Really? Kalau orang
Kesian papa, tiap-tiap malam dengan penuh harapan call tanya mommy,
" Aniq cari papa tak?"
" Aniq ok ke? Tak demam rindu ke anak papa tu?"
" Dah tunjuk ke gambar papa kat dia? Dia react camna? Nangis tak?"
Saya pulak dengan jujurnya jawab,
" Entahlah bang, kalau dia boleh cakap, boleh jugak tanya dia rindu ke tak, tapi tengok gaya macam biasa je. Duk main aktif camtu jugak abang tak ada pun.."
Kesian, mesti Mr Hasnul frust dengar jawapan jujur camtu.hehe. Saya dengar suara dia macam sedih je tiap-tiap kali call tu. Dia cakap dah ada anak ni, rindu 'lain' sikit. Rindu anak lah yang rasa lain tu, rindu mak tak tau lah macam mana kan. Entah-entah tak rindu pun.huhu. Kalau tak kerana training schedule yang ketat (sampai weekend pun ada course) mesti Mr Hasnul lari balik. Setakat drive 300 km untuk jumpa kesayangan(s) tak jadi hal untuk dia. Aci kerat jari lah.haha~
Maybe Aniq belum boleh cakap dia rindu papa dia, tapi saya perasan jugak, lepas maghrib je dia macam buat perangai sikit. Sebab selalu waktu-waktu tu papa yang banyak layan dia i.e mandikan dia, pangku sambil baca Quran, mengagah sampai terkekek-kekek si kecik tu ketawa etc.
Aniq memang tak boleh nak cakap dia rindu. Tapi mak dia boleh. (^__^)
Haish. 12 hari lagi...rasa macam lama pulak.
No comments:
Post a Comment