April 11, 2012

Gegar Getar

Gegar.


Tengah khusyuk mengadap laptop, sedang merangka-rangka soalan mid-year exam, tiba-tiba terasa pening. Rasa kerusi berombak-ombak ke kanan dan ke kiri. Terus bangun, disangkakan pening sebab lama sangat mengadap laptop. Bila bangun rasa macam eh bergoyang lagi lah. Terus pegang dinding. Dalam hati dah mengucap panjang. Ya Allah, takutnya. Terdengar suara mama dan Dik Qah dari luar. Masing-masing masih blur tak tahu apa yang baru berlaku. Tapi mama sepantas kilat, terus capai buku Doa Menolak Bala dan Angin Ahmar. Saya tanpa disuruh, terus pegang buku doa tu, baca apa yang patut. Insaf. Takut. Bimbang. Semua ada dalam hati.


Ya Allah, ampunkan dosa kami, selamatkan kami dari bahaya bencana, bala musibah. 


Getar.


Sesudah solat Maghrib, belumpun sempat buka telekung, Aniq merangkak laju ke arah saya sambil merengek dahagakan susu. Saya terus pangku dia, dan BF sambil baca doa. Tengah BF, terdengar Mr Hasnul memanggil dari luar mengajak saya menonton berita tentang tsunami. Saya yang memang dari tadi menunggu berita, kelam kabut bangun sambil dukung Aniq. Sebelum kaki sempat melangkah keluar dari bilik, entah macam mana, anak yang saya dukung terhantuk kepalanya ke dinding tepi pintu. Bergetar jantung saya masa tu. Mungkin saya hilang kawalan kerana melangkah laju, ditambah pula kaki tersadung di karpet sebelum tu. Meraung anak kecil itu dalam pangkuan saya. Masyallah. Bodohnya saya. Kenapa perlu laju-laju? Kenapa tak bertenang langkah satu persatu? Dalam esak-tangis, saya susukan dia sebagai cubaan memujuk anak yang sedang sakit. Saya sendiri menangis juga. Kalau boleh nak je saya pindahkan sakit dia pada saya. Biar saya yang rasa. Tak sampai 5 minit, dah reda pun tangisan dia. Tapi dalam hati saya masih menangis. Saya bimbang, takut, risau. Memang salah saya. Bodohnya!Bodohnya! 


Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mendengar, aku lebih dari yakin bahawa Kau mendengar tangis hatiku ini, Kau jauhkan anakku dari sebarang kemudaratan. Tuhan Yang Maha Pengasih, aku pasti Kau melihat gundah gusar hatiku ini, Kau peliharalah anakku, sembuhkan kesakitannya jika ada, sihatkan dia sepenuhnya, dan tenangkan hatiku Ya Tuhan.  


Sedihnya. 

No comments: