April 15, 2012

Don't talk to me.

Don't talk to me.

I'm beyond sad.

If I hear one word from you, I'll burst into tears.

Don't talk. But hug me, and hold me tight.

Spare me your shoulder. That's all I need.



*melancholic=pms?*

April 11, 2012

Gegar Getar

Gegar.


Tengah khusyuk mengadap laptop, sedang merangka-rangka soalan mid-year exam, tiba-tiba terasa pening. Rasa kerusi berombak-ombak ke kanan dan ke kiri. Terus bangun, disangkakan pening sebab lama sangat mengadap laptop. Bila bangun rasa macam eh bergoyang lagi lah. Terus pegang dinding. Dalam hati dah mengucap panjang. Ya Allah, takutnya. Terdengar suara mama dan Dik Qah dari luar. Masing-masing masih blur tak tahu apa yang baru berlaku. Tapi mama sepantas kilat, terus capai buku Doa Menolak Bala dan Angin Ahmar. Saya tanpa disuruh, terus pegang buku doa tu, baca apa yang patut. Insaf. Takut. Bimbang. Semua ada dalam hati.


Ya Allah, ampunkan dosa kami, selamatkan kami dari bahaya bencana, bala musibah. 


Getar.


Sesudah solat Maghrib, belumpun sempat buka telekung, Aniq merangkak laju ke arah saya sambil merengek dahagakan susu. Saya terus pangku dia, dan BF sambil baca doa. Tengah BF, terdengar Mr Hasnul memanggil dari luar mengajak saya menonton berita tentang tsunami. Saya yang memang dari tadi menunggu berita, kelam kabut bangun sambil dukung Aniq. Sebelum kaki sempat melangkah keluar dari bilik, entah macam mana, anak yang saya dukung terhantuk kepalanya ke dinding tepi pintu. Bergetar jantung saya masa tu. Mungkin saya hilang kawalan kerana melangkah laju, ditambah pula kaki tersadung di karpet sebelum tu. Meraung anak kecil itu dalam pangkuan saya. Masyallah. Bodohnya saya. Kenapa perlu laju-laju? Kenapa tak bertenang langkah satu persatu? Dalam esak-tangis, saya susukan dia sebagai cubaan memujuk anak yang sedang sakit. Saya sendiri menangis juga. Kalau boleh nak je saya pindahkan sakit dia pada saya. Biar saya yang rasa. Tak sampai 5 minit, dah reda pun tangisan dia. Tapi dalam hati saya masih menangis. Saya bimbang, takut, risau. Memang salah saya. Bodohnya!Bodohnya! 


Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mendengar, aku lebih dari yakin bahawa Kau mendengar tangis hatiku ini, Kau jauhkan anakku dari sebarang kemudaratan. Tuhan Yang Maha Pengasih, aku pasti Kau melihat gundah gusar hatiku ini, Kau peliharalah anakku, sembuhkan kesakitannya jika ada, sihatkan dia sepenuhnya, dan tenangkan hatiku Ya Tuhan.  


Sedihnya. 

April 5, 2012

rambles IV

Satu.

Mm..tak semestinya dengan nama 'kesihatan' kita perlu buka semua cerita luar dalam. Saya ternampak satu iklan produk kesihatan wanita kat facebook. Memang bagi saya, produk-produk tu bagus. Yang tak bagusnya (bagi saya lah!) kaedah nak promote barang tu. Cukuplah kot sekadar bagi description produk, letak gambar apa yang patut. Tak payahlah sampai nak buat testimoni cerita habis kisah luar dalam, naik malu baca  *tak sanggup nak baca sampai habis*. Bisnes-bisnes jugak, tapi jangan sampai terlupa kisah dalam kain, kisah bilik tidur, bukan untuk didedahkan kepada umum. Itu rahsia kita dan pasangan. Menyesal gila sebab tertengok gambar-gambar kotoran yang keluar dari alat sulit tu. Geli kot benda macam tu pun nak tunjuk kat public.huhu~

Dua.

Pagi tadi, masa makan kat kantin. Dua orang akak ni tengah borak pasal dorang punya planning untuk bawa budak ke Lost World of Tambun. Saya diam je mengadap nasi sebab tak minat nak amik port. Tengah dorang bincang pasal guru pengiring, akak yang sorang ni tanya, "Tak nak join ke? Jomlah...". Saya cakap,    "Tak kot..saya ada anak kecik, susahlah nak tinggal-tinggal ni..nak bawak pun bukannya senang". Unexpectedly, dia cakap.. "Eeii..cubalah positif sket, ada anak kecik mana pun takmau pi.. Bukan payah pun, bawak jela anak kecik tu..kami dulu boleh je pun..merata tempat kami pi dengan anak kecik"..Tersedak jugak nasik kat rengkong masa tu. Ikut hati, nak je cakap, "Anak saya dah sampai Korea pun kak, memang boleh je bawak anak saya jalan, saya yang sebenarnya memang tak minat pun nak ikut trip akak tu."
Tapi saya diam je. Orang yang semua benda dia adalah bagus, hukumnya kita kena biarkan dia terus rasa bagus.

April 2, 2012

1/28

Wohooo...baru satu ni..ada lagi 27.

Puasa ganti la beb. Tu lah, lain kali plan biar cantik sikit. Jangan beranak bulan Ramadhan. Takdelah nak terketaq-ketaq buat marathon puasa sorang-sorang..huhu. Tapi takpelah nak buat camna, bukan kita yang rancang. Tu ha, rancangan Dia.

Ya Allah. Kuatkanlah iman kami. Kuatkanlah imanku untuk menebus hutang puasa ni. Murahkan rezeki kami. huhu..cukupkanlah susu untuk anakku walaupun ketika aku berpuasa...huuuu~

Kalau dah ditakdirkan TERPAKSA bagi formula milk, saya redha je. Dan saya tetap bersyukur sebab sepanjang 8 bulan, cukup je milk supply untuk anak saya.
*mode :  susah hati, stok susu untuk esok ada sikit je, belum beli formula milk tapi dah cakap kat mama, kalau keadaan getir, belikan je lah formula milk untuk Aniq.sob..sob..* 

Happy 8th month darling!
*his latest pic(hari ni)..bergantung kat kaki saya sambil saya buat kerja.  Bahagianya rasa!*

FYI, muka dan pose Aniq yang macam ni adik-adik saya namakan sebagi 'Muka-comel-Puss in a Boot' haha!




.


.


.





.








.











Super comel!!!

.

March 28, 2012

tiredandexhausted

I am so tired.

Nope. I'm exhausted. 

Somebody told me, exhausted is an extreme version of tired.

So yes, I'm exhausted.huhu~

And I just can't stop myself from imagining something like this right now.











p/s: Abang, dah kaya nanti nak bilik camni bleh? Bibik nak sepuluh. Tukang urut empatbelas.




Eh, tambah Audi R8 sebijik. Driver takpayah. Boleh drive sendiri. LOL~






March 20, 2012

travel note : Seoul, South Korea ( Part 1)

It's time for a big family trip!!!

Trip ni macam tiba-tiba ja. Satu pagi yang dingin (3bulan lepas), saya tiba-tiba tergedik bukak website AirAsia, pastu tiba-tiba ternampak ada promo ke Seoul. Masa breakfast tiba-tiba saya cakap kat mama, "Tiket AirAsia pegi Seoul murah je ma, tak sampai seribu pun sorang".. Surprisingly, tiba-tiba mama jawab "Jomlah kita pi..."

Ya, dari situlah bermula semuanya. Tiba-tiba je.. =)

Alhamdulillah. Sampai jugak hajat nak jalan-jalan dengan mama, baba dan family saya. Dulu terkilan jugak sebab dorang tak jadi pergi Germany.huhu

We went to Seoul last 2 weeks. Eh cepatnya dah  dua minggu. Bertolak dari Alor Setar pagi Khamis (080312). Sehari sebelum cuti sekolah. Saya dengan hepinya amik cuti rehat.hehehe~

Lepas baca entry Kak Yatie Chomeyl pasal  service AirAsia dulu (link), memang ada sikit kebimbangan takut-takut benda yang sama berlaku kat saya. Tapi Alhamdulillah, our entire journey with AirAsia was ok. (Nak kata service diorang superb pun tak jugak). Either I was lucky, or AirAsia dah improve their service lepas baca luahan Kak Yatie, wallahu'alam. They were helpful throughout our journey especially untuk baba yang ber'wheelchair'. Siap ada staff yang tolong tolakkan wheelchair sampai flight.*Baba boleh je jalan, tapi kami belikan wheelchair sebab taknak dia susah-susah kena jalan banyak*. 

Yang tak bestnya, flight AirAsia(kebanyakannya kot?) tak guna skybridge, kenalah menapak jauh nak naik flight pun.huhu~

Eh, baru into, belum masuk isi penting ni.hehe.

Flight dari Alor Setar pukul 8.30am. We spent almost 4 hours at LCCT before departing to Incheon. Lepak-lepak, pegi makan, pegi toilet, makan lagi, lepak lagi, toilet lagi..ulang lagi..huhu. Flight dari LCCT pukul 2.30pm, and we arrived at Incheon around 10 pm. Since this is Aniq's first time experience to board a flight, I am quite worried that he will make a scene. Nasib baiklah hero nan seorang tu tak meragam. Baik je dia. Mama tidor, dia pun tidor, bila dia bangun, saya bagi dia main-main (i.e main dengan botol mineral kosong pun dia enjoy je.hehe), pastu gamak dia menangis, saya breastfeed je. Senang!

Senang menjaga budak debab sorang ni..=)
Turun je dari flight, semua teruja sebab sejuk.hehe. Saya yang pernah duduk Germany dulu pun rasa teruja sebab dah setahun berpanas-panasan kat Malaysia, apatah lagi family saya yang memang tak pernah merasa tempat sejuk kan.hehe. Walaupun sampai agak lewat, dan hampir 7 jam dalam flight, semua orang ceria je sebab teruja sangat-sangat.

We took two big taxis to our hotel (sebab total passengers adalah 10 orang), and each taxi cost KRW 850000 (lebih kurang RM150), which I presumed as 'ok'. It took us about 1 hour to reach Hyundai Residence. Nak naik bas mulanya, tapi limousine bus service ended at 11pm. Tak sempat dah.huhu. Tapi nasib baik amik taxi, selesa sangat. ~

Sampai-sampai tu semua dah penat, check-in dan terus zzzzzzzzZZZZZZZ.

Macam trip yang sebelumni, kami tak amik travel package atau tour guide. Ada jugak saya survey sebelum ni, pakej tour guide dari students Malaysia kat Korea. Pakej untuk 4 hari, seorang RM 1200 termasuk tempat tinggal (guest house je rasanya), transportation fee (public transport je pun), dan makan tengahari. Rasa macam mahal, dan macam tak sesuai sangat dengan keadaan kami yang ramai (12 orang) dengan babies(Aniq and my 2 year-old niece), baba yang berwheelchair etc. So, last-last decide nak redah je jalan sendiri. Macam masa jalan-jalan kat Europe dulu, kami google je semua.hehe. Survey apa yang patut, buat itinerary sendiri, book hotel, reserve ticket pastu doa je banyak-banyak mintak tak sesat.hehe. Thanks to Mr Hasnul, dia yang susah-susah settlekan semua tu..saya tolong ala kadar je=)

Seperti yang dah dirancang (even jalan sendiri, mesti kena ada tentatif jugak), hari pertama kami nak jalan-jalan sekitar Seoul je. Our first destination is Insadong. Insadong ni satu jalan yang penuh dengan kedai-kedai, kira tempat tumpuan tourist jugak, dan kat sini banyak jual traditional souvenirs. Selain dari nak jalan-jalan kat Insadong, tujuan utama pergi situ on the first day was to claim and pay our Nami Island tour tickets. Saya dah reserve tickets untuk ke Nami Island by phone, so nak dapatkan tickets tu kena pergi sendiri ke pejabat dia kat Insadong.

Semangat waja.

Haa, ada cerita best masa nak ke Insadong ni. Since kami nak travel by subway, pagi tu semangatlah rombongan Cik Kiah Yus berarak ke subway station yang letaknya lebih kurang 200m dari hotel. Jalan kaki tak sampai 10 minit pun. Sampai kat subway station tu, Mr Hasnul macam biasa buka map untuk check route yang kami patut ambil untuk ke Insadong. Tiba-tiba muncullah seorang noona(kakak) yang baik hati offer diri nak membantu tunjukkan jalan. Dia tanya nak pegi mana, maybe dia ingat kami sesat. Lepas cakap kami nak ke Nami Tour Office kat Insadong, punyalah kerut seribu muka dia. Sebab dia pun tak tau kat mana office tu. Instead of mengundurkan diri dari membantu, dia boleh pulak terkejar-kejar kat subway tu untuk tanya orang lain. Yang bestnya, orang-orang yang dia tanya pun tak tau jalan jugak. Siap ada yang calling kawan-kawan semata-mata nak cari jalan untuk kami.haha. Dah macam drama pulak masa tu. At last, adalah this one couple yang cakap dorang pun on the way ke Insadong, so dorang ajak kami follow je. Padahal Mr Hasnul tahu dah jalan tu, masa dia bukak map tu, dia cuma nak double-check nama station je.hehe. Tapi dari drama-scene yang berlaku kat subway pagi tu, memang nampak sangatlah betapa helpfulnya orang Korea ni. Dorang treat tourist dengan sangat baik. Masa jalan nak ke subway pun, ada makcik yang tolong betul-betulkan sweater baba, dia cakap takut sejuk. Then masa tolak wheelchair baba, ramai je yang sudi membanttu kalau wheelchair tu macam tersangkut (i.e masa nak tolak masuk train). Even ada sorang pakcik ni, siap offer bahu untuk piggyback baba. Sebijik macam dalam drama weh. Dia ingat baba tak leh jalan, so dia offer nak dukung.haha. Sweet gila!

Okay, sambung balik. Sampai je Insadong, kami singgah minum kat Starbucks dulu. Nak panaskan badan. Starbucks tu betul-betul berdepan dengan Nami Tour Office tu. Kira kebetulanlah tu, takyah susah-susah cari, terus jumpa office tu. Sementara family saya minum-minum, saya dan Mr Hasnul pegi settlekan urusan tickets kat office tu. Nasib baik dah reserved by phone, kalau nak beli tour tickets tu on the spot memang dah sold-out. Tickets yang kami ambil ni pun, untuk ke Nami Island on the next day.

Hot coffee for mama and Farley's rusk + breastmilk for Aniq. Both are happy =)
Next, jalan-jalan jamu mata kat Insadong jap, then off we go to Changdeukgung. Changdeukgung ni adalah istana lama yang dah diiktiraf sebagai Tapak Warisan UNESCO pada 1997. It is in a walking distance from Insadong. Dalam 20 minit je berjalan kaki. Tu pun berjalan dengan gaya santailah.





Sampai je depan entrance Changdeukgung, dah rasa kagum dah. tengah-tengah town boleh pulak ada istana purba kan.hehe. Entrance fee for Chandeukgung tour is KRW 3000 per person. Kalau nak masuk secret garden, tambah lagi KRW 5000. Kami pilih untuk tour palace je, sebab rasa macam tak rajin je nak jalan sampai ke secret garden bagai. Sebelum masuk, sempat lagi mengisi perut dulu. Oh, kali ni punya trip memang meriah betul. Siap bawak rice cooker, sambal tumis, ikan bilis.hehe. Best kan jalan ngan mama. Pagi-pagi lagi mama dah masak nasi untuk breakfast, pastu siap tapau pulak untuk bekal lunch.hehe.

Best, picnic dalam sejuk, terlupa pasal sejuk sebab sedap sangat makan.hehe
Dah kenyang, barulah semangat nak masuk tour palace tu. Masuk je kat dalam tu mama cakap, "Eh, ni macam dalam cerita korea yang mama duk tengok dulu tu"..haha. Mama dulu duk layan jugak drama Jewel In the Palace, so mama macam excited jugaklah masuk tour tu. Kan dalam drama tu dia jadi tukang amsak istana. Suhu kat Seoul masa first day ni dalam 2-3° C.Ttambah dengan angin-angin tu, memang sejuk gila lah. Aniq macam biasa, budak baik, tak meragam. Cuma sekali sekala kalau sejuk sangat dai merengek mintak dukung, taknak duk dalam stroller. Dia ni kan, tiap-tiap kali saya nak shoot gambar, dia akan gelak mengekek-ngekek. Macamkan saya tengah agah dia. Apa yang lawak sangat tu tak tahu lah, tapi memang dia happy sungguh tengok kamera. Genetik sapalah tu suka camera ni?hehe~

Eh, camera..kena senyum ni.
Excited dari senyum dah tukar jadi ketawa riang.
Dari ketawa riang dah jadi gelak besar.
Haha, yang gambar ni dia pulun gelak sampai kena tenangkan dia, takut letih pulak gelak banyak sangat.
We spent about 1 hour at Chandeukgung before heading to Myeondong. Dari Chandeukgung ke Myeondong pun jalan kaki jugak. This time agak jauh sikit perjalanannya, tapi fikir-fikir kalau amik subway pun penat jugak nak jalan ke station dia, pastu nak turun escalator sampai 5 tingkat. Macam sama je if jalan pun. On da way ke Myeondong, we crossed a stream known as Cheonggyecheon. Cheonggyecheon stream ni ada sejarahnya yang tersendiri. Dulu anak sungai ni dah tercemar teruk atas faktor pembangunan sampai sungai tu hampir kering dah. Then dorang buat restoration programme, bina laluan air sungai yang cantik, dan pump semula air bersih masuk sungai tu. Dasyat kan? Sejuk je mata tengok tengah-tengah bandar ada anak sungai cantik camni. Air jernih, bersih, mengalir laju. Jauh beza dengan negara kita.huhu~

Cantik!
Imagine we have this in our county. Penat-penat shopping boleh lepak tepi sungai.huhu
Masa kat Cheonggyecheon ni, memang sejuk sangat. Masing.masing dah mula tak tahan. Cepat-cepat ambil gambar, terus jalan laju-laju nak cepat sampai Myeondong. Myeondong is another famous shopping area in Seoul. Sampai Myeondong dah senja. Terus cari coffee shop nak panaskan badan lagi. This time Coffee Beans pulak.hehe. Dah selesa sikit baru keluar menjelajah jalan untuk cari hasil tangkapan.hehe. Saya plan nak beli winter jacket untuk Aniq, tapi langsung tak jumpa yang sesuai.huhu. Pastu cadangnya nak jugak sambar handbag ke kasut ke, pun takde yang berkenan.huhu. Last-last tak beli apa sangat pun. Adik-adik saya ada jugak beli kasut, glove etc. Kat sepanjang jalan tu ada banyak gerai ala-ala night market tu. Yang menariknya merasa lah jugak makan honey string yang sedap tu. Kagum tengok penjual tu demonstrate cara buat honey string tu..terer sungguh! Dari seketul madu, boleh buat jadi macam rerambut halus. Kalau pergi Korea wajib makan honey string ni.

Nikmat.
Ada berpuluh-puluh gerai yang jual socks, gloves macam ni. 

Abang ni penah masuk dalam channel KBS. Kira kategori retis jugaklah ni.hehe
Lama jugak kat Myeondong tu. Dalam pukul 8 lebih baru bergerak menuju jalan pulang. Itu pun setelah masing-masing dah letih tahap dewa. Berjalan pun dah tahap heret kaki je.huhu. Mamalah yang paling kesian, gigih dan setia tolak wheelchair baba walaupun semua orang tahu dia pun letih.huhu. Baiknya mama. Tapi ada jugaklah Bang Id dan Mr Hasnul gilir-gilir tolakkan wheelchair tu. Kena gilir-gilir sebab masing-masing bawak baby.huhu.

Sampai je hotel, memang katil (dan maggi cup) memanggil-manggil.hehe. 

Phewwww.. What a day!

End of Day 1.

Will be continued...






*Quality gambar macam tak best sangat. Silap masa resize rasanya.huhu~

March 1, 2012

Tak sedap.

Eeeeeeeyark...

Langsung tak sedap actihist-co ni. 

Tapi kena telan jugak, sebab esok ayat pertama dari dia tentunya, "Makan ubat tak semalam?"

Nak tipu takleh, berdosa. Nak mengelak, dah penat bagi alasan.

Tolonglah, buat ubat batuk yang rasa macam milo. Nescafe pun boleh.


p/s: mode lalok lepas kena ubat.~