak tolak stroller Aniq yang agak berat sebab penuh dengan souvenir yang baru beli tadi. Kesian jugak kat adik, memang stroller tu berat, nak naik jalan berbukit pulak. Dahlah angin kuat masa tu. Mula-mula rasa nak give up dah tak nak pergi masjid tu. Dalam hati saya pun dah mengomel-ngomel tak puas hati apasal buat masjid jauh sangat. Tapi baba yang kuat semangat, baba cakap nak jugak pergi masjid tu. Kami try jugak cari-cari kalau-kalau ada taxi nak tumpang naik sampai atas, tapi tengok gaya macam tak de je. Kalau nak amik taxi kena amik dari bawah lagi rasanya.huhu. Last-last Alhamdulillah sampai jugak kat tapak masjid tu. Tapi,belum boleh masuk masjid, sebab kena pulak naik tangga untuk masuk prayer hall.. Ruang solat lelaki tingkat 2, ruang solat perempuan tingkat tiga. Ground floor dorang buat pejabat. Ketaq jugak lah lutut tu sementara nak boleh jejak ruang solat masjid tu. huhu. Dah alang-alang sampai masjid, saya solat jugak kat situ. Dan macam kat Europe jugak, paip wudhuk kat masjid jarang ada heater.huhu. Sejuk beku amik wudhuk. Baba pun merasa jugak solat kat masjid tu walaupun tak naik ke Men's Prayer Hall. Ada pekerja masjid tu sediakan ruang untuk baba solat kat office tu je. Dengan keadaan tisu kaki baba yang pernah terkoyak dan belum sembuh sepenuhnnya, memang doktor tak galakkan baba jalan banyak, lebih-lebih lagi naik tangga. Syukur sangat, tak ada apa-apa yang jadi, selamat je sampai kat masjid tu walaupun  sangat mencabar perjalanannya. Kami rehat-rehat jap kat masjid tu, saya pun sempat tumpang dorang punya ladies hall untuk breastfeed, amik gambar, then baru turun. Perjalanan nak turun tak lah se-mencabar perjalanan nak naik. Sebab tak susah sangat kan nak turun bukit.








Eh, jangan silap faham ye, kalau ada yang plan nak pi Korea jangan pulak rasa takut nak ke Seoul Central Mosque tu. Kalau korang muda-remaja sihat walafiat, and cuaca tak sejuk beku, Insyallah tak susah mana pun nak ke masjid tu. Kalau susah sikit pun apa salahnya, untung-untung bertambah pahala sebab sanggup bersusah ke masjid. Kan? Kan? Nak lagi senang, naik taxi je.. =)


Turun dari masjid sekali lagi singgah minum kopi. Alasan je tu nak minum kopi, padahal sebab nak tinggalkan Aniq kat papa dia sementara mama dia nak sambung shopping.hehe. Mr Hasnul, baba dengan Aniq stay dalam coffee house, kami yang perempuan-perempuan ni melunaskan keinginan untuk sambung shopping..Weehuuu..~





After dah settle shopping semua, barulah bergerak balik. Nak ke Dongdaemun terus cadangnya tapi sebab dah letih, kami balik hotel dulu. Makan-makan (masak nasi and maggi again), solat, mandi etc. Saya tidorkan Aniq, then malam tu baru keluar semula untuk ke Dongdaemun. Saya, Mr Hasnul dan adik-adik je yang pergi. Mama dan baba tak ikut pun. dorang tolong tengok-tengokkan Aniq kat hotel. Tak sampai hati pulak nak bawak budak kecik tu keluar malam, dah lah sejuk sangat malam tu. Rasanya dalam -10° C jugak temperature malam tu. Serius sejuk!.

Sampai Dongdaemun dah dekat pukul 10pm++ . Tapi kat situ sangat happening. Penuh dengan shopping complex, stall etc. Orang pun sangat ramai. Tapi kami tak beli apa sangat pun, saya beli cap je untuk Aniq, nak beli baju tak ada yang best. Eh, ada je yang best tapi harga dia mahal sangat. Since we were on a budget trip, tak boleh mewah-mewah.huhu.. Elok lah duit pun dah banyak habis kat Itaewon petang tu.hehe..




Lebih kurang dua jam jugak spend kat Dongdaemun malam tu. Kami balik elok-elok je sempat naik train terakhir. Kalau terlewat sket, memang kena jalan kaki lah kot balik hotel Kelakar jugak kalau ingat balik, siap lari-lari malam tu.hehe.. Underground pulak dah senyap sunyi tak ada orang. Memang pengalaman yang susah nak lupa tu.. Eloklah memang malam tu yang terakhir pun kat Korea ni. Our flight was scheduled to depart at 8.00 am the next morning. Mr Hasnul dah book taxi dari hotel pukul 5 pagi considering 1 hour journey to the airport. Malam tu kemas apa yang patut, then masing-masing tidor dalam keletihan hanya yang Allah je tahu. Memang setiap minit kat Korea digunakan sebaik mungkin.hehe..



Hari keempat a.k.a hari terakhir.

Tepat pukul 5 pagi, dah ready taxi tu menunggu kami kat bawah Hyundai Residence. Sedih pulak rasa nak tinggalkan bumi Korea nih. Entah tahun bila nak datang lagi. Dan tak tahulah ada lagi tak peluang nak bercuti sekeluarga macam ni. Sepanjang perjalanan ke Incheon Airport, boleh katakan semua orang tidor je. Kami sampai airport elok-elok matahari baru nak terbit. Cantik sangat boleh tengok sunrise tepi laut camtu.=)




Jumpsuit ladybird tu je lah yang saya beli untuk Aniq dari Korea.  Beli kat mak cik tepi jalan Itaewon.=)

Masa check-in nak balik ni, berlaku pulak satu incident yang agak mendebarkan. Dah elok bagi tickets, passports semua, tiba-tiba saya nampak suasana yang agak tegang kat kaunter check-in tu. Nak tanya, macam segan. Then nampak pegawai yang duk print boarding pass tu, koyak-koyakkan boarding pass kami. Eh, apa ni? Then dia print lagi, koyak lagi..Aish..suspen betul. Tambah suspen bila tengok jam masa tu dah pukul 7 lebih. Last-last saya selaku ketua rombongan (lantik diri sendiri jadi ketua) terus tanya dorang, apa masalahnya sampai 40 minit duk tunggu nak check-in tu. Barulah sorang officer ni bagitau, dorang tengah adjust seat dalam flight supaya baba boleh duduk ruang yang luas (sebab dorang tengok baba duk atas wheelchair). Tapi yang tak bestnya, pandai-pandai je dorang adjust seat tu, then separatekan group kami. Saya pun terus menjelaskan keadaan bahawa saya dah BELI seats untuk kami sekeluarga. Faham-faham je lah AirAsia, nak duduk satu group, kena beli seat. So agak geramlah bila tau dorang pandai-pandai adjust seats tanpa tanya kami dulu. Lepas dah explain serba sket, bagitau dorang yang baba tak perlukan extra space dalam flight etc, dorang letak balik seats ikut yang asal.

Ingatkan dah settle, tapi datang pulak masalah lain. Sorang officer lain bagitahu passport mama tak ada arrival stamp, so dorang tak boleh nak lepas mama keluar. Ya Allah, masa tu dah rasa macam nak gugur jantung. Flight lagi berapa minit je nak depart, timbul masalah camni. Memang tak pernah terbayang nak jadi camtu. Saya step up, bagitau officers kat situ, masa arrival, mama is the one yang tolak wheelchair baba. Then masa arrival tu jugak, mama and baba tak beratur ikut line immigration yang biasa, sebab ada immigration officer yang suruh baba ikut laluan VIP untuk cepatkan proses arrival. (Dorang nih memang jenis jaga golongan kurang upaya). So, masa tu gamaknya, dorang cop passport baba je, passport mama dorang lupa. Nasib baiklah officer tu sangat professional, dia cakap jangan bimbang, dia akan bawak mama ke bahagian arrival, then dapatkan balik arrival stamp tu. Dia tahu agaknya saya risau nak biarkan mama pergi sorang-sorang, berapa kali dia duk janji dia akan escort mama sampai semua settle. Mestilah saya risau, mama bukan pernah jalan sorang. Then mama jugak tak pandai cakap English. Kang tinggal mama sorang-sorang tak ke haru, sebab kami masa tu dah kena gerak ke departure hall.huhu..

Masa tu dah tinggal lebih kurang 10-15 minit je flight nak gerak. Tak tercapailah hasrat saya nak meronda dalam Incheon Airport tu sebab kena gegas-gegas ke departure gate. Tapi saya puji officers kat situ, sebab dorang sangat bertanggungjawab. Dah dorang yang buat silap masa awal-awal check-in tu, dorang mintak maaf , then hantar dua orang ladies officers untuk escort kami sampai ke pintu flight. Rasa macam VIP pulak siap ada orang iring-iring ni. Masalah passport mama pun settle dah masa tu. Alhamdulillah.

Walaupun jadi orang terakhir untuk naik flight dan tak sempat nak meronda-ronda dalam Incheon Airport tu (huhu), saya tetap rasa syukur sangat semua urusan selesai jugak. Naik je flight, memang masing-masing tidor je la.Letih dah.. Aniq Qayyim pun macam biasa tak buat hal dalam flight. Kami selamat sampai ke Malaysia lebih kurang pukul 2 ptg waktu Malaysia. Disambut oleh cuca panas terik di Kuala Lumpur.

Overall, it was a nice trip and absolutely going to be one of our sweetest memory. Ecewah.



Macam mimpi. Dream vacation kata omputeh.

*taktau salah kat mana, kualiti gambar sangat tak memuaskan lepas upload.huhu. 
**gambar bawah-bawah dah tak rajin nak captionkan. boleh letak caption sendiri ikut kesesuaian.







Ok. Done! Pheewww...